Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label kerja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kerja. Papar semua catatan

Isnin, 20 April 2015

Orang baru di Kay Ell

Masa muda² dulu selalu berangan nak jadi wanita berkarier di KL. Macam meletops sangat kalau dapat kerja di KL.

Nampaknya tuhan dah makbulkan. Tapi sekarang aku pula rasa berat nak masuk KL. Eventhough ofis aku tu tak terlalu KL, tapi nak meredah ke sana tu memang satu seksaan untuk pengguna kereta manual.



Tak tahan dengan jam, dengan jauhnya, dengan minyaknya, dengan parkingnya. Uwaaa! Nak nangis. Gaji masuk tak seberapapun tapi keluarnya.... masyaallah, laju! Tadi parking hampir 4jam pun dah RM11.

Mak teman. Mengalahkan budak register darjah satu. Hehe

Breakfast di level 23, cafe utk hotel's workers. Dengan kawan² yg diarahkan bertukar.

Pagi, biarpun keluar dari rumah jam 6.45am, masih perlu menempuh jam. Ingatkan dah awal dah.





Dapat tangguh 2 minggu untuk selesaikan tugas apa yang patut. Mei akan menyaksikan samada aku berjaya meneruskan kehidupan atau tersungkur.

Ya Allah! Syukur kepada mu kerana diberikan peluang untuk merasai semua ini. Alhamdullilah!

Isnin, 23 Februari 2015

Alhamdullilah... akhirnya!

 
 
Berdebar-debar tunggu tarikh 18 Februari 2015. Nak berharap tapi tak nak berharap. Macamana tu? Berharap lebih kang dia punya frust macam apatah nanti. Kalau tak berharap, macam tipu diri sendiri.
Pagi tu dah bangun timing macam biasa, lepas solat subuh relax buka page. Asyik harap maaf... harap maaf... sampai lambat thumbprint hari tu. Hahaha.
 
So kerja- rutin macam biasa, ikut member breakfast pun sembang dah tak fokus, semua ralit dengan handphone nak check status interview. Aku kerja luar pejabat hari tu, sampai ke tengahari macam-macam hipotesis kawan-kawan, kalau maklumat dalam system SPA tak update maknanya tak dapat la tu, kalau ada kolum kuning tu maknanya 50-50. Haih... macam-macam dengar.
 
Tengok pula whatsapp ada kawan-kawan yang dah dapat jawapan. Kita masih terkial-kial tak boleh buka webpage. Dah memang pasrah, call Isdin cakap lepas ni tak nak pergi interview lagi. Sodeh bonar masa tu. Sekali member satu team boleh access website. Semua jawapan mendukacitakan. Kita pun dah tak berharaplah, sekali masa dia tolong check untuk aku...
 
 
Jawapan yang tidak disangka! Aku lulus temuduga. ALHAMDULLILAH YA ALLAH!
 
Setelah hampir 9tahun berkhidmat, baru laku sijil diplomaku.
 
Terima kasih mak, abah, suami, adik beradik yang banyak berdoa, kawan-kawan yang banyak bagi kata-kata semangat. Terima kasih.
 
Lepas ni cuak memikirkan kena posting ke mana lah lagi... huhuhu
 


Ahad, 19 Oktober 2014

Geng PUKI

Hari Ahad biasa mesti ramai yang bangun lewat, tak mandi sampai tengah hari, bangun tengok tv pun tak gosok gigi. (wah macam pantun 2 kerat pula.) Kalau aku macam tu lah, melengkar atas katil, malas serba serbi, paksa sambung tidur sampai pukul 12 tengahari.

Tapi rutin aku tiap weekend kena kerja. Tak pelah cari duit lebih. Kan?
So dalam team bertugas tadi aku seorang saja perempuan.

Dorang tengah bersembang macam-macam topik. Yang sorang ni berbunyi, "Aku kena pergi hari keluarga hari ni, orang taman yang buat. Geng-geng P.U.K.I.(dia sebut dengan cara mengeja) taman tu aktif."

Aku yang dengar ni macam... WHAT? Mencarut ni!

Lepas tu dia jawab, "betullah geng P.U.K.I...."

"PERSATUAN UNTUK KAUM IBU"

Aku rasa nak luku je kepala, sah-sah itu persatuan yang tak berdaftar dengan ROS. Itu mesti geng-geng yang suka buat mesyuarat tingkap, tak pun yang jenis buat perhimpunan 1 jam sebelum maghrib di bawah perdu pokok mangga.

Haha. Geng PUKI sangat. Pagi-pagi ajak mencarut.


Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...