Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label kena tipu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kena tipu. Papar semua catatan

Isnin, 28 April 2014

Pengalaman membeli dengan LAZADA dan MOREDEAL

Hi korang.
Berapa ramai yang tak tahu dengan online shopping. Kemon lah, kalau tak pernah beli online tu mesti outdated sesangat. Haha suka hati aku je nak kondem orang.

Sebelum ni aku biasa dengan Groupon je. Mula-mula barang yang aku purchased dulu ialah kamera compact. RM299. Serious masa itu aku gamble. Kalau kena tipu, memang telan air liur je lah. Dalam masa 3 hari lepas aku klik "buy", kamera tu terus sampai ke workstation tempat kerja aku. Semenjak itu aku aktif dengan membeli dan membeli voucher Groupon. Patut Groupon buat anugerah pembeli tegar untuk orang macam aku.

*****

Last 3 weeks, aku saja try Lazada. Benda aku beli robot vacuum paling cikai, lebih kurang RM300. Yang itu aku terus pos ke JB, umah parent. Lusanya terus sampai. Dahsyat. Terus aku mempercayai Lazada.

Tapi...

2 minggu lepas aku beli jam basahan tujoh puloh hengget. Patutnya 2-3 working days dah sampai la barangnya. Tapi seminggu sudah berlalu, aku pun macam dah panas hati la, jam tujoh puloh hengget tak sampai-sampai lagi. Lalu aku pun mendail no customer service support Lazada. Nasib baik suara En. Mior customer service tu jawab baik-baik saja. Dan memohon maaf kerana kelewatan untuk delivery tu.

Permasalahan sekarang kenapa Lazada tak inform kat email yang dorang ada masalah dekat warehouse tu? Email je la say sorry sebab tak dapat delivery on time. Nak buat surprise pun tak menjadi disebabkan tragedi begini.

Itu cerita Lazada. Sekarang nak cerita pasal MOREDEAL.

Dekat website Moredeal banyak offer yang tempting. Sampai barang untuk binatang peliharaan pun dijual. Ceritanya aku cardigan je. RM28 je pun. Aku beli sekali dalam hari yang sama masa aku purchase jam kat Lazada. Yang ini lagi berbulu, setiap kali call customer support asyik tak berjawab memanjang. Aku tak tahu status cardigan itu macamana.

Hari ni Isnin yang blues. Jiwa kacau sikit dengan hal-hal di sekeliling. Jadi bila shopping penghibur hati pun macam ni gaya, aku boleh bertukar menjadi raksasa gorgon. Aku meluat dengan Moredeal.

Update:
Aku dah dapat bercakap dengan customer service representative Moredeal. Aku tak baca tnc dorang betul-betul.
  • Customer will expect to receive the goods within 30 working days after deal ends unless there is a problem where we will notify via email.
  • Should stock run out, restocking will take up to 21 working days.
Cis! Akhir bulan 5 baru receive barang tu.

Sabtu, 22 Oktober 2011

Pengguna kita ditipu RM1juta oleh mudah.my

Beli: Kes tipu melalui Internet meningkat

KUALA LUMPUR 21 Okt. - Sebanyak 1,241 kertas siasatan berhubung kes penipuan pembelian barangan melalui Internet telah dibuka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini, membabitkan kerugian hampir RM3 juta.

Daripada jumlah itu, penipuan membabitkan laman web mudah.my paling tinggi dilaporkan iaitu 872 kes dengan kerugian mencecah RM1,354,120.12.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf memberitahu, modus operandi sindiket penipuan itu ialah suspek akan mengiklankan barangan dalam laman web dengan menawarkan harga rendah untuk menarik minat pembeli.

"Mangsa dan suspek hanya akan berurusan melalui telefon ataupun emel. Mangsa menyedari tertipu apabila tidak menerima barangan walaupun pembayaran telah dibuat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Ramli, sejak Januari hingga September tahun ini, sebanyak 1,241 kertas siasatan telah dibuka bagi kes penipuan pembelian melalui Internet membabitkan kerugian RM2,969,420.34.

Beliau berkata, jumlah tersebut didapati meningkat berbanding 1,114 kes dilaporkan dalam tempoh yang sama pada tahun lalu, walaupun jumlah kerugian menurun berbanding RM3,124,836.72.

Katanya, jumlah kes yang disiasat bagi tempoh dua tahun ini adalah meningkat lebih 50 peratus berbanding hanya 551 kes dengan kerugian sebanyak RM786,029.89 dicatatkan dalam tempoh sama pada 2009.

"Sehubungan itu, pihak polis ingin menasihatkan orang ramai agar berwaspada dalam membuat transaksi ke atas pembelian barangan melalui Internet terutama bagi laman web mudah.my yang mencatatkan jumlah kes tertinggi berbanding lain-lain laman web.

"Sejak Januari hingga September lalu sahaja, sebanyak 872 kertas siasatan dibuka untuk menyiasat penipuan pembelian barangan melalui mudah.my dengan kerugian berjumlah RM1,354,120.12," ujarnya.
Menurut Ramli, jumlah kes penipuan membabitkan mudah.my didapati meningkat setiap tahun dengan 739 kes membabitkan RM1,216,506.64 kerugian dicatatkan dalam tempoh sama pada tahun lalu dan 458 kes dengan RM616,522.89 kerugian pada 2009.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan urus niaga melalui Internet kerana sifat tersebut adalah faktor utama mangsa-mangsa ditipu.

"Orang ramai yang menggunakan kemudahan pembelian barangan melalui Internet perlu membaca langkah-langkah keselamatan terdapat dalam laman web tersebut, memastikan membeli daripada pengiklan berdaftar atau berjumpa dengan pengiklan bagi proses pembelian.

"Sekiranya masih ragu-ragu, orang ramai boleh membuat semakan di pejabat Urus Setia Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) di talian 03-26163972 (waktu pejabat) atau Bilik Gerakan JSJK (03-26163999) selepas waktu pejabat," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1022&sec=Jenayah&pg=je_01.htm#ixzz2XmeHhJpY 
© Utusan Melayu (M) Bhd


 

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...