Cari Blog Ini

Sabtu, 10 Julai 2010

Apakah yang dimaksudkan dengan perhubungan terbuka (open relationship)??

Skandal-skandal aku dalam Facebook sakan letak relationship status sebagai "In an open relationship". Bukan setakat skandal, kawan-kawan pun ramai yang letak status begitu. I wonder what is it.
Aku merajinkan diri mengoogle. Kita tengok maksud open relationship dalam bahasa aku mengikut;

Wikipedia

Sebuah hubungan yang terbuka adalah hubungan komited di mana Si A bebas untuk memiliki perhubungan emosional atau hubungan fizikal dengan lain pasangan , selalunya dipersetujui bersama. Jika pasangan dalam satu hubungan yang terbuka sudah berkahwin, dapat disebut sebagai perkahwinan terbuka.

WikiAnswers

Jika seseorang memberitahu anda bahawa mereka mahukan hubungan yang "terbuka" dengan anda, itu bererti mereka ingin dating anda dan orang lain pada masa yang sama dan tidak menjadi masalah sekiranya anda juga keluar dating bersama orang lain.
Urbandictionary

  1. Dua orang bersetuju bahawa mereka ingin bersama, tapi tidak boleh berjanji bahawa mereka tidak akan bersama orang lain juga. Signifikannya adalah untuk kebebasan "merasa" semua -Selalunya student universiti
  2. Sebuah hubungan yang terbuka adalah hubungan di mana seseorang itu tidak mempunyai hak ke atas pasangannya. Pasangan tersebut tidak bertemu satu sama lain secara eksklusif dan boleh meng-date, menggoda orang lain jika mereka ingin melakukannya. Dalam hubungan yang terbuka benar pasangan itu akan sepenuhnya jujur satu sama lain (tidak seperti kebanyakan hubungan sekarang). Mereka tidak akan marah antara satu sama lain untuk hal-hal bodoh sepertitidak menelefon untuk sehari suntuk, mengenakan pakaian seperti slut, terkinja-kinja di club, atau bercium dengan lesbian di lif. Secara amnya, mereka mencintai satu sama lain tanpa sebarang syarat dan menyokong satu sama lain melalui saat diperlukan. Meskipun orang lain akan mengatakan mengenai perhubungan terbuka pasangan ini tidak akan berjaya atau menjijikkan, mereka tidak kisah dan menganggap kata-kata itu adalah dari perasaan cemburu. Sampai satu tahap mereka menyedari bahawa mereka adalah dua terbaik di luar sana.
  3. Biasanya suatu hubungan jarak jauh di mana pasangan masih ingin bersama, tapi salah satu atau kedua-duanya dari mereka juga ingin bersama orang lain. Kadang-kadang digunakan untuk menguji pasangannya. Kadang-kadang menyebabkan patah hati, terutama bila:

A: Salah seorang dari pasangan tersebut jatuh cinta dengan orang baru dan berlaku kekurangan perasaan cinta terhadap pasangan jarak jauh

atau

B: Ketika orang dalam hubungan jarak jauh tidak memberitahu orang baru yang dia sudah dalam hubungan jarak jauh sebelum bersama dengan orang yang baru. (menipu)

Syimalicious: Open relationship is more to sexual intercourse rather for sharing love and attention. Yang bestnya lelaki. Perempuan dapat apa? Best yang sementara.

PERSOALANNYA:-

Setakat ini dahulu,

 

12 ulasan:

  1. i hate open relationship. haha seriously

    BalasPadam
  2. oh, alamak...

    saya sangat suka open relationship...

    howww????

    BalasPadam
  3. kamu berdua sila "like" di entry saya...

    BalasPadam
  4. lah..igt org yg letak open relationship tuh da tawu..upenyer tak ea??haha..mmg fahmie open relation and fahmie suke mcm tuh...freedom.lols..


    Fahmie's Latest Entry:
    ¶ Start Sharing Not Selling
    ¶ Skaters Bila Dah Bosan
    ¶ My top song this week
    ¶ Verification Oh Verification

    BalasPadam
  5. bg aku org yg amalkan open relationship ni sgt bodo dan bangang
    siyes aku bengang bile dgr psl bnde2 ni
    lagi2 kalo de libatkan hubungan 'fizikal'
    btol ayat dlm tu
    yg untung lelaki
    yg rugi perempuan
    fikir2kan lah
    ;)

    BalasPadam
  6. nak tau work ke tak..sila lah try
    hheheee ;P

    BalasPadam
  7. open relationship bkn utk orang kita....tapi maybe diorang saje suke2 je letak status camtu.cuma kalau bf aku,mungkin aku akan musnahkan dia dulu....

    BalasPadam
  8. salam

    ermmm itu rupanya perhubungan terbuka. Saya ingatkan tak ada tiadanya rahsia antara kita.. hehe

    BalasPadam
  9. phewww! sudah terang lagi bersuluh..tepuk dada tanya mata..hehe

    BalasPadam
  10. i lagi suka open relationship...hehehehee

    BalasPadam
  11. Nie perhubungan generasi Y, dalam meniti arus permodenan macam² boleh berlaku. Orang melayu jangan le buat sebab korang terikat dengan Agama Islam.

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...