Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Hal pejabat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hal pejabat. Papar semua catatan

Ahad, 19 Oktober 2014

Geng PUKI

Hari Ahad biasa mesti ramai yang bangun lewat, tak mandi sampai tengah hari, bangun tengok tv pun tak gosok gigi. (wah macam pantun 2 kerat pula.) Kalau aku macam tu lah, melengkar atas katil, malas serba serbi, paksa sambung tidur sampai pukul 12 tengahari.

Tapi rutin aku tiap weekend kena kerja. Tak pelah cari duit lebih. Kan?
So dalam team bertugas tadi aku seorang saja perempuan.

Dorang tengah bersembang macam-macam topik. Yang sorang ni berbunyi, "Aku kena pergi hari keluarga hari ni, orang taman yang buat. Geng-geng P.U.K.I.(dia sebut dengan cara mengeja) taman tu aktif."

Aku yang dengar ni macam... WHAT? Mencarut ni!

Lepas tu dia jawab, "betullah geng P.U.K.I...."

"PERSATUAN UNTUK KAUM IBU"

Aku rasa nak luku je kepala, sah-sah itu persatuan yang tak berdaftar dengan ROS. Itu mesti geng-geng yang suka buat mesyuarat tingkap, tak pun yang jenis buat perhimpunan 1 jam sebelum maghrib di bawah perdu pokok mangga.

Haha. Geng PUKI sangat. Pagi-pagi ajak mencarut.


Isnin, 4 Jun 2012

Gila kuasa di Kalumpang Resort & Traning Centre

Aku teruja nak pergi jalan-jalan dengan budak-budak ofis. Teruja nak relax-relax sambil fun main game dengan diorang. Tengok balik entry ni rasa macam meronta-ronta nak mencari tempat untuk berkumpul beramai-ramai. Last BBQ dengan mereka pada tahun 2009!! Ramai yang dah berpindah dan beranak-pinak. Asal set je tak jadi, asal nak plan je ramai plak ada hal. 

Jap! Ke aku sorang je yang beria nak bercuti dengan mereka??!

Baru-baru ini bos tetiba keluar memo untuk adakan Family Day.

Idea bos untuk mengadakan Family Day telah menyebabkan aura excited aku menjadi-menjadi. Terus google destinasi untuk buat Family Day kononnya. Jadi tak jadi belakang kira. Janji buat proposal dulu. But very short time, ya lah tengah bulan Julai kita dah berpuasa. Aku tak nampak pun  orang lain beria macam aku. Semua "I follow". Itupun kalau kena bajet.

Lantik diri sendiri jadi Penyelaras Program Hari Keluarga. Hehe. Gila kuasa sebentar.
Hasil undian semua nak ke PD, cek punya cek semua fullbook pula.

List yang paling last ialah Kalumpang Resort & Training Centre di KKB. Ada orang tanya, KKB tu kat mana? Itu shortform Kuala Kubu Bahru, masih dalam Selangor. Google website Kalumpang Resort macam best tempat ni. Jadi aku nak turun padang tengok tempat tu sendiri. Minggu lepas aku ke sana dengan.... ehem. Pakcik lah... tak ada orang lain dah.


Dari Tol Bukit Tagar ke exit Tg Malim, perjalanan cuma sejauh lebih kurang 75km dengan bayaran tol sebanyak RM2.80 sehala. Murah saja kan? Ini pengiraan dari Kuala Selangor.

Entrance

Ada pool untuk kanak-kanak juga
Banyak chalet dan dorm
Mendamaikan
Cuba teka siapa ambil gambar?
Tangan parkinson siapa ambil gambar gegar-gegar ni??
Pening kepala tengok pakej yang ditawarkan untuk menganjurkan sesebuah event. Pada aku pakej price yang ditawarkan itu berpatutan. I have no budget issue, insyaallah. Tapi bila memikirkan mereka yang dah beranak pinak ramai ni mesti nak bayar ikut harga per head membebankan pada mereka. Owh... famili day kami tak ada sponsorship, semua bajet sendiri. Kesiankan??

Tak surelah projek Hari Keluarga ini berjaya atau tidak. Jumaat ini baru nak bentangkan pada jawatankuasa induk. Kita try, mana tahu ramai yang nak pergi juga. Doakan ya?? Kalau tak dapat sambutan, aku pergi dengan pakcik saja lah.

Abaikan tajuk. Tak ada siapa yang gila kuasa kat resort tu. Huhu

Ok bye!

Khamis, 3 Mei 2012

Latihan Menembak 2012 : Sepintas lalu

Muka setahun tak pergi menembak
Harus berposing background lapang sasar
Breakfast hari pertama

VIP mengambil tempat
Rakan-rakan sepenjawatan
Markah pusingan pertama geng VIP
Tuan blog nak posing juga!!

Kalau banyak masa aku update lagi. Bye for now!

Khamis, 19 April 2012

Majlis Perpisahan dan Sambutan Hari Jadi Jan-April 2012


Hai sayangs!!

Setelah berpuluh event kecil anjuran pejabat diadakan, inilah majlis yang tengah-tengah panas lagi terus ku upload dalam blog. Tengah rajin. Dan kebosanan. Walaupun kerja berlambak. Kali ini kita meraikan pemergian untuk seorang PPH yang akan berhijrah ke KL kerana mendapat pekerjaan yang lain. Owh, rasanya cerita pasal awek ni ada aku cerita dalam tahun 2008, masa dia mula-mula kawin dulu.

Malas nak cerita panjang-panjang. Mari layan gambar.

Presentation
Cenderahati dan hadiah
Bacaan doa untuk memberkati majlis
Tisu amat penting untuk majlis-majlis macam ni untuk mengelap hingus
Diraikan memberi sepatah dua kata
Aksi sebak bermula

Salah seorang yang diraikan tak dapat hadir sebab confinement.
Email ucapan der...
Aksi kawan-kawan sepejabat. Tidur pun sempat. Hehe
Sesi pemberian cenderahati dan hadiah
Yang diraikan
The food. Siap frame lagi menu makan tu.
Mari makan. Nom...nom...nom...
Pose comel dari team perempuan. Alamak terselit tiga oghe jate
Nasib badan. Ambil gambar orang, tapi diri sendiri tak ada.
Pose ter-hensem dari saya~
Lega. Penceritaan melalui gambar sudeh... kan?? Letih lah nak karang cerita. Tengok gambar pun dah fahamkan??


until then.... bye!

Jumaat, 3 Februari 2012

Jambangan bunga dari secret admirer

Mak, Abah! Anakmu yang tua ini dapat bunga. Orang hantar ke ofis. Tiba-tiba je. Out of sudden. Terus snap gambar upload dalam FB.
Siapa gerangan si pemberi?
Ingatkan dalam drama telenovela atau cerekarama saja adegan hantar bunga ke ofis. Ke aku mimpi? Tak pernah seumur hidup berdepan kejadian macam ini. Aku gadis rock. Mana main bunga hantar ke pejabat. Punahlah imej gadis kental yang kasar bahasanya. Kental sangat ke jiwa aku?

***
Jam menunjukkan 1155hrs.
Masa itu lagu Adele, I set fire to the rain dah 70juta kali diulang dari pagi. Mesti kawan depan kubikel aku dah bernanah telinga dengan lagu ini diulang-ulang.

Tiba-tiba,
Ofismate: Fuyooo...! Syima dapat bunga. (sambil berjalan menuju ke kubikel aku membawa jambangan bunga yang kecil comel tu)

Ada pakngah lain?
Aku tergamam. Betul ke ni? Ke mereka ni nak main-main? Sebab masa tu tak nampak bunga pun, plastik wrap itu yang lebih obvious. Aku terima bunga tu dan belek. Ada tulis "From Pakngah". Lima minit menjadi kaget dan blurr. Aku mana ada pakngah lain selain pakcik. Masa tu perasaan dah menekan, jantung berdegup usah cakap, laju mengepam darah yang naik ke otak. Rasa takut pun ada, rasa gembira nak melompat-lompat pun ada, rasa terkejut, rasa berbagai rasa. Lalu terkeluar sedikit air mata kerana terharu tapi dalam masa yang sama tertanya-tanya motif bunga itu.

Aku menjerit. "Siapa yang nak main-main ni? Tak suka lah." Nak tahu siapa yang hantar. Bingkas bangun menuju ke kaunter sebab apa jua surat, dokumen atau parcel accessnya melalui kaunter sahaja. Aku tanya ofismate aku itu dan dia kata ada orang perempuan datang bagi bunga dan sebut nama penuh aku.

Dah berkerumun orang datang ke meja aku tengok bunga itu. Tak ada lah berkerumun, maksudnya 2 - 3 orang yang "concern" silih berganti datang nak tengok bunga. Barangkali pelik la kot sebab tempoh hari macam orang sasau hilang arah, alih-alih hari ini dapat bunga.

"Siapa bagi?"
"Pakngah ke?"
"Pakngah bawah?"
"Pakngah la tu...."
"Patutlah asyik dengar lagu cinta..." (lagu adele ni lagu kecewa kan?)
"Hai makngah..."
"Amboi makngah dapat bunga..."
"Pergh... Syima dapat bunga..."
"Pakngah? Pakngah mana ni??"
"Beli bunga bagi diri sendiri ke?"

Sudahnya bertali-tali menyambut sorakan yang seakan menganjingkan aku tu. 
Dan last sekali...
"Bunga ni sempena Thaipusam ke?"

***
Bos dalam laluan nak ke biliknya.Tiba terpandang ke arah kubikel aku.

Bos: Uihhhhhhhhhhh! Siapa bagi ni? (tanya bos kepada ofismate ku)
Ofismate: Pakngah

Bos: Pakngah mana? (seraya melihat aku)
Aku: (aku dah ketawa besar) Mana saya tau. Tiba-tiba je ni.
Bos: Owwhhh... patutlah nak minta cuti seminggu.

Memek muka bos seperti tidak suka, menatap muka aku dengan menguntum satu senyuman tak ikhlas, senyum kambing.

Maafkan saya bos, saya tak bermaksud nak berlaku curang.

Aduyai...


until then.... bye!

Jumaat, 23 September 2011

Berkursus lagi

Dah masuk hari-hari terakhir baru nak update kan??

Ada orang mengeluh bila kena pergi berkursus. Tambah-tambah kalau kena ke tempat jauh dan tempoh yg lama. Lagi bermasalah kalau kaum-kaum ibu yang nak tinggalkan bau ketiak suami dan peluh anak-anak.

Aku suka. Sebab aku bujang lagi kot. Aku sangat suka pergi berkursus. Pergi tempat baru. Jauh dari pejabat. Boleh kenal kawan-kawan baru. Boleh hipokrit jadi wanita solehah. Macam-macam boleh. Opss! Terlebih sudah.

Oklah, sekarang waktu rehat, mahu buat keje lain pula lah.



Babai. X0x0





Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Jumaat, 29 Julai 2011

Di ambang Ramadhan

Salam semua,

Hari ni aku secara tak sengaja menjadi bidan terjun sebagai urusetia persiapan majlis ilmu sempena Ramadhan bagi pihak PKNS.

Baik tak?? Ok, ok tak baik riak nak menunjuk-nunjuk kebaikan.

Sebabkan ini juga la ada orang dalam opis aku panggil ostajah sebab tetiba je tolong orang PKNS buat kerja. Eh! Bukan sebab aku tolong dorang buat keje, tapi sebab aku yang mulut celupar, yang suka me-laser sana sini buat kerja-kerja untuk CERAMAH AGAMA.

Aku tau dorang main-main. Tak pe...

Sebenarnya kerja aku sikit je, tampal kertas pada papan kenyataan tu. Hihihi *baru selesai tugas... penat tolong angkat pinggan/cawan yang dah dibasuh.



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Khamis, 28 Julai 2011

Subhanallah...cantik sungguh sunrise

Aku adalah umat yang tak berapa suka bangun awal pagi. Kalau bangun awal pun mesti tidur semula. Itu sebab aku kurang murah rezeki.

So this morning, aku kena pergi ke Gombak untuk urusan kerja, aku terpandang matahari yang baru nak naik... Ya Allah!! Cantik ya Rabbi!

Tp apakan daya henpon ku ini tak dapat capture moment ini secara detail.


p/s: hari ni aku tak nak marah-marah lagi. Kita cuba yer hati??





Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Selasa, 12 Julai 2011

Jumaat, 22 April 2011

Pengorbanan seorang ibu yang lasak

Jam dah pukul 5.30pm.

Seisi keluarga nak balik kampung, tapi dek kerana IP tak settle lagi si ibu kena stay back.

1. Ada ke orang buat keje sambil gendong budak?? Teror makcik ni...

2. Mak angkat pun menyibok. Dengan muncung nya...

3. Si ayah yang sentiasa sabar menunggu. Kome ada ke encik suami yang macam ni??



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Khamis, 13 Januari 2011

Aku ke atau kau yang bodoh?

Dah lama aku tak menulis. Aku sibuk. Amat sibuk.

Tapi hari ini aku menulis sebab sakit hati, sebab terkilan. Aku tak nak menulis panjang, sebab bila meleret sakit hati ini akan berterusan. Aku akan terbawa-bawa kemarahan ini dalam penulisan. Biar esok jadi saksi samada aku atau dia yang salah. Tapi bukan itu yang aku harapkan. Sampai bila hidup nak menunding jari? Tak mahu mengakui kesilapan sendiri tapi sebaliknya lebih suka menyalahkan orang lain. Sampai bila?

Bukankah itu penganiayaan dan menunjukkan kebodohan sendiri? Sudah-sudahlah menunjukkan orang lain tak betul depan bos, depan kawan-kawan. Semua orang ada limitation. Tak kan semua nak tunduk pada dia? Sampai bila?

Aku dah tolong, sehabis baik. Seikhlas mungkin. Nama nak kenakan orang tak terlintas langsung dalam hati.
Tak mengapalah, biar orang lain nampak aku gagal, biarlah orang lain nampak aku yang salah, biarlah orang lain nampak aku buruk. Puaskan hati kau. Tapi aku tau kerja aku.


Setakat ini dahulu,

 

Khamis, 2 Disember 2010

Jati Diri ada dalam Paint Ball. Apa tu?

Aku berpeluang untuk pergi kursus lagi pada saat penghujung tahun. Walaupun dan exceeding 7days. Dan motif utama adalah untuk terus ke JB memandangkan lokasi berkursus adalah di PD. Banyak aktiviti yang melibatkan grup dan komunikasi dua hala yang diadakan. And i missed 2 classes on the first day. Hahaha. Jati diri lah sangat....
Aktiviti renggangan badan mengikut tabiat binatang. Tapi kan... apa motif?? Aku sibuk amek gambar sampai tak tau tujuan aktiviti ni.
Tak ketinggalan, kami juga mewarna, melukis, gunting dan tampal. Kembali ke dunia tadika.

Syimalicious: Faktor dalaman dan luaran amatlah penting dalam menentukan pembentukan jati diri seseorang. Kuatnya kita sebagai manusia untuk berdepan dengan setiap dugaan, berhadapan dengan segala rona liku hidup adalah sentiasa dipantau oleh dua faktor ini. 
Kita yang menentukan setiap hala tuju diri kita.




Paint Ball yang pain ball
Memang aku expecting this game dalam mana-mana kursus pun. Selain counter strike, aku juga sudah berjinak-jinak dengan dunia paint ball ni. Tapi selama yang aku pernah main game ini, kali ni lah ciri-ciri keselamatan amat kurang.

Cuba lah cari saya.
Aku beraksi seolah-olah seperti komando pascal yang dah trained 30tahun. Ok tipu sangat! Konon-konon nak jadi sniper, menyorok je belakang. Janji tempat mengena!

Mangsa-mangsa yang terkena tembakan dan lebam yang dahsyat. Baik terkena tembakan curi atau tertembak oleh member grup sendiri. Ahha...!

Paint ball memang best. Kenangan sakit yang terindah  setakat ini.

















Setakat Sampai di sini dahulu,

 

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...