Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label harijadi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label harijadi. Papar semua catatan

Ahad, 2 Disember 2012

Sweet 30th birthday bash

Untuk menjiwa entry saya pada kali ini sila mainkan lagu ini sambil menari-nari okey?

Ok, 1, 2...
Dengan bangganya aku mengumumkan aku telah masuk ke alam 3 series.

Happy 30 years old Zatul aka Syimalicious
(harijadi hamba dah lepas, 25 Nov 2012 aritu)

xoxo.

Cerita 1.
YB datang malam itu kononnya nak lepak makan memandangkan keesokan harinya beliau bekerja. Sob... bekerja di hari ulangtahun  kelahiranku.

Sampai kedai makan, macam biasa kena order dinner dulu. Sementara menunggu makanan sampai, masing-masing sibuk dengan hp. Tiba-tiba YB minta excuse nak cari barang. I never suspect anything yet. Macam agak lama dia menghilangkan diri, aku dah fikir macam-macam yang tak best. "Ini mesti telefon awek dia yang lain ini..."

Dia sampai.

Tiba-tiba YB cakap sejuk. Kebetulan table kami bawah kipas dan tengah gerimis. Memang logiklah dia rasa sejuk. Aku gemuk, tak rasa. Dia suruh waitress tutup kipas. Tak lama lepas itu lampu pulak terpadam. Haaa sudah... blackout lagi. Bukan tak pernah aku makan dalam gelap.

Kalih-kalih belakang (pusing belakang) baru perasan waiter tengah bawa kek yang amat besar untuk diletakkan atas meja makan kami. Masa ni sengih tak sudah-sudah. Nak menjerit melompat pun ada. Cover line... kena sopan sikit.

YB bisik, "Potong-potong bagi orang-orang dalam kedai ini. Amek berkat." Tang situ lagi buat aku terharu dan teruja. Dia tak lupa pada mata-mata yang memandang. Tak kisahlah walaupun ada orang cakap, "KEK je??" At least YB mengaku, dia mampu yang itu sahaja. TQ sayang.

Kan saya dah bagitahu, saya sengih macam kerang busuk daaa...
Kek saya.
SC Kuala Selangor memang tak artistik. Tulisan tak berseni. Sedih.
Sweetnya awak ni YB. Memang dasar playboy. Apapun TQ again! Patutlah dok bertanya pasal Secret Recipe, ada plan lain rupanya.

****

Cerita 2.
Girl's outing!! Transform.
Janji pukul 1130pm boleh sampai. Hampeh. Polis buat roadblock di jalan nak masuk Setia Alam.
Jam
Malam yang gila sengal! Walaupun bodoh dan kelakar. 

Me with my new watch.
TQ besties!!
TQ Steph (not in any picture). TQ Lina. TQ to all that I forgot to mention their name. My family. TQ for the wish. You all are the best thing ever happened in my life. Saya sayang kamu semua.

Sabtu, 5 Mei 2012

Happy Birthday. Kakngah rindu abah!

Beza umur aku dengan abah 30 tahun. 30 tahun juga aku menjadi anak yang dibela oleh dia. Masih belum bernikah maknanya masih bawah tanggungjawab abah. 

Sejak akhir-akhir ni asyik mimpi yang bukan-bukan. Harap-harap itu mainan tidur. Rindu abah sangat! 

Hari ini usia dia genap 60tahun. Abah selalu cakap keturunan dia umur tak panjang. Aku jadi sedih dan menangis kalau teringat perkara itu. Tadi sebab terlampau rindukan abah, pagi-pagi subuh dah SMS wish birthday dia. Tengahari tadi call dia pula. Rasa bersalah tak balik JB. Bukan tak nak balik, tapi keadaan sesama aku tak mengizinkan. Minggu depan dah kena pergi kursus, banyak kerja pending awal bulan begini.

Aku dah plan macam-macam, nak combine celebrate dengan harijadi Yana. Sorry sangat, tak dapat nak balik. Went through some old pictures, aku ada seorang abah yang garang, sporting, penyayang dan kelakar. Menangis rindu aku tengok gambar-gambar famili.

Simpan janggut begini nenek dah tegur.
No! No! No! Tapi aku suka
Penyayang. Arwah Oyen suka duduk atas riba dia
Kelakar. Suka jongket kat mulut dia - Trademark
Gambar famili raya tahun lepas failed sebab abah buat trademark dia
Lagi. Aku rindu abah sangat.
Rindukan mereka juga
 Dulu abah can be so furious but now he is cool-old-man. Hehehe. And I love him in both condition.

Miss this moment!
 Happy Birthday abah! Kakngah balik tengah bulan ini. Insyaallah...

Khamis, 19 April 2012

Majlis Perpisahan dan Sambutan Hari Jadi Jan-April 2012


Hai sayangs!!

Setelah berpuluh event kecil anjuran pejabat diadakan, inilah majlis yang tengah-tengah panas lagi terus ku upload dalam blog. Tengah rajin. Dan kebosanan. Walaupun kerja berlambak. Kali ini kita meraikan pemergian untuk seorang PPH yang akan berhijrah ke KL kerana mendapat pekerjaan yang lain. Owh, rasanya cerita pasal awek ni ada aku cerita dalam tahun 2008, masa dia mula-mula kawin dulu.

Malas nak cerita panjang-panjang. Mari layan gambar.

Presentation
Cenderahati dan hadiah
Bacaan doa untuk memberkati majlis
Tisu amat penting untuk majlis-majlis macam ni untuk mengelap hingus
Diraikan memberi sepatah dua kata
Aksi sebak bermula

Salah seorang yang diraikan tak dapat hadir sebab confinement.
Email ucapan der...
Aksi kawan-kawan sepejabat. Tidur pun sempat. Hehe
Sesi pemberian cenderahati dan hadiah
Yang diraikan
The food. Siap frame lagi menu makan tu.
Mari makan. Nom...nom...nom...
Pose comel dari team perempuan. Alamak terselit tiga oghe jate
Nasib badan. Ambil gambar orang, tapi diri sendiri tak ada.
Pose ter-hensem dari saya~
Lega. Penceritaan melalui gambar sudeh... kan?? Letih lah nak karang cerita. Tengok gambar pun dah fahamkan??


until then.... bye!

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...