Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Hari ini dalam sejarah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hari ini dalam sejarah. Papar semua catatan

Ahad, 16 Disember 2012

Gila??!

Hari ini, FREE. Tak ada deting, tak ada outing, tak ada fotografi. Boyfriends? Semua jauh, kerja. Sangat lepak di rumah. Aku seharian tak mandi tapi tetap wangi. Owh, wangi sebab tadi aku mandikan 3 ekor anak kucing aku. Kali ini aku mandikan mereka dengan air suam. Bila aku test siram dengan air paip, mereka bising, menjerit, mencakar dan melompat-lompat. Baru aku tahu kucing nak mandi pun kena ada air panas. Lepas ni cari water heater.

Sebenarnya bukan pasal kucing aku nak bercerita. Sesuatu yang menakjub dan berada diluar pengetahuan dan jangkaan aku dan aku agak terkejut.

Siang tadi, tengah bersemangat, berkobar-kobar untuk mencari business partner Sophie Paris, aku pm almost everyone dalam FB aku. Prospek la kiranya. Aku cuba nasib meng-contact ex Chenta ku. Respon yang professional. Cuma very un-sangka-rable bila dia cakap ada seorang lelaki call dia bertanya dan bercakap tentang aku.

WTH!! Aku rasa aku tahu siapa makhluk perosak itu. Tak sangka sampai tahap nak call ex-boy aku nak tanya perihal aku. Apa kes??!! Sampai ex aku cakap "saya tak suka gaduh-gaduh". Ish... siapa entah nak bergaduh pasal aku ni?? Malu i...

Memang gila lah!!

Pertama aku tak sangka makhluk perosak itu call ex aku yang jauh itu.

Kedua - aku telah meng-contact ex aku yang hampir 1.5 tahun senyap tanpa berita.



Kenapa aku buat kerja gila yeh??

 

Ahad, 2 Disember 2012

Sweet 30th birthday bash

Untuk menjiwa entry saya pada kali ini sila mainkan lagu ini sambil menari-nari okey?

Ok, 1, 2...
Dengan bangganya aku mengumumkan aku telah masuk ke alam 3 series.

Happy 30 years old Zatul aka Syimalicious
(harijadi hamba dah lepas, 25 Nov 2012 aritu)

xoxo.

Cerita 1.
YB datang malam itu kononnya nak lepak makan memandangkan keesokan harinya beliau bekerja. Sob... bekerja di hari ulangtahun  kelahiranku.

Sampai kedai makan, macam biasa kena order dinner dulu. Sementara menunggu makanan sampai, masing-masing sibuk dengan hp. Tiba-tiba YB minta excuse nak cari barang. I never suspect anything yet. Macam agak lama dia menghilangkan diri, aku dah fikir macam-macam yang tak best. "Ini mesti telefon awek dia yang lain ini..."

Dia sampai.

Tiba-tiba YB cakap sejuk. Kebetulan table kami bawah kipas dan tengah gerimis. Memang logiklah dia rasa sejuk. Aku gemuk, tak rasa. Dia suruh waitress tutup kipas. Tak lama lepas itu lampu pulak terpadam. Haaa sudah... blackout lagi. Bukan tak pernah aku makan dalam gelap.

Kalih-kalih belakang (pusing belakang) baru perasan waiter tengah bawa kek yang amat besar untuk diletakkan atas meja makan kami. Masa ni sengih tak sudah-sudah. Nak menjerit melompat pun ada. Cover line... kena sopan sikit.

YB bisik, "Potong-potong bagi orang-orang dalam kedai ini. Amek berkat." Tang situ lagi buat aku terharu dan teruja. Dia tak lupa pada mata-mata yang memandang. Tak kisahlah walaupun ada orang cakap, "KEK je??" At least YB mengaku, dia mampu yang itu sahaja. TQ sayang.

Kan saya dah bagitahu, saya sengih macam kerang busuk daaa...
Kek saya.
SC Kuala Selangor memang tak artistik. Tulisan tak berseni. Sedih.
Sweetnya awak ni YB. Memang dasar playboy. Apapun TQ again! Patutlah dok bertanya pasal Secret Recipe, ada plan lain rupanya.

****

Cerita 2.
Girl's outing!! Transform.
Janji pukul 1130pm boleh sampai. Hampeh. Polis buat roadblock di jalan nak masuk Setia Alam.
Jam
Malam yang gila sengal! Walaupun bodoh dan kelakar. 

Me with my new watch.
TQ besties!!
TQ Steph (not in any picture). TQ Lina. TQ to all that I forgot to mention their name. My family. TQ for the wish. You all are the best thing ever happened in my life. Saya sayang kamu semua.

Isnin, 13 Ogos 2012

Pengacara Imam Muda dengan Ustazah Pilihan

*Tukang ambil gambar parkinson
Lawatan yang tak disangka ke pejabat, ingatkan rombongan para Imam Muda Musim Ke 3 datang sekali, rupanya ahli keluarga ustaz sahaja.

Aku perasan aku selisih dengan seorang lelaki berjubah di toilet tadi, tak sangkalah ustaz ni sampai ke sini.

Hew... hew... hew...

Haruslah bergambar beramai-ramai. Kami kunun-kunun peserta ustazah pilihan gitu. LOL!

By the way, mereka ke sini sebab ada TTPM hearing, tak tahulah kes apa. Semoga pihak yang benar sentiasa dilindungi.


:')

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Jumaat, 16 Mac 2012

Roti Telur Cinta

Janggal tak tajuk ni? Bagi yang suka menggugel resepi mungkin tak. Tapi ini bukan resepi memasak.
Dan janggal juga perasaan aku ketika dihidangkan roti ini.

Ye, aku sedang bercakap tentang makanan.

Al-kisah, berlaku di tempat aku dan pakcik selalu minum petang. Mungkin kadar kekerapan kami berjumpa di situ menyebabkan pekerja serta tauke restoran berpendapat kami sedang into something. Macam bercinta. Konon-konon. Tak tahulah bagaimana penilaian mereka, tapi setiap kali kami sampai, mereka macam dah tahu kami nak minum apa. Tak payah order, kadang-kadang air sampai dulu.

Hebat tak?

Suatu hari tu aku macam teringin sangat nak makan roti bakar dan telur separuh masak. Maka aku pun order, dan..... sekali mamak ini propose pada kami tukar menu roti telur special. Aku membayangkan roti itu dibakar dan dipalit dengan extra majerin dan kaya kemudian 4 biji telur dipecahkan di atas roti tersebut. Nyumss sekali!


Sekali masa dia hantar makanan itu....

TaDaaaaa!


Siap ada love-love gitu. Decorate bagai. Aku jadi teruja nak ambil gambar. Tersengih-sengih. Rasa macam kena perli pun ada. Initial restoran pun ado...! Makcik amat terharu dengan sokongan mereka. Terima kasih mamak kerana menyokong cinta kami. Haha - statement??!


What is so special about this roti selain decoration? There's a melting cheese inside. Disalut dengan telur di luar. Tak terbayang aku nak terima kejutan macam ni kan? Layanan yang sangat istimewa dari mereka. Tapi haritu saja lah kot... Dua keping roti tu kenyangnya sampai ke tengah malam. Pejam mata, tak mahu kira kalori. Huhu

No wonderlah bila aku ke situ tanpa pakcik 2-3 kali sebelum ni, mereka pelik... Hish!

Kenangan sungguhkan pakcik?? Jom tutu kambing??




until then.... bye!

Khamis, 22 Julai 2010

Tragis: Aslina sebagai saksi utama

Berkurun tak update kan?

Kali ni update gila-gila laju disebabkan insiden ini. Insiden kematian. Kematian yang menyebabkan seluruh anak beranak menangis atas pemergiannya.
Menyedihkan bagi orang itu, tapi menggembirakan bagi aku. Dan Aslina. Muahahahaha!!

Jahatkan bunyi??

Jiran sebelah rumah aku ni baru beberapa bulan bela anak anjing. Ye, anak anjing. Anak anjing yang mati sebenarnya. Cara dia mati sangat tragis.

Sebelum ni anak anjing tu ditambat dengan rantai yang mencekak dilehernya. Petang tadi jiran aku ada kesedaran sivik dan bagi dia bebas bergerak. Tak sampai setengah jam, sebuah Avanza kelabu di kejiranan ini melanggar anak anjing tersebut di kepala dengan kelajuan 40km/hr. <-- mengikut keterangan saksi kejadian.

Aslina yang pada ketika itu sedang mencedok tahi di dalam litter box sangat terkejut dan tergamam dengan kejadian tersebut. Dia masuk ke rumah secara perlahan-lahan dan memberitahu kejadian itu kepada aku...

Fuh! susah betul nak mengarang dalam bahasa suratkhabar.

Jadi aku pun cepat-cepat sarung baju, membawa D90 dan berlari keluar untuk bertanya sendiri jiran aku tu. Konon-konon nak jadi paparazi. Masa tu bau darah menusuk. Tiba-tiba aku teringatkan Jacob dan Flora. Takut sangat kalau jadi apa-apa.

Tak tau apa tujuan air tu. Mungkin nak suburkan tanah.

Jiran aku masih tak dapat terima hakikat kerana melepaskan anak anjing itu dari talinya.

Crashed kat kepala. Memang mati on the spot.

Moga tenang dibawah sana. RIP.

Budak baju hijau tu tengah berdoa. 1Malaysia.


RIP puppy.


Syimalicious: Lega tak ada bunyi salakan pada pagi Ahad yang mengganggu tidur ku...Cerita dari saksi utama di sini.

Setakat ini dahulu,

 

Jumaat, 16 Oktober 2009

Bergusti dalam lumpur

Setiap Jumaat, time rehat macam ni selalunya orang (yang kerja gomen la) balik tidur ke, atau pergi cuci mata tengok kain dan macam-macam lagi.

Hari ini aku temankan my officemate pergi ambil baju tempahan dia yang jauh dalam pedalaman Tg Karang. Kiri kanan sawah terbentang. Sangat mendamaikan hati aku yang kian bercelaru.

Setelah selesai urusan pembayaran, masing-masing dah masuk kereta, kawan aku ni reverse kereta macam biasa. Aku dah terpandang kakak tukang jahit tu buat signal tangan. Aku bajet kawan aku ini nampak.

Sekali... zeeeeesssssss! Bunyi macam tayar berpusing dalam lumpur. Turun power window, sahlah tayar kiri (bahagian penumpang) dah tenggelam dalam lumpur. Kami dah panik. Kawan aku ni pun keluarlah cari kayu nak sendal pada tayar. Nak tiru dalam iklan kopi Radix yang pajero terlekat di anak sungai tu. Aku ingat sebelah je yang tenggelam, rupanya kedua-dua belah tayar tu memang dah masuk dalam lumpur.



Tak boleh juga. Aku dalam kereta take over untuk main gear kereta. Kakak tukang jahit panggil suaminya. Macam-macam usaha dah buat. Sendal kayu, korek lumpur. Semua gagal. Akhirnya aku pun turun dari kereta. Mereka ramai-ramai tolak kereta dari belakang. Push! Push! (dah rupa gaya nak beranak) Dalam cubaan tolakan ke enam baru kereta tu berjaya keluar dari lumpur.


Masa dalam usaha nak me-reverse kereta, dan mereka beramai-ramai tolak kereta dari depan, kawan aku ni kena splash lumpur habis ke baju dan tudung dia. Minta maaf la, tak sengaja. Huhuhu.

Kita kena bergambar dulu sebelum meninggalkan tempat kejadian. Sebagai kenang-kenangan.

Dah berjaya keluar dari gelanggang bergusti tu, kawan aku cakap "Kadang-kadang best juga kalau jadi macam ni."






Syimalicious: Takkan berat aku punca kereta itu terkandas?

Ahad, 6 September 2009

Kena tangkap basah di bulan Ramadhan


Semalam aku buat kerja gila, berbuka puasa di suatu tempat yang lebih dari 2 marhalah. Tapi aku tak larat nak story -mori lagi.

Malam- 12.01am

Masuk bilik, basuh kaki. Lampu bilik dah tutup. Selimut ditarik sebab kesejukan. Baca doa tidur dan terus terlelap.

Pukul 2.50am tadi aku terima panggilan, tapi dihujung sana tiada suara esakan atau tangisan. Orang tu cakap dia kena cekup. Dan dia sedang mengarah ke balai polis seterusnya ke Jab. Agama untuk ditahan sehingga ada yang menjamin dia.

"Astagfirullah!" Aku tak tau nak cakap apa. Aku kesian tapi apa kuasa aku nak lepaskan dia?

Selama aku kenal dia, aku tau dia takkan buat perkara-perkara nasty begitu. Ini mesti orang set-up. Tunggu cerita dari dia nanti.

And until now, dia masih belum dilepaskan. Orang Jab. Agama pun main tarik tali, bila orang dah ada untuk jamin, mereka pula keluar sana sini. Aduhai....







Syimalicious: Mesti hangpa ingat aku kena tangkap basah kan?

Selasa, 1 September 2009

Suka ke tak suka?

Semalam tak terasa sangat. Hari ni pun belum terasa lagi.

Tapi bila kiri kanan sibuk bercerita, tiba-tiba jadi tak suka. Benci pula rasanya.

Baca blog itu dia kata itu hadiah sempena Hari Kemerdekaan negara kita. Baca blog ini dia kata macam-macam lagi. Adoi pening!

Tapi kenapa harga minyak naik?


Why??!
Why??!
Why??!









Syimalicious: Baru sampai dari kampung semalam. Letih. Belum sampai mood nak update.

Ahad, 26 Julai 2009

Cincin disarung tanda tunangan orang

ALHAMDULLILAH, satu langkah lagi untuk ke jinjang pelamin dan memegang status isteri.

Maafkan aku kerana tidak menjemput kawan-kawan sekalian.



Orang kata kalau ada jodoh tak kemana.




Memanglah aku tak dapat jemput kamu semua sebab bukan majlis aku pun. Hahahaha. Matilah kena parang dengan tuan punya diri yang bertunang kalau aku jemput orang lain.




Tinggal aku dan beberapa kawan lagi yang sedang tercari-cari dahan untuk bergantung. Tapi perlu ke? Bukan wanita sekarang independent?? Ok, dah terkeluar tajuk.


Aku suka tengok hantaran belah perempuan. Sangat santik! Sebab pink kot, macam lembut keayuan gitu. Kalau ditakdirkan aku untuk ada majlis bertunang kelak, aku nak buat tema hitam yang jahat. Muahahaha. Tapi nanti orang kata aku buat majlis berkabung pula kan??


Siapa yang paling comel? Sila undi Comel diikuti dengan no 1, 2 atau 3 ke 034430. Kiraan 1, 2, 3 dari kiri.



Mereka tersipu-sipu malu

Ini dia tunang tersayang Cik Rieha Oren kita. TAHNIAH Cik Rieha sayang!!


Khamis, 25 Jun 2009

Minggu bernasib malang

Dalam entry lepas, aku dah bercerita betapa aku amat bernasib tidak baik. Dan aku berhajat untuk menceriakan hati aku dengan berhibur di pusat hiburan karaoke bersama rakan-rakan.

Kalau dalam entry yang sangat lepas-lepas dulu kami enjoy menyanyi sakan sangat. Sangat heaven, sangat lama menyumbang suara. Puas hati!

Aku tak ada instinct langsung perkara malang akan berlaku.

Pertama, kami sampai lewat. Pukul 10pm baru sampai destinasi.

Kedua, bilik macam p*lat. Suasana bilik merubah mood aku menjadi super p*lat juga.

Ketiga, microphone tak 'semenggah'. Sound tak clear. Dalam 3 mic, 1 saja yang sound ok.

Keempat, yang paling tak boleh diterima akal. Pusat hiburan itu sepatutnya habis dalam pukul 3am, tapi dalam pukul 1.30am tempat itu boleh BLACKOUT!


Kami berlima dalam zaman kegelapan. Nampak tak??


Pihak company minta kami bersabar kerana bekalan akan disambung semula. Bodohnya kami, tunggu punya tunggu dalam pukul 2.30am pihak company cakap bekalan elektrik tak dapat disambung.

Adeh... sia-sia saja menunggu.


Malangkan???


Selasa, 23 Jun 2009

Kisah duka tak habis lagi

Hari ni mood macam vavi. Bukan viva ye kawan-kawan. Sebut betul-betul... VAVI. Sopan sikitkan?

Purse aku hilang.

Dek kecuaian sendiri. Tak boleh nak tunding jari salahkan sesiapa. Tempat hilang tak dapat nak dipastikan sebab bila aku tersedar aku sudah sampai ke KAPAR, Klang untuk makan tengahari.
VAVI la... mula-mula tadi aku macam calm saja. Boleh relax nak telefon sana, sini untuk block bank card yang itu dan ini. Call JPN untuk tanya berapa kali aku dah hilang IC. Call bank untuk pastikan balance duit masih tidak berganjak.
Bila dia call tanya perkembangan, aku jadi sebak sebab purse tu dia yang beli. Dalam purse tu ada pula kad matrik yang dia taja yuran pengajian. Ada gambar dia dan aku di Genting (time Anugerah Era 07) bersama gambar abah.
Mujur wang tunai tak sebanyak time aku misplaced kali pertama di AU2 Keramat. Time tu ada dalam RM900+. Nak tau aku tertinggal purse di mana?
Atas bumbung kereta.
.
Pagi tadi aku saja gatal tangan susun duit dalam purse tu. Ingat-ingat lupa adalah dalam RM70+.
Aku nak nangis, tapi tak mahu keluar air mata. Aku sms adik aku,
"Purse sy tercicir. B*bi btul la!!"
Dia reply, "Hilang trus la? Awk la yg b*bi... b*bi mne de poket."

Bodoh betul.

Malam ni harus aku transfer duit dalam mana-mana akaun member untuk berkala-oke bagi tidak memikirkan perkara sedih ini. Dan yang pasti aku ialah PATI at the moment, tiada kad pengenalan diri, driving license. Esoklah buat report police.
Lagu apa yang sesuai untuk aku sekarang? PELAMIN ANGAN KU MUSNAH? KAU DIPAKSA AKU TERPAKSA?






Syimalicious: Nasib baik la t*tek memang melekat, kalau tak dah tercicir kat mana-mana dah...

Isnin, 22 Jun 2009

Mula-mula macam okay, tapi sekarang rasa nak menangis

Ada 2 berita kurang baik hari ini.

Awal-awal pagi sebelum pergi kerja tadi aku terpandang satu nota,
Akak...
Saye kuar. Gi Ipoh. Ada hal ngn kazen. Saye amik kunci umah akak punye. Jaga Jonny leklok. Kunci umah sume kat situ. (ngan kunci moto)
-as-

Aku tak expect apa-apa sebab itu hak dia kalau nak pergi mana-mana. Dalam masa tak sampai satu jam, aku terima satu sms yang ayahanda kepada housemate aku telah ke rahmatullah. Aku tak tahu hujung pangkal, apa pun mohon kamu yang membaca blog aku untuk sedekah Al-fatihah kepada Allahyarham. Aku teramat simpati pada dia kerana belum sampai setahun pemergian arwah bondanya. Apapun As, tabahkan hati...


.
.
.
.

Apa yang aku takutkan, berlaku juga. Mungkin ini perpisahan sementara atau perpisahan selamanya.



Semoga penghijrahan kamu membuahkan hasil.








Syimalicious: Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Setiap kesedihan permulaan kebahagiaan.

Jumaat, 6 Mac 2009

Am I being cursed or Chenta memang berdaulat?

Hari ini 2 hari sudah aku berada di rumah kerana aku injured. Kata MC tapi tak pergi cari MC lagi. Dan tak mandi.

Kakiku terseliuh.

Well, my instinct said my heel cracked. Probably. Don't got me wrong, bukan cracked yang kena sapu krim Scholl tu. Tapi mengaku je la memang ada rekahan di tumit ku kerana ketidakupayaan kaki ku menampung berat badan berlebihan..

Sekarang aku cuma boleh duduk, baring dan menjadi seorang separuh OKU sambil surf internet dan tengok tv. Bayangkan perjalanan dari katil ke toilet mengambil masa hampir 5minit dan berpeluh-peluh walhal tak sampai 5saat pun nak masuk ke toilet. Pergerakanku amat perlahan. Makanan pun disediakan orang. Mujur ada As, dialah jururawat sementara aku. Tapi dia tak pergi ke kelas bukan sebab aku tapi sebab cuaca mendung-mendung untuk pujuk dia stay di rumah saja.

Tapi sangat tak boleh blah kan? Perut nak makan masakan itali. Homemade spagheti versi bujang.




Baru aku sedar, betapa penting dan berharganya kakiku walaupun tak pernah buat pedicure. Sekarang aku sangat terseksa untuk bergerak!

Pingpong punca terseliuh.
Pejabat aku ada ruang sebesar sekangkang kera untuk bermain ping pong. Ini ialah antara aktiviti riadah kami sepejabat diwaktu lunch dan juga selepas pejabat, setiap hari. Itu juga adalah senaman bagi sebahagian kami disamping merapatkan ukhwah sesama kami. Sabreena dan Salina antara nama-nama yang digeruni sebagai pencabar untuk perlawanan ping pong wanita. *Sab, kembanglah lagi rahang awak tu... Siapa berani mencabar mereka?

Chenta balik dari pejabat dalam kemarahan.
Kelmarin, dek kealpaan dan keterujaan melampau aku telah meng-ignore ajakkan dia untuk pulang. Pulang kerana mahu singgah ke Tesco untuk makan yee mee sizzling di sana. Aku pula jarang mendapat peluang bermain ping pong kerana aku bukanlah pemain pilihan peringkat pejabat. Jadi dalam keadaan dia menyimpan bara kemarahan yang aku tidak sedari, dia pulang dengan perut yang lapar.
*Saudara, saudari... Tuhan amat murka sekiranya para isteri menidakkan arahan suami. Dan satu perkara lagi, untuk menjadi kesayangan suami, haruslah kita menjaga perutnya supaya tidak kelaparan.
Dan ternyata aku gagal dalam dua perkara diatas. Jadi aku cuma boleh, " MAAFKAN SAYA ABANG..."

Senja menjelma, time Syaitan sibuk mencari arah untuk menyorok kerana azan bakal berkumandang.
Kami masih sibuk bermain dan bergelak ketawa. Satu ketika di set 2 untuk memukul bola bagi mendapatkan poin, aku telah tersadung lalu menghentam ke dinding pembahagi di workstation orang. Kerana pendaratan yang tidak sempurna aku jatuh tersimpuh lalu confius samada nak ketawa untuk cover malu atau mengerang kesakitan. Akhirnya aku ketawa dan juga mengerang. Mula-mula yang lain ketawakan aku tapi sebab aku dah mengerang sakit secara serius baru diorang dekati aku.

Sakit beranak atau sakit terseliuh?




Aku dipapah balik ke rumah Tok Bomoh (Cik Salina). Disebabkan dia adalah bekas athelete sewaktu usia mudanya aku percaya dengan terapi ais minor yang dia suruh buat. Celup kaki dalam ais yang sejuk gedi. Ada sesiapa pernah layan terapi ais?



Lepas rendam kaki dalam ais, tok bomoh urut aku dengan minyak gamat (alternatif lain kerana tak ada minyak kelapa) kemudian dia balut bandage sebab nanti masuk angin katanya.

Hari ini bengkak aku tak susut juga. Dah rupa macam kena sakit untut. Chenta kata inilah sejenis sakit "minta duit". Nak pergi x-ray kena charge kan? Adeh, minggu ini ada kenduri. Minggu depan ada kenduri juga, ada kelas. Macamana nak berjalan?

Ada "sesuatu" yang bermain di aras satu.
This one is a bit spooky. Tapi berasaskan cerita pakcik guard, lately mereka sering mendengar sesuatu berjalan dan berlari-lari di level pejabat aku. Kadang-kadang bunyi sesuatu berlanggar ke pintu atau dinding. Adakah "sesuatu" yang menolak aku sehingga terseliuh sebegini? Sungguh misteri.

Wallahualam.

P/S: Aku tak tahu membuat kesimpulan. Apa kata survey?

Selasa, 13 Januari 2009

Rajin tak pasal

Sori kenkawan, aku masih bermalasan untuk meng-update cerita stim itu. Tapi jangan risau, aku akan cuba update. Aku tau kadang-kadang aku berjanji tapi sampai sudah tak update-update.

Cerita hari ini.
Aku telah berjaya membeli sebuah basikal lagi untuk housemate baru ku. Mudah untuk mereka berdua ke tempat praktikal. Basikal putih itu ialah bekas basikal-menguruskan-badan-tapi-aku-tetap-tak-kurus kepunyaan aku, yang kuning belang-belang (endangered spesis) itu kepunyaan As untuk dia berulang-alik ke stesen bas tercinta dan yang merah itu basikal baru untuk budak praktikal yang menginap di rumah aku. Mulia tak hati aku? Kan aku dah cakap, walaupun aku selalu membabikan orang, tapi aku baik. Beli basikal untuk mereka yang memerlukan dan yang penting beli basikal tak main HUTANG tau?

Ok, tetiba i felt guilty to my housemate, sebab aku dan As dah makan malam, sedangkan yang lagi dua orang itu tak makan apa-apa lagi. Langsung telah menyebabkan aku ke Tg Karang untuk membeli belah. Malangnya, aku telah tersilap buat jangkaan, mengandaikan bahawa parking kereta bawah pokok pada waktu malam burung-burung tak kan berak, sebab burung-burung itu dah tidur.

Ternyata burung-burung itu telah menggunakan teknik "airbrush" yang unik untuk menghiasi keretaku. Jadilah kereta berhias kejap. Dengan perasaan geli, bercambur rasa malu untuk pergi kerja esok hari, aku nekad untuk membasuh kereta. Pada korang mungkin nampak macam "Eh, apakah yang special sangat pasal basuh kereta tu?"

Aku tak suka basuh sendiri kereta sebab aku rasa macam tak bersih. Senang cakap, MALAS. Sepanjang tahun lepas, aku tak pernah basuh kereta sendiri. Tapi hari ini, berbekal semangat waja, aku dan pembantu sulitku (As lah...siapa lagi?) gigih membasuh kereta. Pecah rekod!!



Rajinkan? Esok kereta itu akan wangi kerana menggunakan Sunsilk - Damage repair shampoo, tapi nak repair damage apa? Hiks!

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...