Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Makan-makan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makan-makan. Papar semua catatan

Isnin, 9 Jun 2014

Ulangtahun 3 bulan

Ulangtahun katanya. Tak, isdin tak kata apa-apa. 

Aku je yang poyo bagi tajuk entry macam ni. Sebenarnya keteringinan pada green tea Starbucks dah memuncak sejak 2 minggu lepas. Tapi ada je hal yang membuatkan kami terpaksa postpone.

Jumaat lepas, tanpa memikirkan bahawa keesokkannya nak pergi tolong mekap kawan, kami tetap juga meredah ke Setia Alam. Esok nya pagi-pagi subuh nak ke Serendah pula. Isdin kata tak ada masalah. Tomorrow you gonna be fine. Gitew...
Sampai je ke Starbuck Setia Alam, aku tepuk kepala tengok setiap sudut dipenuhi umat. Ramai sangat!  Jam menunjukkan 10.30pm. Tak pe kita gamble, masuk order baru cari tempat duduk.
Umat mereka saja yang memenuhi ruang
Dah order, kami tercanguk menunggu orang bangun dari tempat duduk mereka. Rata-rata minum 1 ice blended besar share 2 straw, sembang je lebih. Tak taulah dah berapa jam mereka macam tu sambil gentel-gentel straw. Tapi majoriti mengadap gadget memasing dan berdekah-dekah ketawa.
Nyum nyum...
Termanggu lagi. Dekat 15min jugalah jeling orang tapi org buat tak faham. Orang melayu aku tengok dalam 8orang je. Yang lain bangsa Cina. Isdin dah mula grumpy, perut dah lapar ni. Nasib sangat lepas tu ada kapel yang bangun. Ahhhh... lega dapat tempat duduk.

Aku macam biasa, tengah obses dengan green tea cream frappucino. Tak kira dah kalori semua tu. Bila masuk ke tekak, nikmatnya...
Green tea ni rasa macam pandan kan? Pastu mengadap tab balik.
Haah rasa macam pandan la sangat. Tapi aku punya green tea habis dulu. Sedapkan?
Lebiu.
Gendang gendut tali kecapi kenyang perut mak suka hati. Yeay! Jom balik. Nak kejar tengok Running Man pula.

Rabu, 15 Ogos 2012

Tinggal 12 jam untuk kenyang dengan RM1

Hari ini nak jadi juruhebah tak bertauliah untuk Abang Burn. Kenal Abang Burn tak? Dia bukan gitaris mana-mana kumpulan rock, bukan penyair, bukan juga finalis Imam muda.

Rugi korang kalau tak kenal.

Jangan berlengah, cepat-cepat plan ke Taman Dagang punya area malam ni sebab Abang Burn buat amal jariah offer burger bakar cuma RM1. Gerai burger mana berani offer Burger Beef Cheese RM1??


Okey, jangan nak order lain. BURGER BAKAR BEEF CHEESE saja. Tapi satu orang satu burger. Tapi kalau pandai undercover try la pakai wig, mana tahu dapat lagi sebiji burger lagi. Ingat ye, offer cuma dua jam saja, berakhir pada 12.00 tengah malam. 

Nasib rumah aku jauh, kalau rumah area Ampang ke, PJ ke, memang aku terjah pergi sana. Siapa-siapa yang pergi makan di sana, tolonglah makan untuk aku ye?? Sob....


Khamis, 12 Julai 2012

Dah nak raya dah kita ye?

Lambakan baju kurung, kebaya, kebarung, kurung moden dan bermacam lagi di kedai-kedai pakaian buat aku rambang mata nak membeli. Nafsu oh nafsu...

Dah fikir tahun ini nak pakai warna apa?

Tema keluarga di JB untuk tahun ini tak pasti tapi macam warna purple, tapi aku tengah sibuk cari warna merah menyala. Nak bagi sedondon dengan pakcik katanya...

Baju kurung sekarang banyak yang transperant. Malas sungguh nak pakai inner.


Time lunch tadi sibuk merayau masuk kedai-kedai baju ready made ni. Butik tak semegah mana, baju mahal nak mampus.

Dari dulu lagi aku berminat dengan baju kurung potongan kurung pahang bercekak musang. Unik.

Mari menge-test. Try baju tak semestinya kena beli kan??


Lawa tak merah ni? Tapi kain tu bukan pasangan dia. Saja testing. Sarung terus, malas nak tukar baju.


Aku suka maxi/ jubah macam ni, tapi bila body katek dan plum begini sarung maxi dari jenis kain lycra terus nampak boyot macam mengandung 4 bulan. Haish... Buntot pun tak naik. Nampak flat. Yang naik tang perut. Owhh tidak!!

Kena kurus. Kena kurus. Kena kurus. Kena kurus. Banyak baju tak muat dah. Tapi bila orang ajak makan, sapedek semacam. Adehhh...


Burrppp! Kenyang alhamdullilah. Ikan siakap tiga rasa, sup ekor, telur dadar dan kailan goreng untuk berbuka hari ini.


Ahad, 31 Julai 2011

Luncheon terakhir

Esok kita semua akan menjalani ibadah puasa. Harap-harap lunch ini bukan yang terakhir. Hehe orang tanya awat mentekedarah macam tu? Sebabnya dah berbulan-bulan aku tak makan beriani, takut mengidam di bulan Ramadhan maka hari ni keinginan ku dilunaskan.





*Terima kasih lah buat si pembelanja. I love u skandal..



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Jumaat, 3 Jun 2011

Mencuba tempat baru di pencakar langit

Ingat KLCC je ke ada??

Lepas tengok wayang kejap tadi, sebagai bakal mayor aku kena lah tunjuk muka tgk kawasan. Hahaha

Since mencanak-canak kemajuan di Kuala Selangor, makin sayang pula nak pindah keluar.

So tadi try pergi ke tingkat 3, 1 Plaza. Nama tempat makan ni Skyscrapper Steak House. Of coz la ini tempat bangsa cha ya nun alif punya. Owh... Ai ke sini dengan cik Aslina, yang kebetulan nak setel hal belajar dia.

Masa entrance nak masuk tu, aku disambut oleh tuan punya kedai. Sembang punya sembang dia cakap "sini tak ada babi, melayu boleh makan." Tapi aku tengok beer penuh je dalam fridge. Aku tanya tokey, melayu ada minum-minum tak? Tokey cakap "ada sikit-sikit, curi minum". Hahaha sangat open okeh?? Halal tak?? Tokey tu kata melayu yang masak maa... Adoii...

Been here just to have kiwi juice, tak mampu nak try makanan lain. Next time la... Kan??


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Selasa, 8 Disember 2009

Makan ialah jalan penyelesaian kekusutan PTK

Hello!!

Lama tak rasanya tak update blog. I'm so packed this two weeks!
Hari ini dapatlah menarik nafas lega since dah lepas beban exam PTK. Tak susah mana pun, tapi kalau tak baca memang hampeh la result. Dan aku tak meletakkan harapan yang tinggi untuk lulus. Hahaha!!

So untuk meringankan beban dan kerunsingan menjawab exam tadi, kami telah menjamu selera di sebuah kedai di Dengkil.

Cik Leha ni dari tempat kursus di JB lagi mengidam nasi beriani yang best. Tapi tak jumpa juga. So dia cakap nak cuba nasi beriani di Dengkil pula yang konon-kononnya macam nasi beriani Muar.

Venue: Restoran Nasi Beriani, Sepang (susur jalan masuk Sepang dari /Putrajaya)


Hasilnya? Tak adalah lah memberangsangkan selera. Tapi kita makan juga sebab perut dah lapar.

Sesiapa ada suggestion which place nasi beriani dia superb??



Rabu, 18 November 2009

Sungguh melampau kesan lemaknya

Venue: Restoran Mamak (apatah), Pandan Mewah


Ada orang konfius, katanya blog aku ini blog jalan-jalan cari makan. Janganlah konfius pula, sememangnya tuan blog ini memang suka makan. Cuma kebanyakkan tempat yang dia pergi tak eksklusif, kalau capture gambar pun mungkin ambil masa berbulan untuk update.

But this nasi lemak, i tell you SEDAP. Eh! Tak adalah sedap sangat pun, sebab dah lama tak makan nasi lemak mamak, mungkin feel dia lain. I ate in Pandan Mewah but i can't recalled the restaurant's name.



Selasa, 17 November 2009

Berlibur di kota air Lagoona Sunway

Aku suka aktiviti di dalam air. Aku juga suka aktiviti yang melibatkan penyertaan kawan-kawan. Meriah sikit kan? Maka 2 weekend lepas kami telah membuat keputusan untuk pergi ke Sunway Lagoon!

Last aku menjejakkan kaki di Sunway Lagoon adalah pada usia kanak-kanak, kalau tak silap ketika masih dibangku sekolah rendah bersama-sama keluarga.

Perancangan dibuat pada Sabtu lepas, konon-konon nak bertolak seawal jam 8am. Tapi aku terjaga pukul 8.30am.


Selepas mencari parking, beratur memberi tiket, dalam 1030am kami berjaya mendapatkan tag tangan setelah menyerahkan kad pengenalan untuk harga tiket rate Malaysian. Dah awal pagi begitu dengan orang yang ramai, aku terbau macam-macam... tambah-tambah anak-anak cha-ya-nun-alip berbau semacam... euuww!

Seperti rusa masuk kampung, kami tercari-cari tempat persalinan. Jakun yang amat! Kesiankan?


Time ni kami nak bergambar, huru hara sekejap. Sebab tak ada orang, salah seorang kenalah berkorban jadi tukang tangkap gambar, tak dapek nak tangkap gamber bertiga. Datanglah seorang mat saleh. "Can I help you? I can take picture for three of you."

Aku serahkan handphone cap ayam aku. Mat saleh tu tanya, "you don't have a proper camera?" Adeh, aku dah malu. Sebab tak ada seorang pun bawa kamera melainkan handphone. Hahaha!


Berendam didalam air juga menyebabkan kami cepat lapar. Pembakaran lemak yang laju adalah punca keterpaksaan kami mencari bekalan perut untuk meneruskan lagi aktiviti berendam kami. Aku tak jangka makanan di situ mahal mencekik. Tapi normallah kan?


Nasi goreng dia memang mahal RM10, tapi boleh tahan sedap la juga. Kuewtiao pun manyak syok, RM11 (tak menyempat snap gambar sebab empunya kuewtiao pelahap sangat). Air mineral RM3, air berkarbonat RM4. Lapar punya pasal, kami redha, bayar saja lah.


Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. Kami pun sangat suka hati men-try semua game yang adoooo... Huh! Berani juga aku.






Next trip, kami bercadang nak men-try Extreme punya pakej. Siapa nak join??


Tonite punya supper

Venue: NLK (Nasi Lemak Kapar), Kapar


Hari ini aku ter-makan sesuatu yang berkalori tinggi.

ROTI SALAD. Pernah try?

Aku tak pasti kalau tempat lain ada. On the way back to Kuala Selangor, kami berhenti makan di NLK, which stand for Nasi Lemak Kapar.

The ingredient is Roti Canai yang dibalut bersama ketulan ayam, salad (kobis dan karot), macam ada kekacang tapi tak pasti, ada juga sedikit campuran udang kering kot, dan bawang goreng. And chili sauce plus mayonnaise as a gravy. Yummy ok?

Okeh aku tipu, tapi ketulan ayam dan salad tu adalah betul.

Sila try, sebab saya pasti anda tidak akan menyesal.





Syimalicious: Dan hari ini juga saya telah terseliuh untuk keberapa kali entah dan kena pakai bandage lagi kerana aktiviti sukan badminton pula.

Selasa, 15 September 2009

Untuk sekian kalinya, menu berbuka untuk hari yang ke-24 Ramadhan

Semenjak Ramadhan bermula hingga pada hari semalam, aku tak pernah buat mana-mana review untuk juadah berbuka puasa.

Bukan apa, setiap kali masuk ke bazar ramadhan mesti nafsu mengila nak itu, nak ini. Lepas tu tak makan. Buang dalam tong sampah. Jadi kawan syaiton ni rojim. Lagipun aku memang sibuk kan?

Tapi semalam aku beli satu juadah sahaja. Eh! Tak adalah satu, adalah beberapa lagi tapi main dishes aku pada hari semalam ialah NASI AMBENG.


Boleh ke aku cerita pasal makanan ni? Tak pe lah kan...? Lagi satu jam je pun.

Ini antara juadah-juadah lain sebagai sampingan.

No 1. ialah paru masak sambal. Aku cubit sikit-sikit je. Sebab itu lauk si kawan makan dengan bubur lambuk kurang pedas.

No.2 ialah popia dan samosa yang femes di Kuala Selangor, dimana aku pernah ada kes dengan owner dia dulu. Walaupun dulu dia pernah sumpah bahawasanya haram bagi aku dan kawan-kawan membeli di gerai popia beliau. Tapi aku tak peduli.

No. 3 ialah bubur lambuk kepada si kawan yang gastrik, yang langsung tak boleh berpuasa dan makan nasi. Asal makan je muntah belahak.

No. 4 ialah kuih pelita berlemak kesukaan ku. Tiap-tiap hari nak mengadap kuih ni. Ada dadah kot sampai aku rasa addict.


Adakah ini rupa buruk lantak?









Syimalicious: Oleh kerana nafsu negro ku mendatang, nasi ambeng itu berharga RM8.00 kerana ada tambahan dua ketul ayam; ayam masak merah dan ayam goreng berempah.

Isnin, 14 September 2009

Fuyoo... besarnya!

Venue: Pasar Ramadhan Ijok

Ini bukan sebarang besar. Besarnya benda itu bukan sesuatu yang melucahkan. Tapi memang besar dan padat. Cerita pasal "dia" dah banyak aku jumpa dalam blog sana sini tapi tak berkesempatan untuk mencuba sendiri.

Hari ini sangat kebetulan aku ada tugasan pemeriksaan tanda harga di Pasar Ramadhan di Ijok. Dalam dok jalan-jalan tu aku tengok booth ni dikerumuni orang. Fuh!! Memang besar dan banyak!!

Ini dia NASI AMBENG!! Ya, aku nak bercerita tentang makanan saja.



NASI ambang atau disebut nasi ambeng boleh dianggap antara menu masyarakat Jawa paling popular. Ia hidangan nasi mengandungi pelbagai lauk seperti ayam goreng atau masak kicap, ikan kering, sambal goreng, mi atau bihun goreng, serunding kelapa dan tempe goreng.

Walaupun aku tidak berpuasa hari ini, bukan bermakna aku boleh makan terang-terang atau menyorok-nyorok. Aku pun turut ala-ala berpuasa. Terliur tengok lauk-lauk untuk nasi ambeng ini.




Jenuh aku tengok kakak ini membungkusnya. Mai sebungkus kak!!




Isnin, 17 Ogos 2009

Feeling Italiano

Golek sana, golek sini.

Jalan sana, jalan sini. Bosan MC ni sebenarnya. Baik pergi kerja.

Godek-godek di dapur jumpa something.



San Remo La Pasta Creamy Mushroom and Onion


Masak kejap.

Masuk susu, butter, air kemudian masuk ke dalam microwave. Mudah, pantas dan pemalas.
Hanya 15minit masak, walaupun dalam direction cakap 8 min dalam microwave, but i intend nak masak lama-lama juga.



Jom makan!!




Sabtu, 1 Ogos 2009

Misi mencari kek di Sushi King

Tarikh kejadian: 31 Jun 2009

Aku baru dapat tahu sedara aku dari Kedah ondway nak ke sini. Anak dia belajar di UTM ni, jadi singgah la sini tidur satu malam.

Alkisah, hari ini adalah harijadi omak aku. Memang hajat nak buat majlis kecil, beli kek je pun.

GF adik aku kebetulan ada sini, maka aku arahkan dia untuk pergi cari kek. Pusing punya pusing dia bawa balik kek kecil cipotet. Adeh!! Keluarga aku dan keluarga pakteh ramai. Memang tak cukuplah.

Abah tak puas hati, maka adalah tugas aku pula pergi mencari kek yang lain sebagai tambahan.





Lepas dah beli kek, terasa nak membazir duit di Sushi King. Dan sebenarnya aku tak pernah jejak kaki di mana-mana Sushi King pun. Ini kira first time la. Jakun kan? Tapi adik no 4 sangatlah rajin makan Sushi King JJ Tmn U dan tak pernah teringin nak bawa aku sekali.

Dengan kontrol cun dan ala-ala berlakon macam biasa makan sushi aku order sushi untuk take away. Ada ke orang tapau sushi RM5 di situ yer? Aku selamba je tapau. Hahaha

Owh! Aku tak sempat nak snap gambar sushi yang aku beli tu. Semua dah ngap masuk perut dulu.




Selasa, 23 Jun 2009

Berdating di Mexico

BFF aku seorang yang gemar membaca majalah yang menjurus kearah ilmu dan info. Bukan nak "up" dia pun, tapi sepanjang aku kenal dia tak pernah nak beli majalah Mempelam ke, URTV ke, Lime ke. Tapi satu je tak boleh blah, dia tak boleh miss Melodi hari Ahad tu. Ops! Terkutuk pula kan???

Aku ni kan jarang lepak KL nowadays. Dah terbiasa duduk dalam kesengalan pekan kecil Kuala Selangor ni. Agaknya BFF kesian dan kebetulan dia terbaca something dalam majalah Pa&Ma apa ntah, suatu hari dia ajak aku ke Mexico. Ha! Ye la sangat sampai ke Mexico nun...

Aku nak cerita tempat yang baru kami teroka, mungkin ada yang pernah sampai ke situ. *Walaubagaimanapun kes dating kami ini telah berlangsung pada bulan Februari yang lepas dan hari ini aku baru terbuka hati untuk membuat sedikit liputan.

Aku: Kita nak ke mana?
BFF: Cosmo
Aku: Cosmo?




Korang dah dapat agak ke aku di mana?

Kami merayau dan merayau mencari arah yang sebenar. Akhirnya... nama tempat itu ialah CARLOS MEXICAN CANTEENA dan bukanlah Cosmo seperti BFF sampaikan. Adeh!

Tapi aku tak sempat nak snap pintu masuk tempat makan ni. Kita terus serbu makanan untuk proses mengenyangkan perut ok? Tapi sebelum tu mesti ada moment gedik before dapat makanan kan? Pejam mata kalau tak sanggup tengok.




Here come the foods!


His Meal ~ Lime grilled chiken sizzling


My meal ~ nachos


Our drinks

Sebab makan berdua tak adalah nak order meriah-meriah tambahan pula baru nak try kan? Kiranya aku boleh kelaskan tempat ini macam TGIF.


Masih terbayang-bayang nachos yang penus cream berlemak yang tak tahu nak gambarkan marvelesnya! Aku suka! Bagi yang kurang mengemari makanan yang pro mayonis boleh pilih nasi sizzling macam BFF makan. Not bad! Ayam panggang dia, keunikan rasa nasi dia pun lain dari yang lain. Nyum..nyum..


Harga yang perlu dibayar. Makan untuk setahun sekali. Lain bulan lain citarasa.

Photo Flipbook Slideshow Maker
Aaahhhhh! Alhamdullilah... kenyang sangat sayang!

Untuk lebih liputan sila google sendiri atau layari bukan main webpage ~ Syima.Kiut.Kuat.Makan.Di.sini




Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...