Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Life and surrounding. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Life and surrounding. Papar semua catatan

Selasa, 17 April 2012

Kesian dan bersyukur

Hari ini balik rumah agak awal dari biasa.

Senang hati rumah dah agak kemas 70%. Terima kasih kepada maid gaji ikut jam. Walaupun ada sedikit rasa tak puas hati dengan kerja makcik melayu itu.

Well, baju dah 3 hari tak berangkat. Maklumlah sibuk dengan hal-hal dunia. Weekend yang sibuk dengan aktiviti luar. April dijangkakan tiada penglibatan untuk shoot event kahwin. Maaf tok guru Azahar Ukir.

Jadi selepas mandi dan mengemaskan diri, aku on-kan laptop. Tiba-tiba dengar suara kanak-kanak dari sebelah rumah terpanggil-panggil "kakak" sambil mengetuk grill sliding door rumah aku.

Jam dah menunjukkan 8.45mlm. Aku jenguk ke luar.

Anak-anak Ravi bertenggek di tembok rumah. Si sulung minta pinjam handphone. Aku pelik. Kenapa tiba-tiba ni? Rupanya ibu dan ayah mereka belum balik. Keluar dari 2.30ptg hingga malam masih belum pulang lagi. Kerisauan terpancar dari wajah si sulung.

Handphone tengah charge, kalau bagi si sulung ni pinjam pun signal Digi di rumah ni sangat nazak. Hujan malam. Tanpa banyak tanya aku suruh dia masuk rumah gunakan telefon fix line. Aku pergi angkat kain. Kalau tunggu pun bukannya faham bahasa mereka kan? Masa masuk aku tengok reaksi muka dia (si sulung) macam lega dapat bercakap dengan ayah dia.

Lepas itu barulah aku interrogate. Rupanya pasangan suami isteri itu pergi Ladang Tenamaran milik Sime Darby sebab ada lawatan dari PM kita. Nak dapatkan sumbangan dari PM kata si sulung. Tiba-tiba aku jadi kesian. Mereka berkejar untuk dapat bantuan yang tak seberapa tu. Tapi hati jahat aku cakap "benda dapat free semua nak sambar..."

Dalam 11.20mlm aku dengar suara si Ravi. Baru balik agaknya. Dengan menaiki motor uzur untuk perjalanan lebih kurang 60km pergi balik.

Betapa aku bersyukur aku dilahirkan dan dibesarkan dengan pendidikan yang sempurna (walaupun tak cemerlang), mempunyai kedua ibubapa yang berkerjaya satu ketika dahulu sampai tak pernah merasakan kesempitan wang, cukup makan pakai sampai gendut dugong macam ni, bersyukur kerana mampu mendapat pekerjaan yang memberi jaminan pencen ketika di usia tua walaupun berstatus andartu nanti.

Syukur.

Meskipun selalu ada bisikan-bisikan untuk merasa takbur dan serba tak cukup, selalu seperti hilang pedoman dan iman mempertikaikan keadilan Tuhan, but at the end aku masih seorang hamba yang masih tahu bersyukur.

Syukur... kerana bila kita rasa kita teramat susah, ada orang yang lebih susah dari kita.


Isnin, 19 Mac 2012

Kuiz Online: Perkara yang agak bodoh untuk seorang perempuan yang banyak tanda tanya

Berapa ramai antara kita yang suka jawab kuiz-kuiz online ni?

Kuiz bagaimana cara duduk anda, kuiz cara tidur anda, kuiz perhubungan dengan seseorang, kuiz sedalam mana cinta kamu, kuiz personaliti, kuiz kenal diri anda melalui muzik dan bla...bla...bla..

Dari hal-hal tentang inner side of you, cinta, hubungan sesama manusia sehinggalah hal-hal pemikiran yang melampau. Banyak kuiz-kuiz tercipta dari seorang manusia yang berada dalam kalangan kita yang dicipta untuk orang-orang curios ataupun saja-saja nak main kuiz ni. Betul tak? Ada yang percaya, boleh diterima pakai. Ada yang totally crap. Ye lah, sebab manusia yang generate soalan dan manusia juga yang bagi jawapan. Kesahihannya kurang memberangsangkan sebab tiada persijilan.

Pendek kata kuiz-kuiz seperti ini wujud untuk some people yang nak digging "what-in-your-mind-now". Tapi pepatah mengatakan "curiousity kills the cat". Terlalu bergantung pada jawapan dan hujahan dari kuiz tertentu somehow boleh buat kita terpesong dari jalan kehidupan yang sebenar.


Yang terbaru aku bagi contoh, aku menjawab soalan-soalan kuiz tentang fobia terhadap perkahwinan- bagaimana untuk menentukan kita salah seorang berpenyakit takut pada perkahwinan. Jawab sepuluh soalan dan jawapan dia,

Gamophobia is very seriously impacting your quality of life. 

Owh tidak!! Rupanya makcik seorang yang takut untuk berkomitmen. Yelah, makcikkan seorang yang terkenal sebagai perempuan yang suka bertukar-tukar pasangan. Makcik takut kawin. :(

Dan ini satu lagi kuiz yang aku buat untuk menguji sejauh mana kekuatan perasaan aku pada pakcik. Kadang-kadang konfius dengan tafsiran dan definasi tentang Love, Lust dan Infatuation. Maka jawapan dia,





Certificate: Test results
Love, Lust, or Infatuation

Sounds like someone is in love! And for a good reason too! you sound like you both know each other very well... Trust and General Knowledge about each other is really important for a working relationship! Remember these key points and you are on your way to a happy life!
 
Take this quiz: Love, Lust, or Infatuation


Siap ada certificate kau.... Hahaha. I am head over heel, pakcik. Makcik jatuh cinta again? What? Mudahnya. Itukan kuiz? Tak semua betul. But I'm smiling. Tapi jadahnya aku syok kat seseorang tapi tak mahu kahwin. Berat ni!

Maka janganlah nak percaya sangat. Sebab entah siapa-siapa yang create kuiz ini. (Tapi macam nak percaya juga.... hehehehe) 


Ada ke uolls yang suka main jawab kuiz ni??


Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...