Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Ulu Yam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ulu Yam. Papar semua catatan

Khamis, 15 Januari 2009

Kelucahan di dalam kesejukan air (Part II)

Aku dah tiga hari mengalami masalah tidur. Aku mengantuk tapi tak boleh tidur. Dah tiga hari berturut-turut tidur pukul 3am. Arrgghhhh!

Kita layan gambar je la.

Mereka ialah pasangan gay terhebat di kalangan kitorang. Gambar kantoi ini dirakam sewaktu mereka sedang meluahkan perasaan masing-masing bersaksikan air sungai yang sejuk dan berderu-deru itu.

Kesian Ro aka Empingan Jagung (baju biru) dia tak dapat menikmati air sungai macam kitorang. Adalah sebabnya. Kalau korang perasaan, pasangan gay tadi masih bertepuk-tepuk manja sewaktu gambar ini disnap.


Ahli Persatuan Kuat makan merangkap AJK makanan untuk program picnic ini.

Presiden Persatuan Kuat Makan Kuala Selangor (PKMKS)

Aku, yakni orang asli Cameron Highland yang cun lagi vogue cuma hendak interprem semata-mata. Aku tak suka main asap.


Gembira!!

Presiden PKMKS turun padang beramah mesra dengan AJK

Aksi Hero Remaja. Excuse me??

Gembira lagi!!!

Aksi Hero Maskulin XL

Walaupun Ro aka Empingan Jagung tak dapat mandi tapi dia banyak berjasa dalam mengipas BBQ kami.


Aksi kipas lagi.


Gambar romantika yang tak boleh blah. Aku jadi saksi percintaan Lia dan tunangnya. Berdarah hidung jap.

Kami bertiga bakal putus kawan kerana hantu Digi (yang tengah) akan menyambung persahabatannya dengan seseorang yang berlidah kacukan biawak kerbau.


Sesi mencari kutu.



Ini striker aku. Banyak jugaklah gol yang dijaringkannya.

Best game dalam air. Walaupun cedera dek batu-batu yang menyucuk kaki dan kepala lutut kami, pengalaman macam ni sangat best. Kitorang abadikan moment terindah yang tak terucap dalam pose-pose dibawah. Credit to Fazli kerana camera handphone 2MP nya itu memberi efek gambar yang sempurna dan cantik.








Sebelum balik, kena posing dekat jambatan gantung Babylon


Letih siot. Nak menapak naik tangga cenuram tu betul-betul menguji ketahanan mental dan spiritual. Hiks! Sebabkan aku dah tak aktif bersukan, stamina pun yilek. Memang sengsaralah nak panjat tangga tu.


Chenta aku sampai nangis sebabkan tangga itu. Hihihihi...


Pasangan gay tadi tak melepaskan peluang untuk bergambar dengan aku sebelum aku pulang masuk ke hutan.

TAMAT

Rabu, 14 Januari 2009

Preparation (Part I)

Rentetan cerita haritu, aku rasa gambarpun dah menceritakan segalanya.

Tak adalah gempak sangat, kitorang pergi Ulu Yam je. Yang menyebabkan kami teruja, ini picnic yang julung-julung kali diadakan. Perancangan mengejut, preparation yang ala bombastik, aku andaikan satu kejayaan yang besar untuk kami semua. Jemputan pula dari kalangan-kalangan orang tertentu sahaja. Bangun seawal 6 am, kerana excited dan nak chop tempat best untuk berlibur nanti. Maklumlah, hari Sabtu takut ramai yang bawa keluarga bercuti-cutian. Kitorang berkumpul di rumah Cik Leha dan Cik Minah. Sementara nak tunggu para bapa sampai, kami bergotong royong membuat sandwich. Korang tengoklah betapa sibuknya para-para ibu buat kerja.


Barang dalam bonet kereta.

Cuba teka, aku dah mandi pagi ke belum?

Morning smile oleh mereka yang belum mandi lagi. Kitorang sampai dalam pukul 9am lebih kurang - Point3.

Orang asli Cameron Highland yang cun lagi vogue. Berat jugalah bakul tu.

Untuk menuruni tangga yang curam macam itu dengan bebanan yang dipikul bukanlah sesuatu yang mudah.

Tak larat nak cari port jauh-jauh. Dekat toilet sudah. Kami orang 1st sampai situ.

Nak bakar arang untuk BBQ ayam nanti. Nyum...nyum...

Ala-ala poyo posing depan camera macam buat kerja la konon.

Chak! You are on candid camera!!

Nak tunggu ayam lambat lagi, makan bihun dulu. Ini Cik Leha yang masak.

Geng jaga badan. Only fruit for breakfast.


Kebuluran melanda.


*bersambung

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...