Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Hal kereta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hal kereta. Papar semua catatan

Sabtu, 4 April 2015

Sakitnya tuh di sini! Kereta batman calar

nangis!!
Adik whatsapp. Biasalah jadi batu api. Adik bongsu lenjan kereta.

Berderau tengok gambar. Terobek hati bila tengok cat terkoyak macam tu. Rasa nak pukul, nak maki tapi tak guna sebab benda dah jadi. My kutu babi, kumbang hitam, my baby hamster, kete jahat (banyak nama dia) dah cedera.
nangis!!
  

Cita-cita nak bawa balik Kuala Selangor belum tercapai. Sedih tau bila tuan punya kereta tak rasmi lagi dah rosak kaler ni. Black matte / cat mati ni bukannya murah!!

Aku marah ni!!

Isnin, 2 April 2012

Kuala Selangor sekarang tak macam dulu


 Sesak! Jam! Traffic congested.





Itu sahaja yang boleh aku katakan.

Berbeza 6 tahun lepas sewaktu aku mula-mula sampai dan menetap di Kuala Selangor. Dulu lengang. Pekan koboi. Sekarang, setiap weekend - hari Jumaat dan Ahad pasti jalan akan jadi padat dipenuhi kenderaan. Dek kerana laluan utama ke utara / selatan.

Sekarang prefer duduk diam-diam di rumah dari mengharungi kesesakan jalanraya yang boleh menduga kesabaran.


until then.... bye!

Rabu, 8 Februari 2012

Jumaat, 19 Ogos 2011

Aku nak beraya, kau pun nak beraya kan?

Tengoklah.

Kau diskaunkan workmanship, tapi kau ada-adakan benda lain yang tak relevan untuk ditukarkan sekarang. Pandai heh nak buat pusing belit aku. Itu ini kena tukar.

Selalu gitu kan? Bila nak raya, atau outstation time-time genting macam tu lah kereta nak meragam. Sabarlah wahai hati. Ini ujian dari Allah SWT




Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Jumaat, 8 Julai 2011

Jumaat yang barokah: masih ada yang sayang

Hari ni hari ke dua taklimat persediaan peperiksaan KPSL di Shah Alam.



Harap-harap periksa kali ni boleh lulus cemerlang setelah dua hari ni kami menempuh pelbagai cabaran dan rintangan. Haha cabaran dan rintangan la sangat?!

Semalam: Fakta- Roadtax kereta dah expired 2hari.

Tapi sbb perkara-perkara yang tak boleh nak dielakkan, aku terpaksa hati kering drive juga kereta ku dari KSel ke Shah Alam.

Menghampiri Jeram, ada roadblock. Konfem la ada roadblock sebabkan agenda #Bersih. Aku buat relax walaupun sebenarnya dah gelabah. Pakcik Polis pun tahan suruh ke tepi, sebab roadtax la. Pastu dia minta lesen dan IC. Konfiden buka beg, TETIBA dompet TIADA dalam beg. Bergandalah kegelabahan tapir ku.

Pakcik Polis suruh keluar dari kereta dan ikut dia pergi pondok kecil tepi balai tu utk keluarkn surat saman. :( Aku dah pasrah, redha. Katanya nak saman sebab tak bawa lesen, instead of roadtax. Ok lah, tak de la tinggi sangat kompaunnya nanti. Walaubagaimanapun muka kena kool.

Mungkin bernasib baik, pakcik Polis tu tak jadi keluarkan saman. Tak tau pasal apa, aku tak rasuah pun, merayu pun tidak. Alkisahnya. Jadi aku pun hepi-hepi semula. Hehehe

Owh yang ini cerita semalam, jap lagi ku nak cerita apa yang berlaku pula pada hari ni. Nak take a nap jap. Rehat Jumaat kan lama...



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sabtu, 30 Januari 2010

Disampuk hantu wel wel




Cari gambar hantu ke?? Kekekekeke...
Ini gambar-gambar sewaktu perayaan, atau upacara semayang tahun lepas di kuil Hindu Batu 2, Kuala Selangor yang menyebabkan traffik bergerak perlahan.

Happy Thaipusam everybody...

Huk! Huk! Huk! Currently i'm not feeling very well.

Banyak sangat bencana yang berlaku pada aku semalam.
As yesterday, aku kena bertugas di pejabat until 10pm. Tapi petang tu minta excuse nak suruh pomen tengok-tengokkan kereta sebab nak balik jauh. Tengahari semalam dah macam perit-perit tekak. Minum banyak pun serupa juga.

Masa nak merepair kereta tu, bersin tak berhenti-henti, asyik berhingus saja. Mula-mula nak check lampu saja. Suspect ada wiring yang tak kena sebab lampu asik terbakar. Lepas tu meleret sampai ke botol air wiper bocor, then air wiper tak mahu keluar. Nasib baik tauke banyak ngam, tukar itu ini kena RM50 sahaja. Adeh... Last minute memang selalu begitu. Then tokey tanya, tayar macam kurang angin. Aku tepuk kepala. Lagi masalah??!

Rushing pula la ke kedai tayar. Harap-harap angin saja yang kurang. Check punya check ada paku comel dan kecik tapi panjang menyucuk tayar kereta ku. Mujur RM5 saja upahnya. Tapi tauke tu minta aku promote rim tayar kereta dia pula kat kawan-kawan opis.

Sampai opis dalam 7.45ptg badan aku dah mula rasa sengal-sengal dan sakit. Nafas rasa panas, telan air liur pun macam tak cool. Tapi perut lapar, beli kuewtiao tomyam bungkus tapi berjaya makan 5 suap saja.

Tak ada angin tak ada ribut, tetiba macam nak demam. Atau aku kena "tegur"??



HOWEVER i'm on my way back to the family's. Doakan aku selamat sampai ke JB.


Jumaat, 13 November 2009

Liku-liku yang terpaksa ditempuhi sebelum menonton Phobia ~ Ver1

Semalam, aku tak pasti apa penyebab malangku, bateri kereta aku kong. Siot betul, disaat-saat genting, aku nak balik mandi dan menonton wayang bersama kawan-kawan, baby hamsterku buat hal.

Datanglah hero-hero lewat usia dan usang untuk membantu aku.


Siap tolong cari jumper lagi. Sungguh prihatin rakyat Malaysia ini.


Dan kami masih sempat berposing sukaria di kereta berkenaan. Dan baju kurung pepel itu adalah sangat cacat.

Pada mulanya hero-hero ini membuat cubaan untuk men-jumper dari bateri kancil 660cc ke savvy1200cc. Tetapi gagal. Cubaan kedua pula dengan men-jumper dari bateri en perdana V6. Namun usaha itu menemui kegagalan juga.

Maka timbul satu summary dari hero kelepir yang mengatakan kereta aku bukan bermasalah dari segi bateri tetapi computer box. Tak semena-mena, hujan yang super lebat memhempas ke bumi dan kami huru hara mencari tempat berteduh. Aku call pomen. Pomen pula cakap dia ada nak tengok satu lagi kereta dibengkelnya tetapi memberi jaminan akan membantu aku.

Dalam kebasahan hujan yang super lebat itu, aku menumpang kereta kancil ala-ala-sport tapi-tak-laju itu menuju ke Restoran Yussof untuk pekena roti telur cicah kari daging kambing.

Masuk suapan ke-5 pomen itu call dan mengarahkan aku ke tempat kejadian. Huru hara jugalah aku nak menghabiskan makanan.



Dengan menggunakan kaedah yang sama tetapi tertib, enjin baby hamster ku kembali berfungsi. Yes! I love you mr. pomen! Mr. pomen ku itu bernama Ah Yong, (lagi hensem, gagah, dan bergaya)

Tapi mengapa kaedah hero kelepir gagal dan membuat teori mengatakan computer box aku yang rosak?? Haih!!



Jumaat, 16 Oktober 2009

Bergusti dalam lumpur

Setiap Jumaat, time rehat macam ni selalunya orang (yang kerja gomen la) balik tidur ke, atau pergi cuci mata tengok kain dan macam-macam lagi.

Hari ini aku temankan my officemate pergi ambil baju tempahan dia yang jauh dalam pedalaman Tg Karang. Kiri kanan sawah terbentang. Sangat mendamaikan hati aku yang kian bercelaru.

Setelah selesai urusan pembayaran, masing-masing dah masuk kereta, kawan aku ni reverse kereta macam biasa. Aku dah terpandang kakak tukang jahit tu buat signal tangan. Aku bajet kawan aku ini nampak.

Sekali... zeeeeesssssss! Bunyi macam tayar berpusing dalam lumpur. Turun power window, sahlah tayar kiri (bahagian penumpang) dah tenggelam dalam lumpur. Kami dah panik. Kawan aku ni pun keluarlah cari kayu nak sendal pada tayar. Nak tiru dalam iklan kopi Radix yang pajero terlekat di anak sungai tu. Aku ingat sebelah je yang tenggelam, rupanya kedua-dua belah tayar tu memang dah masuk dalam lumpur.



Tak boleh juga. Aku dalam kereta take over untuk main gear kereta. Kakak tukang jahit panggil suaminya. Macam-macam usaha dah buat. Sendal kayu, korek lumpur. Semua gagal. Akhirnya aku pun turun dari kereta. Mereka ramai-ramai tolak kereta dari belakang. Push! Push! (dah rupa gaya nak beranak) Dalam cubaan tolakan ke enam baru kereta tu berjaya keluar dari lumpur.


Masa dalam usaha nak me-reverse kereta, dan mereka beramai-ramai tolak kereta dari depan, kawan aku ni kena splash lumpur habis ke baju dan tudung dia. Minta maaf la, tak sengaja. Huhuhu.

Kita kena bergambar dulu sebelum meninggalkan tempat kejadian. Sebagai kenang-kenangan.

Dah berjaya keluar dari gelanggang bergusti tu, kawan aku cakap "Kadang-kadang best juga kalau jadi macam ni."






Syimalicious: Takkan berat aku punca kereta itu terkandas?

Ahad, 27 September 2009

Hari ini jalan sesak ke?

Sepatutnya balik semalam.

Tapi macam tak ada mood.

Fikir-fikir nak balik hari ini. Tapi sekali lagi perasaan dihasut supaya tidak pulang. Sebab rasanya akan lebuhraya akan sesak. Tapi sesak ke? Siapa balik KL dari JB hari ini?

Kredit untuk en.Google

Sakit hati bawa kereta slow-slow ni. Top speed kereta ku 200km/hr. Tak boleh nak cilok-cilok. Balik esok sajalah.

Maka, esok kena ambil EL nampak gayanya.


Rabu, 15 Julai 2009

Saya rindu sama dia!

Tunggu ya, aku akan balik menjengukmu disana.












Syimalicious: Sekadar pemberitahuan bahawa aku akan pulang ke kampung halaman.

Jumaat, 10 Julai 2009

Kereta kamu hebat sangatkah?

Dulu ada orang sound aku, "Kereta kau tak stailo, tak nampak ganas lagi"

Bagaimana untuk nampak ganas? Bagi pakai skirting dan bumper serupa ikan jaws atau spoiler macam nak terbang tapi tak terbang tu? Atau pakai air scoop macam ikan paus makan plankton?

Aku teringin juga nak letak spoiler, perhiasan bagai kan? Tapi bila kenang kembali kata-kata ayahanda ku, memadailah untuk aku modified kereta secara kecil-kecilan. Nak tahu apa dia kata? "Kalau setakat spoiler tinggi mencanak tapi tak boleh speed, lupakanlah niat awak tu. Buat malu je..."




Tapi aku tukar juga. Aku tukar window visor yang besar tu. Cahaya matahari tak tembus. Itu je main function dia. Tapi tak nampak different sangat kan? Janji dah cat gelap. Hitam gelap kan warna orang jahat?? Hahahah <-- Mari gelak evil....








Syimalicious: Tapi terserah pada individu. Itu kereta dia, hak dia kan. Kalau heavy modified sangat sampai tak kena pada penglihatan umum, kita gelakkan saja.

Jumaat, 10 April 2009

Relakan perpisahan sementara ini

Sayang, bukan maksudku membiarkan kau bersendirian.
.
.
.
Sejak dua menjak ini, hidup aku agak merumitkan -dilanda masalah dan caca merba sedikit. Apa yang aku buat serba tak kena. Aku tidur awal, tak boleh nak fokus sesuatu dengan baik, apatah lagi nak menelaah. Selalu saja aku berasa pening dan mata berpinar-pinar. Itu sebab aku buat pengumuman untuk menghilang selama sebulan lebih.

Nyanyuk. Mungkin itu panggilan yang amat sempurna untuk aku di saat ini.


Hari ini aku ada temujanji (10am), kena pergi mengurut kaki yang tempatnya tidak jauh dari pejabat aku. Min_ena menawarkan diri untuk menemani aku. Segala proses ketika mengurut berjalan dengan lancarnya. Selapas 30minit treatment, kami pulang ke pejabat.

Min_ena mendapat pelepasan untuk balik awal ke Melaka atas urusan keluarga. Aku menyambung kerja aku semula. Hari Jumaatkan masa kerjanya singkat? Dalam pukul 12.15tgh, aku berhasrat untuk balik ke rumah sewa ku.

DAN aku lupa kunci kereta aku tertinggal di atas dashboard kereta Min_ena!

Aku dah kelam kabut. Secara tergesa-gesa aku menelefon min_ena, dia juga menjerit terkejut bila mendapati kunci keretaku masih berada di dalam keretanya yang pada ketika itu dia dah sampai ke laluan lebuhraya di Putrajaya. Arrggggghhhh! Aku bertambah kusut.

My mind puzzled.

Hari Sabtu aku ada discussion di KL.
Kunci rumah aku dalam kereta.
Esok aku kena pergi mengurut lagi.
Kereta aku akan berpanas di bawah terik cahaya matahari.
Owh! Tidak!


Takkan nak suruh si Min_ena patah balik sedangkan dia lagi sejam lebih nak sampai Melaka? Jarak Putrajaya - Kuala Selangor bukannya dekat. Aku bukan seorang yang kejam.

Aku boleh batalkan semua temujanji aku yang lain, tapi kereta aku?? Aku TERPAKSA merelakan kereta aku berpanas begitu walaupun pedih hati ini melihat. Oh! Tuhan, lindungilah keselamatan beliau. Aku perlukan bantuan guard keselamatan untuk memantau beliau.




Relakan perpisahan ini. Sementara saja sayang. Setelah mendapat kunci pada Isnin ini nanti aku berjanji akan menghantar kamu ke carwash bermain air dan buih. Aku berjanji akan membawa kamu berjumpa dengan doktor tayar untuk menghilangkan bunyi cencorot pada absorber kamu. Aku akan menjaga kamu sebaik-baiknya duduk berteduh dibawah awning rumah.

The end.



Syimalicious: Walaupun kusut, aku kena berjuang juga. Kembali kepada mode meditasi.

Selasa, 13 Januari 2009

Rajin tak pasal

Sori kenkawan, aku masih bermalasan untuk meng-update cerita stim itu. Tapi jangan risau, aku akan cuba update. Aku tau kadang-kadang aku berjanji tapi sampai sudah tak update-update.

Cerita hari ini.
Aku telah berjaya membeli sebuah basikal lagi untuk housemate baru ku. Mudah untuk mereka berdua ke tempat praktikal. Basikal putih itu ialah bekas basikal-menguruskan-badan-tapi-aku-tetap-tak-kurus kepunyaan aku, yang kuning belang-belang (endangered spesis) itu kepunyaan As untuk dia berulang-alik ke stesen bas tercinta dan yang merah itu basikal baru untuk budak praktikal yang menginap di rumah aku. Mulia tak hati aku? Kan aku dah cakap, walaupun aku selalu membabikan orang, tapi aku baik. Beli basikal untuk mereka yang memerlukan dan yang penting beli basikal tak main HUTANG tau?

Ok, tetiba i felt guilty to my housemate, sebab aku dan As dah makan malam, sedangkan yang lagi dua orang itu tak makan apa-apa lagi. Langsung telah menyebabkan aku ke Tg Karang untuk membeli belah. Malangnya, aku telah tersilap buat jangkaan, mengandaikan bahawa parking kereta bawah pokok pada waktu malam burung-burung tak kan berak, sebab burung-burung itu dah tidur.

Ternyata burung-burung itu telah menggunakan teknik "airbrush" yang unik untuk menghiasi keretaku. Jadilah kereta berhias kejap. Dengan perasaan geli, bercambur rasa malu untuk pergi kerja esok hari, aku nekad untuk membasuh kereta. Pada korang mungkin nampak macam "Eh, apakah yang special sangat pasal basuh kereta tu?"

Aku tak suka basuh sendiri kereta sebab aku rasa macam tak bersih. Senang cakap, MALAS. Sepanjang tahun lepas, aku tak pernah basuh kereta sendiri. Tapi hari ini, berbekal semangat waja, aku dan pembantu sulitku (As lah...siapa lagi?) gigih membasuh kereta. Pecah rekod!!



Rajinkan? Esok kereta itu akan wangi kerana menggunakan Sunsilk - Damage repair shampoo, tapi nak repair damage apa? Hiks!

Ahad, 14 Disember 2008

Lawak bengong di pagi Ahad

Sumber dari email lagi.

Aku godek-godek, mendelete email-email yang tak patut then i found this hillarious forwarded email. It seem (by reading the disclaimer of the email) forwarded by Ranhill's staff.

Baca yek?

Beberapa hari yang lalu, saya sedang menunggu kereta saya untuk disiapkan di workshop berdekatan, ade seorang gadis singgah dan bertanyakan satu benda yang disebut tujuh-ratus-sepuloh (710). Kami berpandangan sesama sendiri, dan seorang pelanggan bertanyakan,

"Apa benda tujuh-ratus-sepuloh tu?"

Gadis itu menjawab,

"Awak tahu kan ,benda kecik kat tengah enjin, saya dah hilangkannye dan nak yang baru"

Gadis itu cakap dia tidak berapa tahu benda itu, tapi benda itu ada di situ setiap masa.

Mekanik kami memberikan dia kertas dan pen dan meminta gadis tersebut melakarkan bagaimana rupa benda itu. Gadis itu melukis satu bulatan dan di tengahnya bertulis 710. Mekanik kami masih ragu-ragu. Dia kemudiannya membawa gadis tersebut ke kereta lain yang 'hood'nya memang terbuka ke atas, dan terpampanglah bahagian enjin kereta itu yang masih belum siap diservis. Dia bertanyakan pada gadis itu,

"benda 710 tu ade kat kereta ni ker?"

Gadis itu menuding dan berkata,

"mestilah ader, tur haa bendanyer...."
.
.
.
.
Sila tgk gambar...
.
.
.
.
Matilah kena gelak. Inilah punca kaum lelaki cakap perempuan ni cuma tau pakai kereta je. Tapi nama sebarang part dalam enjin tak tau. Payah macam ni...

Ahad, 21 September 2008

Di atas bumbung kereta (Kisah Benar)


Akibat tidur lewat semalam, aku bangun pun agak lewat. Dalam pukul 1pm lebih aku buka grill pintu nak ambilkan minyak panas dalam kereta untuk As sebab dia secara tiba-tiba demam kura-kura. Tapi niat aku terbantut, bila aku terpandang sesuatu di atas bumbung kereta. Sebungkus plastik yang terburai isi perutnya.

Cis, ini mesti kerja beruk sakai ni lagi!!
Tapi bila aku pergi close-up, aku naik seriau pula, sebab tengok plastik tu berikat dihujung dan terkoyak seperti saja dikorek. Mulalah panik, fikir bukan-bukan. Siapalah yang busuk hati ni? Bulan-bulan puasa macam ni pun nak buat onar?

Aku panggil As, dia pun cuak nak pegang, apatah lagi aku? Aku call Chenta untuk dapatkan bantuan, tapi dia tak pickup. Aku call mak pula, tapi aku kena tarbiah kejap.

Mak: Awak ada cakap apa-apalah tu sampai orang sakit hati.Aku: Mana ada, saya baik je.
(Aku berpura-pura baik sedangkan mak dah tahu aku sememangnya laser)
Mak: Awak bawa kereta laju-laju sampai orang cari awak kot?Aku: Ish... Tak kan sampai nak baling-baling benda atas bumbung kereta? Bodoh tu! Kak ngah takut mak...
Mak: Baru tahu takut. Baca ayat 3 Qul selalu.


Memang itu yang selalu mak pesan. Mak suruh aku masukkan bungkusan plastik tu ke dalam plastik yang lain untuk dibawa kepada yang lebih arif. Jangan dipegang. Tapi aku tak buatpun.

Aku call Chenta lagi. Tapi dia macam layan tak layan je. Sedih aku, time aku cuak macam ni dia tak respon pun. Aku paksa dia datang juga suruh tengok. Bila dia datang dia cakap "Buang je lah". Wah?! Senang macam tu je? Dia pegang selamba lepas tu cium bau plastik tu dan kemudiannya buang. Dia pun balik. Semudah ABC.

Kejap lagi aku nak hantar kereta pergi basuh. Tapi apakah dalam plastik itu? Nak cakap bihun basi, macam tak betul. Mengikut mata aku dan As, kami nampak batuan halus seperti pasir dan daun-daun serta dahan-dahan kering. Tapi aku tengok ada juga daun kucai dalam plastik tu. Confuse!



Pesanan dari aku untuk lalats dan seangkatannya:
Aku tak suka cara melayu purba, main hantar-hantar barang. Kalau ko betul ada masalah dengan aku, CONFRONT dengan aku. Jangan main aci nyorok macam ni. Pengecut!!
Kita bersemuka macam orang dewasa, bukan komplot-komplot dengan orang tua, atau makcik-makcik sihir untuk puaskan kehendak ko.
Tapi kalau kera-kera tu yang buat, memang diorang dah berjaya takutkan aku.
Dulu-dulu aku selalu main rebut-rebut roti dengan kera-kera yang pecah masuk rumah aku dulu. Now, payback time.

Sabtu, 31 Mei 2008

Lagi kawanku kawin!

Hari Sabtu yang indah, aku bangun pukul 12tgh.. hehehehe... Jgn salah sangka yeh, aku bukan lagi macam dulu yang suka bangun lewat-lewat. Ini kes terpencil.

Semalam aku terima email dari Sandra Timothy untuk wedding ceremony. Sooo.... short notice. Tak de angin, tak de ribut, she's getting married!! Atas dasar persahabatan aku ke sana dengan co-pilot aku, in the same time boss suruh kami jadi wakil ofis untuk meraikan pasangan pengantin baru ini.

Aku bersama co-pilotku bertolak dari Kuala Selangor dalam pukul 8pm menuju ke destinasi upacara akad nikah di Taman Bangi Indah, Bangi. Dalam kepala dah set, perjalanan ini cuma mengambil masa hampir 1 1/2 jam. Walaubagaimanapun, kami tak menjangka untuk mencari rumah pengantin terlalu sukar dari gambaran dalam pelan. Beberapa kali kami terpaksa berhenti tepi jalan dan bertanya pada orang ramai. Aku dah hampir patah semangat nak teruskan pencarian, dan hampir-hampir nak bergaduh dgn co-pilot kerana tak teliti mencari rumah pengantin. Wah... sgt "kampung" ini tempat!! Aku setuju dengan penyataan itu sbb ianya seperti satu perkampungan lama (pekan koboi). Akhirnya setelah hampir satu jam lebih sesat di jalanan kami sampai ke tempat yang dituju dengan selamat. Terima kasih pakcik penunjuk jalan! By the time we arrived, pasangan pengantin diarak menuju ke rumah. Aku bajet aku la tetamu yang paling lewat sampai, around 11pm. I was told that they just came back from surau for akad nikah. My godness, the wedding reception started around 8pm, and i guess the akad nikah thing held after Isya' prayer. And it was for long "story-telling" by tok kadi to the future husband. I can imagine how hard for Sandra duduk bersimpuh. Somehow i'm happy she'd married!!


My ride on that day. Old school tak?


Pelamin yang sangat koboi.


Co-pilot.


Bila co-pilot kekenyangan dan kaki naik kebas. Comel jugak hiks!



Dengan pengantin lelaki.


At last... pengantin perempuan dah boleh buka tudung.

Tengok apa entah, aku lupa la... tp sebenarnya aku nak tunjuk aku dah kurus sikit. Sikit je!

Actually, aku tak sempat nak snap byk pics. Looking forward for more pictures from Sandra. Will update later! Anyways, congratulation both Suffian and Sandra!


Alamak, tak dilupa juga kepada sahabat sekolah yang sekarang Insp Siti Sarah Ahmad dan pasangannya berkahwin pada hari ini. Aku tak dapat menghadirkan diri ke sana due some problem. Anyway, Sarah... CONGRATULATION!!

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...