Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Facebook. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Facebook. Papar semua catatan

Selasa, 16 Julai 2013

Yang jahil boleh jadi solehah. Something to ponder...

Abah: "So dah decide siapa yang ko nak kahwini?"

Pemuda: "Dah. Saya pilih yang berpurdah full package."

Abah: "Abah bantah sekeras-kerasnya."

Pemuda: "Kenapa abah?! Katakan kenapa?! Katekanlah!"

Abah: "Abah nak ko pergi lamar minah yang baru pas STPM yang jual pisang goreng dekat corner tepi rumah Kak Bedah, Jalan Ampang, tepi kedai tepon, sebelum roundabout, trafik lite yang ketiga setelah balai polis tu."

Pemuda: "HAH!!? Ni masa depan saya, abah! Abah tak boleh paksa!"

Abah: "Redha orang tua boh! Tak guna abah hantar kau ke Jordan belajar agama kalau ko melawan cakap abah yang tua lagi uzur serta kencing manih ni."

Pemuda: "HMPH! Baiklah abah. Saya akur, rela dan redho."

Pemuda tu dah kenal sangat minah tu. Dengan seluar jeansnya, dengan tshirt ketatnya, dengan tudung pendeknya. Ah, langsung tak ada ciri-ciri isteri solehah idaman kalbunya.

Akhirnya, keluarga perempuan menerima lamaran keluarga si pemuda. Setelah kahwin, maka tinggallah si pemuda dengan minah tu.

Suami: "Kalau saya suruh awak something boleh tak?"

Isteri: "Boleh. Saya isteri awak sekarang."

Suami: "Awak pakai purdah boleh tak?"


Isteri: "Boleh..tapi sebelum tu, boleh tak ajar saya ilmu-ilmu agama, cara nak solat dengan betul, perbetulkan mandi hadas saya, ajar saya al-Quran..siyes, selama ni saya nak belajar agama, cuma tak tahu nak belajar dengan siapa. Tak ada orang nak tunjuk ajar saya. Tak cukup hanya belajar di sekolah. Cikgu tak tumpu pada saya, tapi satu kelas."

Suami: "Emm..insya-Allah.." (Rasa sebak dalam hati)

Pemuda tidak sangka, gadis yang disangka buruknya itu lebih mudah menerima didikan dan ajarannya. Tidak perlu dipaksa untuk belajar. Mudah menyerap segala ilmu yang diajar bila hati berkeinginan untuk belajar. Lama-kelamaan, kasih tersemai, hati bertaut.

Pemuda: "Terima kasih, abah."

Abah: "Bagus, inilah dakwah seorang suami. Kita bukan nak petik mawar berduri. Tapi kita nak tanam, baja dan semai pokok bunga mawar. Bunga mawar yang dipetik, pasti layu. Tapi bunga mawar yang bersama dengan pohonnya insya-Allah terus segar. Kau paham tak?"

Pemuda: "Faham, abah. Anda mampu mengubahnya."

Abah: "Salah tu. Anda mampu mendidiknya."

Pemuda dan abahnya ketawa bersama.

Pemuda dan isterinya hidup bahagia hingga akhirnya. Yang jahil boleh jadi solehah. Yang tak pakai purdah boleh dipakaikan purdah. Segalanya mungkin.

Dengan iman dan keyakinan tinggi pada Allah.



source: PakarCinta.com


Isnin, 1 Julai 2013

Peraturan Berniaga Online berkuatkuasa hari ini (1 Julai 2013)

Mulai tarikh hari ini pengguna yang membuat pembelian secara atas talian (online business) akan dilindungi salah satu peraturan dalam Akta Perlindungan Pengguna 1999 iaitu Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012.


Peraturan ini digunapakai kepada semua transaksi melibatkan duit yang menggunakan tapak web seperti blog, Facebook, e-bay, Lelong, mudah.com dan sebagainya untuk tujuan perdagangan.Tak ada excuse untuk skip, faham?

Penjual – Apa Yang Perlu Dilakukan?
Sebagai seorang penjual, anda perlu memastikan yang mana pelbagai informasi berkaitan syarikat dipaparkan pada laman jualan, membolehkan pembeli mengetahui ia dengan mudah. Antara yang perlu dipaparkan adalah termasuk:
  • Nama orang yang menjalankan perniagaan bagi maksud membekalkan barang atau perkhidmatan melalui tapak web atau dalam pasar dalam talian, atau nama perniagaan, atau nama syarikat. 
  • Nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat. 
  • Alamat e-mel dan nombor telefon, atau alamat orang yang menjalankan perniagaan bagi maksud membekalkan barang atau perkhidmatan melalui tapak web atau dalam pasar dalam talian. 
  • Perihal tentang ciri utama barang atau perkhidmatan itu. 
  • Harga penuh barang atau perkhidmatan termasuklah kos pengangkutan, cukai dan apa-apa kos lain. 
  • Kaedah pembayaran 
  • Terma dan syarat-syarat 
  • Anggaran masa penghantaran barang atau perkhidmatan kepada pembeli.
Selain daripada ini, ia juga perlu diambil perhatian dimana setiap pemilik yang membuat jualan perkhidmatan dan produk melalui online ini perlu menyimpan data-data (nama, alamat dan nombor telefon) pembekal sekurang-kurangnya selama dua tahun.

Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012
Klik untuk bacaan lanjut.

Faedah kepada pengguna? 
Sudah tentu dengan adanya peraturan ini sedikit sebanyak menggerunkan pihak-pihak yang berniat untuk menjadikan medan internet untuk jual beli palsu. Jadilah pengguna bijak dan pastikan apa yang telah diwartakan dalam undang-undang ini di implement oleh peniaga- peniaga online. Ini adalah salah satu usaha kerajaan dalam memastikan para pengguna dan pembeli tidak ditipu dengan mudah melalui laman-laman jualan yang terdapat dengan banyak di arena internet pada hari ini.

Pengguna ditipu Mudah.my RM1juta




So, kepada bakal/peniaga online anda tak boleh sekadar memikirkan keuntungan semata-mata. Ingat tau, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya disambar petir. Kita bukan lagi hidup di zaman telegram. Semuanya dihujung jari. *wink* *wink*

Sumber: Amanz.my


 

Ahad, 3 Jun 2012

Status Facebook yang menyentuh hati #001

Apabila kita melakukan kesilapan, Allah akan hadirkan kita teman, untuk menasihatkan, untuk memberi teguran, untuk membawa kamu ke jalan yang terang, jalan yang diredhai dan ada jalan pulang.. 

Alhamdulillah DIA hadiahkan kamu wahai teman, tegur dan bawalah aku ke landasan... 
andai aku tersesat tanpa haluan.

Sumber: Facebook


 

Khamis, 26 Januari 2012

Bila saya rasa TAK BEST!

Saya cepat ikut perasaan. Percaya pada rasa amarah hasil hasutan syaitan. Cepat melatah.
Bila saya terikut-ikutkan emosi, maka macam-macam bencana boleh berlaku. Saya dah kusut.

Kerana kecewa yang amat sangat, saya deactivate FB sekali lagi. Cerita dulu klik sini.

Kenapa saya dilayan sebegini dikala saya memerlukan kekuatan semangat orang tu. Owh kenapa? Untuk menumpang perhatian pun nak kena mengemis. Kenapalah kamu menyedihkan sangat Syima? Aura malang di awal tahun naga.

Tiada kata-kata yang sesuai buat masa ini. Saya tak mahu mencemarkan tahun 2012 dengan carutan atau cerita-cerita sedih di dalam blog.

Harap emosi berkabung saya ini tak lama.


until then.... bye!

Ahad, 25 Disember 2011

Layan emosi lagi... :)

Aku tak berkesempatan pun untuk tengok movie Twilight yang baru ni. Best ke? Lagipun cerita meleret macam ni, mana ada skandal-skandal aku nak layan cerita emosi bongok macam ni. Nak layan seorang tak feel pula kan??

Malam ni aku bukan nak buat review movie, just nak kongsi yang aku baru mula suka dengan lagu soundtrack cerita cinta vampire ni. - A Thousand Years; by Christina Perri.

Ni semua insiden orang share-share dalam FB pasal video slideshow budak perempuan 19thn yang diproposed oleh tunangnya dan menggunakan lagu ni sebagai background music. Alololo tersentuh hati mak tau...






The wordings!!

Tiba-tiba aku terasa terawang-awangan. Macam berada di alam percintaan. Keep listening to the song again and again. Tapi, untuk siapa perasaan aku tu?? <--- sila abaikan soalan ini kerana ini adalah sindrom nak melangkah ke alam 3 series dalam beberapa hari lagi. Counting for year 2012.. :'(

Heart beats fast  Colors and promisesHow to be brave  How can I love when I'm afraid to fall




x o x o,





Isnin, 12 April 2010

Jangan nak terasa dengan status FB orang tak tentu pasal

Aku respek idea korang kreatif berbagai. Ha3x


Ada grup baru lagi. Gila kelakar. Tapi bukan grup yang buat serangan peribadi.

Nak join?? Silalah, jangan malu-malu.


Manusia sering tersasar bahasa bila dalam keadaan marah

Aku bukan malaikat.
Bakal ahli syurga? Itu pun aku tak pasti.

Tapi aku ialah manusia yang terlalu banyak celanya.

Bergaduh adalah sesuatu yang tak best. Merenggangkan sesebuah perhubungan dan Tuhan tidak suka walaupun pastinya syaitan bertepuk-tepuk tangan gembira. Berperang mulut juga menunjukkan sesuatu kebodohan.

Marah ialah penyakit rohani. Memang fitrah manusia. Bila emosi dikawal oleh amarah dan syaitan membaja rasa marah itu dengan macam-macam cara, aku pasti walaupun perkara itu tak sebesar mana tapi dek rasa berapi-rapi, kemarahan itu terpancul jua.

Dan biasanya kemarahan itu disusuli dengan tindakan, perbuatan dan bahasa-bahasa yang menyakitkan.

Terlajak perahu, boleh diundur, terlajak kata tak boleh buat apa.

Aku cuma mampu mengungkap kemaafan yang barangkali susah untuk orang menerimanya. Dan sekali lagi, Aku minta maaf.



Sabtu, 10 April 2010

Aku gersang

Entry hari ini dibawa khas oleh Syimalicious untuk peringatan readers semua.

Biasanya untuk setiap kali log in FB, aku dapat RM100 aku akan terus dapat access memandangkan aku memang sudah klik pada "Keep me logged in". Tak susah-susah nak key in user id dan password.

But that one have be reminded so many time, jangan log in sebegitu (anything about online personal profile or account) sebarangan di public pc. So memandangkan di pejabat I got my own pc, aku berpendapat tiada masalah untuk aku access dengan begitu mudah tanpa rasa takut disalahgunakan pihak lain.

Nak dijadikan cerita, pada hari berkenaan aku mendapat tugas luar. Jadi aku biarkan pc aku itu tanpa pengawasan sesiapa. Untuk makluman aku juga pengguna Celcom SMS dan bermakna aku juga akan mendapat update melalui SMS.

Baru masuk kereta nak panaskan enjin, ada SMS masuk, "Penapis mulut dia dah bocor". Pelik juga, sebab sebelum tu aku tak ada update apa status pun dalam FB. Masuk pula SMS ke dua, "Ko kenapa beb?".

I'm so curios, i call officemate yang nearby my cubicle. Dia tolong check my FB's profile, so status update stated : نور ذات الشيماء كمل (Syima Kamal) Gersang

I ask her to delete. Panas hati and wondering siapa punya kerja la yang palat sangat tu. Dalam hati tak ada orang lain dah nak dituduh memandangkan "dia" suka pergi pc ke pc untuk violence chatbox atau status secara sorok-sorok.


Dah selesai tugas aku update status yang baru. Tapi siapa "dia"? Takkan nak cerita pula kat sini. Bahaya.

Yang best tu, "dia" yang aku suspek tiba-tiba IM,
Dia: Eh, hari ini aku tak pergi kat tempat ko dan tak main komputer ko. Harap maklum
Aku: Ok, tak pe lah, mungkin ada babi-babi sekitar situ.
Dia: Apsal lah orang tu nak buat ko macam tu??

Pada akulah kan, kalau bukan ko yang buat kenapa nak rasa bersalah sampai nak kena declare begitu? Bukankah itu mengkantoikan diri sendiri?

Tak apa, biarlah orang tahu aku GERSANG. Biarlah orang mengganggap aku berusaha mendapatkan publisiti murahan. Mujur "dia" tak bubuh status aku, نور ذات الشيماء كمل (Syima Kamal) perlukan SEKS.

So readers, don't ever leave ur pc unattended. Mana tahu orang nak dajal kita. Sebab status tu penyebab ex-bf aku berfikiran aku begitu desperate sehingga dia malu untuk mengaku aku ni GF dia.

Malang tidak berbau. Orang nak menganiaya kita ni ada di mana-mana, semua tunggu peluang. Mungkin secara langsung atau tidak langsung. Macam kes cagu di kaki.







Syimalicious: Dikelilingi ramai sangat kawan-kawan yang tidak berpelajaran dan cacat otak.

Isnin, 5 April 2010

Kami Benci RAFIQIN DARWISY mengutuk kematian DIN BERAMBOI ~ WTFish

RAFIQIN DARWISY
Itu nama dia yang sebenar ke?? Sedap sangat namanya.


Dalam FB dah meletus kemarahan orang ramai terhadap budak ini. Ya, hasil carian internet aku ~ Rafiqin Darwisy masih seorang budak mentah yang belum mahir menyusunkan kata-kata untuk tatapan umum. Aku yang hampir 30-an pun masih ada cela bila berkata-kata.

Bak kata kawan aku, budak ini sunat pun tak kering lagi, kencing pun bercabang, buat apa nak dikecam sebegini? Ignore saja. Ini sampai buat fanpage dalam FB. Kelakar...Kelakar....

Dalam news feed FB: (you know who you are) became a fan of Kami Benci RAFIQIN DARWISY mengutuk kematian DIN BERAMBOI !!

Ramai pula yang jadi fan. Tsk...tsk...tsk...

Silalah google untuk mengetahuinya.

But dik, dont self claimed sebagai malaikat yang diupah oleh tuhan untuk mengutuk orang lain. Tuhan tak pernah suruh, kita sendiri yang nak kutuk.

Orang kita ni pantang ada peluang, bila orang buat salah terus nak menyalak. Kalau orang yang nak menyalak tu kawan-kawan dia, lantaklah... ini sampai hampir 9,000 members (at this moment) yang tak berkenaan pun pakat-pakat nak join hentam dia. Apa dapat??

Ada yang siap beria nak add si RAFIQIN DARWISY dalam FB, Myspace dll. Gila annoyed la aku dengan orang yang suka selak kain orang ni. Tak kurang juga yang update blog mengecam perbuatan budak ni. Aku juga update, tapi pasal cerita mereka yang kaki propa pasal budak ni. Hahahaha!

Provokasi akan terus dibalas dengan provokasi. Macamlah korang tak pernah jadi budak-budak yang nak menang je dalam bergaduh. Cuba jadi macam kawan-kawan aku, bila aku berangin dorang relax buat tak tahu, nanti aku cool down sendiri.

Mereka yang baru di alam remaja, memang suka gaduh mulut meleret-leret. Power la konon. Tapi, kadang-kadang ada juga yang tua-tua ni asyik nak cakap tinggi supaya boleh menang. Manusia ni banyak ragam. Tak boleh nak jangka.

Fikir-fikirkan!!







Syimalicious: FB ni, kian lama kian ridiculous. Motif dah jadi tak ketahuan. Asal boleh je buat fanpage. Bongok!

Isnin, 2 November 2009

Amukan muzik Rock

Rata-rata orang dalam FB (Facebook) akan bercerita tentang game-game seperti Farmville, Farm Town, Top Restaurant, Barn Buddy, Restaurant City dan segala bagai jadah game yang ada dalam FB.

Walaupun usiaku menginjak ke alam 30-an, computer game bukanlah sesuatu yang janggal bagi aku. Hoh! ayat tak ingat.

Have you try Rock Riot? Aku suka muzik. Sangat menyintai muzik. Tapi aku tak reti bermain organ, piano ataupun memetik gitar.


Dengan game ni, kita boleh la feel main gitar, setakat goreng-goreng tu tak de hal lah. Man kidal pun meleleh air mata tengok aku goreng lagi Smoke of the water ~ Deep Purple.


Main game ni senang je, jari korang yang kena tergedik-gedik. Aku mengakulah aku masih di peringkat novice ~ tiga not je berfungsi; 3, 4, 5. Tapi tanpa tumpuan korang punya not boleh caca merba. Serupa orang main kereta; guna gear dan clucth. Otak turut memainkan peranan to shift the gear/finger.



Akhirnya, bila keputusan memberangsangkan, korang bolehlah challenge orang lain. Aku suka game ini sebab banyak lagu boleh main. Ada muzik yang buat korang relax-relax, ada yang menggelupur laju, try la.



Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...