Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label syisdin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label syisdin. Papar semua catatan

Jumaat, 28 Februari 2014

Dewan done!

Senyap je tukang buat pelamin ni, jadi ke tak? Nak call tanya ke tidak? Haish macam-macam ni, semua bakal pengantin buat sendiri.

Aku, adik aku dan bakal suami (ceh! poyonya bahasa) drive ke dewan.

red carpet uolls!
Masuk je dewan, Alhamdullilah semua dah siap. Tapi aku musykil kenapa tak call. Tapi pikir logik semula, kenapa nak renyahkan keadaan, taulah bridal nak siapkan pelamin kita bila. Dah bayar deposit kan?

i love this deco! mencapai expectation.

view dari atas pentas pelamin. 

Esok kahwin, yuhuu... DEBOR!

update on: 10.01.2016

 

Isnin, 24 Februari 2014

Tolong! Tinggal lagi berapa hari dah ni?

Mencabar betul, pantang gonyoh sikit muka mesti nak bengkak. Semalam cuma facial biasa pun, nak juga dapat pampered macam raja sehari yang lain. Ke sebab cuaca kulit aku terlampau kering? Atau udara rumah sewa baru ni tidak memberangsang? Stress!!

Pakai bedak sejuk, tapi nak tahan dia punya gatal... adoi!


Sedih betul ni. Lagi beberapa hari nak majlis. Dugaan.

Khamis, 12 September 2013

Betul ke aku nak kahwin?

Lama aku mendiamkan diri. Membiarkan blog ini keusangan. Peningkatan umur dan perubahan hormon membuatkan aku makin malas untuk berkongsi cerita dengan public.

Eh ye ke? Aku lebih teruja berkongsi cerita di alam Instagram.

Ok, berbalik kepada tajuk posting kali ini. Yes, aku akan berkahwin. (Seriously??)
Sebenarnya sampai sekarang aku masih belum percaya dengan keputusan yang aku buat ini. Betul ke??

Sebenarnya isu kahwin ni dibincangkan secara serious seminggu sebelum Aidilfitri. Keputusan yang tiba-tiba. Tapi keputusan ini belum dapat persetujuan parent aku. Rasa nervous nak bagitahu. Malu kot. Hahaha (ketawa gatal). Tapi aku dah hint-hint pada adik-adik perempuan aku. Ingat nanti balik cuti raya baru bercerita dengan mak. Mak dulu ok??

Bismillah...

update on: 20/8/2013
 

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...