Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label kulit muka kering. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kulit muka kering. Papar semua catatan

Khamis, 10 Julai 2014

Sensitif | Sakit macam-macam

Isnin lepas aku ponteng kerja. Badan terasa berat sangat nak bangun. Sakit tekak, selsema, sengal badan. Memang tanda-tanda macam orang nak demam. Tambahan masa tu tengah redzone. Mujur tak berlaku cramp perut atau senggugut. Ada perubahan baik lah semenjak consume GLA Shaklee dari tahun lepas.

Nak bergerak sendiri macam malas, nak tunggu juga Isdin. Tapi sampai ke malam tak balik juga kerja. Aku gerak sendiri ke klinik panel. Gitu. Sejak kahwin ni suka betul pergi klinik panel, tak yah bayar. So the first thing masa masuk ke bilik rawatan doktor tanya sakit apa. Belum sempat aku nak cakap aku sakit dada, tekak dan selsema tu dia kata muka aku kering teruk. He went through my report, dia tanya cream yang aku kena apply sebelum ni tak jadi apa-apa ke? Treat paling mahal, sebotol ada 30biji capsul yang berharga sekitar RM400. Bukan tak jadi, cuma kurang efektif. Cecair dalam capsule tu cuma melembapkan dalam beberapa jam sebelum kulit kering ni terhasil kembali. Tak kan nak terus bergantung pada ubat itu? Doktor suggest refer pakar dermatologist. Ini surat reference ke dua yang sebelum tu aku abaikan.

Back to tujuan asal, aku nak ambil ubat selsema dan sakit tekak. Doktor minta aku ke bilik rawatan sebelah untuk pakai lampu. Lampu apa pun tak tau. Assistant doktor minta buka tudung sikit dan unbutton beberapa butang baju supaya sinar cahaya itu menembusi dada. Treatment tu cuma dalam 5minit, dan aku rasa selsema aku agak berkurang sumbatnya. 
Lampu ultraman menyala di dada. Tanda-tanda tidak sihat
Mesin sinar UV la kot namanya
Selesai treatment aku tunggu ubat dan surat susulan ke pakar dari klinik tu. Lepas ni nak kena cari pakai kulit untuk set appointment. Pakar kulit mana okay? KPJ? Seri Kota??

Khamis, 6 Jun 2013

Oh muka ku!

Haish.. muka aku ni sensitip betul. Pantang gatal, kalau bergaru ni lah akibatnya. Bengkak lagi. Adik sedara mengajak pergi kelas mekap Sophie Paris lusa nanti. Nak pergi tapi muka macam ni macamana nak mekap? Nampak tak macam naik rashes merah-merah tu. Jumpa doktor pun dia kasi ubat tahan gatal dengan ubat sapu. 


***

Aku pergi juga kelas mekap tu. Ni kami, dengan wajah tanpa sebarang calitan mekap pun. Gila nampak gelap betul muka. Time muka bisa-bisa hari tu aku just pakai minyak baby oil, kadang-kadang cuba pakai vaseline. 



Hasil mekap. Kata baru belajar. Ni pakai liquid foundation, di ajar campur-campur. Mungkin aku terambil warna gelap lebih dari yang warna cerah, jadi la base gelap begini. Dengan pipi aku macam terlebih yis. Rasa nak tampar-tampar.



Zoom dekat sikit. Ada crack dan kesan kulit kering pada dagu. Hujung bibir pun dah kedut seribu. Buat rentung je ni. Sedih betul muka jadi macam ni.

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...