Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Lawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lawak. Papar semua catatan

Jumaat, 5 Ogos 2011

Jasadnya Tidak Diterima Bumi

"Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973.

Ianya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman.

Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut. Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kampung tersebut. Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya.

Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu adalah Salleh pencerita kisah ini. Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini.

Salleh cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin. Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut.Salleh cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lunag tersebut, Saleh dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.

Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah. Tiba-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri.

Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya. Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Omar. Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.

Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.

Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu. Selepas makan malam, Salleh terus masuk tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak matanya berasa amat berat sekali.

Salleh cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya. Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.

Apabila Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Omar. Dia memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap. Pagi besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh salled bersiap2 utk pergi menziarahi kubur Omar. Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi. Sesampainya di tanah perkuburan Salleh melihat orang sedang menggali kubur.

Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Salleh berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya.
Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang berat dari lubang tersebut.

Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut,
Mereka semua terpegun melihat......
 


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
UBI KAYU 
yang sangat besar. 


Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian bebas tol :
1-800-88-88-88

Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus

Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan. UBI...... UBI... SAPER NAK BELI 
UBIIIII.. hehehehehe kekeke.. sapa kena... jangan marah... :-)




*entry ini dicilok dan di kopipes dari email-email berantai. Empunya entry ini, ai minta kopipes ye?





Khamis, 2 April 2009

Kau bilang aku baik-baik ya??!

Hari ini hari kedua aku masuk kerja setelah sebulan lamanya pergi bercuti.
lalala~

Sejak sms itu hari, ada makhluk yang tak mahu bercakap dengan aku dan aku sangat SUKA HATI! Nak tengok sampai bila...

Hari Selasa lepas Kuala Selangor dilanda thunder storm yang menakutkan. Pejabat disambar kilat dan terus blackout. Ditakdirkan desktop aku dan seorang rakan meletop dalam kejadian tersebut.

Aku tak dapat teruskan kerja sebab ketiadaan PC. Jadi aku berfoya-foya dalam pejabat, dan lepak di tempat Min_ena.

Sekejap tadi kontraktor elektrik datang untuk betulkan bekalan elektrik. Setelah dibaiki maka banyak ramailah meng-on PC masing-masing dan PC aku masih tak boleh guna. Dan dalam keadaan begini beberapa PC dan printer akan terubah setting dengan sendirinya.

****

Adegan 1

Kawan: Syima! Tolong tengokkan printer. Tak boleh print. Meletup dah kot.

Aku: (malasnya...) Aku tak boleh jalan. Kaki sakit.

Maka kawan aku itu menolak aku yang sedia duduk atas kerusi yang beroda.

Aku periksa printer, macam tak ada connection dengan elektrik. Aku tarik cabel power supply...

.
.
.
.

then aku tengok power plug tak cucuk di soket itu.

Kalau ini terjadi pada anda, apa tindakan wajar yang patut diambil?



Adegan 2

Kawan: Wei, kenapa printer tak boleh print out ni?

Aku: (malas lagi...) Aku rasa setting dialah. Tunggu Sandra datang check ok?

Kawan: Ko lah ni pandai-pandai ubah setting.

Aku: Apa pula aku, ko ingat duduk di PC min_ena ni boleh adjust setting PC lain ke?

Kawan: Ko kan "hooker". Mesti lah tau punya?!

Aku: Apa dia? "Hooker"?

Kawan: "Hooker" - kan ko pandai menceroboh pc orang?

Aku: Wei bukan hooker la bodoh, hacker!! Hooker tu pelacur, bengong!

Jadi sekarang kamu nak marah ke gelak?

Itulah kawan aku dari pantai timur. Hacker jadi hooker. Mula-mula nak cepuk saja pasal panggil aku dengan perkataan macam itu, tapi mungkin dia tersilap sebut. Abaikan.




Syimalicious: Susah juga orang yang tak ada cert dalam IT, buat kerja IT. Lainkali sebut betul-betul ok? H.A.C.K.E.R.

Ahad, 14 Disember 2008

Lawak bengong di pagi Ahad

Sumber dari email lagi.

Aku godek-godek, mendelete email-email yang tak patut then i found this hillarious forwarded email. It seem (by reading the disclaimer of the email) forwarded by Ranhill's staff.

Baca yek?

Beberapa hari yang lalu, saya sedang menunggu kereta saya untuk disiapkan di workshop berdekatan, ade seorang gadis singgah dan bertanyakan satu benda yang disebut tujuh-ratus-sepuloh (710). Kami berpandangan sesama sendiri, dan seorang pelanggan bertanyakan,

"Apa benda tujuh-ratus-sepuloh tu?"

Gadis itu menjawab,

"Awak tahu kan ,benda kecik kat tengah enjin, saya dah hilangkannye dan nak yang baru"

Gadis itu cakap dia tidak berapa tahu benda itu, tapi benda itu ada di situ setiap masa.

Mekanik kami memberikan dia kertas dan pen dan meminta gadis tersebut melakarkan bagaimana rupa benda itu. Gadis itu melukis satu bulatan dan di tengahnya bertulis 710. Mekanik kami masih ragu-ragu. Dia kemudiannya membawa gadis tersebut ke kereta lain yang 'hood'nya memang terbuka ke atas, dan terpampanglah bahagian enjin kereta itu yang masih belum siap diservis. Dia bertanyakan pada gadis itu,

"benda 710 tu ade kat kereta ni ker?"

Gadis itu menuding dan berkata,

"mestilah ader, tur haa bendanyer...."
.
.
.
.
Sila tgk gambar...
.
.
.
.
Matilah kena gelak. Inilah punca kaum lelaki cakap perempuan ni cuma tau pakai kereta je. Tapi nama sebarang part dalam enjin tak tau. Payah macam ni...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...