Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Seafood. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Seafood. Papar semua catatan

Ahad, 22 Ogos 2010

Berbuka puasa - 12 Ramadhan bersama Ratu Poker

Bosan yang amat. Bangun pagi tadi hajat nak pergi pejabat.
Tapi kantoi. Gigi tak gosok, tak mandi sampai ke petang sebab mengadap FB.

Ish, dah tahap addicted teruk aku ni.

Tapi tiba-tiba Apple come with the idea untuk makan-makan di sekitar Kuala Selangor. Tapi malangnya Fariha tak available pula.

Lauk pauk biasa kami.
Nom...nom...nom... Sayur minyak oyster sauce, udang ketak goreng telur masin dan kerapu szechuan.

Oyster Omellete
Hari itu aku menerai (try) telur dadar tiram ni di restoran sebelah - Riverview, TAK SEDAP. Keras, terlebih tepung rasanya. But this one, Kuala Sungai Restaurant masak sangat.... best lah juga. Temptation kot.

Ratu poker yakni Cik Apple, Aslina dan saya yang menggedik.
We had chit chat. Gosip. Dan mabuk air kelapa also chinese tea.

Memandangkan agak susah si ratu poker datang ke Kuala Selangor indah permai ini, maka aku dan As berbesar hati berbelanja yang tidak seberapa untuk dia. Sebab aku percaya, bila kita tak kedekut, kita akan murah rezeki. Kan??!


Setakat ini dahulu,

 

Khamis, 4 Disember 2008

Seafood at last!

Kerjaan. Ya, aku kerjaan semalam. Dengan selesema yang super teruk. Sikit-sikit bersin. Bos assign me to get a map. Peta topografi daerah Sabak Bernam. Hina ok? Daerah Sabak Bernam tak ada peta yang color printed. No specific peta topografi. Jupem pun tak buat. That one is limited. Itu apa yang pegawai Digis Majlis Daerah Sabak Bernam bagitahu. Ke hulur- ke hilir kena tendang. Sekejap kena ke Pejabat Tanah dan Daerah Sabak Bernam, sekejap ke MDSB. Haih.

Tapi tak kisahlah. Alang-alang dah sampai tempat orang ini, aku berkesempatan untuk makan tengahari di sana. Dah lama tak cerita pasal makan-makan.

Ini sup tofu isi ketam. Kena tambah kicap cuka yang masam. Aku tak suka campur cuka. Tak sedap.
This is my 1st time trying this cuisine. Butter prawn but this version. Quite sweet and i'm impress with the taste. So yummy!
Baby kailan.
Must eat! But this one is not ok. Tukang masak tak pandai masak. I gave 5 out of 10.
Sembilang claypot.

Macamana *aksi kami yang gila kebulur dan kelaparan, MAKAN?



Blurp! Alhamdullilah. Licin dan tidak membazir.


4 orang makan - sekotak rokok Dunhill 14'= Rm60 sajork! Murahkan?
Gambar telah tidak sengaja terblur kerana terlalu dekat ketika proses menangkap gambar as the camera's functions are too complicated. Aku tak pandai sebenarnya.


*Notakaki: Tengok tangan siapa yang gagah melicinkan gravy dalam pinggan itu. Memang sedap. Kalau kat rumah tu, dah jilat pinggan dah tu.

Khamis, 31 Julai 2008

Apalah nasib badan

Selama hampir dua bulan ini aku menderita penyakit kulit. Bukan kusta, bukan kayap, bukan kurap. Sebenarnya lebih kepada darah. Darah aku kotor. Kenapa aku kata darah aku kotor? Aku suspect darah aku kotor sebab badan aku selalu naik bisul-bisul chumel. Hahaha bisul pun ada chumel ke? Nak cover line sikit, sebab bisul sememangnya memburukkan keadaan kulit lebih-lebih lagi kalau ada parut besar. Sekarang sebab cuaca sini sangat panas terik, aku selalu berpeluh dan tercetuslah ruam. Tergaru-garulah jawabnya.

Kali ini dah masuk 4 kali aku berulang ke klinik. Kali ke dua hari itu dapat injection. Kali ke tiga pula dapat ubat-ubat dan pil-pil yang beraneka warna. Tapi kali ini doktor tak nak bagi apa-apa ubat. Dia tak nak bagi injection sebab kata dia menatang tu cuma boleh bertahan selama 6 jam sahaja. Ubat sapu, "sampai bila?" doktor tu cakap lagi. Dia kata probably aku ada diabetes. Haa! Sudah! Aku dah cuak. Doktor suruh masuk buat pemeriksaan gula dalam darah.

Selepas beberapa minit...

Bacaan kadar kandungan gula dalam darah aku 4.7 g/mol. Masih tahap yang okay. Alhamdullilah lah kan?? So aku pelik, apsal aku jadi macam ini? Aku cerita pada doktor kegilaan aku terhadap seafood. Doktor kata ini mungkin pemangkin utama kepada kes aku. Doktor cakap lagi, "you should avoid seafood..... and EGG!" Tapi aku nak makan apa nanti?

Aku sedih, disebabkan kealpaan aku dulu-dulu, aku dah tak boleh makan seafood, telur dan AYAM!! Uwaaa!!! Sedihnya!

Nak tak nak kena ikutlah dari tergaru-garu macam berok makyei.

Isnin, 2 Jun 2008

Meh makan seafood (Part 1)

Monday blues. I hate Monday! Hari ni aku rasa tersangat liat untuk pergi kerja. Jam dah menunjukkan pukul 8.00pg, dan aku bercadang untuk masuk waktu anjal WP3. I've got only 30mins to get prepared.

Kerja...

dan kerja...

Hari ini juga aku tak dapat apa-apa arahan tugasan luar. Bagus untuk aku kerana banyak fail lesen yang tak tersettle. Tapi bila dah banyak fail, aku jadi pening dan loya. Tapi jangan nak pikir bukan-bukan, aku tak mengandung.

BFF agaknya kesian melihat keadaan aku, langsung mengajak aku pergi makan. Mula-mula nak makan berdua, pastu terpikir nak ajak Dmade. Lepas 15minit aku terpikir untuk mengajak dua orang lagi rakan sekerja yang kuat melantak dan tidur iaitu Fais & Sab.

Alasan mengajak mereka kerana ..... (tidak lebih dari 15 patah perkataan)


1. Kami boleh tolerate antara satu sama lain

2. Kami sama-sama diabaikan kasih sayang oleh bos

3. Kami boleh tanya dan memberi pendapat yang jujur atau pun yang membunuh

Tak kisah la apa pun alasannya, Bonzer nak buat amal jariah hari ini. Bonzer kata "Saya nak Fais dan Sab rasa dihargai, tambah-tambah lagi untuk Unit Harga" Fais, kalau awak masih tak bersyukur lagi, tak tahu la...

Meh tengok apa kami makan...

Udang ketak/lipan masak cili kering



Baby squid masak tak tau tp sangat SEDAP!


Sayur minyak goreng bawang putih


Ikan siakap stim Thai... marvellous!


Claypot Stingray


Ready to rumble!! yum...yum!



Aku nak cerita lagi, tapi aku mengantuk plak. Sambung esok lagi.

Later...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...