Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Hal travel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hal travel. Papar semua catatan

Jumaat, 13 Julai 2012

Persediaan diri tinggal tiga hari lagi

Harap-harap plan dari awal tahun sekian lama termakbul juga.
Harap-harap pada tarikh tersebut aku masih sempat bernafas untuk terbang melihat bumi Allah. Ecehh... macam jauh je nak terbang. Huhu.

Insyaallah.

Last year aku berkesempatan bercuti di Bali. Tapi... macam agak susah nak bersolat. Ok, to be frank tak berapa nak ambil tahu. Betapa tak bersedia dan kurangnya ilmu aku pada masa tu. Tak tahu kiblat di mana, azan pun tak kedengaran, nak solat jam berapa, semua tak tahu. 

Berbekal sedikit info yang aku google, aku merasakan website ini terbaik buat setakat ini untuk kita jadikan panduan waktu sembahyang, arah kiblat dan lain-lain. Aku nak share dengan semua. Ke... aku yang baru tau ni??

Ada darjah kiblat untuk setiap negara. Ada macam-macam informasi dalam laman web tu. Tapi sahih tak sahih wallahualam. Walaubagaiamanpun aku jadikan web ni sebagai guideline untuk bersolat di luar negara nanti..


Dah siap gugel waktu solat di sana. Kalau ikut kiraan jam beza sana dan sini dalam satu jam. Kita dah pukul 10malam mereka baru pukul 9malam. :) Kena study solat jamak qasar pula nanti.

Ada lagi satu nak share.


Tahu apa ini? Pinky.

Ini ialah sarung underwater untuk compact camera aku nanti. Beli kat Lelong website. Bila beli barang murah don't expect kualiti dia sebagus harga yang beribu kan? Cuba jaya je ni, kalau masuk air jugak time snorkeling nanti bye bye la Samsung SH100 aku tu.

3 hari lagi. Aku harap segalanya mengikut apa yang di plan. Insyaallah.

Rabu, 6 Jun 2012

Must try! Restoran Ayam Kampung Tg. Malim

Pakcik suka makan. Chubby dia pun suka makan. Ngam lah tu...
Tapi di situ saja mereka ngam. Yang lain K.O.

Lupakan pasal K.O itu. Lets focus on the meals that we have masa lawatan ke Kalumpang Resort hari itu. Pakcik tak habis-habis memuji the foods here was great. Macam marveles sampai tempat lain tak ada lah. Pakcik cakap 10 tahun lepas rasanya tetap sama, tak berubah. 

Kepelikan aku sekejap, kenapa time kami sefamili duduk di Tg Malim tak tahu pun pasal kedai ini? Aku cuma tau pasal pau Yik Mun saja.


Kami masuk kedai tu tengok semua dah tak ada dalam tray tu. Tinggal kuah saja. Ingat nak ala-carte kalau dah macam gitu. Sobs. Makan nasi dengan kuah. Bukan rezeki  kot sebab kami sampai pun dah jam 3.00ptg lebih. Masa dah duduk di meja itu pakcik panggil kakak manis yang dok dalam kedai ini, nak minta kuah ayam kampung masak rendang. Tetiba kakak itu cakap ayam ada lagi. Haruslah membuntang mata kami dua, ayam kampung si pembuka selera ada lagi. Terus order 2 ketul. Kakak manis itu sorok tempat lain. Mungkin nak avoid lalat kot. Tapi dijamin kedai itu tiada lalat.

Tara!! Ini baru makan berlauk. Bukan semata kuah saja.
Udang saiz agam. Aku bukan penggemar udang. Tapi makan juga.
Ayam kampung masak rendang uolls!!
Sedap. Tak tipu
Owner kedai best friend dengan peninju Mohamad Ali rupanya
Tanda harga ada dipamerkan. Maklumlah ini sebahagian kerja makcik. :)
Nampak tudung saji itu? Kat situlah dia sorok isi lauk-pauk dia.
Gambar dari arah depan kedai tersebut.
"Satu ketul tak cukup" - Tagline kedai ini kot.

Kedai ini berhadapan dengan sebuah stesen minyak BHP yang attached dengan KFC 24jam. Di sebelah kedai di bahagian kirinya ialah sebuah sekolah menengah kalau tak silap aku nama SMK Khir Johari. Satu benda yang aku ralat sampai hari ini, aku lupa nak ambil no telefon orang dalam kedai ini. Mana tahu eso luasa ada hari nak datang lagi. Senang nak booking siap-siap. Next time la kot.

Teringat-ingat ayam kampung rendang dan ikan haruan goreng yang dimakan dengan nasi panas dan kuah masak lemak udang agam. Ya Allah... kecur air liur ambo.

Jom kita buat trip jalan-jalan pergi Sg Bil, Slim River nak?

 

Sabtu, 21 April 2012

Foto pagi hari kedua di Cherating

Tempat yang kami menginap jauh dari bandar Kuantan. We were in the middle of Kemaman and Kuantan.

Tengah berfikiran nak ke mana ni. Haishh... Rokok dah habis sekotak.

Apa aktiviti lain ye?? Macam dilanda kebosanan ni.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Ringkasan cerita Cherating semalam

Ini untuk hari pertama. Detail later.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Jumaat, 20 Mac 2009

Ke Jinjang Pelamin kisah percintaan mereka 1.0

Uish, sejak mc yang berminggu-minggu ini kerap sungguh aku mengupdate. Tidur pun dah tak tentu masa. Pukul 3am tidur, 12tgh baru celik mata.

Nafsu makan usah cakap, menjadi-jadi. Siap bos di pejabat cakap "Habislah syima, mc lama makin bulat nanti." Kawan-kawan office yang baca ni tolong sampaikan salam aku pada bos, pesan pada dia walaupun aku bulat atau berbentuk empat segi sekalipun, aku tak minta dia belikan baju aku.
.
.
.
Amaran: Entri ini akan berlaku limpahan gambar-gambar yang gojes dan penuh momento.



Aku nak buat liputan ekslusif perkahwinan kawan sepejabat aku, Adilme dan kawan baru yang agak rapat, Maria. Aku telah mendapat jemputan untuk hadir ke majlis bersejarah mereka ini. Aku punya jemputan agak special sikit sebab Maria telefon dan memaksa untuk aku mengambil cuti khas buat beliau. Dan ini pertama kali aku membantu majlis perkahwinan secara langsung.




Perjalanan ke Ipoh amat mencabar kredibiliti aku sebagai pemandu. Dengan hujan yang sangat lebat aku rasa macam give up nak teruskan perjalanan, tambahan pula aku gatal mencuba jalan lama mengikuti Sabak Bernam-Bagan Datoh-Teluk Intan-dan seterusnya. Bila sampai di tol, aku boleh biol sekejap tak lalu laluan Smart Tag, jadinya bila sampai di exit Ipoh kereta bershushun di laluan tunai.



Time aku sampai pengantin perempuan tengah menyiapkan diri sambil dihiasi mak andam. Pengantin lelaki agak terlewat sikit kerana tersangkut dalam hujan lebat di highway. Tok kadi juga lewat 30minit dari waktu yang dijangka.



Setelah semua barang hantaran disusun, dan pengantin perempuan duduk di tempat khas, pengantin lelaki dan wakilnya mengambil tempat di ruang untuk mengakad nikah. Ini debaran yang dinanti-nantikan sebab orang memang suka bertanya berapa kali si pengantin lelaki ini lafaz akad. Kalau dah buat preparation semua akan ok kan? Mereka sah menjadi pasangan suami isteri dengan sekali lafaz. Hebat. Adilme sempat mengerling ke arah aku dengan muka yang berlagak.



Prosiding diteruskan dengan upacara menyerah mas kahwin dan tukar cincin. Haih... bila pula time aku kan?



Malam berinai menyaksikan aku sebagai "pengapit terjunnya". Memang aku rasa kena dajal pun ada. Huhuhu tapi inilah pengalaman yang jarang aku kutip. Dah jadi pengapit ni, alamatnya lambatlah aku kahwin.


Syimalicious: Aku dah letih meniarap. Nanti aku sambung lagi. Dah mengantuk.

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...