Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Sudut Kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sudut Kesihatan. Papar semua catatan

Isnin, 30 April 2012

Aku dan Tekanan Darah Rendah (Hipotensi)

Dah banyak penyakit aku rupanya. Makin meningkat usia, makin menjadi-jadi. Baru nak masuk 30 tahun. Sempat ke nak merasa duit pencen nanti.

Wooo wooo wooo merintih. Tak habis-habis merintih.

Hari ini aku tak kerja. Mood ke laut. Monday blues. Maklumlah letih travel sampai ke Kota Bharu kononnya. Sampai rumah 5am tadi. Jadi nak save cuti aku cari MC. Lagipun memang tak sedap badan. Semalam pun muntah-muntah. Berak tak lawas. Macam-macam hal.

Sepagian tidur. Tengahari baru bangun. Petang, masuk jumpa doktor. Doktor tak hensem kali ni. Pffft! Sebabkan tadi menangis beria dalam kereta (emosi kucar kacir lagi), hidung aku tertutup injap. Selsema. So bagitahu doktor, aku selesema selain susah nak berak dan kejadian muntah pagi tadi. Doktor tarik lengan aku dan ambil tekanan darah. 

Doktor kerut muka dan cakap "Adik, you selalu bangun tidur atau buat apa-apa ada pening kepala?". "Itu biasa lah doktor, selalu juga. Kenapa?", aku bersuara. "Your pressure is below 100", dia respon. Aku jeling pada pengukur tekanan tu. Alamak tak reti tengok. Tanya balik. Doktor sebut 90 tadi. 

Mulalah nak emosional. Cakap dalam hati, aku dah nak mati ke? Dah la sebelum ke klinik memang emosi tengah berombak. Menangis macam orang mati laki. Balik rumah terus terpa laptop untuk gugel menatang yang doktor tu bagi tahu tadi. 

Sabtu, 13 Februari 2010

The benefits of skipping

Skipping is no longer confined to the school playground. Boxers use skipping as training before a fight and it is now incorporated into many gym classes. An excellent way to keep fit, skipping can be done anywhere, anytime.

Skipping will help improve cardio-respiratory (heart and lungs) fitness, flexibility and co-ordination. As a high-impact exercise skipping is great for building bones and a good exercise to trim hips, thighs and backsides!

Burning calories skipping


Depending on your weight and exertion level you'll burn between 70-110 extra calories in a ten minute session. 10min Skipping:

Moderate, 70kcal
Vigorous, 110kcal
Skipping: Getting started

If you haven't skipped for a long time, start by practising your timing – hold both handles of the rope in one hand and rotate it in a circular movement to your side. When the rope hits the floor, jump. Keep your jumps small to keep impact on your knees and ankles to a minimum – you only need to raise your feet about an inch off the ground. Progress to jumping over the rope once you are confident your timing is correct.

Remember,skipping is a strenuous exercise so start slowly. Try skipping for 20-30seconds, marching on the spot for 30 seconds, repeat. As your fitness improves you can increase the time you skip for.

Once you have perfected the basic move, you can make your workout more interesting by trying some of the following jumps:

  • Skip Jump - hop on one foot and kick the other foot to the front (or behind) the body, alternate legs
  • Jog Jump - alternate your feet in a jogging movement as you jump the rope
  • Hop Jump – hop on one leg for several jumps, alternate legs (start with 2 per leg and increase as you improve)
  • Jack Jump – do "jumping jacks" as you jump – one jump land with your legs apart, next jump land with them together
  • Aim to have a session three times a week.

Getting the right skipping rope for you

Skipping rope – of the correct length for your height. To check the length, stand on the middle of the rope and pull the handles upwards until the rope is taut. The handles should be in the middle of the chest. above chest level, it will need shortening. Most modern ropes come with instructions.

Cross-trainers or aerobic shoes are good as they provide stability and cushion under the forefoot.


source: http://www.fitnessvenues.com

Jumaat, 12 Februari 2010

Suka "merokok"??

Merokok banyak maksud. Tapi aku tak nak ajak kawan-kawan yang membaca blog ini untuk berfikiran lucah. Kekekeke.



Hari tu bila keluar fatwa haram merokok di Pahang berapa ramai yang pening? Ala... pening kejap je tu, sebab perkara yang dilarang itulah paling best dibuat. Betulkan?

Aku dah tak heavy macam dulu. Kalau boleh nak slow down.

Apakata kaki merokok, kita check berapa banyak kita dah habiskan duit untuk rokok yang nikmatnya sementara ni.


*ini entry saja-saja namanya....




Khamis, 15 Oktober 2009

Masalah BIASA yang dialami oleh kebanyakan orang yang mengalami berat berlebihan

1) Anggota badan yang mengalami kadar metabolisma yang rendah. Apa yang dimaksudkan disini bila seseorang yang berlebihan berat badan akan sukar untuk melesapkan tenaga hasil dari makanan yang dihadamkannya disebabkan kadar pembakaran kalori yang rendah. Biasanya seorang yang kurus mempunyai kadar pembakaran kalori yang tinggi. Ini merupakan antara sebab kenapa kebanyakan usaha untuk menguruskan berat badan anda yang akhirnya gagal.

2)Tahap selera yang tinggi atau keinginan untuk makan yang tidak terkawal. Jarang seseorang yang kurus memahami perkara ini. Biasanya seseorang yang berlebihan berat badan akan lebih terdorong untuk menjamu selera berbanding orang yang kurus.

3)Makan bila anda dalam emosi Marah. Seseorang yang berlebihan berat badan juga dikaitkan dengan "emotional eating or craving". Kemungkinan kadar pengambilan makanan terlampau. Makan untuk mengisi keperluan emosi yang pada asasnya fisikal tidak lapar.

Wujud faktor lain yang menyebabkan kegemukan seperti faktor genetik tetapi ianya bukan sebab utama menyebabkan kegemukan. Diantara faktor lain patut dihindari oleh kita ialah terdapat makanan tertentu yang menyebabkan berat badan kita meningkat dengan cepat.

*kredit to easy2slim4u.com

Rabu, 14 Oktober 2009

Panduan mengira kalori

Kategori: Kuih Muih

1. Kasuiberkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori


Kategori: Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong)= 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori


Kategori: Buah-buahan

1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori


Kategori: Makanan Segera

1. Paha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori


Kategori minuman
1. Minuman berkabonat 1 tin 285g = 120 kal
2. Minuman kotak 250g = 105 kal
3. Susu tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kal
4. Susu tepungt anpa lemak 1 sudu makan = 25 kal
5. Aiskrim 2 skop= 390 kal
6. Susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kal
7. Yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kal
8. Mentega 2 sudu teh = 75 kal
9. Keju chedar 1 keping =58 kal


Kategori: Makanan Rutin

1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Jumaat, 2 Januari 2009

Azam baru : Shuffle anyone??

Azam baru lah sangat. Dengan badan penuh babat macam ni, boleh ke aku nak terkinja-kinja sakan kan? Tapi korang, shuffle ialah aktiviti riadah yang sihat. Boleh kurus wa cakap sama lu.

Cara tak dorang menari?






Siapa boleh ajar aku shuffle?

P/S: Ai heart sama lelaki pandai shuffle.... (roh gatai masuk jap)

Sabtu, 27 Disember 2008

Terlalu...

Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang. Urat sekitar kaki menjadi kembang.

Terlalu lama duduk - merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.

Terlalu lama berjalan - merosakkan urat.

Terlalu lama melihat - merosakkan darah.

Terlalu banyak tidur - merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh!

Terlalu banyak ketawa /gembira - merosakkan usus.

Terlalu kerap marah - merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

Terlalu banyak berfikir - merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut.

Terlalu banyak bersedih - merosakkan jantung.

Terlalu merana - merosakkan paru-paru.

Terlalu takut - merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

Terlalu kerap terkejut - merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami.

Terlalu banyak makan - merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk.

Terlalu banyak minum minuman berais - merosakkan otot & lambung. Badan menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda.

Terlalu banyak masa lapang - merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif .

Terlalu banyak baca blog - nanti bos marah. Dah ... pegi sambung buat keje tu, jangan nak mengular lagi....

Sabtu, 29 November 2008

BAHAYA MICROWAVE OVEN

Entry dari email lagi. Sila baca.



Microwave amat popular kerana kecekapannya memanaskan makanan dalam sekelip mata. Lebih-lebih lagi, amat membantu pada bulan puasa, waktu sahur. Para ibu dan isteri hanya perlu masukkan makanan ke dalam ketuhar dan tekan punatnya...nyit. ..nyit... nyit dan tinggg...! Makanan panas sudah pun terhidang. Justeru, hampir setiap rumah kini memiliki microwave oven. Kalau kita pergi ke mamak stall pun hampir semua tempat ada. Habis macamana dia nak panaskan ayam goreng dia kan?

Cara masak melawan fitrah
Cara memasak atau memanaskan makanan di atas api atau ketuhar biasa bermula dengan makanan panas di bahagian luar dahulu, kemudian barulah haba masuk ke bahagian dalam. Berlainan dengan penggunaan benda ini. Makanan yang dimasak atau dipanaskan akan menjadi panas di bahagian dalam dahulu, kemudian barulah haba bergerak ke luar.

Contohnya dengan membakar kentang di dalam ketuhar gelombang mikro untuk satu tempoh yang agak lama, katakan sejam. Walaupun telah dimasak sejam, kentang kelihatan seperti belum masak. Tetapi jika dibelah, tiada apa di bahagian dalamnya melainkan arang!

Inilah yang dikatakan cara memasak melawan fitrah. Pastinya sesuatu yang melawan fitrah, lazimnya membawa keburukan. Macam lelaki menjadi perempuan dan sebaliknya.

Ketuhar pengancam nyawa
Ketuhar gelombang mikro diperkenalkan pada orang ramai sekitar pertengahan 1950-an. Ketika itu tidak banyak kajian saintifik terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro. Cuma sejak kebelakangan ini barulah pelbagai kajian dan penyelidikan dilakukan terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro kepada kesihatan manusia. Kesemuanya merumuskan bahawa ketuhar gelombang mikro menghasilkan makanan yang sangat bahaya.

Ini agak mengejutkan kerana ketuhar ini baru bersama kita beberapa dekad sahaja. Namun dalam tempoh yang singkat itu, pelbagai penyakit yang berbahaya dan pelik-pelik muncul satu persatu. Ini secara teorinya, menjelaskan penggunaan ketuhar gelombang mikro turut menyumbang kepada meningkatnya pelbagai penyakit yang mengancam nyawa!

Tidak hairan jika golongan remaja hari ini, banyak yang diserang sakit jantung, dan orang muda seusia20-an dan 30-an mati menghidap kanser.

Makanan jadi toksik
Dalam penggunaan ketuhar gelombang mikro, radiasi elektromagnetik menggerakkan molekul-molekul makanan. Molekul-molekul ini 'dipaksa' berpusing sedangkan kalau memanaskan makanan cara biasa, molekul-molekul ini bergerak dari tepi ke tepi. Keadaan berpusing ini memusnahkan molekul dan kadang kala menyusunnya semula menjadi bahan-bahan toksik yang menyebabkan alahan kepada manusia.

Badan tak kenal makanan
Yang dibimbangkan tentang penggunaan ketuhar gelombang mikro, bukan radiasi yang terhasil, tetapi bagaimana ia merosakkan DNA makanan hingga badan manusia tidak kenal bahawa apa yang ditelan itu ialah makanan.

Kerana tidak mengenali makanan, badan bertindak menyalutinya di dalam sel-sel lemak sebagai perlindungan terhadap 'makanan mati'; atau badang mengumuhkannya dengan pantas.

Sesungguhnya telah banyak bukti saintifik yang didedahkan oleh saintis akan bahaya penggunaan ketuhar gelombang mikro, para pengeluar tetap mengatakan ia selamat kerana keuntungan yang diperoleh daripada penjualan ketuhar ini berlipat ganda.

Penemuan mengejutkan
Dua orang penyelidik, Blanc dan Hertel telah mengesahkan bahawa memasak menggunakan ketuhar gelombang mikro, dengan ketaranya mengubah nutrisi makanan. Hertel telah bertahun-tahun menjadi saintis makanan dan berkhidmat di sebuah syarikat makanan Swiss terkemuka. Dia dibuang kerja kerana mempersoalkan prosedur memproses makanan secara luar tabi'i. Lantas dia bergabung tenaga dan kepakaran dengan Blanc dari Swiss Federal Institute of Biochemistry dan University Institute for Biochemistry.

Kedua-dua saintis ini mengkaji kesan makanan mikro gelombang terhadap lapan individu dengan mengambil darah mereka sejurus selepas mengambil makanan gelombang mikro. Blanc dan Hertel mendapati paras haemoglobin individu-individu ini telah menurun. Hasil kajian ini menunjukkan orang yang makan makanan gelombang mikro cenderung mendapat anaemia (kekurangan darah). Situasi bertambah jelas pada bulan kedua penyelidikan.

Itu baru dua bulan diberi makan makanan gelombang mikro, bagaimana kalau kita memakannya berbulan-bulan, bertahun-tahun?


*********

Sepuluh sebab ketuhar gelombang mesti dibuang
Perhatikan fakta hasil kajian klinikal saintifik Swiss, Jerman dan Rusia di bawah ini:
  • Makan makanan yang melalui proses ketuhar gelombang mikro menyebabkan kerosakan otak dalam jangka panjang iaitu ia 'memendekkan' utusan elektrik di dalam otak (depolarizing atau demagnetizing tisu otak).
  • Badan manusia tidak mampu meleraikan (metabolize) bahan makanan yang dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro.
  • Pengeluaran hormon lelaki dan perempuan terhenti dan/atau berubah dengan mengambil makanan gelombang mikro.
  • Kesan makanan gelombang mikro sebenarnya ibarat sisa/sampah di dalam badan manusia.
  • Mineral, vitamin dan khasiat makanan gelombang mikro berkurang atau berubah. Jadi badan kita dapat sedikit sahaja manfaat makanan. Badan kita juga menyerap kompaun-kompaun yang berubah itu, dan tidak dapat meleraikannya.
  • Mineral-mineral di dalam sayuran berubah menjadi radikal bebas yang menyebabkan kanser apabila dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro. Ini antara punca mengapa pengidap kanser meningkat.
  • Makanan gelombang mikro menyebabkan ketumbuhan kanser di dalam perut dan usus-juga menjadi punca meningkatnya penghidap penyakit ini.
  • Makan makanan gelombang mikro berpanjangan menyebabkan sel-sel kanser meningkat di dalam darah manusia.
  • Makan makanan gelombang mikro secara berterusan juga menyebabkan merosotnya sistem imun melalui kelenjar limpa dan pengubahan serum darah.
  • Makanan gelombang mikro menyebabkan hilang daya ingatan, tumpuan, kestabilan emosi dan mengurangkan kecerdikan.

Fikirkan...

Pernahkah kita terfikir mengapa anak-anak kita hari ini degil, keras dan gelap hati? Atau kerap berlaku 'haruan makan anak' serta amalan seks luar tabi'i? Atau pernahkah terlintas di benak fikiran kita, mengapa makin ramai yang cenderung menukar jantina - perempuan mahu jadi lelaki dan yang lelaki mahu jadi perempuan? Fenomenanya krisis identiti dan gender kini menular dan semakin menjadi kelaziman. Antara sebabnya ialah kecelaruan hormon di dalam badan yang selain disebabkan makan makanan yang berstatus syubhah, juga berkemungkinan besar berpunca daripada makanan yang ditelan melalui proses gelombang mikro.

Selain pengusaha restoran, siapa lagi yang menghidangkan makanan yang mengancam kesihatan ini kalau bukan kita sendiri? Kitalah isteri, kitalah ibu yang kononnya sentiasa siuk. Maka ketuhar gelombang mikrolah yang kita sandarkan untuk pantas menyediakan makanan keluarga tersayang.

Jika di rumah kita ada ketuhar ini dan telah tahu akan bahayanya, hentikanlah penaggunaannya. Hanya mereka yang zalim sahaja sanggup menggadai nyawa sendiri dan ahli keluarganya.

Jika anda sedang berkira-kira mahu membeli ketuhar gelombang mikro, lupakan niat itu. Laburkan duit anda itu untuk sesuatu yang lebih bermanfaat untuk kesihatan keluarga. Jangan kita menjadi pembunuh kepada keluarga melalui penggunaan ketuhar gelombang mikro dengan memberi mereka makan makanan yang mengancam nyawa!

*Masalahnya microwave aku nanti nak buat apa? Takkan nak bela labah-labah buat sawang?? Pakai pun salah, tak pakai pun salah. Camana ni??

Khamis, 31 Julai 2008

Apalah nasib badan

Selama hampir dua bulan ini aku menderita penyakit kulit. Bukan kusta, bukan kayap, bukan kurap. Sebenarnya lebih kepada darah. Darah aku kotor. Kenapa aku kata darah aku kotor? Aku suspect darah aku kotor sebab badan aku selalu naik bisul-bisul chumel. Hahaha bisul pun ada chumel ke? Nak cover line sikit, sebab bisul sememangnya memburukkan keadaan kulit lebih-lebih lagi kalau ada parut besar. Sekarang sebab cuaca sini sangat panas terik, aku selalu berpeluh dan tercetuslah ruam. Tergaru-garulah jawabnya.

Kali ini dah masuk 4 kali aku berulang ke klinik. Kali ke dua hari itu dapat injection. Kali ke tiga pula dapat ubat-ubat dan pil-pil yang beraneka warna. Tapi kali ini doktor tak nak bagi apa-apa ubat. Dia tak nak bagi injection sebab kata dia menatang tu cuma boleh bertahan selama 6 jam sahaja. Ubat sapu, "sampai bila?" doktor tu cakap lagi. Dia kata probably aku ada diabetes. Haa! Sudah! Aku dah cuak. Doktor suruh masuk buat pemeriksaan gula dalam darah.

Selepas beberapa minit...

Bacaan kadar kandungan gula dalam darah aku 4.7 g/mol. Masih tahap yang okay. Alhamdullilah lah kan?? So aku pelik, apsal aku jadi macam ini? Aku cerita pada doktor kegilaan aku terhadap seafood. Doktor kata ini mungkin pemangkin utama kepada kes aku. Doktor cakap lagi, "you should avoid seafood..... and EGG!" Tapi aku nak makan apa nanti?

Aku sedih, disebabkan kealpaan aku dulu-dulu, aku dah tak boleh makan seafood, telur dan AYAM!! Uwaaa!!! Sedihnya!

Nak tak nak kena ikutlah dari tergaru-garu macam berok makyei.

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...