Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Home-deco. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Home-deco. Papar semua catatan

Khamis, 18 Disember 2008

Indahnya malam pertama

Yer korang, jangan terlalu ghairah untuk membaca entry 18sx. Entry-entry begitu akan aku privatekan untuk pembacaan golongan-golongan tertentu yang berkasta tinggi. Fuh! Ayat tak boleh blah.

Ini berkenaan home-deco khas untuk kaum wanita sahaja. Tapi sekiranya anda, pembaca dari kaum sebaliknya dan berminat untuk mengetahui sila ikuti baca sehingga tamat entry.

Soalan: Apa yang penting sewaktu pemilihan cadar tilam?
  1. Fabrik?
  2. Warna?
  3. Jenama?
  4. Harga?
Masa aku mula-mula nak masuk UiTM dulu, antara pesanan mak yang sampai sekarang aku gunapakai ialah tentang pemilihan cadar tempat tidur. Of courselah kita nakkan keselesaan. Betul?

Mak aku cakap tengok pada thread count cadar tersebut. Database otak ku telah menyimpan data bahawa bilangan THREAD COUNT yang tinggi tidak akan berbulu. Rata-rata sahabat aku tak pernah mengambil berat tentang thread count. Asal cantik, menawan hati, main beli je. Jangan okey?

Apa itu THREAD COUNT dan kenapa ia penting?

Thread count digunakan untuk mengukur kualiti sesuatu fabrik. Ia dikira mengikut jalinan horizontal dan vertical dalam one square inch of fabric. Dalam website ini menerangkan standard cotton; 200-220 as a good thread count, 230-280 as better, and 300-400 as best.

TAPI, bukan bermakna lagi tinggi thread count itu, lagi selesa dan mahal fabric cadar itu. Perlu diambil kira tentang campuran yang terdapat dalam jalinan fabrik itu - yarn size and ply.
Another important consideration is fiber. Sheets may be made from various cottons, various cotton blends, polyester, or other man-made fibers. Cotton/polyester blends outsell cotton sheets largely because they wrinkle less and cost less. Be sure the read the label to determine the amount of cotton in the sheets.
Untuk lebih maklumat sila googles = THREAD COUNT.

Method yang digunapakai oleh aku ialah beli cadar atas dari 250 thread count dan ia lambat untuk berbulu. No wonder mak i sanggup beli cadar yang beratus-ratus harganya. Aku bujang lagi, tak perlu demand-demand lagipun bak kata ayah aku - "beli barang seiring pangkat awak". Aku bergaji kerani, maka keranikan juga barang-barang ku melainkan ia pemberian kedua ibubapaku.
Look! Tak ada jenama dan murah bangat. Mak kata campuran cotton dan polyester mungkin sedikit panas. Tapi tak kisahlah. Yang murah banyak dijual di pasar malam dan pasaraya ekonomi selalunya tiada label tentang thread count dan cepat berbulu. Betul tak?

Ahhhh! Akhirnya time untuk aku landing menikmati malam pertamaku di atas cadar baru.

Isnin, 28 Julai 2008

Makeover - Phase I

Ha... kalau blog fariha under construction, aku menghilangkan diri kerana sibuk mencari interior design baru untuk rumah sewa aku. Yes, i did makeover to my hommie.

Tiba-tiba rasa sengal, nak mengubah dekorasi rumah, sempena Aidilfitri ini. Huh?! Puasa pun belum lagi. Aku bukan hilang kerana sibuk bercinta okey? Chenta dah ada di Melaka sebab ada interview tau?

Oleh kerana perasaan berkobar-kobar nak buat transformation, aku dengan housemate aku merayau seluruh pelusuk kedai di Kuala Selangor & Tanjung Karang untuk cari permaidani baru yang murah tapi cantik. Bukan ruang tamu aku tu tak ada alas, cuma selama ini kami guna tikar rotan Sarawak, dah bosan tengok. So itulah pencetus makeover. Semalam nak beli pun takut-takut, jadi aku niat nak survey dulu. Kami bersiar-siar sampai lebam. Penat betul berjalan sekarang ini. Kenaikan berat badan yang mendadak rasanya. Dalam pukul 6pm kitorang pun balik. Banyak pula kereta yang lalu dari arah utara ke selatan (KL). Dalam kepala dah berkira-kira nak beli carpet itu. Teruja wei! Yang penting, tanpa pengetahuan siapa-siapa kecuali kami berdua, aku telah meminjam vacum office. Demi rumahku!

Proses mengemas mengambil masa yang lama, maklumlah tangan masih keras bab-bab mengemas ini lagipun kerana kitorang on and off, sekejap berhenti makan, lepas itu mengelamun berangan-angan. As lah pembantu aku yang setia bersekang mata. Akhirnya Fasa I berjaya selesai pada pukul 4am tadi. Itu dah termasuk masa mengelamun, tengok tv dan makan. Rasa teruja dan puas hati tengok perubahan suasana rumah aku. Besh!

Nanti nak cari carpet pula.

Aku tidur 3 jam saja hari ini. Ngantuk!

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...