Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label tangkap basah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tangkap basah. Papar semua catatan

Selasa, 15 September 2009

Kena tangkap basah pun ada hikmahnya

Hari itu aku dapat fast response pasal cerita ini. Nampak sangat kita semua ni suka gosip kan??

Al kisah, tidur malam ku terganggu memikirkan akan dia yang berada di dalam jail di pejabat agama, dia call aku lagi.

"Aku takut. Ko tak ada kawan yang boleh tolong ke?"

Hantu macam aku ni mana ada kawan baik-baik yang kerja dengan pejabat agama.

Dalam lebih kurang pukul 11 pagi dia telefon lagi, "Pegawai tu nakkan penjamin yang kelahiran negeri ####, baru aku boleh keluar."
Dan sekali lagi aku tak mampu nak berbuat apa-apa. Sekadar menjadi pendengar setia. Selebihnya dialah yang kena usahakan sendiri.

Setelah berjaya dibebaskan, dia khuatir kalau-kalau dia dan jantan belukang itu akan naik ke mahkamah. Of course la, nanti jadi sensasi macam cerita Memey dan Norman Hakim.

Esoknya dia dan jantan belukang itu dipanggil untuk memberi keterangan. Tak ku sangka pada hari jatuhnya Nuzul Quran si pegawai penyiasat berkata "Awak beli fail kes ni. RM1000. Tiada tawar menawar." Okay, itu tipu sebab aku saja tambah-tambah. Yang pasti pegawai itu minta bayar RM1000 untuk close case.

And my friend managed to pay 3/4 from the actual amount. And the rest will pay after Hari Raya.




****


"Syima, nanti ko tikam no bilik aku. 309. Sebab aku kena tangkap berdua, tikam 2309."
Lalu dengan selamba kataknya aku menyuruh rakan sepejabat yang memang tidak berpuasa untuk menikamnya. Dia lebih arif. TAPI tak kena. Aku habis RM10 untuk sesuatu yang sia-sia dan BERDOSA.

Kawan aku telefon lagi selepas beberapa hari kemudian. "Syima, aku kena! Tapi nombor naik 4390. Aku kasi pusing."
Aku jadi excited, mana tahu kalau dapat dalam riban-riban.

"Tapi aku tikam 50sen ja. Aku dapat RM460"

Adeh...




Sekadar gambar hiasan. Thnx to google. 3rd prize tu nombor kereta bekas dudaku. Haha!


Andai kata dia tikam RM2 paling bangsat pun, dah tentu aku berjaya menumpang kekayaan sementara yang tidak diberkati tuhan itu.



Ahad, 6 September 2009

Kena tangkap basah di bulan Ramadhan


Semalam aku buat kerja gila, berbuka puasa di suatu tempat yang lebih dari 2 marhalah. Tapi aku tak larat nak story -mori lagi.

Malam- 12.01am

Masuk bilik, basuh kaki. Lampu bilik dah tutup. Selimut ditarik sebab kesejukan. Baca doa tidur dan terus terlelap.

Pukul 2.50am tadi aku terima panggilan, tapi dihujung sana tiada suara esakan atau tangisan. Orang tu cakap dia kena cekup. Dan dia sedang mengarah ke balai polis seterusnya ke Jab. Agama untuk ditahan sehingga ada yang menjamin dia.

"Astagfirullah!" Aku tak tau nak cakap apa. Aku kesian tapi apa kuasa aku nak lepaskan dia?

Selama aku kenal dia, aku tau dia takkan buat perkara-perkara nasty begitu. Ini mesti orang set-up. Tunggu cerita dari dia nanti.

And until now, dia masih belum dilepaskan. Orang Jab. Agama pun main tarik tali, bila orang dah ada untuk jamin, mereka pula keluar sana sini. Aduhai....







Syimalicious: Mesti hangpa ingat aku kena tangkap basah kan?

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...