Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Kemalangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kemalangan. Papar semua catatan

Ahad, 5 April 2015

Salam Takziah keluarga Tan Sri JJ

Innalillahiwainnailaihirojiun.

Satu lagi berita kemalangan dan kematian.


Aku ucapkan TAKZIAH buat keluarga Allahyarham Tan Sri Dato Sri Jamaludin Jarjis serta 5 yang lain di atas pemergian mengejut akibat nahas helikopter di Semenyih petang semalam.

Senarai Mangsa Yang Terkorban Nahas :
1. Chris - Pilot
2. Eidiana - co pilot
3. Tan Sri Dato' Sri Jamaluddin Jarjis
4. Dato Seri Azlin - Ketua SUS YAB PM
5. Dato Tan 
6. Razkan - BG Tan Sri JJ (PDRM)

Helikopter itu membawa enam orang termasuk juruterbang dan pembantunya apabila  terhempas kira-kira jam 4.55 petang.

Empat lagi adalah juruterbang dikenali Cliff Fournier, pembantunya Eidiana, Datuk Robert Tan dan seorang pengawal peribadi kepada Jamaluddin.

Beliau berkata sebanyak tiga pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Kajang, Bangi dan Semenyih diarah ke lokasi kejadian.

Helikopter itu dikatakan jenis AS365 milik Solitaire Air Services dipercayai dalam penerbangan dari Senai ke Subang apabila kemalangan berlaku.

Sebelum itu, mereka dari Pekan kerana menghadiri majlis perkahwinan anak Perdana Menteri.

Cuaca ketika kejadian dilaporkan hujan serta angin kencang dan ada laporan mengatakan saksi melihat pesawat itu meletup di udara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Isteri Datin Seri Rosmah Mansor mendengar laporan siasatan daripada pihak-pihak berkenaan mengenai kemalangan helikopter yang melibatkan Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Dato Azlin Alias, serta 4 mangsa-mangsa lain.





credit to MMI

Khamis, 22 Julai 2010

Tragis: Aslina sebagai saksi utama

Berkurun tak update kan?

Kali ni update gila-gila laju disebabkan insiden ini. Insiden kematian. Kematian yang menyebabkan seluruh anak beranak menangis atas pemergiannya.
Menyedihkan bagi orang itu, tapi menggembirakan bagi aku. Dan Aslina. Muahahahaha!!

Jahatkan bunyi??

Jiran sebelah rumah aku ni baru beberapa bulan bela anak anjing. Ye, anak anjing. Anak anjing yang mati sebenarnya. Cara dia mati sangat tragis.

Sebelum ni anak anjing tu ditambat dengan rantai yang mencekak dilehernya. Petang tadi jiran aku ada kesedaran sivik dan bagi dia bebas bergerak. Tak sampai setengah jam, sebuah Avanza kelabu di kejiranan ini melanggar anak anjing tersebut di kepala dengan kelajuan 40km/hr. <-- mengikut keterangan saksi kejadian.

Aslina yang pada ketika itu sedang mencedok tahi di dalam litter box sangat terkejut dan tergamam dengan kejadian tersebut. Dia masuk ke rumah secara perlahan-lahan dan memberitahu kejadian itu kepada aku...

Fuh! susah betul nak mengarang dalam bahasa suratkhabar.

Jadi aku pun cepat-cepat sarung baju, membawa D90 dan berlari keluar untuk bertanya sendiri jiran aku tu. Konon-konon nak jadi paparazi. Masa tu bau darah menusuk. Tiba-tiba aku teringatkan Jacob dan Flora. Takut sangat kalau jadi apa-apa.

Tak tau apa tujuan air tu. Mungkin nak suburkan tanah.

Jiran aku masih tak dapat terima hakikat kerana melepaskan anak anjing itu dari talinya.

Crashed kat kepala. Memang mati on the spot.

Moga tenang dibawah sana. RIP.

Budak baju hijau tu tengah berdoa. 1Malaysia.


RIP puppy.


Syimalicious: Lega tak ada bunyi salakan pada pagi Ahad yang mengganggu tidur ku...Cerita dari saksi utama di sini.

Setakat ini dahulu,

 

Rabu, 12 November 2008

Bahana sakit gigi

Member aku cakap sakit gigi memang perkara yang menderitakan. Dan aku fikir selama ini aku menjaga gigi aku dengan baik. Tapi aku silap.

Korang tau apa terjadi pada aku baru-baru ini??

AKU EKSIDEN!!!

Kejadian berlaku pada lebih kurang tengahari di depan bangunan Majlis Daerah Kuala Selangor. Konon-konon nak ambil shortcut sebab nak ke klinik gigi, tak tahu nak jadi macam ni. Memang aku tak sedar macamana aku boleh hit kereta itu. Aku berlanggar dengan kereta Iswara Sedan. Korang kena tau Iswara ialah sebuah kereta kebal buatan Proton. Kebal ke?? Aku saja reka nama baru.

Dekat T-junction tu, masa aku nak masuk selekoh kiri, fikiran melayang entah ke mana, tetiba je kereta aku terangkat. Terus berdesup jantung aku. I'm crashing the car! Mungkin tak teruk pada pandangan korang, tapi teruk poket aku sebab spare part Savvy mahal. Padan muka, siapa suruh beli Savvy kan?

Ya, aku mengaku aku salah.






Keadaan kereta aku.







Keadaan kereta mangsa.


Masa tu aku dah pun call BFF (wajiblah aku call hero aku dulu), sudahnya dua team turun. Terima kasih semua. Kawan-kawan aku yang slow talk dengan mangsa pelanggaran, dan dipersetujui RM300 aku kena bayar. Aku beranggapan untuk bayar secara installment. Kenalah sedar diri, duit bukannya adakan?






Aku paling tak boleh blah bila callman ramai-ramai kat tempat kejadian. Kecoh je wei! Ada mamat India ni bawa Satria huru-hara, dengan tangan pegang walkie talkie, turun daripada kereta "Dik, nak repair kereta ni mahal tau?" Eii... rimas aku, macam lah aku bodohkan? Takkan kerosakkan macam ni nak claim insurans?? Bangang!!

Setelah semua setel, kitorang pun bersurai. Korang nak tau? BFF dah bayarkan RM300 itu!!! Sayang gile dengan dia!

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...