Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Lara hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lara hati. Papar semua catatan

Isnin, 13 Ogos 2012

Pain


You know what hurts the most? The fact that i can't say i lost you, because apparently I never had you.



Selasa, 31 Julai 2012

Esok harijadi emak saya jadi saya nak cerai!!

CERAI???!


Eh! Jangan fikir bukan-bukan. Saya suka berangan, suka merapu.

Bulan puasa begini sebenarnya paling penting bila kita dalam keadaan jiwa tidak stabil, kita perbanyakan bacaan Quran, perbanyakan zikir dan mendengar ceramah-ceramah agama.

Saya tak macam itu. Liat membuat kebaikan. Sekalipun saya membuat perkara-perkara yang dirasakan baik, tetap pada pandangan orang tertentu saya adalah seorang yang jahat dan tak mahu berubah.

Dah masuk minggu ke dua, saya cuba bertabah dan sabarkan hati. Bila tiada lagi kepercayaan pada diri saya dek kenakalan tempoh hari. Mak dah pesan "Lepaskanlah. Dia cuma nak bermain-main. Tak ikhlas."

Love unconditionally. Bukan dengan meletakkan syarat.

Mak dah warning suruh cerai sebelum mak bagi tahu pada abah untuk masuk campur. Mak tahu "dia" ada niat yang tak baik bila selalu psiko diri saya sampai tiap-tiap malam menangis mengadu pada mak. Perkara akan menjadi lebih rumit. Niat saya cuma untuk share kesedihan.

Saya kena cerai juga. Permainan ini cuma akan membazir masa, jiwa dan raga. Mak cakap jenayah ini  jenayah terancang. Itu sebab saya tak diberi pilihan dan tiada peluang ke dua.

Owhhh hati, sampai bila? Kuatkah kau??? Mampukah berubah??

Saya yakin. Kesabaran seseorang ada hadnya. Tuhan juga maha adil. Biarlah diasak dengan cemuhan, saya pasti perkara yang serupa akan menimpa pada keturunannya. Saya berdosa, saya jahat, saya liar. Panggillah apa sahaja, saya telan.

Tapi ingat, what goes around comes around.


"Bila kamu berdoa & memohon sesuatu kpd Allah 
maka mohonlah dgn penuh keyakinan bahwa do'amu akan terkabul."
(HR Ahmad)


Sabtu, 28 Julai 2012

Pakcik

8 bulan 
1 minggu 
5 hari
7 Ramadhan 1433H


Memories. Just for rememberance n self-note

Khamis, 26 Julai 2012

Trust issues

Life is hard when u think everything is about u. The truth is, no matter who u are, it's not always about u
Never lie to someone who trusts you. Never trust someone who lies to you. Nobody can tell the truth, without hurting a person or two. Nobody can tell a lie, without wondering why. -Marieke




- Chubby tipu pakcik, pakcik tipu mama. SAMA je


Ahad, 1 Julai 2012

Cukup setengah tahun tanpa dia secara TOTAL




Tadi, dua kali terdengar lagu ini di radio.

Bila terdengar balik lagu ni aku jadi sebak. Semua dah berakhir. Aku dah mula untuk terima hakikat jodoh tak sampai. 


Dulu masa kerap berkaraoke dengan dia, aku suka sangat bawa lagu ni walaupun tak sampai. Haha... Konon-konon nak bagi mesej tersirat, aku nak kan jawapan. Tak lama kemudian dia pun pergi membawa diri ke kampung halaman untuk mencari perubahan which is the main reason for us to break up. I don't believe in long distance relationship.


"Detik-detik waktu pun terbuang
Teganya kau menggantung cintaku
Bicaralah biar semua pasti"

Then... I start to mingle around. Flirt. Minor flirt. I enjoy it and it became habit. And him, tak ada juga jawapan. Berterusan main tarik tali. Sampai it shattered both of us punya feeling. Hati saya juga dah rosak.


Flirt. Most of the reason juga, why I cannot stay long in certain relationship. Sebab aku tak suka sesebuah perhubungan yang mengambil masa berbulan-bulan untuk strike. Serik. "Flirt" kalau ikut bahasa kamusnya ialah behave as though attracted to or trying to attract someone, but without serious intention.
Sebab apa??
For killing time only.

But what happen is, that kind of thing (flirt) tak ada lelaki pun dapat terima terutama yang tradisional sangat ni. Maka keraplah aku mendapat cacian dan hinaan serta ungkit mengungkit yang tak berkesudahan.

Kata orang apabila cacian dan makian sudah menjadi amalan harian, hati akan bertambah keras untuk menerima teguran. Hati aku dah berbalut dengan ego dan dendam.

"Sampai kapan kau gantung
Cerita cintaku memberi harapan
Hingga mungkin ku tak sanggup lagi
Dan meninggalkan dirimu"  

That's how I ended my relationship plus I really can't trust man anymore. Main-main lebih.

And recently, thought of sharing love with a married man could save my life, tapi tak... hal yang serupa juga terjadi. Penuh dengan kepuraan. Boys will be boys. Biarlah dimata dia aku saja yang bersalah kerana tidak jujur. Sebab dia tak kan faham apa yang pernah aku lalui.

"No relationship is worth hiding. If you have to hide your relationship to be happy... it’s not worth having"

Untuk menjadi no 2, aku mesti kuat dari segi mental. Tak boleh cemburu membabi buta. Tak boleh demand masa berjam-jam seperti couple normal used to do. Semua kena sorok. Tak boleh itu ini dan menyebabkan aku terasa macam perempuan simpanan yang haknya tidak begitu dipandang. 

Seorang pembunuh dan penzina juga mempunyai hak di mata Allah,siapakah kita sehingga terlalu taksub menilai keburukan orang lain? Hakikatnya kita juga selemah-lemah hamba Allah juga  
Aku pantang bila lelaki mengungkit. Sangat pantang. Ego menyebabkan aku nekad untuk melepaskan rasa sayang terhadap individu tersebut.

I'm free now.

Before I ended my writing... Jealousy and insecurities destroy relationships... before they even begin.

Aku simpan tweet menghina lagi mengaibkan itu sebagai wallpaper. Comelkan? Hari-hari aku akan baca dan terus membenci kau.

Buat dia yang dah sangat jauh dari aku sekarang ini, memang aku sedang mencuba untuk tidak berdendam dan membenci kamu. Enam bulan bersih tiada sebarang perhubungan dari kamu. Bersih. Harap-harap takdir juga tak kan begitu kejam untuk menemukan kita semula.

Kalau aku nak bahagia, aku kena korban banyak perkara yang menggembirakan aku. Tapi kalau sebab nak tunduk pada seorang manusia yang bersifat mendominasi tanpa cuba untuk menyelami dan memahami perasaan aku, aku rela hidup dalam bahana.

   

Khamis, 15 Mac 2012

Hi, I am 30' and a LOSER (am I??)

Sometimes, the people we've know for a short amount of time have a bigger impact on us than those we've known forever.

sumber

"Who are you actually?".  Owh, thanx for questioning. I have no idea, I can't explain myself either. Who am I actually?

Kalau aku tanya 30 orang manusia, aku bakal mendapat 30 jawapan yang berlainan. Sebab persepsi orang berbeza.

Hidup dalam penilaian dan persepsi negatif orang tak kan membantu seseorang itu berasa aman, tenang dan positif.
Hidup mengharapkan kebahagian datang dari perkongsian emosi juga tidak membantu anda untuk berasa bahagia, kerana manusia-manusiabertopeng ini kebiasaannya akan mengambil kesempatan untuk menunjukkan  kasih sayang palsu mereka bagi mencapai kehendak nafsu mereka. Mereka jarang sekali respect dengan pandangan, pengalaman kita. Life is like that. I was once told, if you can't love, respect  yourself, no one else will be. If you offer yourself cheap, then you'll be cheapskate lah. Haha #aptb

Aku dah bosan untuk berdepan dengan situasi-situasi menduga-citakan (dukacita) ini. I admit my mistake. And keep repeating those mistakes again and again is my nature. My foolishness la tu. Sometime I love to chase after jerks and end up heartbroken. Normal. Jerks kan tempting more than normal guys?

Lantaklah dengan orang nak kata aku skandal merata. Aku saja yang tahu sejauh mana perhubungan aku dengan orang disekeliling. Tak percaya? Goyang? Apa, ingat lagu Goyang Bali ke? Tuduh lah puas-puas jangan sampai badi tu kena pada keturunan korang-korang semua yang selalu nak meng-kata aku ni. Pergilah cari ustazah yang ber-stokin dan berpurdah itu. Selamat dunia akhirat. Confirm jadi ahli syurga.

Why are some people love to give me negative force? I'm already in negative-and-victim-mode. This is not encouraging me at all.

Sedih?
Dah muak untuk rasa sedih. Hidup ni kejam. Yang kuat saja survive, kalau tidak sila pergi bunuh diri. Kalau nangis dah rugi air mata. Cukuplah dengan kerugian semulajadi ni - setiap bulan telur aku tak pakai, buang macam gitu saja. Makin meningkat umur makin kurang kualiti telur tu nanti.

If you don't have any intention for serious relationship, don't try to interfere with my life. Don't ever mess with my heart. There's a quote that I would like to share, 
I’m a girl. I overreact. I underestimate. I overestimate. I over think everything. I dream big. And when I say I love you, I’m not lying.
Please, don't waste our time. Don't let me overdoing hopping for miracles. 

Lesson to be learned??

  1. Sometimes keeping the friends & relatives out of your relationship is the only way to achieve the trust, love & happiness you each deserve. 
  2. The most important ingredient we can put into any relationship is "Trust" because without it you have a recipe for failure. FAILURE.

Penat lah wei... PENAT!!!

Khamis, 9 Februari 2012

Sendu di hati tak siapa yang tahu

Sedih lagi.
Aku mudah kalah dengan hal berkaitan emosi. Sangat kalah.
Nora dah balik ke KL. Dah tak ada kawan nak disakat. Kesian pada dia, kesian juga pada aku.


Kerapkali aku bertanya, kenapa laluan hidup aku tak semudah orang lain? Kenapa aku tak setabah Nora? Rupanya sakit memendam rasa lebih teruk. Kritikal. Dipalsukan kegembiraan, dibuat-buat keceriaan itu. Tipu manusia lain.

Tapi aku tak mampu menyorok rasa. Seperti dia.


Isnin, 4 April 2011

Jiwa kacau tak sudah-sudah

Demmit! Dah tua bangka macam ni masih ada masalah emosi. Bila nak berakhir rasa apa yang aku rasa ni. Korang tak kan faham, sebab bukan korang dalam kasut aku sekarang...

Camna yeh? Asyik mengeluh je pun apa dapat? Dapat dosa lagi ada sebab tak redha. I got this weird feeling, on and off. Pening. Bila la kesudahan masalah sakit jiwa aku ni?

Bukan nak cakap besar, ada je orang yang nak kan aku... tapi aku yang tak nak diorang. Aku lebih tertarik mengejar orang yang tak nak kan aku. Memang sah la jiwa kacau.

Cinta tak boleh dipaksa. Walaupun ada yang berpendapat cinta itu boleh develop satu hari nanti. Ye ke boleh develop? In my kes TAK BOLEH!

Apa yang patut aku buat sekarang? Pretending happy sedangkan tidak??

What should i do?? HELP~~~!

And now thing a bit complicated when i'm in love with complicated man. Gosh... Sakit jiwa... Hahaha baru in love belum berpeluang in relationship pun.

Ok lah, mind my craziness tonite. Mood swing sebentar. Esok lusa I ok semula. :)


Setakat ini dahulu,

 

Ahad, 29 Ogos 2010

Jangan Memilih Aku

Malam ini mungkin PMS menyerang. Aku dalam emosi tak stabil. Perhaps song can tell you.





...Jangan memilih aku
bila kau tak sanggup setia
Kau tak mengerti aku
diriku yang pernah terluka...


Dear, agak kecewa kita split up macam ni. Its my fault. Inilah akibat cuba bercinta dengan budak bawah umur. Aku benci!!!!

 

Isnin, 16 Ogos 2010

Sampai bila agaknya??

Sampai bila aku nak jadi Syima yang Emosional?? Syima yang tak stabil moodnya? Syima yang selalu memberontak??

Sampai bila?

At this age, tipu la kalau mak ayah aku tak risau kenapa aku tak kawin-kawin lagi. Aku pun risau. Tapi dosa ke hidup sebagai ANDARTU? Jodoh belum sampai kan?

Tapi mulut orang, tambah-tambah yang jenis kawin muda tak puas enjoy ( aku tak cakap semua lah), mula lah meng-kata aku tak laku sebab aku perempuan liar, tukar jantan macam tukar baju, mulut laser tak ada siapa nak...

Eh?! Kalau tuhan kata Kun Fa Ya Kun, pelacur pun boleh end up marrying Ustaz. Kita mana tau? Geram ni, geram...... grrrr!! Janganlah cepat jatuh hukum. Kalau rezeki kau pada anak-anak, mungkin rezeki aku yang belum kawin ni lagi syok. Who knows??

Mak pun mencari ikhtiar. Bukan kata nak percaya pada orang berubat ni, tapi sekadar ikhtiar. Tanya punya tanya orang tu cakap aku kena buat dengan orang. Heh?? Apalah dendam orang tu sampai nak naya aku supaya tak kawin?? Tak mahu percaya tapi dah dua orang pengamal perubatan cakap benda yang sama. 4 tahun lama tu.... haih~

Dan mereka berkata, my current relationship won't work. Sedih tau bila kita cuba pertahankan selama 3 tahun tapi tak berhasil apa-apa. Nak nangis.Tapi tak ada kuasa yang boleh mengatasi kuasa ALLAH S.W.T

Sampai bila agaknya??


Setakat ini dahulu,

 

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...