Cerita asal >>> sini
(Kejadian minggu lepas) Hampir seminggu tak jumpa Flora, aku dah mula pasrah. Mula untuk menerima hakikat Flora tak ditakdirkan hidup tua bersama aku. Tak sempat nak tengok macamana kucing nyanyuk, tak merasa nak bagi anak-anak sendiri main dengan Flora.
Berita pasal Flora hilang aku kongsikan dengan famili aku. Mak whatsapp aku, ikhtiar minta aku buat flyer edarkan ke setiap rumah di taman selain buat solat hajat dan baca Yasin. Lantaklah orang nak kutuk, nak kata aku beria sangat sedih berlebih-lebih. Orang lain mungkin tak faham macamana bondingnya aku dengan Flora selama 4 tahun lebih. Dari aku bujang tak laku sampai dah berlaki. Semua dengan Flora, sedih dan gembira aku dengan Flora. Bila dia hilang, memang terasa sangat.
Cari Blog Ini
Memaparkan catatan dengan label tentang kucing. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tentang kucing. Papar semua catatan
Rabu, 29 Oktober 2014
Isnin, 13 Oktober 2014
Izinkan Flora pergi, mommy...
Entri khas untuk kucing kesayangan.
![]() |
Hobi tidur |
Dia bukan kucing mahal. Jauh sekali bukan baka luar negara. Flora, kucing betina yang dah 2 tahun aku kasi (mandulkan) ni jaga macam nyawa sendiri. Pantang hilang depan mata, aku akan pusing satu rumah atau satu taman mencari. Selagi belum jumpa, selagi itu terjurai air mata. Kerap menghilangkan diri. Tau-tau tidur dalam almari, bawah katil atau menyorok di tempat yang gelap. Tidur tak sedarkan diri walaupun kita melaung sampai terkeluar anak tekak.
Kali ni mungkin hilang untuk selamanya.
Ahad, 8 April 2012
Flora, kucingku yang pernah STRESS!
Psychogenic Alopecia adalah terma yang digunakan untuk keguguran bulu berlebihan akibat tekanan psikologi (psychological stresses). Tanpa kita sedari, haiwan mudah terdedah kepada tekanan dan kebosanan. Tekanan dan kebosanan menyebabkan haiwan kesayangan kita banyak menghabiskan masa berdandan dan membersihkan bulu secara berlebihan.
Antara penyebab-penyebab tekanan yang sering dikenalpasti ke atas kucing-kucing belaan:
- Berpindah ke rumah/bilik/sangkar baru
- Kematian atau kehilangan kucing sepermainan
- Kematian atau kehilagan ahli keluarga pemilik kucing
- Kehadiran individu baru dalam keluarga pemilik kucing
- Kehadiran kucing baru
- Tekanan yang di hadapi oleh pemilik kucing seperti kehilangan pekerjaan, baru berpindah tempat kerja baru, kehilangan orang yang tersayang boleh memberi kesan kepada 'mood' pemilik kucing dan memberi impak kepada kekerapan pemilik kucing berada di rumah untuk meluang masa bersama haiwan-haiwan kesayangan
- Kebosanan mudah menyerang kucing-kucing yang dibela bersendirian tanpa kucing lain sebagai teman bermain, tiada permainan (toys) untuk menggalakkan mereka bermain ataupun sering ditinggalkan bersendirian dan kurang mendapat perhatian daripada pemilik masing-masing.
Psychogenic Alopecia dikesan dengan kehilangan bulu bermula pada bahagian perut, dan merebak ke bahagian peha dan pangkal ekor. Ada sesetengah kes, bulu akan terus hilang pada bahagian belakang badan.
![]() |
Flora pernah botak sekejap pada akhir Disember 2011 |
Masalah ini tidak akan menjejaskan kesihatan kucing anda dari sudut negatif. Walau bagaimanapun, adalah penting bagi mendapatkan pemeriksaan veterinar atau doktor haiwan bagi mengenalpasti punca-punca keguguran bulu pada kucing anda.
Sekiranya Psychogenic Alopecia adalah punca keguguran bulu pada kucing anda, anda boleh mengurangkan tekanan dan kebosanan kucing anda dengan meluangkan lebih banyak masa untuk bermain bersama, bergurau dan bermanja. Fikirkan jenis permainan yang kreatif yang boleh dimainkan bersama dan sentiasa mengubah jenis permainan supaya kucing anda tidak cepat bosan.
sumber.
until then.... bye!
Langgan:
Catatan (Atom)
Salam Kenal
Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...

-
Skandal-skandal aku dalam Facebook sakan letak relationship status sebagai "In an open relationship". Bukan setakat skandal, kaw...
-
A friend of mine came to me last night. She asked for my advice. Sesungguhnya aku blur bila diminta pendapat pasal perkara ni. Ok, aku bag...