Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Faker. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Faker. Papar semua catatan

Rabu, 27 Julai 2011

Cemburu itu tidak sihat katanya

"Jealousy is a disease,♥ is a healthy condition.The immature mind often mistakes one 4 the other or assumes dat the greater the ♥,the greater the jealousy."

A friend forwarded this lovely quote to me.

Thank to who wrote this. Samada khas untuk aku atau orang lain, tak kisah dah...

Jangan disebabkan susulan tindakan aku meng-deactivate-kan fesbuk dikatakan penyakit kecemburuan. That is so not TRUE. Or maybe it's true... just a part of it! Hahaha :) Dah kata IMMATURE mind kan?

Terpulang cara interpretasi masing-masing. Aku bagaikan menegak benang yang basah saja . Pusing la cerita macamanapun tetap, dikatakan aku yang salah sangka, yang cetek akal, yang terlebih-lebih akan isu ini. Fine! Korang yang bijak pandai teruskan buat kajian.

Cemburu bukan menjurus kepada perhubungan cinta semata. Boleh jadi pada persahabatan, adik beradik, perhubungan sesama rakan sekerja, bos.

Siapa yang nak dengar rasa hati aku kalau yang rapat dengan aku pun mostly nak counter aku balik? Yang memberi nasihat seolah-olah aku baru pandai berfikir, yang mengeluarkan kata-kata macam aku ni baru nak bertamadun. I just want people to listen, to support. Not to condemn.

Kenapa? Kenapa aku ambil keputusan ini? Sebenarnya...
  • Aku tak suka kawan-kawan aku yang kau kenali melalui aku menjadi kawan-kawan "baik" kau.
  • Aku tak suka kau rapat, ber-huha-huha dengan kawan-kawan aku tanpa aku.
  • Aku sangat tak suka kau keluar dengan kawan-kawan aku walaupun sekadar minum atau lunch bersama tanpa pengetahuan aku.
  • Aku tak suka bila kawan-kawan aku itu datang bercerita pada aku yang kau dan dia pernah lepak bersama lebih dari sekali.
Tapi itu hak kau dan attitude aku itu cemburu namanya. Yer, aku mengaku. Tapi bukan cemburu buta bangang yang dikatakan jatuh cinta, sayang dan menjadi seorang pencemburu (seperti yang telah di-highligt-kan). Kalau itu yang korang nampak, rasanya korang yang exaggerate things.

Pernah sekali aku di-approached oleh kawan kau untuk menjadi kawan aku, then suddenly dia terpaksa putuskan persahabatan kami dek kerana kau merajuk kerana dia berkawan dengan aku. Aku tak mati pun. Kalau nak diikutkan IMMATURE mind aku tu, dah tentu aku soal kau bertubi-tubi, TAPI??

Hormatilah keputusan aku walaupun ia nampak seperti kebudak-budakkan. Itu saja cara aku untuk mengelakkan rasa yang tak seronok timbul dalam hati.

Aku kena sedar diri, aku tak happening, tak hot, tak cerdik, tak reti nak mixed around dengan golongan-golongan bangsawan macam kau. Jadi tak perlu la kot, kawan aku yang seorang tu mempertahankan kau seolah-olah aku yang bodoh, jahat tak berotak membuang kau. Infact, aku bukan buang kau berdua, aku buang semua sekali.

When someone stops givin u their attention its for one of two reasons.
  1. They don't want ur attention anymore
  2. Someone else has theirs!!
Setakat ini dahulu,

Isnin, 24 Mei 2010

Siapa cakap orang tu anjing, dia juga spesis anjing kerana hanya anjing dapat mengenali anjing lain.

Hahaha. Tajuk entry terpanjang setakat ini.

Orang gila tak akan kata diri dia gila. Begitu juga anjing. Orang yang menuduh orang lain anjing juga perlu terima kenyataan bahawa dia juga anjing. Sebab dia yang menyalak dulu.

Its really childish and immature since i have to tell everybody about what is going on in my office. Don't feel offended if you read this. I do aware that i have a lot of haters and i don't even care at all. I was the one who bring/create problems. Ok, i admit.
Saya memang pencinta anjing.
I was called "Anjing" by my colleague. Because i like to bark. Woof!Woof!

Eh, kita tukar medium bahasa ye?

Bukan apa, senang orang pejabat juga nak baca cerita anjing ni lepas tu jadi penyampai dan menyampai. Macam tak biasa pula? Sebab ada orang tu (see, aku tak guna perkataan anjing pun) dia cakap, aku ni suka mencari kesalahan orang lain tanpa menghisab diri sendiri. Yang mengata tu, betul sangat yer? Macam tak pernah cari salah orang lain? 2 x 5 je. Budak laki ni pun satu, dah baca status FB orang tu senyap-senyaplah, ni tolong bagitahu aku. Semangat betul bergosip.

Dah nama manusia pasti akan melakukan kesilapan sebab kita bukan Nabi yang maksum.

Apabila marah ia secara tak langsung mempamerkan kebodohan sendiri bila tidak terkawal. Tapi bila kemarahan itu hanya melibatkan antara dua individu dan salah seorang individu itu menyebarkan pergaduhan itu melalui apa jua medium untuk mendapatkan perhatian dan simpati orang lain, itu dipanggil KEBODOHAN BERGANDA! BERLIPAT GANDA!!

Aku dah berjanji tak mahu membuka aib sendiri dan orang lain, tapi kadang-kadang perempuan ni boleh tersasul untuk bercerita.
Aku nak tanyalah pada siapa-siapa yang baca entry ini, adakah kamu pasti orang disekeliling kamu itu ikhlas berkawan kerana diri kamu sendiri atau berkepentingan yang lain?? Jangan rasa hebat mempunyai kawan-kawan yang ramai. Pada aku lebih baik dikelilingi kawan-kawan yang berapa kerat saja dari puluhan ribu orang. Bergerak dalam grup, umpat sana-sini, adakah kamu pasti mereka tak akan mengumpat kamu kembali??

Adapun perselisihan faham atau pergaduhan tak perlu dipanjang-panjangkan. Kawan yang baik ialah mereka yang sering mengaku kalah dalam setiap pertelingkahan dan tidak berat utk mengucapkan perkataan"maaf". Aku tak cakap aku baik, tapi sekurang-kurangnya aku dah ungkap perkataan maaf tersebut.

Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).

Bak kata pepatah Arab, “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Tak mati hilang kawan sebegini.

Selasa, 13 April 2010

"Walaupun aku berzina, aku tetap solat"

Macamana tu ye??

Jijik ke tidak?

Tak ada manusia yang perfect. Tapi yang hipokrit dan merasakan diri itu sempurna memang ramai. Tak sangka kan?? Tunggang tunggeng sujud pada kain sejadah lima kali sehari, tapi bab nak jatuh hukum pada kesilapan orang serahkan pada dia. Dia tahu siapa masuk neraka, siapa masuk syurga.

Kenapa wujudnya manusia sebegini? Suka menilai orang dengan menyingkap balik kisah silam? Dah tahu buruk orang dikejinya pula. Bukankah Allah Maha Pengampun??

Dia boleh meramal masa depan. Dia boleh nampak kebahagiaan atau kecelakaan yang akan mendatang. Dia boleh tahu sekiranya sesiapa yang berkawan atau bercinta dengan aku bakal mendapat musibah nanti.

Situasi #1-Pejabat
"Bos nak buang salah sorang staff. Rasa-rasanya mungkin si anu sebab dia berkawan dengan Syima. Bos kan tak suka Syima, dia membawa influence yang tak baik dalam organisasi ini"~Penganalis

Situasi #2-Kawan-kawan
Berkawan dan menggatal dengan laki orang. Tiba-tiba dapat menyakit kulit yang aneh dipercayai disantau orang. "Aku dapat rasakan Syima punya kerja ni, sebab dia kenal isteri si polan" ~Bomoh Iblis

Situasi #3-Percintaan
"Saya tak boleh lupakan kehidupan awak dulu, mesti kahwin nanti kita tak bahagia." ~Tukang tilik nasib

Kenapa ada persoalan dan andaian macam tu????!!!

Sebab mereka nampak aku saja yang sering melakukan dosa. Walhal mereka dahsyat melakukan dua perkara (dosa dan pahala) seiring. Dan mungkin pada mereka itu lebih relevan.

Ego dan angkuh menyebabkan "dosa; dosa jugak tapi kena sembahyang kena buat juga."






Syimalicious: tsk...tsk...tsk... hipokritnya!! Skru bulat, skru bunga... mengata orang dia pun sama... hehehehe

Sabtu, 21 November 2009

Customer Service TM Kuala Selangor ~ HAMPEH!!


Ok, menatang ni dah lama offer kan? Cuma baru-baru ni tergerak hati nak pergi bertanya di TMNet outlet di sini.

Dah 2thn ini aku memang pakai streamyx yang kabel berselirat di rumah. Aku nak buat pembaharuan pakai wireless pula.

Tanyalah kakak customer service ni, apa requirement untuk ambil pakej ni dan apa yang patut buat untuk tukar pakej.

Kakak ni buat muka tahi ayam, layan nak tak nak. Sakit hati gue. Dia cakap kalau nak upgrade bayar RM80 dapat modem wireless. Tapi monthly fee subscription adalah sama ~ RM60. Kalau tengok pada flyer dia, 1st year bayar RM60, 2nd year bayar RM55 and 3rd year bayar RM50.



ads ini sangat menghanjingkan Wimax


Masa installation dulu aku dah bayar almost RM350, aku fikir untuk installation yang pakej baru ni free la. Aku check balik dalam website mereka, Streamyx memang waive activation dan installation fees. Tapi kakak tahi ayam itu cakap, "Kalau kamu nak register untuk pakej ni, kamu rugilah. Sebab kena bayar fee macamana kamu install streamyx dulu". Aik? Tak ke bercanggah??

Kenapa TM tak boleh buat satu pakej yang fleksible, untur former customer yang nak upgrade pakej?

Ada siapa boleh tolong? Sebab aku kurang arif tentang pakej ini.

BTW... kakak itu memang hanjeng!!



Jumaat, 13 November 2009

Liku-liku yang terpaksa ditempuhi sebelum menonton Phobia ~ Ver2

Terbaca review tentang cerita Phobia oleh budak pink dan belle tetiba hati terdetik nak ajak kawan-kawan pergi menonton sekali. Tapi dengan rasa tamak nak juga tengok cerita 2012, memandangkan baru keluar tayangan di TGV semalam.

Nak tengok cerita 2012, tapi dah full. Kami sampai di TGV Bukit Raja dalam pukul 9.30pm. Tiga panggung dibuka pun tak sempat beli tiket walaupun tayangan pukul 10.15pm. Bermakna subuh-subuh lagi orang lain dah beli tiket. Mujur juga kami buat reservation online untuk tiket Phobia. Itu pun dah nyaris-nyaris nak habis.

Punyalah ramai orang nak tengok wayang. Aku bajet, ini budak-budak yang baru habis exam yang ramai memenuhi TGV sini. Kebetulan seat aku time ni didepan budak-budak "baru nak naik ni". Agaknya bikin kecoh dalam panggung wayang adalah sesuatu yang cool. Ish! Setiap kali tengok wayang mesti aku nak bergaduh dengan orang. Itu tak kena, ini tak kena. Harus lepas ni kena buat mini panggung di rumah.

Yang duduk belakang aku ni, suka betul gegar-gegar kerusi aku. Dah tu, sibuk dok bersembang dalam wayang. "Kau fikir aku bayar tiket ni nak dengar kau bersembang?" kawan aku tolong jeritkan. Kenapa ada setengah orang suka buat ulasan bila tengok wayang?

Aduh... banyak tul kena bersabar ni.



Rabu, 20 Mei 2009

Aduhai setan, jagalah "anu" kamu sendiri, jangan sibuk dengan "anu" orang!

Hari ini aku super sibuk, seharian berada di Shah Alam untuk taklimat kerja unit ku.

Lupakan tentang kerja, mari baca tentang apa yang hendak aku sampaikan.

Bila bercakap mengenai dua menjadi satu, aku okay dengan itu. Aku selalu dihujani soalan-soalan provokatif mengenai ke-suci-an-ku atau lebih dikenali virgin. Sangat tak bagus untuk aura positif aku.

"ko ada dara lagi ke?"


"ko dah main dengan berapa ramai orang?"

MACAM HARAM!!

I am very open minded person, so i do talk about anything including SEX! But should you claimed ~ Syima already lose her virgin? If YES is the answer ever, who are you to judge me? Prove me with evidence. Mind your words babi babe! I shared my knowledge as i was told sharing is caring. Tak kisahlah kalau sources yang aku dapat itu dari pembacaan, pengalaman sendiri atau orang lain.

Kamu ingat bila hilangnya kedaraan itu berakhir semua kehidupan si perempuan? Janganlah terlalu singkat pemahaman kamu, jangan terus menerus menyempitkan ideologi kamu tentang ketiadaan dara ini. Kalau yang kena rogol paksa rela, yang pernah lalai sewaktu alam remajanya dahulu tak boleh bertaubat? Tak boleh berubah? Salah mak ayah?

Mengapa timbul persepsi begini pada perempuan yang belum/lewat berkahwin? Sangap sangatkah aku??

Tak pernah terfikirkah kamu, tentang sang isteri yang masih dalam ikatan sah suami-isteri menyerah tubuh badan pada sang lahanat (tiada ikatan apa-apa) yang sentiasa mendambakan seks dari ramai wanita? Janda yang belum habis edah yang bersekedudukan dengan bukan muhrim? Sang isteri yang berpeleseran dengan suami orang? Bagaimana terjemahan pemikiran kamu?

I’ve come to believe that many of our problems about sex and virginity are actually problems of definition. What is virginity worth today? Come on people, virgin sekarang dah boleh dipalsukan, dah boleh dibeli.

Mencanang cerita tentang ini memang gosip yang panas tambah-tambah bila bercerita time makan goreng pisang waktu petang di pejabat. Best betul bila dapat mengata orang. Betul tak?

Kamu cuma menggandakan kontroversi kehidupan aku. Nama aku menjadi hits. Aku tetap macam ini juga. Kata-kata yang kamu sampaikan untuk menghancurkan kisah cinta aku, well... sampai bila kamu nak lari ligat untuk jadi putar alam?

Ingatlah wahai mat rempit/bohjan/kasanova/mulut puaka dan mulut hanjeng sekalian, kamu mengimpikan suami/isteri yang soleh/solehah dan yang beriman dan bertanggungjawab serta mempunyai dara(perempuan) tapi layakkah kamu? Dream on!!



Syimalicious: What you have to do is mind your on business...



Rabu, 25 Mac 2009

Chatting with losers di alam maya

Aku tak tahulah kalau kamu pernah menghadapi perkara yang sama. Tapi aku selalu terserempak dengan loser-loser ini, untuk lebih spesifik - jumpa secara online.


Kes 1
Kenal dalam chatroom dah lama. Dari belum kahwin sampai dah beranak pinak. Tapi walaupun dah bertahun-tahun kenal, mamat ini selalu nak korek cerita kelambu orang. Orang tak pernah buat pun dia nak paksa kita mengaku buat perkara itu. Dia punya expectation pada kita ni macam "Eleh... dah kapel dua-tiga orang takkan tak pernah buat apa-apa?" WTF!! Bodoh ke apa? Lepas kita sound dua tiga ayat dia pun cakap "I open la, i can share anything."

Gila annoying!

Kemudian dia sambung balik "Ok lets talk about anything else...boleh layan tak?" Dua tiga ayat nampak normal lagi, tetiba masuk ayat ke empat atau lima dia dah start balik, "Kita sembang nakal-nakal sikit. 18sx. U dah lepas 18thn kan?"

Inilah somekind of jantan yang tipikal. Most of them adalah melayu. Kenapa jadi begitu? Dunia...dunia...


Kes 2
Aku sememangnya akan privatekan semua network profile macam Facebook, Tagged. Tak akan sebarangan terima orang yang suka-suka click add friend ni. Walaupun dah dinyatakan status aku di situ "I only accept anonymous female profile with pictures as friends. If you are a male, u have to be cute enough & 27-35yrs old to be accepted by me", tapi tak ada maknanya sebab ada juga jejantan yang umur 19thn add akak ni. Lagi menyayat hati bila umur dah baya-baya ayah aku pun gatal nak add aku.

Aku peliklah, dorang baca ke tak shout out aku atau bantai klik add friend lepas tengok gambar kita berposing ayu dan kelihatan kurus?


Kes 3
Adatlah bila kita dah terima seseorang dalam list kawan-kawan network profile, kita akan selalu berbalas message kan? Adalah satu kisah, mamat ni berlawak kasar dengan aku. Lawak kasar tak sama dengan lawak lucah tau? Kemudian aku pun balas "Cis bedebah.... bla...bla...bla..."

Akibat dari perkataan "Cis bedebah", mamat tu boleh sound "Baik lu panggil wa babi. Tak pelah, wa tak heran dengan perempuan macam lu. Tak ada adap!"

Tergamam aku. Kesilapan tatabahasa, aku disekolahkan. Tapi patutkah perkataan itu menyebabkan hati mamat tersebut terluka?


Kes 4
Ini macam cerita masa kita sekolah menengah dulu-dulu. Jalan kaki di tepi jalan, kemudian kena siul dengan sekumpulan jejantan. Tapi bila kita tak respon, kita kena hambur kata-kata nista.

Aku selalu me-reject banyak request dari strangers tak berkenaan. Seringkali membuang mereka yang tidak well-behave dalam persahabatan alam maya ni. Jadi selalu juga dapat mesej "Ko ingat ingat ko cantik sangat? Blahlah, ramai peerempuan lain lagi cantik dari ko, lagi kurus dari ko. Tak sedar diri! Babi lagi cantik dari ko". Owh, apakah?

Dulu aku selalu juga hadap, melayan mesej-mesej cacian ini, tapi sekarang tidak lagi kerana itu semua membuang masa aku sahaja. Kan??


Syimalicious: Persoalannya, kenapa? Aku nak tahu juga, pernah tak korang merasa apa yang aku rasa?

Rabu, 11 Mac 2009

Reporter super lahanat

Ish... grup assignment kadang-kadang menjengkelkan. Tambah-tambah kalau berkerjasama dengan orang yang pangkat umurnya senior. Sebab dia rasa dia paling tua, semua kena turut perintah dia. Kalau dia rasa pendapat orang itu tak kena, cepat-cepat dia nak pangkah orang tu. Kau ni apa hal ye??

Memasing dah grown up okay? Kalau kau cakap baik-baik, bukannya kitorang tak faham. Sikit-sikit mahu sound. Kalau cooperation tak ada, kau sound je pada orang yang tak nak bagi kerjasama tu.

Apa korang rasa kalau buka-buka email then ada message macam ini;

1. By tomorrow please let us know what each of us in details (not 5 pages la..basicaly what topic are u doing and which tool u r using). Perhaps we could go tru together. Tgk mane ok mane yg x ok..bg opinion same2.

2. DEADLINE sending me softcopy so I boleh print out and binding by SATURDAY (14th March 2009) before 12.00 noon!

Please co-operate ye. Sbb bile lagik ade mase nk compile, print and binding. Anyway Saturday tu I ade English course in my office so I boleh print and bindingkan on that day. Kalo ade yg x bagi I mmg xtau nk ckp ape.
I akan direct ngan en. Lecturer bgtau that particular person yg x antar and I mmg akan sumpah org tu fail utk paper nih kalo pasal die assignment x complete and submit on time. Hehehehe..seyesly, please antar on time ek. Kalo I boleh btolkan mane yg perlu I bole buat on the day. Kalo nk submit early that that pun dialu-alukan.


Macam satu arahan!
Gila psiko!!!


P/s: Motif aku buat entry ini ialah aku sangat sibuk dengan assignment sempena cuti kaki terpeleot ini.

Khamis, 29 Januari 2009

Kenapa ek?

Budak harga aka degree holder yang makan dalam.

Aku ingat cerita pasal puaka-ni-yang-rapik dah habis, rupanya masih ada yang meroyan. Baru aku faham bukan semua readers “cerdik”. Jangan fikir kita berada di kalangan para bloggers dan readers yang LIBERAL . Kadang-kadang yang berkelulusan PMR/LCE lebih bijak berfikir dari fresh graduate / DEGREE holder ini. You are just piece of sh*t . Shame on you.

Susahkah untuk menerima pandangan orang lain? Ini pandangan peribadi aku, so what the heck you people??

Owh! You did realize at last, your jobscope is equivalent to SPM post. Goodness!!

Kalau kamu tak terasa, takkan kamu nak respon benda yang amat remeh ini. Kalau cerita aku tak berpengaruh, kenapa kamu nak follow-up cerita sebegini? Face the truth. Kalau kamu rasa kamu lebih hebat dari aku yang dah dapat post TETAP ini, palingkan pandangan kamu, usah ambil peduli blog ini. I

Ini cerita aku, pandangan aku.

Tapi kenapa kamu nak jengah ke sini, membaca respon-respon orang dan kemudiannya menunjukkan kebodohan diri sendiri dengan komen pada entry yang dah basi. Kenapa bila opposition membuat analisa yang mengambarkan MHBN adalah satu pembaziran kamu tak meroyan? Kenapa public still merungut pasal harga barang? Apa mekanisme penstabilan harga yang diperjuangkan oleh kamu? Dan kamu cuma memantau. Jauh sekali berkuasa untuk mengambil tindakan undang-undang.

PATHETIC!

P/S: Jangan menyorok disebalik fake profile kalau nak komen. Itu perbuatan pengecut dan tak bermaruah. Speak up like you’ve got balls! BERANI KERANA BENAR dan BENAR ITU SESUATU MENYAKITKAN. Oucch!!

*Feel stupid for publishing a counter-comment for non-profitable issue.

Khamis, 20 November 2008

Bila langsat menjadi BANGSAT!

A friend of mine came to me last night. She asked for my advice. Sesungguhnya aku blur bila diminta pendapat pasal perkara ni.

Ok, aku bagi jalan cerita, korang imagine. Korang andaikan korang berada di tempat kawan aku ni - perempuan. Ini cerita kapel. (Tak de kena mengena dengan mereka yang dah berkahwin) Status hubungan korang dengan dengan boifren, baru mencecah 2 tahun. So agaknya dalam dua tahun ni, mesti korang dah capai kata sepakat, faham memahamikan? Tapi kadang-kadang bukan semua perkara kita mampu faham.

Boifren korang suka berkawan. Memang peramah. Mana saja boifren itu pegi, pasti ada yang mengenali dia. Korang rimas tak? Itu satu hal.

Setahun yang lepas, boifren korang dah kantoi dating out dengan fat bitch. Alasan boifren, fat bitch telah ajak untuk makan-makan di rumah setelah lama tak jumpa. Tak kan nak berkawan pun tak boleh? Tapi apa yang korang rasa dalam diam-diam dia jumpa itu fat bitch? Solution - bagi tak nak mengeruhkan lagi keadaan, boifren telah berjanji tak kan buat lagi, dan tak kan jumpa itu fat bitch.

This year punya cerita, which was happen recently, boifren telah pergi berjumpa secara diam-diam lagi dengan fat bitch. Macamana kantoi lagi? Nak jadikan cerita, korang ter-tengok ada gambar fat bitch dalam handphone boifren korang. Fat bitch ni pakai tudung, in this case fat bitch free hair dan berpakaian sendat-sendat. Alasan boifren, kawan ajak makan-makan. Fat bitch masak tempoyak. Kat tempat lain mana ada tempoyak. Rupanya boifren mengidam masak tempoyak. Solution? Perkara yang sama boifren janjikan dulu.

*Untuk kedua-dua kejadian ini, tempat makan ialah di rumah fat bitch. Fat bitch dikatakan duduk menyewa dengan 3-4 penyewa-penyewa lain. Jarak rumah fat bitch itu boleh dianggarkan dalam 120km pergi-balik. Mungkin dalam 45 minit perjalanan (60km)

Persoalannya sekarang, ada ke seorang kawan biasa nak masakkan something special untuk kawannya yang lain? Bukan makan kat restoran, tapi siap masakkan!! Personally. Apa motif fat bitch itu sebenarnya? Gila hebat persahabatan diorang! Yang boifren korang ini sanggup ke sana, tempoh perjalanan 45minit - 1 jam. Sanggup makan bersama-sama teman se-penyewa yang lain yakni perempuan juga. LOGIK ke?

Isnin, 7 Julai 2008

Pssst... cheq nak habaq mai sket!

You people want to know something ah??! I don't know how to react with this story, that's why i need you people to gimme the opinion.

Memang by right i'm staying alone. Not to say alone, tapi sebab my housemate ini student, so i consider myself staying alone lah. The fakap thing is when people talk at our back, saying bad thing with the bad intention of course.

It happened when i offered "some people" to stay at my house. Hello?? If i don't have you people to stay with me, i really don't give a damn. I can still afford the rent, Astro, house phone bill, electricity, etc. I can pay them with my salary!

Ada ke patut, hujah mereka mengatakan aku duduk seorang sebab aku adalah gadis bermasalah. No such thing! They made a huge mistake for judging me like that. Because i'm being too perfectionist, i think they can't handle it professionally or because i got the master-room for myself? Aku terfikir juga apa yang aku buat sampai dorang buat satu andaian yang bukan-bukan. Kena sampuk ke wei??!! Aku fikir sebab rumah aku dah complete, jadi korang datang cuci kaki je masuk, tapi rupanya pemikiran korang ini agak sempit.

Excuse me guy!! My previous housemate which is great then you guys, boleh menyewa dengan aku dengan satu fahaman dan sebulat suara. Lama okeh?? Apa masalahnya?? Aku ke?? And my current housemate pun tak de hal dengan aku macam tu. Kalau tak puas hati, tegurlah. Jangan diam, bisu seribu bahasa, then sampai bila-bila i could not change! Inilah manusia, bila tak suka kutuk belakang, but then bila kena tegur melenting. I can accept all critize, but tell me in manners lah. Kau janganlah pula nak tunjuk gangster kan? Bodoh betul!! We are big enough, so think wisely.

Marah nih....

Jumaat, 13 Jun 2008

Emosi tergendala

Aku bekerja dalam satu organisasi yang kecil. Isunya ialah organisasi aku adalah DOTT! Patutnya aku bersyukur, kerana peluang bekerja dalam dot dot bukan senang nak dapat. Biar pun macai. But since aku di sini, aku langsung tak jumpa apa-apa keistimewaan yang perlu aku banggakan sepanjang dua tahun bekerja. Bila bercakap tentang warga dot dot, dah tentu ramai yang terlintas dalam kepala otak tentang karenah birokrasi, pilih kasih, gosip, PHD dan sebagainya. Ye la aku admit semua tempat kerja macam tu. Tapi aku nak cerita tempat kerja aku.

Oleh kerana aku ni seorang wanita vogue, perlukah aku mengikut rentak orang-orang disini hanya disebabkan peribahasa "masuk kandang kambing, mengembik, masuk kandang harimau, mengaum". B##ls#it! Di alaf baru yang semakin mencabar macam ni, masih ada... sebenarnya ramai yang tak nak kan perubahan. Ok.. diulangi RAMAI YANG TAK NAK KAN PERUBAHAN. Kalau boleh stagnant, bodoh macam tu jer selamanya. Sangat cacat otak okehhhhh! Tapi oleh kerana aku ni ala-ala nak merubah mereka, aku cuba buat sesuatu pembaharuan, smooth and steady. Mak ai! Aku lebih dihinggapi cas-cas negatif dari positif. Sangat sakit hati.

Tempat keje lama aku dulu sangat bersatu padu, boleh dikritik dan menerima kritikan. Kalau kat sini, kalau dulu aku pakai temulawak, A up lagi pakai maybelline, bila aku tgk tv 29", esok dia pun beli tv 29', kalau hari ini aku pakai baju lip lap lip lap, A lagi hebat dari jauh dah memancar-mancar labuci dia. Aku sambung degree, A pun sambung jugak walaupun tak de qualification. Sifat dengki mendengki yang maha hebat. Aku bukan nak menghina, tapi ini la komuniti melayu. Lama-lama asyik macam ni jer, aku pun boleh jadi macam diorang. Sangat letih! (Kes 1 - Cerita di atas adalah contoh dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak yang hidup ataupun dah mati)

Apa korang nak buat kalau setiap yang kita buat, kita plan, something yang kita invent dah mendapat persetujuan 70% tapi dibantah keras oleh seseorang yang pangkatnya lebih sikit dari kita? Sikit je, tak tinggi mana pun. Setan betul! Yang 70% menyokong tadi senyap tak berani nak backing kita. Apa perasaan korang? (Kes 2 - yang masih dalam perbicaraan)

Apakah korang senang duduk bila korang dah nampak kepincangan pejabat itu tapi korang tak dapat nak betulkan? Contoh, tugas B menaip. Tapi B asyik delayed. Boleh tolak-tolak kerja. Boleh lepak-lepak minum kat cafe. Dan yang pasti bos tak pernah or tak berani nak tegur. F**k okeh!! Lama-kelamaan lemak babi B akan tebal setebal lemak babi juga. Boleh?? (Contoh -kes 3)

Aku terseksa!!

Mak aku pernah cakap, "Awak tu rambutan je, bos tu ibarat durian..."

Aku tak berapa pasti nak memperjelaskan statement tu, tapi aku boleh faham, what so ever we do we still ain't got the power. There are always BIG people above us and goverment policy should be forever "YES BOSS". Tapi sampai bila? Kalau dia tak betul pun kita perlu biarkan? Dulu aku menangis sangat-sangat bila emosi tak terkawal macam ni. Ye la, aku ni kan dulu lembut orang nya, tak suka mencarut, menghina... but since i worked here, i've been more selfish, rough and rude. For god sake, this is not me! Bos lama aku pun hairan macamana aku sekelip mata berubah sikap.

Ini pemberontakan dalaman yang sedang aku facing through. Wei!! Aku tak tau apa yang aku sedang merapu ni! Gara-gara dah terencat la ni!

Jumaat, 30 Mei 2008

Aku gila kuasa??!!

Alkisah...

nak jadikan cerita officemate aku (to be exact, the typist) nyer komputer kena spyware. virus la tu kan? aku sbg penyelaras IT kat ofis ni advice dia utk call helpdesk nuinfra (our computer vendor) utk reformat komputer.. dia kol punya kol, nobody answer the phone. aku suruh dia email pada admin, yg helpdesk incharge tak pickup phone. alih2, dia email pada admin suruh return call regarding this matter. secara logiknya. kalau kita nak kan servis orang, better bercakap kan authorise person instead complaining thru email la kan? dah tu di-cc-kan kepada bos aku instead of me..

she did that without my acknowlegde, and my boss asked me wat hapen... aku yg tak tau apa2 terkejut la.. masalah remeh, bila aku minta penjelasan she burst out. jadi la perang mulut yg sgt menjengkelkan. tak cukup ngn itu dia ungkit segala2 buruk aku dan siap nak jatuhkan aku?? pergh... macam ni la kalau dealing ngn orang yg tak educated.. tp jgn tak tau dia sedang smbung degree kat oum with her SPM cert. Powerkan??!

kenapa mesti nak meletup?

tak tau la, yg pasti kesudahan yg sgt bodoh, putus la ikatan persahabatan. Perkaranya cuma tentang virus dan email yg di-cc-kan kepada bos aku, tp dituduhnya aku gila kuasa, mengampu bos, bila aku persoalkan rasional dia berbuat demikian. hey sista, i'm not like that! MENGAMPU?? Hell, NO! kebiasaan begini biasa terjadi bila kita bersalah, melatah tak tentu hala..

kesimpulannya, people said its stupid when you are trying to fix thing with the uneducated one. Damn, stupid! But things happen for a reason. Biarkan la.

Aku mmg giler kuasa! hahahaha

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...