Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Place i go to. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Place i go to. Papar semua catatan

Khamis, 20 Mei 2010

Se-morning di Cameron Highland

Sebab nak bergambar sangat dicelah-celah ladang teh itu, saya dapat lebam kerana terlanggar dahan yang tebal dan keras ketika menuruni bukit ~ daya tarikan graviti yang kuat menyebabkan saya turun dengan cepat.

Last week saya berkesempatan mengikut sekumpulan kawan-kawan di Kuala Selangor untuk berkunjung ke Cameron Highland. Konvoi yang menarik walaupun tak ramai dan itu ialah kali pertama saya participate aktiviti mereka.

Owh! nak pergi lagi.


Rabu, 27 Mei 2009

Kenapa kami mamai pergi kerja hari ini??

Jangan tanya mana aku menghilang.
Aku dah hilang mood untuk berblogging lagi.
For the time being, aku memang tersangatlah sibuk dengan kerja dan tanggungjawab.

Hari ni beberapa kawan-kawan aku agak kalah untuk menempuh hari siang mereka dalam keadaan sedar. Contoh kecil; jam menunjukkan 9.40pg tapi oleh kerana mental tidak seimbang dia menyebut 9.20pg. Pening.

Dari minggu lepas aku sibuk dengan aktiviti so-sial; yang berlaku tanpa dirancang. Kenapa tiba-tiba begini? Kalau mengikut hipotesis aku, kebanyakan aktiviti yang dilaku pada sepanjang hari yang blog tak ber-update ini adalah kerana ia salah satu kaedah "meroyan secara terhormat" atau "pembaziran yang pra-tidak sengaja" mungkin kerana gaji akan dibayar tidak lama lagi.

*Aku dalam keadaan mengantuk yang tidak terhingga ni, jadi macam malas nak bercerita panjang-panjang.


Aku dengan sabar menunggu kawan aku balik dari BTN untuk menyumbang suara di pusat karaoke. Niat suci murni itu direstui dan kami berjaya merakamkan beberapa gambar kenangan untuk program-lepak-ing julungkali beramai-ramai begini, maksud aku geng perempuan di pejabat. Lagipun aku nak mereka rasa sensation nyanyi di sini. Diorang first timer di tempat baru ni.



The best part is the FOOD. Memang aku suka sangat. Kadang-kadang datang sini bukan nak menyanyi, makan je lebih. Heavennya kalau tiap-tiap hari dapat makan macam ini.



Kita mamam dulu.






Banyak-banyak gambar aku paling suka gambar ini.


Dan ini.

Penuh ilusi yang kontroversi. Pandai sungguh camerawoman i ni..



"Astaghfirullah. Tak malu ke korang? Aduh!"




Orang lain sibuk pose. Ada pasangan merpati tidak secoli langsung tak mengendahkan kami. Mereka seoalah-olah berada di alam lain. Cinta sedang berputik.

Owh, aku paling ghairah bila nyanyi dangdut. Walaupun tak pandai gerudi, badan mesti nak gerak-gerak. Tengok back-up dancer i pun dah cukup. Pinggang dia dah gelek dengan kecondongan 70 darjah menghampiri rekod Inul. Percaya?




Time ni kami sesat. Nak buat kepala sendiri, tak mahu ikut group lain cari jalan keluar. Kami main terjah lif turun at nowhere. Masa ni aku dah feeling-feeling horror. Dalam cerita mat saleh kan selalu ada cerita macam satu kumpulan remaja (remaja lagi ke??) tersesat dalam suatu mall yang sangat luas. Keluar zombie ke, alien ke, binatang yang berevolusi beribu-ribu tahun mengejar kami dari kedai-kedai yang tertutup tu. Takut! Jauh pula aku pikir.

So, apa kena mengena dengan mamai?? Pendekkan cerita dengan enam kepala, dinner and supper buffet yang meriah lagi lazat kami di charge cuma RM170++ sahaja. Murahkan? Kami melalak dari pukul 9.00pm hingga 3.15am. Puas hati!!! Dah lama tak overnight macam ni.
Sampai rumah pukul 4.00am. Pukul 6.30am dah kena bangun pergi kerja.

Sekian. Geng gedik melaporkan dari sini.


Syimalicious: Aku mengantuk. Tapi kalau ada yang berminat nak pergi karaoke, roger aku dan belanja ok?

Selasa, 20 Januari 2009

Dia ke kat Pasar Malam tu?

Pada petang Sabtu yang lepas...

Rutin hari Sabtu kami memang macam ni. Selalunya kami akan ke pasar malam antara pukul 5.30ptg - 6.30ptg. Tapi oleh kerana aku tadi terleka dengan surfing segala bagai, maka selepas Maghrib baru keluar dari rumah.

Yong tau foo
yang biasa As beli dah banyak benda habis, macam cili sumbat isi ikan. Tapi dah lapar kena beli juga la.

Kat situ ada satu apek buka tapak yang jual tanglung merah untuk CNY. Aku jengah jap. Macam berkenan pula tengok rumah jiran aku bergantung-gantung tanglungnya. Kita kan masyarakat majmuk? Aku beli sepasang tanglung, cakap pada apek tu nak pasang dekat pejabat.


Pastu jalan-jalan lagi, aku terdetik macam nak singgah tempat orang jual-jual buku ilmiah tu. Lalu aku telah terbeli buku-buku ini. Aduh, masa nak bayar buku-buku itu, aku tak cukup duit. Pada aku mahal. RM30. Tapi bila ingat mak cakap "lebih baik berbelanja untuk perkara ilmiah dari makanan yang akhirnya jadi tahi", aku pun tekad meminjam duit As. Ya, aku cuma pinjam RM10 sahaja. Adik beradik tak ada hal lah.

Ok buku-buku inilah. I shy you...

Tapi, ketika menuju ke kereta keluar dari pasar malam, aku terperasan seseorang. Seseorang yang pernah menjadi buah hati ketika zaman belajar dahulu. Seseorang yang pernah menjadi kesayanganku suatu ketika dahulu. Seseorang yang pertama menyentuh hati perempuanku. Dan seseorang itu berpaling dan merenung aku.

Tak mungkin. Dia berjalan seorang.

As far as i concerned, about 3 years ago he married to a woman and moved to Sg Petani. Apa jadah dia nak datang pasar malam sini? Gilosh. Sah aku mamai. Tindakbalas aku ialah berjalan laju-laju seperti walkathon. Masuk ke kereta terus telefon Chenta. Tak mungkin seseorang itu adalah dia. Mungkin pelanduk dua serupa.

*Tiada lain selain Chenta.


Ahad, 30 November 2008

Minor operation - The trilogy (Part 1)

Dah nak masuk hari ke lima selepas aku cabut root hari tu. Ramai yang tanya how's my tooth. Thank you. I am very grateful to know how concerned you people to me. Well dear, I have to admit, i am suffering but it much better now. Currently agak rimas dengan benang yang asyik bermain-main di dinding pipi dan lidah aku. Wound pun nak recover dah, the thing is kat gusi tu macam ada daging terlebih. Huhuhu, petanda nak baik dah kot. Tapi nak gelak besar-besar, menguap luas-luas sangatlah merana.


Lepas aku hit kereta orang dalam episod yang lepas, aku ke klinik. Then memang confirm yang aku kena buat minor surgery di Hospital Sg Buloh. Terbeliak sekejap mata aku pada doktor hensem tu. Tapi doktor kata, by hook or by crook aku wajib ke sana otherwise aku akan berterusan menanggung kesakitan. As you can see doc gave me the letter. Susah benar nak membaca tulisan doktor ni, melainkan perkataan segera yang bermaksud SEGERA! Scary.

Aku gagahkan juga melangkah kaki untuk pertama kali. Dulu masa lalu highway utara - selatan, aku cuma memandang dari jauh hospital ni. Sekarang aku menjejakkan ke sana untuk berjumpa dengan pakar. Lupa nak cakap. Aku disarankan untuk direct ke pakar. Bukan doktor-doktor biasa ni. Dalam kes macam ni Chenta nak ikut sekali. Haruslah kan? Walaupun aku tau dia nak usha nurse-nurse yang majoriti muda dan sopan.





Ahhh... prosedur kerajaan sememangnya mengambil masa. Chenta semakin bosan dan creepy menunggu giliran aku. Mana tak creepykan, pusing kepala ke kiri kanan ada gambar gigi dan surgery yang dorang buat.


Tapi agak huru-hara juga lah. Sekejap kena turun tingkat bawah. Lepas tu naik balik. Masuk bilik ini. Keluar bilik itu. Haih. Haritu di Klinik Pergigian Kuala Selangor alat x-ray mereka tak secanggih yang aku buat ini. Aku kena berdirilah ceritanya. Dan aku kena gigit something kat situ, then the machine round my head. Pengalaman tu!






Maka, setelah checkup dibuat oleh seorang doktor wanita muda lagi menawan, aku telah ditetapkan untuk dapat membuat cabutan gigi pada HARI JADI aku!! Serious aku rasa macam membazir masa. Aku ingat pergi situ terus cabut. Ada lagi appointment. Sedih siot menghitung hari, bukan nak celebrate birthday tapi nak cabut gigi.

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...