Tak adalah gempak sangat, kitorang pergi Ulu Yam je. Yang menyebabkan kami teruja, ini picnic yang julung-julung kali diadakan. Perancangan mengejut, preparation yang ala bombastik, aku andaikan satu kejayaan yang besar untuk kami semua. Jemputan pula dari kalangan-kalangan orang tertentu sahaja.
Bangun seawal 6 am, kerana excited dan nak chop tempat best untuk berlibur nanti. Maklumlah, hari Sabtu takut ramai yang bawa keluarga bercuti-cutian. Kitorang berkumpul di rumah Cik Leha dan Cik Minah. Sementara nak tunggu para bapa sampai, kami bergotong royong membuat sandwich. Korang tengoklah betapa sibuknya para-para ibu buat kerja.
Cuba teka, aku dah mandi pagi ke belum?Kebuluran melanda.
*bersambung