Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Perkara baru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perkara baru. Papar semua catatan

Jumaat, 27 Julai 2012

Nak sedondon katanya

Cantik?

Mak kata cantik. Tapi macam ada yang tak kena pada mata aku. Mungkin belum jadi baju lagi kot. Aku nak merah, baru sedondon. Apa motif beli warna tak sama kalau tak mahu bagi sama-sama jadi boria masa openhouse kompleks nanti?? Verangan saja makcik ini tau.

Nak buat baju apa ni?? Baju kurung pahang lagi?



*Thank you pakcik.

Isnin, 23 Julai 2012

Sampai juga parcel yang entah dari mana


Rasanya benda ini dah sampai ke pejabat masa aku pergi bercuti hari itu. Janji, dalam keadaan baik lagi. Puas hati rasanya tengok 20" monitor, selama ni pakai paling besar pun monitor14". Tak apa, balik nanti baru setup. On the way menanti CPU custom made pula.

Seronoknya hidup apabila semua benda "dihujung jari". Tekan sana tekan sini, bungkusan sampai rumah/pejabat.

*cuma nak cari suami saja tak boleh cari cara online rambang. Hmmm


Selasa, 24 Januari 2012

Syiling baru ringan macam token funfair

Makcik duduk dan kerja di kampung ni seakan "jakun" bila memegang syiling baru ni. Nama nak merasa duit kertas baru yang lain-lain tu belum lagi. Tunggulah 2-3bulan baru melambak tukaran duit baru ni di Kuala Selangor.
gold plated tu
Syiling 50sen dah sama besar dengan syiling 20sen lama
suka kerawang-kerawang ni.
tapi apa motif tepi-tepi syiling tu dilekuk-lekukan?
tak berapa nak cantik...
 .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
AKHIR SEKALI.... 

model tak berbayar lagi - motif nak tunjuk dah curvy. bukan syiling
HAHAHA!

until then.... bye!

Jumaat, 3 Jun 2011

Mencuba tempat baru di pencakar langit

Ingat KLCC je ke ada??

Lepas tengok wayang kejap tadi, sebagai bakal mayor aku kena lah tunjuk muka tgk kawasan. Hahaha

Since mencanak-canak kemajuan di Kuala Selangor, makin sayang pula nak pindah keluar.

So tadi try pergi ke tingkat 3, 1 Plaza. Nama tempat makan ni Skyscrapper Steak House. Of coz la ini tempat bangsa cha ya nun alif punya. Owh... Ai ke sini dengan cik Aslina, yang kebetulan nak setel hal belajar dia.

Masa entrance nak masuk tu, aku disambut oleh tuan punya kedai. Sembang punya sembang dia cakap "sini tak ada babi, melayu boleh makan." Tapi aku tengok beer penuh je dalam fridge. Aku tanya tokey, melayu ada minum-minum tak? Tokey cakap "ada sikit-sikit, curi minum". Hahaha sangat open okeh?? Halal tak?? Tokey tu kata melayu yang masak maa... Adoii...

Been here just to have kiwi juice, tak mampu nak try makanan lain. Next time la... Kan??


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Jumaat, 22 April 2011

Bukan berita politik: Meh tolong mengundi sat...





Aku berkira-kira nak menukar angin dengan mengubah banner pada blog ni. Kesengalan melanda. Boleh tak tolong vote yang mana paling sesuai. Walaupun korang rasa macam tak sesuai sekali pun, ini sajalah option yang tinggal. Jangan banyak songeh...

Vote tau... jangan tak vote.


Setakat ini dahulu,



Isnin, 5 Julai 2010

Bila ada hobi baru, blog pun terabai

Hobi kali ini tiada kaitan dengan gersang. Huh! Asal check dalam keyword Nuffnang, blog aku dapat hit sebab perkataan GERSANG.

Tak. Tak ada kaitan dengan kegersangan aku.

Sekarang tengah seronok main tembak-tembak. Dan ini hasilnya;




I'm considering for creating another blog ~ specific for photo. Or should i share it in flickr??
Anyway my photoblog dah ada url, but still under maintanance.

Esok exam KPSL. Tak bole lama-lama update blog.

Setakat ini dahulu,

 

Rabu, 17 Mac 2010

Anda kenal dia?

Saja hendak tunjuk kelainan. Kena ke tak kena ke dengan rupa aku, aku pakai juga tudung stail begini. Ada orang sound aku tak suka tengok toncet (sanggul) tinggi sangat. Eh, ada aku kisah?




Macam Lebonese tak?








Syimalicious: Don’t hate me because i’m beautiful, hate me because your boyfriend thinks I am.

Khamis, 28 Januari 2010

You should see This!!

Perkara yang menggemparkan seluruh Sweeden.


Video ini mungkin mengambil masa, tetapi worth it. Percaya lah!!


TEKAN SINI.




Selasa, 22 Disember 2009

Main google map

Aku banyak sangat berhutang cerita dalam blog ni, tapi kemalasan menguasai diri untuk mengupdate.

Hari ini, aku rasa nak habiskan masa dengan meng-google map tempat yang pernah aku tinggal atau related dengan diri aku.

Hampir sepuluh tahun aku pusing-pusing di Sitiawan. Yer, most of my chilhood time in Sitiawan. Masa tu la kenal erti sahabat, kasta, pilih bulu, macam-macam. And Rieha satu-satunya sahabat ketika sekolah rendah yang sentiasa keep intouch. Then baru jumpa Farah, Izan, Iza dll.

Sekolah yang banyak memberi kenangan pada aku. Aku kenal pada cinta monyet. Hahaha dengan budak sekolah teknik Arau. Dengar cerita dia dah kahwin dengan stewardess. Di sini aku ramai kawan. Dan ramai juga kawan yang aku dah lost contact. Dulu aku rasa nak jadi taiko besar tapi hampeh. Cuma tak sempat jadi minah rempit atau pembonceng motor mat rempit. Terlalu banyak kenangan di sini.

Ini map rumah bujang aku di Kuala Selangor. Kalau google satelite nampak hutan je. Huhuhu

Family aku sempat hidup dikawasan yang sesak ini selama 2tahun. Sempatlah juga perasan duduk di perumahan elit. Kalau tengok rumah-rumah di Padi Huma aku selalu terfikir "jual dadah ke diorang ni??" Tapi aku tinggal di area Padi Ria dan yang tak boleh blah rumah teres dua tingkat di sini kereta sampai 3-4 buah (termasuk famili aku... kekekeke), lepas tu berebut parking. Dan kat sini juga kucing kesayangan keluarga aku, Montello bersemadi.

Then kami sekeluarga berpindah tinggal di perumahan baru buka di Kangkar Pulai. Tempat orang bunuh orang lepas tu campak di estet kelapa sawit di sini. Tapi itu cerita dulu. Kat sini pun aku feeling macam duduk perumahan elit. Orang kata rumah cluster yang buntut dapurnya bersambung 4 rumah adalah elit. So aku pun bantai cakap rumah aku gah dan seelit orang kaya. Hahahaha. Tapi perlu sedar, rumah sekarang makin lama makin mahal dan makin kecil ruang lingkupnya.

Tetiba masuk map negeri Pahang.
Ini kampung Shrek. Sangat pedalaman pada hemat aku. Dekat dengan Taman Negara yang aku sendiri pun tak pernah sampai. Mana tahu, makbul doa mak ayah aku, aku jadi menantu orang Felda Padang Piol. Kekekekeke.

Ini pula map kawasan Bera. Parlimen yang dikepalai Dato Ismail Sabri, si bapa Dafi AF tu dan juga menteri di kementerian tempat keje aku. Shrek kerja di sini. Dalam hutan. Hahaha. Jarak kami macam 250km. Sangat jauh untuk berjumpa selalu.

Oklah, setakat update ala kadar. Aku tak sihat. Tidur dulu k?


Isnin, 2 November 2009

Amukan muzik Rock

Rata-rata orang dalam FB (Facebook) akan bercerita tentang game-game seperti Farmville, Farm Town, Top Restaurant, Barn Buddy, Restaurant City dan segala bagai jadah game yang ada dalam FB.

Walaupun usiaku menginjak ke alam 30-an, computer game bukanlah sesuatu yang janggal bagi aku. Hoh! ayat tak ingat.

Have you try Rock Riot? Aku suka muzik. Sangat menyintai muzik. Tapi aku tak reti bermain organ, piano ataupun memetik gitar.


Dengan game ni, kita boleh la feel main gitar, setakat goreng-goreng tu tak de hal lah. Man kidal pun meleleh air mata tengok aku goreng lagi Smoke of the water ~ Deep Purple.


Main game ni senang je, jari korang yang kena tergedik-gedik. Aku mengakulah aku masih di peringkat novice ~ tiga not je berfungsi; 3, 4, 5. Tapi tanpa tumpuan korang punya not boleh caca merba. Serupa orang main kereta; guna gear dan clucth. Otak turut memainkan peranan to shift the gear/finger.



Akhirnya, bila keputusan memberangsangkan, korang bolehlah challenge orang lain. Aku suka game ini sebab banyak lagu boleh main. Ada muzik yang buat korang relax-relax, ada yang menggelupur laju, try la.



Jumaat, 10 Julai 2009

Kereta kamu hebat sangatkah?

Dulu ada orang sound aku, "Kereta kau tak stailo, tak nampak ganas lagi"

Bagaimana untuk nampak ganas? Bagi pakai skirting dan bumper serupa ikan jaws atau spoiler macam nak terbang tapi tak terbang tu? Atau pakai air scoop macam ikan paus makan plankton?

Aku teringin juga nak letak spoiler, perhiasan bagai kan? Tapi bila kenang kembali kata-kata ayahanda ku, memadailah untuk aku modified kereta secara kecil-kecilan. Nak tahu apa dia kata? "Kalau setakat spoiler tinggi mencanak tapi tak boleh speed, lupakanlah niat awak tu. Buat malu je..."




Tapi aku tukar juga. Aku tukar window visor yang besar tu. Cahaya matahari tak tembus. Itu je main function dia. Tapi tak nampak different sangat kan? Janji dah cat gelap. Hitam gelap kan warna orang jahat?? Hahahah <-- Mari gelak evil....








Syimalicious: Tapi terserah pada individu. Itu kereta dia, hak dia kan. Kalau heavy modified sangat sampai tak kena pada penglihatan umum, kita gelakkan saja.

Sabtu, 4 April 2009

That is really awesome widget!

Siapa perasan "sesuatu" hari ini?? Biar aku tolong bagitahu. Adakah kamu sedar kewujudan widget baru ini?


Sesuatu itu berada di sudut kanan di paparan skrin PC/Desktop/Notebook kamu.

Pagi nanti housemate aku akan meroyan dek kerana kejap lagi dia perlu menghadirkan diri untuk test subjek killer yang membosankan. Anyho... Goood Luck yo! Oleh kerana semalam minda dia tak berapa nak waras, dia telah up satu (sebenarnya dia up tiga entry sekaligus) entry baru yang sangat menarik perhatian aku.

Widget itu ada kena mengena dengan dia. Bukan aku nak kata dia yang cipta, tapi cerita sebenarnya ada dalam entri dia. Aku tak ada idea nak eloborate sebab aku sibuk rasa sakit hati tengok cerita Cloverfield yang tak ada ending munasabah di channel Cinemax. Tapi aku suka cerita macam tu. Hahaha. Ok off topic.


Credit to YouthMedia and Aslina too.


Syimalicious: Get this widget to promote your blog in entire network now!

*Catatan peribadi buat diri aku; dua orang budak praktikal yang menyewa rumah aku sudah keluar dari rumah ini kerana tamat kontrak praktikal di Klinik Komputer; secara rasminya hari Jumaat bersamaan 3 April 2009. Yeay!

Jumaat, 13 Mac 2009

Kotak komen cacat macam aku yang separa cacat


Mesti ada yang dah aware pasal kotak komen baru aku ini. Aku cuba berjinak-jinak dengan JS-kit ini. Kunun-kunun nak buat pembaharuan. Hari ini banyak pula yang mengomenkan. Tapi aku tak tau nak moderate komen korang itu macamana.
Sudahnya...
.
.
.




Harem.... semua hilang. Tetiba komen dari Cik Aslina bertukar menjadi nama aku.

Camana pun terima kasih Ceera, Diva Belle, Gua, Zuris, Ain, Tny kerana berpeluang mengomen menggunakan JS-Kit ini.


Pengumuman:

Aku sedang bereksperimen; TRY & ERROR.


Korang tekan mana huh?? "Leave a comment" ataupun "Reply"??


P/S: Usaha excalator kejayaan. Practice make perfecto kan?

Ahad, 15 Februari 2009

Nak tukar baju pun payah ke?

Lelah. Panik. Sakit Hati.

Since aku dah bercita-cita untuk menukar blogskin aku yang entah ke berapa ntah, aku berikrar untuk buat yang secantik mungkin. Tapi...

Aduyai, penat betul nak mengecik-kecikkan mata membaca coding-coding tu. Nak ubah sana, nak transfer menatang itu, sangat menguji kesabaran. Aku terpaksa mem-private-kan blog selama 24jam lebih untuk tukar baju.

Skin aku dah 80% complete tapi ada CACAT lagi. Macam dah sampai roh malas.

Aku dah fed-up. Silap-silap skin ini bertahan seminggu sajork. Tengoklah nanti.

Siapa yang pandai pasal coding-coding sila angkat tangan? Aku nak upah tolong bikin kasi cantik sikit.

Aku terkilan kerana kali ini skin aku agak terencat.

Khamis, 8 Januari 2009

Mari belajar lipat baju

Motif?

Ini untuk mereka yang agak malas untuk lipat baju. Macam aku.

Take note, sila fokus pada baju bukan 'tempat' lain.


Rabu, 29 Oktober 2008

Selamat Tinggal Kulit Lama Ku


Biar betul??


Aku bersalin kulit? Takkan kot?


Mesti itu yang melintas difikiran korang semua.

Aku nak cerita tentang aku yang sudah menukar baju untuk blog ni. Ntahlah, aku cepat jemu sebenarnya. Ok tak imej baru aku ni?? Imej ke??



Selamat tinggal kulit lamaku...


*Tak ada ke orang yang baik hati nak buat header untuk aku macam blog mereka ini dan ini ?? Anyone?? Mentang-mentang aku tak femes...

Apa aku nak buat dengan benda ini?



Bersinar tak? Sakit tak mata korang?

Aku pernah meminati rama-rama. Sangat suka dengan apa jua barang berbentuk rama-rama. Gila dengan icon rama-rama. Pernah menyimpan cita-cita nak buat tatoo rama-rama atas bahu atau punggung macam Mariah Carey. Tapi itu dulu. Lepas banyak orang mengandaikan rama-rama itu sinonim dengan perempuan murahan. Bodoh! Otak cetek! Sekarang aku tak beria sangat kalau nampak barangan berbentuk rama-rama.



Ini antara koleksi terawal aku. Jam ini masih boleh digunakan lagi, cuma ia berdebu sebab tuan jam ini pemalas. Malas nak lap debu-debu itu.

Ini sebahagian barang-barang yang terkini.


Nak kata banyak tu tak adalah, tapi aku ada lah koleksi rama-rama. Ada yang orang hadiahkan, ada yang beli sendiri. Jangan tak tahu, setengah orang kenal aku dengan nickname Butterfly dulu. Even sekarangpun kalau aku perkenalkan diri sebagai Syima orang tetap kenal Butterfly dari Syima.

Last year Chenta hadiahkan satu brooch sempena hari jadi aku. Tapi sampai sekarang aku tak berkesempatan nak pakai brooch tu. Brooch yang mana? Brooch rama-rama warna biru tu lah. Korang tengoklah, hampir sebesar tapak tangan aku.
Nak cucuk kat mana? Ni atleast jadi pin cucuk pada selendang ke kan?



Korang ada idea?

Isnin, 27 Oktober 2008

Red Bull


Dah 10 hari berlalu. Aku merasa sangat ralat. Kenapa?

Aku tak masuk contest Red Bull tu. Walaupun perkara itu dah lepas, tapi aku nak korang tahu perasaan aku. Sekiranya dinding selembut tilam, akan ku hantukkan kepala ini. Huahuahua, rasa menyesal tapi dalam masa yang sama rasa menyampah.

Masa on the way back to Johor (Raya ke 3) aku terdengar satu iklan di radio mengenai Red Bull's Female Driver Search. Siap bagi wed's address untuk maklumat lanjut. Wah menggelitik aku tau. Teruja teramat! Tapi memandangkan kami sekeluarga nak ke Kedah pula aku, harus lah ku sabarkan hati aku untuk check website tu. Kan aku cuti raya lama hari tu?

So aku dah masuk kerja on the 7th, aku terus terjah ke website tersebut pada malamnya.

Best! Best! Best! Klik lagi...

So inilah form untuk di-fill up-kan. Semua itu macam kacang je. Last question yang aku highlightkan itu pun bisa diatur.
Aku klik lagi... Kali ini aku klik untuk tengok siapa yang dapat jadi female driver Red Bull.

I found out about the rookie. Then after reading a few sentences aku dah mula rasa hampa. Tak perlu baca panjang-panjang la. Aku klik lagi pada gambar-gambar rookie itu.


Ok tak perlu diperjelaskan lagi. Pemilihan tersebut mesti la dishort-listedkan untuk gadis kurus tinggi lampai dan ada rupa. I got the look what? But the thing is, I'm plum. Aku down sangat-sangat. Actually i should try.

Drifting and speeding is my passion. Aku nak belajar drifting tapi tak berpeluang. Speeding tak payah siapa ajar, atas diri sendiri saja. Antara berani atau tak.
Aku sedih ni...
Siapa-siapa pujuklah aku ni...


Moral of the story: Lain kali kurangkan melantak. Jaga makan tu, dan jangan main bedal je.

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...