Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Adorable Pet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Adorable Pet. Papar semua catatan

Selasa, 12 Jun 2012

RIP kesayangan Mommy dan Daddy

Tiga minggu lepas,
Time ini pakcik buat derma makan KFC, makan besar mereka hari itu
Tunggu turn, kasi lepas anak-anak dulu
Flora baca paper kejap : Let's get married?
Atik tak berhenti makan lagi
Dengki betul Mayo pada stiker dinding itu
Dah koyak. Memang kerja dialah tu

Dah hilang. Dah koyak. Tak boleh nak tampal semula
Kena jerkah, diam kejap. Aku rindu keletah dia
RIP Mayo. Saya rindu awak


Ahad, 8 April 2012

Flora, kucingku yang pernah STRESS!

Psychogenic Alopecia adalah terma yang digunakan untuk keguguran bulu berlebihan akibat tekanan psikologi (psychological stresses). Tanpa kita sedari, haiwan mudah terdedah kepada tekanan dan kebosanan. Tekanan dan kebosanan menyebabkan haiwan kesayangan kita banyak menghabiskan masa berdandan dan membersihkan bulu secara berlebihan.

Antara penyebab-penyebab tekanan yang sering dikenalpasti ke atas kucing-kucing belaan: 

  • Berpindah ke rumah/bilik/sangkar baru 
  • Kematian atau kehilangan kucing sepermainan 
  • Kematian atau kehilagan ahli keluarga pemilik kucing 
  • Kehadiran individu baru dalam keluarga pemilik kucing 
  • Kehadiran kucing baru
  • Tekanan yang di hadapi oleh pemilik kucing seperti kehilangan pekerjaan, baru berpindah tempat kerja baru, kehilangan orang yang tersayang boleh memberi kesan kepada 'mood' pemilik kucing dan memberi impak kepada kekerapan pemilik kucing berada di rumah untuk meluang masa bersama haiwan-haiwan kesayangan
  • Kebosanan mudah menyerang kucing-kucing yang dibela bersendirian tanpa kucing lain sebagai teman bermain, tiada permainan (toys) untuk menggalakkan mereka bermain ataupun sering ditinggalkan bersendirian dan kurang mendapat perhatian daripada pemilik masing-masing.

Psychogenic Alopecia dikesan dengan kehilangan bulu bermula pada bahagian perut, dan merebak ke bahagian peha dan pangkal ekor. Ada sesetengah kes, bulu akan terus hilang pada bahagian belakang badan.
Flora pernah botak sekejap pada akhir Disember 2011
Masalah ini tidak akan menjejaskan kesihatan kucing anda dari sudut negatif. Walau bagaimanapun, adalah penting bagi mendapatkan pemeriksaan veterinar atau doktor haiwan bagi mengenalpasti punca-punca keguguran bulu pada kucing anda.

Sekiranya Psychogenic Alopecia adalah punca keguguran bulu pada kucing anda, anda boleh mengurangkan tekanan dan kebosanan kucing anda dengan meluangkan lebih banyak masa untuk bermain bersama, bergurau dan bermanja. Fikirkan jenis permainan yang kreatif yang boleh dimainkan bersama dan sentiasa mengubah jenis permainan supaya kucing anda tidak cepat bosan. 

sumber.


until then.... bye!

Sabtu, 7 April 2012

Teaser: Kelahiran kali ke-3 Flora

keletihan...
Flora berjaya melahirkan tiga ekor kitten. Macam dulu juga. Kuantiti tak akan lebih. Letih aku jadi bidan. Melangut depan wad bersalin menanti seekor demi seekor keluar. Letih. Nak tidur lama sikit. Nanti sambung cerita lagi.

Ingat tarikh ini 7 April 2012. Kalau sesiapa terbaca ni meh lah fikirkan nama-nama untuk tiga ekor kitten yang baru ini. 

until then.... bye!

Flora, kenapa malam ini kau mengeow pelik?


si bunting ni ada masalah kurap, sedang beransur pulih

Sejak dia bunting, masuk ni dah dua kali aku handle dia, I mean dari segi penjagaan, mandi dan makan dia. Ya Allah, jaga kucing pun aku dah kurang sabar, macamanalah nak jaga anak sendiri nanti.

Dari aku balik kerja, dia asyik mengekor ke mana aku pergi. Rimas!
Flora bunting kali ini betul-betul mencabar dan menduga aku, makin over aku rasa. Aku buat-buat pijak bulu di ekor dia, dia mengeow macam sakit sangat. Drama queen la Flora ni.

Sekarang makan pun tak nak. Tadi mengeow sangat. Dah buka pack makanan basah, dia buat tak pandang. Tapi terus mengeow. Bising, rasa nak pukul saja tadi. Aku buat tak reti. Sambung balik meniarap mengadap laptop.

Dia tak puas hati tengok mommy dia tak concern kot, dia kacau pula mommy yang tengah sibuk meng-google pasal ciri-ciri kucing nak terberanak. Mommy dia sibuk hal dunia sampai lupa nak buat persiapan untuk menyambut kelahiran bakal cucu-cucunya nanti.

Then I found out from this website dan this website, basically it tell me, Flora is about time. Melalui calculation rambang aku dari tarikh last Flora projek dulu, lebih kurang akhir bulan Januari 2012, sekarang dah masuk hari ke-60 lebih and she are ready to deliver the babies. Cuaknya saya. Saya tak mahu terlepas moment melihat proses kelahiran anak-anak Flora seperti dulu. Saya mahu menjadi mommy yang bertanggungjawab dan memberi semangat serta kekuatan pada Flora untuk mengharungi proses yang mendebarkan ini.




Aku berjalan ke bilik belakang, aku pesan pada dia "Flora ini wad kecemasan awak, kalau awak nak terberanak. Duduk sini diam-diam. Jangan pindah-pindah macam dulu". Flora pun masuk dalam kotak yang digubah khas sejak dia beranak kali pertama dulu. As arkitek untuk wad khas ini. Flora curious pergi cium setiap penjuru kotak ini. Aku cari kain, kain yang dulu aku campak hilang mana entah. Alas dengan paper saja dulu. Aku harap dia selesa. Tapi bila aku keluar dari bilik, dia pun sibuk keluar juga.

Dia kacau aku lagi. Mengekor dan membuat bising saja dia tahu.

Tak mahu berenggang. Asyik menggesel pada mommy dia. 
Aku meniarap balik depan laptop. Tak pernahlah perangai si Flora ni begini. Selalu time aku nak masuk tidur saja dia ikut rapat. Ini macam dia nak cakap sesuatu. Asyik ikut saja. Duduk sebelah, panjat belakang aku, cium-cium kaki. Rimaaasssss sangat!

Last-last fed-up, merajuk duduk atas beg laptop.

Mommy nak buat apa sekarang?
Mommy tak nak respon yer? Flora duduk betul-betul atas tangan mommy, mommy dah tak boleh menaip. Owhh sabotaj ya?? Dia libas-libas ekor dia habis masuk mulut, hidung. Sudahnya aku selesema. Aku tolak dia ke tepi. Dia mengeow lagi. Aku angkat dia tengok-tengok air warna coklat keperangan dah keluar.

Halamak!!! Air ketuban dia dah pecah! Aku panik! Aku panik!

Babai, aku dalam misi menyaksikan keajaiban dunia....

Rabu, 1 Februari 2012

Aktiviti persundalan di taman aku

Aku baru balik kerja. Selalu mesti Flora yang sambut. Ini bunyi suara saja.

Rupanya....

Owh! Tidak.... Flora baru saja habis pantang.
Semua buaya bertopengkan kucing tengah stanby kat bawah.
Flora dalam bulatan.

"adik pandang-pandang, pandang siapa...?"
"nak geget sikit... kuis-kuis dulu..."
Ready??
Action!!
Kemudian aku datang terjah. Saja dengki pada mereka. Haha. Bertempiaran semua lari, sambil mengiau gatal nak mengawan. Termasuk Flora... patut la kebelakangan ni kalau aku kurung dalam rumah, dia punya meroyan rasa nak pukul saja. Bila Flora tak dapat keluar, dia gigit kaki kita.

Biadap dengan mommy ye??
Okey Flora! Tell mommy, u want A or B-??


 until then.... bye!

Khamis, 29 Disember 2011

Jadi tempat tidur sudahnya





Comel??

Keletah anak-anak aku, walaupun selalu kena pukul sebab suka kencing dalam rumah, mereka juga lah yang menceriakan hidup aku dikala aku kesunyian. Hmmm...

Kotak perfume yang kecik tu, walaupun sempit tapi mereka nak juga berhimpit. Comellah Mike dan Teddy ni. Nampak selesa pula dalam tu. 

Owh, Nikki sudah tiada. Diculik oleh orang taman atau mati dibunuh oleh beruk ataupun kenderaan yang lalu lintas.


x o x o,





Isnin, 26 Disember 2011

Rezeki anak-anak


Alhamdullilah.

Ada juga yang hulurkan bantuan untuk aku si ibu tunggal ini.

Merasa juga Flora, Mike dan Teddy makan makanan yang mahal ini. Huhu. Terima kasih kekasih gelap ku aka god father mereka ini.

x o x o,

Isnin, 5 September 2011

Neraka Petknode : Dianggarkan 9 terbunuh

Ini yang dinamakan harapkan pagar, pagar makan padi. Something like that la. Sekarang macam-macam cara nak menipu kalau nak instant money.

On the way back to JB, I read the TL; @klubbkiddkl about Petknode, (pusat jagaan binatang peliharaan) - for animal boarding yang tiba-tiba owner dia menghilangkan diri sedangkan kucing dan anjing penuh dalam premis Petknode di area Damansara Damai / Desa Moccis, Sg Buloh ditinggalkan dahaga dan kelaparan. KEJAM tak? Babi pun tak kejam macam ni.

Ku cuba fikir positif, mungkin owner dia ni ada emergency so had to leave. Tapi... bila melibatkan nyawa dan melihat pada gambar-gambar yang diuploadkan, aku rasa tak logik pula.

Sampai kurus kering macam ni. Dahsyat! Hati perut babi tau depa ni.

Snapshot dari Myanimalcare.org . Si gebus mati berpelukan.

Yang seekor tu macam tak lama lagi je tu tah hidup ke mati tu, yang gebu dua ekor tu memang dah mati tragis berpelukan. Sadiskan?

Aku cepat sebak, sebab mereka ini binatang yang dengar cakap dan manja.

Dan idiots ini (owner) mengikut maklumat @klubbkiddkl seorang bernama Shahrul Azuwan bin Adanan 821017-10-5289 Lot 2739, PT No 1426, Taman Genting Permai, 44300 Batang Kali, Selangor, 03-60574134 dan seorang lagi bernama Yushairi bin Khairuddin, 820227-05-5107 605, Lorong Anggerik 18 Jalan Anggerik 4 Bandar Sunggala 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan. Ha kau! Seorang dari Batang Kali seorang dari PD. Yang dari Batang Kali tu kot bawa lari duit main kat kasino Genting la tu. Yang seorang lagi berpoya-poya di pantai PD gamaknya. Eh, terfitnah pula.

Nak tengok gambar dorang?? Terjah Blog Serious Obefiend atau twitter @klubbkiddkl atau Myanimalcare atau Kucing Terbiar & Anjing Jalanan, hasil maklumat ini credit kepada mereka. 






Jumaat, 26 Ogos 2011

Pandai panjat, tak pandai turun


Ni si oyen, degil, nakal, suka berebut time makan dan tak comel. Tapi sebab dah bela dari kecil kena hadap juga lah kan??

Tengahari tadi balik rumah jap, tetiba bunyi terngiau-ngiau macam bermasalah sgt. Cek dalam longkang tak ada, cek dalam tempat letak sampah (mana tau jiran sebelah sabotaj) tak ada juga. Langut-langut tengok atas bumbung.

Pelik la pula si kucing ni, pandai panjat naik atas sana tapi tak reti nak turun. Nak cari tangga celah mana. So aku buat direction suruh ikut turun tempat yg relevan guna kayu, tapi si oyen ni tak habis-habis mengiau.

Lantak dia, biar dia turun sendiri. Haha





Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Ahad, 10 Julai 2011

RIP Bunbun

Last picture 08/07/2011.
Dia mati dengan mata kanan terkeluar. No witness.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Rabu, 6 Julai 2011

Ini ialah Flora


Yes, for those who following my blog knew she's a cat. She is my companion since last year.

I love to see her pregnant. Sebab ketika pregnant lah, manja dia menjadi-jadi dan menjadi buntat. Aku tuan yang agak kejam sebab kurang memberi perhatian pada dia, sampai kurus keding dek kerana makan sekali sehari.

Maafkan Mommy, Flora.

Tapi aku tak berapa setuju bila dia membuntingkan anak tah sape-sape. Konon-konon aku nak kahwinkan dengan kucing-kucing kasta tinggi, tapi tak dan.

Ini gambar dia tengah membungkang di kala pembuntingan pertama beliau. Gebus tak?

Nanti kita cerita lagi.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...