Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Macam-macam hal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Macam-macam hal. Papar semua catatan

Rabu, 6 Jun 2012

Isteri itu kuli batak & hamba abdi


I found this shared in facebook. Yang share tu semua jejantan.

Diorang tahu ke tidak fungsi isteri yang sebenar? Kalau ikut anak panah tugas-tugas seorang bini ini, aku merasakan yang buat menatang ini mesti berotak dangkal.

Ada ke house chore pun semua nak dilonggokkan pada isteri? Beranak pun isteri buat, apa lagi yang isteri tak buat? Jantan buat apa? Goyang telur??

Patutlah susah nak cari teman hidup sekarang. Kalau dah semua lelaki nak kan isteri macam ni, aku lah orang yang paling terkebelakang dalam list. Aku sungguh tak setuju dengan list rigid dan bodoh macam itu.

Tapi bukan tak ada perempuan macam ni kan?! Wujud. Mudah-mudahan perngorbanan mereka di balas dengan syurga. Untunglah merasa jadi isteri.

Tapi pokok pangkalnya, keje rumah, beli brg dapur, dll kena buat sama-sama jangan nak humban semua pada isteri. Kami bukan kuli batak suami.


Mode: meroyan dan sakit hati...


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Ahad, 3 Jun 2012

Bahaya betul handphone touchscreen

:(

Rasanya sejak bertukar menjadi pengguna Blackberry 9810 macam-macam jadi. Mungkin aku tak serasi guna touchscreen version.

Semalam masa bawa mak dan Amier jalan-jalan di Kelip-kelip Kg Kuantan, aku cuba call seorang kawan penguatkuasa majlis konon-konon nak komplen pasal rudeness staff tempat rekreasi tu. Dia tak jawab. Masuk voicemail. Sibuk dengan keluarga agaknya.

Selesai aktiviti di situ kami balik. Aku sampai rumah dalam 10.30pm lebih kurang, letak handphone atas tv. Landing atas sofa, layan laptop. Dalam 11pm lebih baru terasa nak pegang handphone balik. Pergi capai handphone atas tv semula.

Tatkala masa tengok screen handphone, aku rasa nak menjerit. 57minit?? Nak nangis. Aku payah nak buat panggilan keluar selama itu kalau tak penting. Mesti banyak nak kena bayar ni. Masuk voicemail memang @#$#^$*^&()!

Cepat-cepat check unbilled transaction pagi ni.


Almost RM10. Akibat tergesel di mana-mana. Tercall call out. Kambing betul.

***

Teringat insiden bergaduh dengan pakcik dulu-dulu. Kes yang hampir serupa. Tertekan lagi. I BBM him a picture. Eksklusif for him, tak share dengan siapa-siapa. Sekali entah macamana aku tak perasan the picture was send as mms dan tersimpan as a draft. Mujur masih simpan jadi draft. Tak pasal pakcik saspek aku nak send gambar tu pada orang lain.

Tapi disebabkan itu pakcik tidak pernah lagi bersangka baik tentang aku. Eh bukan pasal itu. Lain.

***

Dulu masa pakcik tengah rajin bergayut dengan aku, telinga badak aku ni selalu ter-touch MUTE di screen handphone ni. Bila dah mute, dah tentu tak dengar suara aku. Aku punya lah semangat bercerita. Haram dia tak dengar. Bengong betul. Nak salah kan telinga ke handphone?

Kesimpulannya, aku dah macam tak suka dengan handphone touchscreen.

Khamis, 31 Mei 2012

Dompet hilang boleh dapat balik?


How many people would return a lost wallet?


Terjemahan: Berapa ramai manusia yang akan memulangkan semula dompet yang tercicir?


Pagi ini aku terima berita sedih. 

Tercicir dompet. Tapi bukan dompet aku. Dompet kawan. 

Dah tu apsal nak sedih? 

Sebab dompet itu ada cash RM1500 yang diniatkan untuk membeli tv baru untuk aku.  

Uwaaaaa!! Tak ada rezeki.

Tak yah tanya koranglah. Tanya diri sendiri dulu kan? 

Kalau aku jumpa dompet berisi wang itu, aku nak pulang ke tidak?? Ermm kekadang hati hitam aku berkata, "Ambil je lah, duit jatuh dari langit ni". RM1500 bukannya sikit. Macam-macam boleh buat.

Kesian kawan aku tu, duit cash itu bukanlah satu masalah pada dia. Tapi memikirkan kad kuasa memeriksa kad pengenalan, lesen memandu, kad pengenalan, kad ATM, kad kredit semua GONE! Yang best tu, dahlah manusia tersebut songlap RM1500, dia swipe sekali kad kredit untuk pembelian minyak petrol sebanyak RM32 je. Kereta ke motor tu?? Kenapa swipe sikit-sikit? Jahat betul manusia tersebut, hati serupa bangkai.

Haih... Joli katak lah dengan duit tv aku tu. Aku tak redha. Aku nak tv!!!

Apa salahnya kalau kau dah ambil kad kredit dan cash itu, kau campakkan balik dompet itu di mana-mana supaya ada orang yang mulia lagi baik hati pergi serah balik pada empunya. Kad-kad serta dokumen dalam dompet itu lebih penting. Sebahagian nyawa si empunya.

Mengambil satu langkah advance, aku sarankan kita buat satu kad yang tertulis 
"Kalau jumpa dompet ini, nak ambil duit, ambillah. Aku ikhlas. Campak balik dompet ini di alamat sekian-sekian. Atau call no 012-3456789. Dokumen-dokumen dalam dompet ini lebih penting dari jumlah wang yang kau ambil"

Tapi...

Sebenarnya bergantung kepada kemuliaan hati seseorang. Kalau dia tak ada perasaan, dia peduli apa dengan semua ni. 

Bertabahlah wahai pakcik. Saya tahu kamu cool. Kamu seorang yang kuat dan cekal serta redha dengan dugaan melanda. Ini dugaan la tu pakcik. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Mungkin pakcik nak naik pangkat jadi bos PRO pulak.

Jumaat, 8 Julai 2011

Bapak polisi kasi BERSIH kereta saya jumpa sarung pistol

Aku dah lambat. Kata sebelum matahari terbenam nak keluar umah. Tunggu punya tunggu, tak sampai juga. Ulat perut dah menggelitik minta makan. Ok, bukan aku drive, kawan aku.

Rushing, bawa kete laju-laju nak masuk hiway LATAR. Bila perut lapar, tahap kesabaran menjadi rendah. Ada pula Myvi drive slow cipan. Letih sungguh. When we turned right menghala KL, tak noticed langsung ada ROADBLOCK. Menggelupur aku tarik seatbelt. Sampai di palang tu depa suruh kawan aku ni ke tepi. Adoi!

Kawan aku dah disuruh keluar check IC, lesen, aku relax la main henpon. I tot check biasa-biasa, pastu abg polis tu minta aku pula keluar, minta IC, selongkar beg itu ini, sampai bras-panties terburai keluar. "Maaf ye ambil masa sikit" itu je yang kuar dari mulut abg-abg polis tu.

Tapi kenapa kereta yang aku naik kena selongkar lama-lama? Bonet, bawah seat habis dia check. Sampai la dia jumpa sarung pistol.



Apa yang berlaku selepas itu??



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Jumaat, 22 April 2011

Bukan berita politik: Meh tolong mengundi sat...





Aku berkira-kira nak menukar angin dengan mengubah banner pada blog ni. Kesengalan melanda. Boleh tak tolong vote yang mana paling sesuai. Walaupun korang rasa macam tak sesuai sekali pun, ini sajalah option yang tinggal. Jangan banyak songeh...

Vote tau... jangan tak vote.


Setakat ini dahulu,



Selasa, 5 April 2011

Redhalah dengan cinta yang ada?

Panjang komen kawan aku dalam entry yang lepas. Aku tak mahu bidas banyak2 sebab ada benarnya apa yang dia cakap. Ada ke orang suka tengok kawan dia terus jatuh dan kemurungan? Ada? Mungkin adalah kot kalau dah pesen hati busuk longkang tu.

Aku terpanggil untuk menceritakan apa yang aku rasa. Ramai yang kata aku memilih. Hakikatnya tidak. Aku tak pernah memilih. Ini soal jodoh. Ketentuan dari Dia. Korang fikir aku nak ke membujang lama-lama?

Aku pernah je suruh parent aku carikan utk aku. Tapi mereka refuse, kata mereka tak mahu dipersalahkan di kemudian hari kalau hubungan tu tak menjadi. Sebab yang nak mengharungi badai rumahtangga tu aku, bukan mereka.

Aku jual mahal? Sebab murah sangat kot sampai tak laku. Haha! Mesti ramai dah buat persepsi memasing. And why on earth we have to look back to our past? Kalau iya pun aku notty and dirty, we people made mistake kan? Ada mulut-mulut orang syurga cakap aku tak laku sebab ramai boyfriend, hurrah sana sini. Tak pe, tak pe... aku nak tengok anak-anak diorang nanti. Boleh survive ke tidak.

Orang mudah nak jatuh hukum. Macam ex aku, sebab kawan-kawan sekeliling mengata hebat tentang aku, langsung dia buangnya aku tanpa diberi peluang. Dia ludah aku. Malu dengan kawan-kawan, khuatir sekiranya masa ke depan nanti aku masih terus hurrah-hurrah. Baik tak payah jadi lelaki kalau pengecut, tak tahu nak handle situasi yang macam itu. Apa guna jadi lelaki kalau tak boleh mempertahankan perempuan yang pernah tersadung jatuh?

I believe love at the first sight.

Janganlah paksa aku untuk terima seseorang itu kalau aku pandang muka dia tapi tak ada apa-apa feeling. Tapi orang sekeliling aku mesti ada yang bersuara "dah ada orang nak tu... terima je lah". KENAPA mesti ada suara macam ni? So aku ikutkan juga. Cinta boleh dipupuk katanya. TAIK! Tui! Pupuklah sangat??!

Aku pernah paksa diri untuk terima seseorang. Sudahnya kecundang sebab perasaan CINTA tu tak pernah hadir. Kesian kat mamat tu seolah-olah aku mempermainkan dia. Bayangkan kalau aku teruskan juga hubungan keterpaksaan ini hingga ke jinjang pelamin. Hancur beb! Takkan nak tambahkan statistik penceraian?

Nak cari manusia yang betul-betul genuine sayangkan aku payah. Memang payah! Dengan kaum lelaki yang berkualiti semakin berkurangan sekarang, korang fikir aku nak sapu keling botol tepi jalan je? Jangan lah ringan mulut sangat nak tanya aku "Bila nak kawin??" Aku akan emo like hell. Sebab laluan ke arah tu tak nampak lagi.

Mati ke kalau tak kahwin lagi? Kena buang kerja ke kalau tak ada suami? Tak ada kan? Jadi tak usahlah sibuk-sibuk kucar-kacirkan minda aku dengan soal-soal yang tak berkenaan.
.
.
.
.
.
Boleh tak nak sambung ke-meroyan-an ni nanti-nanti? Letih pula kepala nak susun ayat. Sampai sini dululah entri aku. Nak berambus...

Setakat ini dahulu,

Isnin, 4 April 2011

Jiwa kacau tak sudah-sudah

Demmit! Dah tua bangka macam ni masih ada masalah emosi. Bila nak berakhir rasa apa yang aku rasa ni. Korang tak kan faham, sebab bukan korang dalam kasut aku sekarang...

Camna yeh? Asyik mengeluh je pun apa dapat? Dapat dosa lagi ada sebab tak redha. I got this weird feeling, on and off. Pening. Bila la kesudahan masalah sakit jiwa aku ni?

Bukan nak cakap besar, ada je orang yang nak kan aku... tapi aku yang tak nak diorang. Aku lebih tertarik mengejar orang yang tak nak kan aku. Memang sah la jiwa kacau.

Cinta tak boleh dipaksa. Walaupun ada yang berpendapat cinta itu boleh develop satu hari nanti. Ye ke boleh develop? In my kes TAK BOLEH!

Apa yang patut aku buat sekarang? Pretending happy sedangkan tidak??

What should i do?? HELP~~~!

And now thing a bit complicated when i'm in love with complicated man. Gosh... Sakit jiwa... Hahaha baru in love belum berpeluang in relationship pun.

Ok lah, mind my craziness tonite. Mood swing sebentar. Esok lusa I ok semula. :)


Setakat ini dahulu,

 

Selasa, 1 Februari 2011

Masih ada lagi kah reader blog saya??

Wuuu....wuu....wuuu.... nak nangis. Dah lama tak dapat nak update blog. Ke-bizi-ness yang melampau mencetus kemalasan untuk berblog.

Okey, ini image doctor, saja nak berangan kan. Tapi gini la nak mengadap figure dan key in dalam report.
Kenapa saya seorang je yang macam bizi? Macam orang lain tak bizi, tak keje kan? Beginilah kalau jadi kerani yang berkuasa. Di luar boleh jegil-jegil mata dengan peniaga sambil bercekak pinggang, balik ke pejabat hantar report pula ke cawangan negeri/ibupejabat. Sudahnya saya gagal dalam pengurusan masa. Hampir setiap hari balik lewat malam. Mujur tak ada laki, kalau tak... dah kena talak kot.

Selagi isu bekalan barang runcit keperluan harian tak selesai, maka begini lah keadaan saya. Dah 3bulan lebih saya tak pulang menjenguk orang tua saya. Dem! Saya perlukan masa tambahan, 24jam bagaikan terlalu singkat. Minyak masak, sangat membebankan saya. Saya dah tiada masa untuk bersosial, untuk bercinta dan lebih malapetaka berat saya kian bertambah!! OMG!! Berat badan saya dah separuh dari berat seekor babi! 

Blog fotografi saya juga makin terabai. Grafik kad laptop saya pula jahanam. Asyik mengedit gambar guna Lightroom dan mengakibatkan keupayaan laptop saya terganggu. Jadi disebabkan laptop saya cuma boleh on selama 5minit sahaja, maka saya pun rasa seperti mahu bersara.

Asyik-asyik mengeluh je kan saya ni? Nak buat macamana... walaupun terlalu banyak cerita nak diceritakan. Ce citer...ce citer... next time je la... I'm signing off.




Eh... SELAMAT TAHUN BARU CINA!!




Setakat ini dahulu,

 

Khamis, 20 November 2008

Bila langsat menjadi BANGSAT!

A friend of mine came to me last night. She asked for my advice. Sesungguhnya aku blur bila diminta pendapat pasal perkara ni.

Ok, aku bagi jalan cerita, korang imagine. Korang andaikan korang berada di tempat kawan aku ni - perempuan. Ini cerita kapel. (Tak de kena mengena dengan mereka yang dah berkahwin) Status hubungan korang dengan dengan boifren, baru mencecah 2 tahun. So agaknya dalam dua tahun ni, mesti korang dah capai kata sepakat, faham memahamikan? Tapi kadang-kadang bukan semua perkara kita mampu faham.

Boifren korang suka berkawan. Memang peramah. Mana saja boifren itu pegi, pasti ada yang mengenali dia. Korang rimas tak? Itu satu hal.

Setahun yang lepas, boifren korang dah kantoi dating out dengan fat bitch. Alasan boifren, fat bitch telah ajak untuk makan-makan di rumah setelah lama tak jumpa. Tak kan nak berkawan pun tak boleh? Tapi apa yang korang rasa dalam diam-diam dia jumpa itu fat bitch? Solution - bagi tak nak mengeruhkan lagi keadaan, boifren telah berjanji tak kan buat lagi, dan tak kan jumpa itu fat bitch.

This year punya cerita, which was happen recently, boifren telah pergi berjumpa secara diam-diam lagi dengan fat bitch. Macamana kantoi lagi? Nak jadikan cerita, korang ter-tengok ada gambar fat bitch dalam handphone boifren korang. Fat bitch ni pakai tudung, in this case fat bitch free hair dan berpakaian sendat-sendat. Alasan boifren, kawan ajak makan-makan. Fat bitch masak tempoyak. Kat tempat lain mana ada tempoyak. Rupanya boifren mengidam masak tempoyak. Solution? Perkara yang sama boifren janjikan dulu.

*Untuk kedua-dua kejadian ini, tempat makan ialah di rumah fat bitch. Fat bitch dikatakan duduk menyewa dengan 3-4 penyewa-penyewa lain. Jarak rumah fat bitch itu boleh dianggarkan dalam 120km pergi-balik. Mungkin dalam 45 minit perjalanan (60km)

Persoalannya sekarang, ada ke seorang kawan biasa nak masakkan something special untuk kawannya yang lain? Bukan makan kat restoran, tapi siap masakkan!! Personally. Apa motif fat bitch itu sebenarnya? Gila hebat persahabatan diorang! Yang boifren korang ini sanggup ke sana, tempoh perjalanan 45minit - 1 jam. Sanggup makan bersama-sama teman se-penyewa yang lain yakni perempuan juga. LOGIK ke?

Jumaat, 14 November 2008

Gigiku buat hal lagi!

Ya Rabbi!

Seksa dan bahana betul gigi macam ni. Aku ingat aku dah baik, sihat walafiat.

Kawan-kawan, inilah berita burukku. Selepas eksiden itu, aku terus ke klinik. Tak tahan lagi menanggung rindu kesakitan yang amat sangat! Sakit deliver baby macam ni kah?? Setiap jam berdenyut-denyut, ubat dah habis, terpaksa beli ubat kat luar. Ntah ubat betul ke tak.

Sampai di klinik, macam biasa menunggu no giliran. Banyak perkara berlaku. Ragam manusia. Aku tak mau cerita pasal tu, tapi nak fokus pada cerita gigi aku. Bila nombor aku dipanggil, tanpa membuang masa aku masuk. Time buka pintu je, aku nampak doktor tu,
Aku: Doktor, saya masih sakit-sakit. Rasanya makin worst!
Doktor macam blur, sebab masa periksa aku hari tu aku berpakaian kerja. Assistant dia bagi tau "Undone".
Dr: Ok, duduk. Kita periksa dulu (dengan lemah lembut)....sekejapan kemudian.... Patutlah sakit, sisa makanan banyak terselit.Aku: Saya lapar sangat doktor, mana boleh tak makan. Nak cari bubur, mana ada kedai buat. (kantoi, mesti doktor tau aku tak memasak). Saya sakit sangat ni.
Dr: Saya bius dulu.
Alamak... bius lagi!
Doktor main-main korek-korek. Korek gigi ok?? Sikit-sikit dia tekap gigi aku dengan kapas. Nampak darah. Masa tu dia rodok-rodok camana pun aku tak rasa dah. Dia keluarkan playar dia pula, cuba tarik.... tak boleh.
Dr: Awak keluar dulu, nanti saya panggil.
Kali ini aku dipanggil masuk kerana nak di Xray! Aku pun teruja nak tengok panjang mana tunggul yang tertinggal. Nah korang, aku lukiskan untuk tatapan korang.


Sila click pada gambar untuk preview yang sedap mata memandang

Slide xray dia cinonet je, tapi memberi seribu maksud. Mata aku berkelip-kelip mohon penjelasan. Aku rasa satu saja gigi yang sakit. Tapi macam ada lagi kat belakang dia.
Dr: Gigi bongsu awak dah bertindan. Itu sebab awak merasa sakit. Dia menolak akar gigi yang sedia ada kebawah.
Assistant: Minor operation.
Mata aku terbeliak. Aku tak faham, atau pura-pura tak faham.
Aku: Apa?
Assistant: O-pe-ra-tion!
Dr: Awak jangan takut, benda ni tak ada apa-apa, so saya keluarkan surat refer ke pakar. Klang atau Sg Buloh?
Aku: Saya tak faham. Saya ingat yang doktor buang ni gigi terakhir saya, my wisdom tooth. Camana boleh jadi macam ni?
Dr: Gigi bongsu awak belum tumbuh lagi. Umur awak berapa?Aku: Kalau operate boleh tak selamatkan yang bongsu?Dr: Saya rasa tak elok juga, sebab kedudukan dia dah senget macam tu, kalau operate, kita buang dua-dua sekali.
WAH!! Aku ingat dah tua bangka macam ni dah habis tumbuh gigi.

Aarrggghhhh!!

Nantikan episod seterusnya...

Jumaat, 24 Oktober 2008

Hingus siapa itu?

Ok...
Aku senyap dua tiga menjak ini.

Aku sibuk. Sibuk dengan preparation open h0use ofis tadi. Tapi berjaya dengan bangganya.

Semalam aku hampir kena parkinson sebab kena masak bubur caca dan bubur pulut hitam. Aku tak tau nak buat sebenarnya. Mujur ada kawan-kawan.

Orang lain yang penat lebih-lebih tapi aku yang macam nak demam. Drama sangat! Sekarang aku berhingus dan sengau, kerana titisan hujan yang makin tak menentu masa.

*Aku nak upload gambar open house office nanti.

Selasa, 9 September 2008

Tak ada rezeki nasi dagang

Hari ini aku agak buntu. Aku nak buat surprise birthday kepada seseorang tapi seolah-olah masa tak mengizinkan. Otak aku cramp nak mencari idea.

Tapi sebenarnya aku nak cerita pasal Param. Hahaha baru aku tahu Param itu ialah Pasar Ramadhan. Itu pun aku terbaca dalam blog siapa entah. Hari ini aku agak mengidam untuk makan nasi dagang. Aku round-round dalam pasar tersebut. Aku nampak tepung pelita, beli banyak-banyak. Sejak tiga hari aku berpuasa ni, hajat nak berjimat, tapi tak boleh mesti habis RM10 juga sehari.

Aku jalan seorang je, Chenta entah ke mana. Tapi sampai bila nak bergantung pada dia? Aku pun buat ketat jalan sorang-sorang. Ada orang ngorat?! Aku tak peduli, dalam hati aku cuma chenta bulatku seorang, biarpun dia ada angin senggugut kadang-kadang. Apa yang aku melalut ni?

Ok sambung cerita nasi dagang tadi. Tempat yang aku suka beli tu memang tak menang tangan, ramai sangat. Sebab lauk pauk dia best. Orang pantai timur masak kan sedap. Aku tercongok lah depan meja yang penuh lauk pauk tu.


Kak, nasi dagang satu!

Akak tu kerling je kat aku, lepas tu sambung bubuh nasi-nasi yang di order customer. Sebab ramai sangat kan?! Dia puasa, mesti letih sangat tu. Tak pe lah, aku diam lagi, bagi dia settle customer yang lain, aku jeling dalam periuk belanga tu, macam boleh buat 4 bungkus lagi nasi dagang.


Kak, nasi dagang satu!
Selit satu makcik ni potong line, "dik, nasi dagang dua!" Aku dah cuak, macam tak sempat je ni. Datang lagi kawan kakak kedai tu, "bungkuh kawe so" dia tunjuk kat nasi dagang tu lagi.

Kak, nasi dagang satu!
Tapi dia tak dengar, dia bagi balance satu bungkus lagi pada customer vogue yang beli lauk pauk dia yang sangat banyak. Yang tinggal serdak-serdak nasi itu saja. "Nasi dagang, dah habis la dik".
"Tak pe lah kak, nasi ni satu" Aku tunjuk pada nasi kerabu walaupun aku tak teringin pun nak makan. Nak cover malu la, dah tercongok lama tadikan?

On the way balik, aku terserempak pula dengan As, aku patah balik masuk dalam param tu. Saja syok-syok nak main pusing-pusing dalam tu sambil nak menghabiskan masa. Yang si As ni blur tak tahu nak beli apa, tu yang pusing sampai tiga kali dalam param tu. Sampai ada kawan aku cakap "Tinggi betul nafsu awak". Mana taknya, tengok kat tangan dah banyak plastik beg makanan.

Tiba-tiba Chenta call. Aku dah beli banyak-banyak baru dia nak pelawa makan di kedai masakan siam. Rupa-rupanya dia ada meeting dengan business partner dia, Chenta ajak join sekali. Maka... bersantaplah aku hari ini dengan nasi putih, sup ekor, telor bungkus, ikan kerapu/siakap goreng ala-ala thai dan masam manis.

Makanan yang aku beli di Param tadi? Buat sahur je lah kalau tak basi lagi.

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...