Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Hadiah birthday. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hadiah birthday. Papar semua catatan

Rabu, 25 November 2015

Selamat ulangtahun sayang

Ok wish untuk diri sendiri. Alhamdullilah bertambah usia dan masih kelihatan muda dari usia. Haha. Kalau menyampah kena telan juga, ini fakta.

Well tak banyak nak update. Kesibukan menyiapkan fail-fail purba untuk next meeting dan suami yang kerja di minggu standby tak menyebabkan aku feel nak happy2. Cukup sekadar kawan-kawan dan kenalan wish, umur macam ni dah tak perlu nak over sangat celebration.

Tapi tengahari tadi aku dapat suprise. Memang tak sangka la kan. Cekelat sampai office. Sampai kawan-kawan kata ni order bunga hantar kat diri sendiri ka? Jahat... Tapi sebab pernah kata kat orang lain, jadi jangan nak terasa sangat.



Thank you sayang for your effort!!! Nasib baik hantar cekelat, kalau hantar bunga bukan kenyang pun.


Ahad, 2 Disember 2012

Sweet 30th birthday bash

Untuk menjiwa entry saya pada kali ini sila mainkan lagu ini sambil menari-nari okey?

Ok, 1, 2...
Dengan bangganya aku mengumumkan aku telah masuk ke alam 3 series.

Happy 30 years old Zatul aka Syimalicious
(harijadi hamba dah lepas, 25 Nov 2012 aritu)

xoxo.

Cerita 1.
YB datang malam itu kononnya nak lepak makan memandangkan keesokan harinya beliau bekerja. Sob... bekerja di hari ulangtahun  kelahiranku.

Sampai kedai makan, macam biasa kena order dinner dulu. Sementara menunggu makanan sampai, masing-masing sibuk dengan hp. Tiba-tiba YB minta excuse nak cari barang. I never suspect anything yet. Macam agak lama dia menghilangkan diri, aku dah fikir macam-macam yang tak best. "Ini mesti telefon awek dia yang lain ini..."

Dia sampai.

Tiba-tiba YB cakap sejuk. Kebetulan table kami bawah kipas dan tengah gerimis. Memang logiklah dia rasa sejuk. Aku gemuk, tak rasa. Dia suruh waitress tutup kipas. Tak lama lepas itu lampu pulak terpadam. Haaa sudah... blackout lagi. Bukan tak pernah aku makan dalam gelap.

Kalih-kalih belakang (pusing belakang) baru perasan waiter tengah bawa kek yang amat besar untuk diletakkan atas meja makan kami. Masa ni sengih tak sudah-sudah. Nak menjerit melompat pun ada. Cover line... kena sopan sikit.

YB bisik, "Potong-potong bagi orang-orang dalam kedai ini. Amek berkat." Tang situ lagi buat aku terharu dan teruja. Dia tak lupa pada mata-mata yang memandang. Tak kisahlah walaupun ada orang cakap, "KEK je??" At least YB mengaku, dia mampu yang itu sahaja. TQ sayang.

Kan saya dah bagitahu, saya sengih macam kerang busuk daaa...
Kek saya.
SC Kuala Selangor memang tak artistik. Tulisan tak berseni. Sedih.
Sweetnya awak ni YB. Memang dasar playboy. Apapun TQ again! Patutlah dok bertanya pasal Secret Recipe, ada plan lain rupanya.

****

Cerita 2.
Girl's outing!! Transform.
Janji pukul 1130pm boleh sampai. Hampeh. Polis buat roadblock di jalan nak masuk Setia Alam.
Jam
Malam yang gila sengal! Walaupun bodoh dan kelakar. 

Me with my new watch.
TQ besties!!
TQ Steph (not in any picture). TQ Lina. TQ to all that I forgot to mention their name. My family. TQ for the wish. You all are the best thing ever happened in my life. Saya sayang kamu semua.

Sabtu, 5 Mei 2012

Happy Birthday. Kakngah rindu abah!

Beza umur aku dengan abah 30 tahun. 30 tahun juga aku menjadi anak yang dibela oleh dia. Masih belum bernikah maknanya masih bawah tanggungjawab abah. 

Sejak akhir-akhir ni asyik mimpi yang bukan-bukan. Harap-harap itu mainan tidur. Rindu abah sangat! 

Hari ini usia dia genap 60tahun. Abah selalu cakap keturunan dia umur tak panjang. Aku jadi sedih dan menangis kalau teringat perkara itu. Tadi sebab terlampau rindukan abah, pagi-pagi subuh dah SMS wish birthday dia. Tengahari tadi call dia pula. Rasa bersalah tak balik JB. Bukan tak nak balik, tapi keadaan sesama aku tak mengizinkan. Minggu depan dah kena pergi kursus, banyak kerja pending awal bulan begini.

Aku dah plan macam-macam, nak combine celebrate dengan harijadi Yana. Sorry sangat, tak dapat nak balik. Went through some old pictures, aku ada seorang abah yang garang, sporting, penyayang dan kelakar. Menangis rindu aku tengok gambar-gambar famili.

Simpan janggut begini nenek dah tegur.
No! No! No! Tapi aku suka
Penyayang. Arwah Oyen suka duduk atas riba dia
Kelakar. Suka jongket kat mulut dia - Trademark
Gambar famili raya tahun lepas failed sebab abah buat trademark dia
Lagi. Aku rindu abah sangat.
Rindukan mereka juga
 Dulu abah can be so furious but now he is cool-old-man. Hehehe. And I love him in both condition.

Miss this moment!
 Happy Birthday abah! Kakngah balik tengah bulan ini. Insyaallah...

Khamis, 19 April 2012

Majlis Perpisahan dan Sambutan Hari Jadi Jan-April 2012


Hai sayangs!!

Setelah berpuluh event kecil anjuran pejabat diadakan, inilah majlis yang tengah-tengah panas lagi terus ku upload dalam blog. Tengah rajin. Dan kebosanan. Walaupun kerja berlambak. Kali ini kita meraikan pemergian untuk seorang PPH yang akan berhijrah ke KL kerana mendapat pekerjaan yang lain. Owh, rasanya cerita pasal awek ni ada aku cerita dalam tahun 2008, masa dia mula-mula kawin dulu.

Malas nak cerita panjang-panjang. Mari layan gambar.

Presentation
Cenderahati dan hadiah
Bacaan doa untuk memberkati majlis
Tisu amat penting untuk majlis-majlis macam ni untuk mengelap hingus
Diraikan memberi sepatah dua kata
Aksi sebak bermula

Salah seorang yang diraikan tak dapat hadir sebab confinement.
Email ucapan der...
Aksi kawan-kawan sepejabat. Tidur pun sempat. Hehe
Sesi pemberian cenderahati dan hadiah
Yang diraikan
The food. Siap frame lagi menu makan tu.
Mari makan. Nom...nom...nom...
Pose comel dari team perempuan. Alamak terselit tiga oghe jate
Nasib badan. Ambil gambar orang, tapi diri sendiri tak ada.
Pose ter-hensem dari saya~
Lega. Penceritaan melalui gambar sudeh... kan?? Letih lah nak karang cerita. Tengok gambar pun dah fahamkan??


until then.... bye!

Rabu, 28 Disember 2011

Nak tahu apa dia?

Ingat tak ni? Tak baca? - sila klik di sini
Seronokkan kalau tiap-tiap hari dapat suprise? Saya ni perempuan mesti la suka. Ada ke orang tak suka hadiah?? Hadiah ni sempena apa ye yang?? Owh! Konon-konon kekasih gelap saya tu Santa Clauss la, dia bagi hadiah untuk Krismas. Perut dah sama kan?? Hiks! Ampunkan saya... saya tak mahu kena "Bodoh" dengan kamu...

Aku dapat hadiah ni sebelum tragedi Krismas berlaku. :( <--- Lihat previous entry.


TaDa!! Saya dapat perfume.

Dah lah jenis kemut nak pakai menatang ni. Takut habis. Haip! Ini bukan cerita kemut tut...tut... ye. Kemut yang saya maksudkan kedekut ye... Dan sebenarnya perfume ini tak pernah ada dalam wishlist saya tapi bila orang memberi, kita terima je lah kan??

Giorgio Armani - Idole d'Armani

Wangi tak?? At first aku tak berapa nak gemar bau dia sebab... sebab bau dia macam gedik. Haha susah nak explain pasal bau ni. Then bila Cik Nora kata wangi- dan bau wanginya seperti orang ada-ada dan seorang yang berkarisma, tiba-tiba saja hidung aku macam boleh accept. Teruk kan perangai?

Kesian kekasih gelap aku, berusaha betul dia mencari satu bauan yang boleh membangkitkan ghairah ehem..ehem.. Haha, bodoh betul statement aku.


Mesej untuk kekasih gelapku: Yayang, thanx tau. I tak tau nak bagi apa in return. Kasih sayang aci tak? Kita temporary je kan?? :p


x o x o,






Rabu, 25 November 2009

Melancholic: Melangkah ke setahun lagi


Too many to say.

But i have to accept it. Sad but true. So gloomy.



Since it is my birthday, they CHEER me up and i want to show some gratitude towards them.

To my dearest shrek, THANX for the wish, and i am deep in love with you at the moment.

To my scandals, you guys made my DAY too.

To my bestest, you know when to offer ur shoulder for me to cry on. I love you so much!

Thank you...







Syimalicious: Ignore my bad english.... hahahah

Rabu, 19 Ogos 2009

Dia kawan yang SUPER Amazing!!



Dia bestfriend aku.

Dia kawan yang paling lama bertahan dengan aku.

Dia kawan yang telan baik buruk ku.

Dia kawan yang tak pernah makan kawan.

Dia kawan dunia akhirat.

Bila boleh menggila bergosip lagi?

Nak jumpa payah, bagaikan seorang di selatan, seorang lagi di utara.

Jarak rumah tak jauh tapi diri lebih akur menghirup udara di PD.

Aku terpaksa relakan sebab dikau "bakal" bukan bujangan seperti ku.



Happy Birthday Embam!(nama manja baru)
Semoga apa yang engkau impikan menjadi kenyataan.

Aku sayang ko.




Jumaat, 10 Julai 2009

Lupa nak wish Birthday pada bibik

Ucap secara verbal, sudah...

Tapi ucap secara maya belum lagi. Jadi hari ini aku ni nak ucap Happy Birthday (yang ke berapa yer?) pada bibikku merangkap housemate yang tak padan dengan kecil tapi playerz (ramai skandal).
Hari jadi dia pada 7hb Julai lepas. Aku wish ontime, aku nak korang wish dia pula.

Untuk menghargai adik aku ini, aku telah meminta kumpulan The Beatles untuk menyanyikan sebuah lagu untuk beliau.






Hadiah khas untuk kamu, kek versi skandal meriah. Huhuhu.







Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...