Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label surat buat bakal suami. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label surat buat bakal suami. Papar semua catatan

Khamis, 3 Mei 2012

Diri ini hanya milikmu, bakal suamiku

Blogwalking. Tak ingat masuk blog siapa. Tiba-tiba keluar lagu ini. Aku kan jenis menyampah tengah-tengah blogwalking keluar lagu serabut, tambah pula aku ni jenis suka buka banyak-banyak tab.

Sekali terkesima dengan lagu ini walaupun tak faham maksud lagu ini pada mulanya. Gigih menggugel lirik dan mp3. Lagu ini dah lama kan? Syahdu. Romantik. Sentimental. Lagu ini tengah berhantu pada aku saat ini. Esok lusa lagi lain pula.

Buat bakal suamiku, terimalah lagu yang aku dedikasikan buatmu. Di mana jua kamu berada. Mungkin kita belum bertemu sekarang. Insyaallah, bila ditakdirkan aku pasti bertemu dengan kamu.

Kalau ex-ex aku baca mesti muntah darah. Ptui! Ahh lantaklah...








Translated into Bahasa Melayu 

Albi Nadak by Fares 

Hanya padamu...
Diri ini hanya milikmu
Datanglah dekat
Air mataku mengalir
Mengharapkan mu


Hanya padamu...
Dan jiwaku padamu
Wahai kasihku usia kita,usiaku
Seluruh hidupku untukmu


Cintamu adalah hayatku
Dirimu buat kita bercinta sebenar2 cinta
Hatiku disini, keindahanmu millikku
Jadi bersatu


Hatiku memanggil
Harapkan engkau sentiasa kekal
Hanya dirimu
Selepas bertahun lihatlah sayang
Kita berjumpa di sini dan bersama
Airmataku mengalir keranamu
Engkaulah kekasih, hidupku hanya untukmu
Seluruh hidupku, usiaku..
Kerna matamu, aku serahkan segalanya


Apa yang daku harapkan
Indahnya kau disisi bersamaku selamanya
Katakanlah kepadaku..
Diri ini..sekian lama mengharapkan
Hati ini, perasaan ini
Bersama hati dan perasaanmu

Sangat lazat sekiranya dibaca bersama entri cinta separuh mati ini.


lotsa luv,

Selasa, 1 Mei 2012

Surat buat bakal suamiku

Kepada bakal suami ku yang dicintai,

Kita bakal hidup bersama tidak lama lagi. Jadi, ada beberapa perkara yang aku harus perjelaskan kepada mu agar kau lebih memahami aku. Pertama sekali, aku bukanlah satu-satunya pilihan yang kamu ada. Aku tak pernah memandang diriku sebagai pilihan terbaik untuk dirimu. Yang aku tahu cuma satu. Aku akan berusaha memahami dirimu yang bakal ku kenali lebih dekat apabila hidup sebumbung nanti. Dan aku akan cuba menjadi isteri yang taat dan solehah di bawah bimbinganmu. Aku juga tahu kamu bukanlah yang paling sempurna dalam kalangan lelaki yang aku pernah kenali. Namun kau harus tahu mengapa dirimu yang aku pilih. Aku tidak mengangkat kamu sebagai yang terbaik semasa aku memilih. Sebaliknya, aku merasakan dirimu berpotensi untuk membimbing aku ke jalan yang lebih baik, dengan caramu melayan orang sekelilingmu, dan cara kamu berinteraksi dengan seluruh ahli keluargamu. Namun itu bukan bermakna aku menganggap kamu tidak akan berubah dan sentiasa baik di mataku. Tapi cukuplah dengan aku berdoa agar kamu sentiasa begitu, dan aku yakin ALLAH mendengar doa ku.

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...