Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Celebration. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Celebration. Papar semua catatan

Khamis, 1 Januari 2009

2009 : Anda raikan?

Menjelang malam tahun baru, sms masuk bertubi-tubi.
Tapi aku tetap tak suka buat senaman tekan tubi.


SMS yang tanya,
"Babe, countdown kat mana?"
"Ko nak join partay x?"
"U celebrate dengan siapa tonite?"
dan lain-lain lagi.

SEMAK tau tak?? Tahun ini aku tak ada mood.

Ye aku mungkin jahil, apakah wajib untuk kita meraikan tahun baru secara besar-besaran? Nak tengok percikan bunga api? Sekali sekala tak pe lah. Kenapa time Awal Muharam hari tu, tak de siapa nak tanya aku countdown dekat mana? Aku jamin berapa sangatlah umat yang baca doa Awal dan Akhir Tahun.

Azam. Bukan En Azam. Bercakap tentang azam, setiap tahun kita renew azam. Terlaksanakah? Kalau tak, kenapa nak beria-beria celebrate? Aku pun tak tau kenapa aku emo sangat. Keji shial. Aku cemburu sebab tak boleh celebrate? Itulah... ada masa kita di atas, ada masa kita jatuh tergolek.

Aku tak celebrate tahun ini sebab jarak masa Tahun Islam cuma selang 2 hari. Terkinja sana sini, kan tak elok. Lagipun azam aku yang lepas-lepas belum terlaksana, maka kena carryforward tahun 2009.

Anyway,
Happy New Year 2009
dan
Salam Maal Hijrah 1430
fellows!

Jumaat, 26 September 2008

Balik kampung


Yeay!!!

Aku nak balik kampung dah. Aku dah start bersiul-siul lagu Balik Kampung nyanyian arwah Sudirman tu. Jom nyanyi!!

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

Kalau tak ada aral melintang pada petang ini juga aku balik. Ataupun esok pagi setelah memastikan keadaan rumah dalam keadaan baik dan selamat untuk ditinggalkan.
Perjalanan mengambil masa 3.5 jam sejauh lebih kurang 380km untuk sampai ke Skudai. Aku akan kembali ke Kuala Selangor pada 7hb Oktober 2008. Doakan aku selamat pergi dan selamat pulang.

Bye semua!! Semoga Syawal ini mendatangkan rasa gembira dan kesyukuran ke hadrat Illahi. Allahuakbar!!

Rabu, 10 September 2008

Happy Birthday Dear!!




Cuba teka birthday siapa yang aku nak celebrate sangat ni??

Cepatlah teka....!!



5...
4...
3...
2...
1...
Korang kena teka ok?



Hari ini aku tak sempat nak update apa-apa cerita sebab dari pagi dah hectic semacam. Banyak sangat kerjanya sampai macam-macam jadi.

Cerita aku semalam tentang pakcik tu, tak sangka hari ini dia terus berdesup datang ke pejabat. Nampak sangat aku garang bercakap dalam telefon. Tapi aku suka fast-response yang diberi oleh pakcik tersebut. Kalau sempat aku bercerita lagi tentang pakcik itu.

Macam tak sempat nak update cerita lama-lama. Ni pun baru sampai rumah, nak siap-siap mandi untuk pergi berbuka.... dan sambut hari tua seseorang!!

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...