Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label anjing garang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anjing garang. Papar semua catatan

Khamis, 22 Julai 2010

Tragis: Aslina sebagai saksi utama

Berkurun tak update kan?

Kali ni update gila-gila laju disebabkan insiden ini. Insiden kematian. Kematian yang menyebabkan seluruh anak beranak menangis atas pemergiannya.
Menyedihkan bagi orang itu, tapi menggembirakan bagi aku. Dan Aslina. Muahahahaha!!

Jahatkan bunyi??

Jiran sebelah rumah aku ni baru beberapa bulan bela anak anjing. Ye, anak anjing. Anak anjing yang mati sebenarnya. Cara dia mati sangat tragis.

Sebelum ni anak anjing tu ditambat dengan rantai yang mencekak dilehernya. Petang tadi jiran aku ada kesedaran sivik dan bagi dia bebas bergerak. Tak sampai setengah jam, sebuah Avanza kelabu di kejiranan ini melanggar anak anjing tersebut di kepala dengan kelajuan 40km/hr. <-- mengikut keterangan saksi kejadian.

Aslina yang pada ketika itu sedang mencedok tahi di dalam litter box sangat terkejut dan tergamam dengan kejadian tersebut. Dia masuk ke rumah secara perlahan-lahan dan memberitahu kejadian itu kepada aku...

Fuh! susah betul nak mengarang dalam bahasa suratkhabar.

Jadi aku pun cepat-cepat sarung baju, membawa D90 dan berlari keluar untuk bertanya sendiri jiran aku tu. Konon-konon nak jadi paparazi. Masa tu bau darah menusuk. Tiba-tiba aku teringatkan Jacob dan Flora. Takut sangat kalau jadi apa-apa.

Tak tau apa tujuan air tu. Mungkin nak suburkan tanah.

Jiran aku masih tak dapat terima hakikat kerana melepaskan anak anjing itu dari talinya.

Crashed kat kepala. Memang mati on the spot.

Moga tenang dibawah sana. RIP.

Budak baju hijau tu tengah berdoa. 1Malaysia.


RIP puppy.


Syimalicious: Lega tak ada bunyi salakan pada pagi Ahad yang mengganggu tidur ku...Cerita dari saksi utama di sini.

Setakat ini dahulu,

 

Isnin, 24 Mei 2010

Siapa cakap orang tu anjing, dia juga spesis anjing kerana hanya anjing dapat mengenali anjing lain.

Hahaha. Tajuk entry terpanjang setakat ini.

Orang gila tak akan kata diri dia gila. Begitu juga anjing. Orang yang menuduh orang lain anjing juga perlu terima kenyataan bahawa dia juga anjing. Sebab dia yang menyalak dulu.

Its really childish and immature since i have to tell everybody about what is going on in my office. Don't feel offended if you read this. I do aware that i have a lot of haters and i don't even care at all. I was the one who bring/create problems. Ok, i admit.
Saya memang pencinta anjing.
I was called "Anjing" by my colleague. Because i like to bark. Woof!Woof!

Eh, kita tukar medium bahasa ye?

Bukan apa, senang orang pejabat juga nak baca cerita anjing ni lepas tu jadi penyampai dan menyampai. Macam tak biasa pula? Sebab ada orang tu (see, aku tak guna perkataan anjing pun) dia cakap, aku ni suka mencari kesalahan orang lain tanpa menghisab diri sendiri. Yang mengata tu, betul sangat yer? Macam tak pernah cari salah orang lain? 2 x 5 je. Budak laki ni pun satu, dah baca status FB orang tu senyap-senyaplah, ni tolong bagitahu aku. Semangat betul bergosip.

Dah nama manusia pasti akan melakukan kesilapan sebab kita bukan Nabi yang maksum.

Apabila marah ia secara tak langsung mempamerkan kebodohan sendiri bila tidak terkawal. Tapi bila kemarahan itu hanya melibatkan antara dua individu dan salah seorang individu itu menyebarkan pergaduhan itu melalui apa jua medium untuk mendapatkan perhatian dan simpati orang lain, itu dipanggil KEBODOHAN BERGANDA! BERLIPAT GANDA!!

Aku dah berjanji tak mahu membuka aib sendiri dan orang lain, tapi kadang-kadang perempuan ni boleh tersasul untuk bercerita.
Aku nak tanyalah pada siapa-siapa yang baca entry ini, adakah kamu pasti orang disekeliling kamu itu ikhlas berkawan kerana diri kamu sendiri atau berkepentingan yang lain?? Jangan rasa hebat mempunyai kawan-kawan yang ramai. Pada aku lebih baik dikelilingi kawan-kawan yang berapa kerat saja dari puluhan ribu orang. Bergerak dalam grup, umpat sana-sini, adakah kamu pasti mereka tak akan mengumpat kamu kembali??

Adapun perselisihan faham atau pergaduhan tak perlu dipanjang-panjangkan. Kawan yang baik ialah mereka yang sering mengaku kalah dalam setiap pertelingkahan dan tidak berat utk mengucapkan perkataan"maaf". Aku tak cakap aku baik, tapi sekurang-kurangnya aku dah ungkap perkataan maaf tersebut.

Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).

Bak kata pepatah Arab, “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Tak mati hilang kawan sebegini.

Isnin, 22 Jun 2009

Cerita Jumaat itu hari

Sebahagian tugas aku ialah memeriksa penyata stok bekalan barang-barang yang menjadi barangan kawalan di setiap premis-premis yang menjalankan perniagaan secara borong. Di Kuala Selangor tak ada kilang besar jadi tak mampu nak imagine perkara yang bakal berlaku pada aku pada hari itu.


Gambar pun dah huru-hara sebab perasaan berderau diperdajalkan oleh hanjeng itu.

Tempat itu cuma tempat pengedaran barangan Nestle dan beberapa barangan runcit yang lain. Penempatan tempat edaran barang borong ni jauh dalam pedalaman. Itu sebab korang tengok tempat tu berlalang bagai. Memang fesyen begitu ke??

Biasanya tempat sebegini berpagar, berpengawal dan dikawal rapi. Tapi pondok pengawal di situ kosong. Mungkin pagar di-control dari dalam premis. Aku dah perasan seekor dua anjing berkeliaran di laluan masuk ke premis itu. Nampak macam bodoh-bodoh saja anjing-anjing itu.

Kami berhenti lama di pagar elektrik premis tersebut tapi tak sampai 10minit. Haha! Puas ber-horn tapi pagar tak buka-buka juga. Darah Mat Kilau aku dah menggelegak. Aku nampak door bell di pagar tersebut. Dengan perasaan dah panas sebab kena ignore begitu aku turun dari kereta nak pergi tekan bell tu.

Belum sempat tangan mencapai button loceng itu tiba-tiba aku dengar salakan ganas dari dalam pagar premis itu. Bulat mata aku bila dua ekor anjing dengan pantas meluru ke arah aku dan kebetulan pintu pagar memang disengajakan terbuka sedikit betul-betul laluan anjing. Agaknya kalau sempat dirakam moment tersebut, memang nampaklah muka aku dah hilang darah, dah pucat. Aku yang dah panik berlari masuk ke tempat duduk belakang yang kebetulan Cik Leha duduk. "Sorrylah kalau kamu rasa guni beras menghempap kamu ketika itu."

Tak ku sangka tempat itu membela sebegitu ramai banyak anjing yang agresif. Lebih dari 10 ekor stanby di sekitar stor premis itu. Serious, hilang macho dan kredibiliti aku tadi. MALU!!!

Beberapa ketika kemudian pagar dibuka, dan kami berjaya melepasi pagar tersebut. Aku sebenarnya seorang yang kasihkan binatang. Tapi bila dah jadi begini, seriau betul aku dengan anjing kampung. Selesai dari tugasan yang cuma mengambil masa 15minit dan jantung aku masih berdegup kencang. Panik.

Nak kata tiada staff di situ, dalam premis itu ada dalam 6 orang pekerja wanita Melayu. Mengikut kata pengurus premis itu, anjing itu cuma menyalak pada orang yang tak pernah dilihat mereka.


~ Anjing bonzer ~


Sebenarnya membela anjing adalah pengawal yang terbaik dan lebih sensitif dari pengawal manusia yang cuma digajikan RM400 sebulan. Wahai anjing aku dah tak marah kamu cuma aku marah kerana kamu, aku hilang macho.







Syimalicious: Bila aku sudah kaya, aku nak bela anjing untuk mengawal rapi rumah aku. (Orang malas boleh kaya ke??)

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...