Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Blogger. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Blogger. Papar semua catatan

Isnin, 20 Oktober 2014

Segmen Bloglist Blogger Terhebat Blog Parih

Klik gambar untuk tengok owner dia

Hehe.. rasanya bulan ni banyak bersegmen. Ini cara nak gain followers. Tapi sebab kita sibuk dan selalu on and off, kita KIV dulu nak buat segmen blog sendiri.

Jom ramaikan komuniti blogger!

Khamis, 16 Oktober 2014

"Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist 2015"



Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist Jan-Jun 2015 kini bermula. Penyertaan dibuka mulai hari ini sehingga 30 Disember 2014.

Klik link dibawah banner untuk join! Jom semua, kita join :)

Semua yang join akan tersenarai dalam bloglist BuatWanita.Blogspot.Com untuk bulan Januari 2015 hingga bulan Jun 2015.

Pemenang bertuah akan menerima hadiah sponsor dari LittlePuteri.Blogspot.Com

Thank you for your support!

SEGMEN REVIEW BLOG #1

Klik gambar
Saya nak cari balik kawan-kawan blogger yang lama dan baru. Mana pergi habis semua tah yang dulu-dulu. Sekarang blogger ramai yang adik-adik. 

Tak apa lah, Kak Syim nak join semua segmen yang ada. 

Isnin, 13 Oktober 2014

Segmen Bloglist 10 Blog Pilihan HASRULHASSAN.COM


HASRULHASSAN.COM - Panduan Blogger Malaysia
Klik banner

Dah lama tak blog walking. Asyik syok sendiri je bila update entry. Bukan tak blog walking. Kita ambil pendekatan menjadi silent reader tanpa meninggalkan jejak. Rasa kemuncak berblogging ni ketika tahun 2008, masa tu kerja pejabat pun tak pack sangat. Lepas tu slow-slow tinggalkan blog tak berupdate, walaupun cerita banyaaaaakk sangat nak share.

Sekarang nak aktif macam dulu pun macam tak mampu dah kot. Komitmen melampau banyak walaupun belum ada anak lagi. Hihi

So... 

Bagi nak meramaikan kembali kawan-kawan blogger, (walaupun blogger yang dalam umur saya ni ramai yang menjurus kepada isu parenting), saya nak cuba nasib untuk join segmen bloglist 10 blog Pilihan HASRULHASSAN.COM

Meh klik banner kat atas.

Selasa, 31 Januari 2012

Pil Kurus dari Turki

Datang sorang kawan dengan lenggang lenggok membawa sampul pos ekspress.

"Syim, pil kurus awak dah sampai..."

Aku mana pernah order pil kurus online. Haha. Boleh jadi kad kahwin. Siapa pula yang nak kahwin ni? Minggu ni saja aku dah terima 4 kad jemputan kahwin.

Tapi rupanya dari blogger yang baru balik Turki. Wah tenkiu!!

Saya dah terima!!

Terima kasih tanda ingatan
p/s: nanti pi jalan mana-mana jangan lupa kat cheq no....

until then.... bye!

Rabu, 20 April 2011

Berapa banyak masa untuk create satu entry sebenarnya??


Dua-tiga hari bersajak di rumah ni, aku menggila bloghopping tapi tak komen. Blank. Idea nak me-respon tak timbul.

I wonder bagaimana blogger-blogger femes ni meng-update blog mereka. Rajin sungguh kan yang jenis update 3-5kali sehari? Applause untuk mereka. Maksud aku tu mereka ada cerita untuk present pada readers, bukan macam update yang macam tak update tu. Get it? Tak faham... ? Tak yah nak faham sangat lah...

Usually i will update blog based on my mood. Kalau masa tu tgh happy and feel to share, dalam kesekejapan tu juga aku menaip. Macam tu juga bila sedih dan meroyan. Tapi bila masa malas, Mashaallah... mau sebulan-dua bulan baru update. Tapi aku bukan blogger femes pun, maka tak kisah lah mak...

How u guys get the energy to update? Tell me... Drink Lembu Merah? (Redbull la of course!) Bukan sebab I nak earn Nuffnang, tapi for sure lah i got stalkers and readers that keen to read my update. Sorry for keeping you guys waiting. Hahaha statement perasan.

Aku rasa aku ada masalah pengurusan masa. I feel like 24hrs is not enough. Kalau I create entry, I will type, say like an essay with 500 words then go through several time to check grammar and spelling. Mind my vocab la, coz i don't do reading a lot. Teeheee....

Ok nak taip entry sepanjang ni pun ambil masa 3 jam tau? 3 jam tu plus gomol cucu ku, reply smses, FB, baring atas katil kejap... etc...

Sakai tak??

Setakat ini dahulu,

 

Jumaat, 25 Mac 2011

Rindulah...

Serius hingga sekarang tercari-cari. Lupa. Mana letak pun tak tau. Puas dah tergodek-godek. Awak ada jumpa benda tu??


Saya rindu. Saya nak pakai header ni semula. Mana dia pergi??

Setakat ini dahulu,

 

Rabu, 15 September 2010

Blogger dating dalam bird nest di Alibaba

Ini bukan nak cerita pasal Alibaba yang Alibaba website pengiklanan produk tu. Ni lain, ni cerita pasal dua lelaki yang dilanda keboringan dan seorang budak perempuan yang tak ada kawan. Budak perempuan...? Tapi tak budak dah sangat.

Orang kata sesuatu aktiviti yang bukan formal kalau kita dok rancang sangat, tak menjadi. Yang adhoc mengejut ni yang selalu on. Begitulah alkisahnya semalam. 

Sebulan berpuasa, sesi berkaraoke pun puasa sekali. Eh, dah lama dah stop karaoke atas banyak faktor. Sebab colleague aku yang sorang tu mengandung dan sebab kurang kouta dek ex-chenta aku dah bekerja di tempat lain.  Sambung ke cerita asal, maka semalam kami bertiga menjejakkan ke Alibaba Karaoke dalam Giant Tampoi.


Silapnya aku tak tahu nak ke sana, kalau tak mesti aku berpakaian tema alibaba. Lalalalala..

Entrance
Kaunter bayaran dan registration
Pokok tamar menghiasi interior building. Nice kan??
Cantek sangat...
Karaoke room kami. Inilah birdnest yang aku cakap dalam tajuk entry ini. Love sangatkan? Bilik kecil siap ada langsir transparent. Ala-ala kelambu. Sangat unik di sini.
Agaknya malam tu dah abih small room, so kami dapat medium room. Tak silap aku 3 jam = RM80. Mahal tak? Ntah, malam tu aku di sponsor oleh abang-abang yang baik hati. Sponsor dengan ikhlas ya abangs~

Screen LCD. Walaubagaimanapun control system dia agak kekok sikit, tak macam di Redbox/Greenbox 
Ini buah hati saya di JB. Saya pinjam dia temporary. Dan saya suka suara dia yang macam Marc Anthony. Tapi apakan daya saya tak mampu jadi JLo dia. Huhuhu
Tengok en hafis kita. Dia ialah hantu lagu-lagu dari seberang juga. Semua lagu Kerispatih ada dalam kepala dia.  Nasib baik suara memang terbaik dari ladang.
Kusyuk dan penuh perasaan brader ni menyanyi.
Tapi siapa dia ni? Aku tak kenal dia. Itulah first time berjumpa. Dan kami boleh bermesra alam. Aku kan friendly?
Anda kenal dia??

Masyaallah. Kecik betul dunia kan? Adik aku sekian lama kenal dengan dia. I mean tahu kewujudan brader ini dalam dunia blogging. And all this while dok blogging aku langsung tak alert brader ni. Ye la, aku kan selalu sakit jiwa, blog aku dalam dunia tersendiri.

Sila lah hit blog beliau. En Rohaizad. Pada mulanya aku menyangkakan kawan aku ni memperlekehkan aku pasal blog. But went i get thru blog dia pagi ini, alangkah terkejutnya bila En. Ijad ini menjadikan blog sebagai punca pendapatan dan dia adalah fulltime blogger. Sila kagumi beliau. Dan beliau juga seorang photographer.

Aku ada klip dia menyanyi lagu yang berunsurkan patah hati. Nak tengok??


Setakat ini dahulu,

 

Rabu, 10 Mac 2010

Perkara apa yang nyaman dan melazatkan? Semestinya nom nom nom

Aku memang suka makan. Jangan peliklah kenapa aku tak boleh kurus-kurus juga.

Venue: Bangi Kopitiam, Sg Buloh

Dulu saja-saja try asam laksa ni dengan shrek kat Bangi dulu. Tak sangka marveles! Aku payah sikit nak berahi dengan laksa/ asam laksa/ laksam.

Lepas tu jadi craving sentiasa. Kalau lepak Bangi Kopitiam, macam dah tak ada benda lain nak order lagi. LOL.

Ahad lepas, dek kerana mengidam aku ke Sg Buloh, kiranya jumpa sekali acik yieha. Rindu sama dia dan asam laksa.

See, happykan muka aku? Walaupun tak ada shrek di sini, aku tetap berseri sebab nak makan asam laksa. Slurp!

Ini si acik yieha embam... Hiks! Nama dia Rieha saja je jadi pelat sebut nama dia begitu. Saya amat jeles dengan beliau kerana beliau telah banyak menurunkan berat badan. Dan dia seorang pem-blog yang tegar.

Masing-masing leka main henpon. Habit kot? Di mana-mana nak godek-godek henpon tu. Sebagai blogger tegar, acik yieha cuba untuk meng-candid gambar kami berdua.


Bila both of us perasan ada lensa kamera mengarah kepada kami, automatik dua-dua pun berposing. LOL! Very funny...

"Mana weih makanan aku ni?? Perut dah berlagu. Shanghai Bun Kaya acik yieha dah sampai. Aduh..."

Aha! Makanan dah sampai. Nyummy...nyummy...!

Tengok la... camana si cengkenit bertukar menjadi monster apabila mendapat kuey tiao sup dia. Owh ye! Cingkenit ini bernama Aslina.

Jemput makan kawan-kawan. Nom...nom...nom...

Dah lapar tak pandang kiri kanan dah. Sorry!




Isnin, 21 September 2009

Berpesta makanan di bulan Syawal 1430H

Gitu tajuk nak lain dari lain.

Anyway, aku tak nak membebel tak tentu arah di bulan yang mulia ini. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Sebenarnya itu saja aku nak wish pun. Tahun ini aku tak sempat nak meng-edit kad raya maya untuk kawan-kawan blogger dan readers. Udahku bilang... memang aku sibuk.


Dalam rendah diri ada tinggi budi.

Dalam miskin harta ada kaya jiwa.

Dalam lembut lidah ada terlanjur kata.

Dalam gurau senda ada silap kata.

Salam Aidilfitri dari rumah keluargaku di JB.

Maaf Zahir dan Batin.


Motif gambarku berpaling? Sebab tatkala aku ungkap kata-kata kemaafan, aku akan mudah mengalirkan air mata dan hidungku depan kalian semua. Aku mahu mencover reputasiku.







Syimalicious: Handphone aku lagi satu hilang dalam rumah dalam keadaan ter-off. Macamana nak misscall?

Selasa, 15 September 2009

e-Kad Raya dari Fizz Fairuz

Akhirnya ada juga yang berkenan nak bagi kad raya. Walaupun setakat online je tapi hakak tetap hargai.

Fizz fairuz la sangatkan? Apa aku ni dah terperasan nak jadi Nur Amina? Hahaha.


Tenkiu ye. Cik adik nakkan kad balasan ke?




Rabu, 19 Ogos 2009

Dia kawan yang SUPER Amazing!!



Dia bestfriend aku.

Dia kawan yang paling lama bertahan dengan aku.

Dia kawan yang telan baik buruk ku.

Dia kawan yang tak pernah makan kawan.

Dia kawan dunia akhirat.

Bila boleh menggila bergosip lagi?

Nak jumpa payah, bagaikan seorang di selatan, seorang lagi di utara.

Jarak rumah tak jauh tapi diri lebih akur menghirup udara di PD.

Aku terpaksa relakan sebab dikau "bakal" bukan bujangan seperti ku.



Happy Birthday Embam!(nama manja baru)
Semoga apa yang engkau impikan menjadi kenyataan.

Aku sayang ko.




Ahad, 26 Julai 2009

Cincin disarung tanda tunangan orang

ALHAMDULLILAH, satu langkah lagi untuk ke jinjang pelamin dan memegang status isteri.

Maafkan aku kerana tidak menjemput kawan-kawan sekalian.



Orang kata kalau ada jodoh tak kemana.




Memanglah aku tak dapat jemput kamu semua sebab bukan majlis aku pun. Hahahaha. Matilah kena parang dengan tuan punya diri yang bertunang kalau aku jemput orang lain.




Tinggal aku dan beberapa kawan lagi yang sedang tercari-cari dahan untuk bergantung. Tapi perlu ke? Bukan wanita sekarang independent?? Ok, dah terkeluar tajuk.


Aku suka tengok hantaran belah perempuan. Sangat santik! Sebab pink kot, macam lembut keayuan gitu. Kalau ditakdirkan aku untuk ada majlis bertunang kelak, aku nak buat tema hitam yang jahat. Muahahaha. Tapi nanti orang kata aku buat majlis berkabung pula kan??


Siapa yang paling comel? Sila undi Comel diikuti dengan no 1, 2 atau 3 ke 034430. Kiraan 1, 2, 3 dari kiri.



Mereka tersipu-sipu malu

Ini dia tunang tersayang Cik Rieha Oren kita. TAHNIAH Cik Rieha sayang!!


Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...