Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Klinik gigi Tg Karang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Klinik gigi Tg Karang. Papar semua catatan

Khamis, 10 Julai 2008

Ubat JAHAT!!


Semalam lepas balik dari jumpa doktor itu, aku dah rasa muka aku agak senget sebelah. Tapi tak ketara sangat. Yang tak best memang kebas itu lama seperti kata pembantu doktor itu. Masa itulah kalau sesiapa nak bagi penampar (pipi kiri sahaja!) aku tak rasa apa-apa pun. Dhuhal siap makan sementara menunggu aku. Kesian dia, tapi dia kawan yang ok. Thank you tau? Inilah muka aku yang dah start senget. Perasan tak?

Aku order air suam. Terasa dahaga disamping nak buang rasa pahit ubat-ubat tadi. Aku minum air tapi aku tak rasa apa-apa dalam mulut sebelah kiri ini. Sah dah cacat. Tiba-tiba terasa air dah meleleh keluar. Wah... memang dah cacat. OKU sekejapan!

Sampai pejabat, aku makan ubat as prescription. After a few moment, aku terasa mata aku macam masuk bendasing. Lari sekejapan ke restroom, titikkan beberapa air ke dalam mata. But it turned out to be worst okeh?? Ramai tegur. Fais siap tenung aku macam gadis cacat yang cantek. Boleh macam itu? Tapi aku masih boleh layan main pingpong dengan mereka. Tapi performance agak chiper lah kan sebab sebelah mata tak boleh guna 100%. Penglihatan aku terhad seperti penglihatan ayam.

I'm freaking out! I called the clinic. Mengelabah juga kakak itu. She told me to stop from taking those pills. Siap suruh aku switch ubat di klinik lain. Mampukah aku nak membayar lagi kan? Haruslah aku ignorekan sahaja. Aku dah pasang niat tak nak masuk keje hari ini.

Malam itu selepas ubat bius itu habis kesannya, gigi aku kembali berdenyut-denyut. Seksanya... Sudahnya aku terpaksa makan bubur instant yang sedap kerana gigi telah memberi tindakbalas yang menyakitkan serta menampal koyok di area rahang-pipi kiri ku.

MORAL OF THE STORY: Ubat itu tidak suit dengan darah aku kerana negative reaction happen kan? Antibodi aku lemah. Aku banyak sangat allergic. ATAU mungkin aku dari kalangan mereka yang mempunyai badan yang agak sensitif kerana perlukan belaian treatment yang mahal saja.

Mati la buat statement macam ni.... Tapi aku soka!!

Rabu, 9 Julai 2008

Toothache!!

Today, i decided to end up my misery. Ya, aku dah nekad. Aku akan pergi cabut gigi geraham aku ini. Biarlah kosong kat belakang itu. Sebab gigi geraham itu tidak memainkan peranan ketika proses bercium. Wah!! Statement aku?!



Hari ini aku ditugaskan bersama Mat Dhuhal untuk ke Pasar Awam Tg. Karang. Kami settle awal. Maka aku minta pinjamkan masa dia sikit untuk teman aku ke klinik gigi. Aku masih teringat keadaan ngilu masa doktor itu men-drilling gigi aku. Tapi sebab aku tak nak teruskan sakit aku gagahkan jua.

Doktor: You nak cabut atau tampal?
Aku: Gigi dah reput. Kalau tampal lagi i mungkin akan sakit lagi. Cabut je lah! Or you got any option?
Doktor: Ok lah, kalau you nak cabut. Cabut is RM80.Aku: Ok doktor.


Aku baring. Doktor dan pembantunya memulakan kerja-kerja mereka. Aku nganga je. Aku nampak jarum.

Doktor: Kita cucuk sikit.
Pembantu: Tahan, sakit sikit je. Nak bagi kebas. Masa cabut nanti tak rasa.


Ok, aku mengkhayalkan diri aku, tak nak terlalu fokus pada jarum itu. Nyet... dah masuk dah jarum, cuma masa masuk ubat terasa bisa sikit.

Pembantu: Kumur dulu. Kamu tunggu kat luar, nanti kita panggil.

Aku tunggu di luar sambil tangan menghantar laporan kepada Chenta. Tangan dah start mengigil siot. Mungkin reaction terhadap ubat. Atau takut lepas ini nak cabut gigi dah. Bye-bye gigi. My wisdom tooth!

Pembantu doktor tadi memanggil aku kembali. Aku dah prepared. Tapi masa doktor main cucuk-cucuk pada gigi itu, tercucuk pada saraf gigi yang bermasalah itu. Adoi! Sakitnya tak tahu nak gambarkan. Doktor cucuk ubat kebas lagi. Dia suruh tunggu di luar. Perkara ini berlangsung dekat 4 kali. Kali ke 5, doktor cucuk-cucuk lagi. Doktor macam dah kurang sabar sebab dah lima kali cucuk, saraf gigi aku masih ada deria rasa. Sudahnya...

Doktor: I nak tolong cabut gigi you, jangan tolak-tolak tangan. (masa dia cucuk saraf aku kali ke lima, aku meronta-ronta dan menolak-nolak tangan dia)
Pembantu: Tahan... Tahan (macam proses nak beranak pula)
Doktor: I tak boleh buat.
Aku: Abih tu macamana ni doktor. Sakitlah i nanti.
Pembantu: Macam ini sajalah, kita bagi kamu ubat. Kita dah cucuk lima kali tapi ubat tu tak jalan. Memang tak boleh cabut.
Doktor: You pergi specialist. X-ray. Sini tak ada buat. It cost you around Rm700. Below RM1000.
Pembantu: Sini boleh buat tapi risiko kepada kamu. Kat sini RM350. Kita matikan saraf.


Di kaunter pembayaran...

Pembantu: Makan ubat ini dulu. Abihkan semua antibiotik.
Aku: Abih kak, akak rasa saya kena buat apa?
Pembantu: Aku rasa kamu cabut je lah nanti. Kamu makan ubat ini bagi abih, lepas seminggu datang cabut.
Aku: Sia-sialah saya datang, tak cabut.Pembantu: Biasanya orang cucuk 2 kali dah boleh cabut. Akak rasa gigi kau tu dah ada nanah kat dalam. Kau makan antibiotik ini dulu. Nanti datang balik.
Aku: Berapa semua ini kak?
Pembantu: RM40
Aku: Tak boleh kurang ke?
Pembantu: Ubat kebas tu kau pakai banyak sangat. Orang lain hilang kebas dalam 1 jam, kau mungkin dalam 2 - 3 jam.

Ini ubatnya. Aku kena habiskan semua. Melayang RM40 untuk ubat antibiotik tu saja. Punah harapan aku untuk menikmati hari-hari yang ceria tanpa masalah gigi. Uwa!!

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...