Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Home Sweet Home. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Home Sweet Home. Papar semua catatan

Khamis, 12 April 2012

Hasil gegaran gempa bumi 11 April 2012

Untuk dikitar semula.
Korang rasa ke gegeran hari itu? Tak silap berlaku di Acheh dengan kekuatan 8.9 skala ritcher kan? Memang boleh tsunami pun. Tapi memandangkan titik kawasan berlaku di tempat lain, maka tiada berlaku tsunami. Cuak juga rasa time tu. Dahlah jauh dari famili. Nak kejar ke sana 4jam lebih kot. Tawakal. 

Tapi Alhamdullilah tak ada apa-apa terjadi.
Sebenarnya bukan nak cerita pasal gempa bumi Acheh. Aku nak bercerita pasal gempa bumi di rumah aku. Serious penampakan aku bukan calon terbaik untuk dijadikan isteri. Hihi. Maklumlah kerja aku sentiasa busy, kalah orang politik. Asyik balik malam ~ bersosial. Hiks!

Tu dia... Singapura dilanggar todak. Tapi ni bukan semak biasa.
Ini Kuala Selangor diserang babi tonyok...
Haritu dah terlampau tak tahan tengok rumah macam sarang puaka, maka aku dengan masa tu tak ada duit, korek tabung cari RM70 untuk hired dua orang helper. Terpaksa. 


Kumpul punya kumpul banyak sungguh barang-barang yang patut dibuang tapi aku simpan untuk pembiakkan sarang labah-labah. Habuk tak usah dikata, memang berdebu!

Baju-baju lama untuk diderma. Tapi sampai sudah aku peram dalam kotak tu. Penyudahnya bertahun-tahun dalam bilik setor.

Memandangkan aku tak tahu nak humban ke mana, aku sedekah pada helper-helper ini. Sebenarnya aku kurang ikhlas nak derma pada helper bangsa Melayu ni, asyik mengomel saja kerja dia. Tapi sebab dah niat nak derma, halalkanlah - cuba ikhlaskan hati. 

Aku ditegur jiran sebelah. "Mau pindah ka??" Bila aku cerita aku sedang membuat pembuangan sampah besar-besar, si Ravi datang untuk kelaskan kasut dan beberapa barang yang lain. Mereka orang susah, kasut koyak sikit pun mereka kata masih cantik. Timbul kasihan. Ambillah Ravi... jangan kau pergi menjual di Bundle sudah.

Korang jangan nak spekulasi aku pemalas. Memang aku pemalas. Tapi jangan banyak bunyi.


until then.... bye!

Rabu, 8 Februari 2012

Siapa yang jadi anak siapa ni?


Siapa yang kena interview? Nora ke parent aku?
Cuti Thaipusam kali ini plus dengan Maulidur Rasul maka aku ambil cuti direct seminggu. Memang tak ada rancangan nak balik dengan Nora, tetapi memandangkan dia ada agenda sendiri di JB, jadi aku pelawa dia tinggal di rumah beberapa hari.

Mak ayah aku menatang dia bukan main. Maklumlah tetamu yang bijak mengambil hati orang tua dan pandai memasak. Gambar di atas menunjukkan cik Nora bercerita tentang kelebihan daun-daun ulam yang orang kita sekarang jarang makan. Aku memang out lah bab-bab cerita hutan dan sungai air tawar. Mak ayah aku orang lama, mestilah seronok berkongsi cerita.

Alih-alih aku merasakan aku di sisihkan. Nak join cerita tak reti. Duduklah memencilkan diri kat sudut hall dan bermain Facebook. Hahaha.

Parent aku insist untuk dia stay lebih lama. Mana boleh kan, dia kena kerja. Jadi petang tadi masa hantar Nora pergi ke stesen bas, sayu saja mak aku. Dah tak ada kawan menyembang. Aku tak reti menyembang macam Nora sembang.

Aduyai...

Isnin, 15 Ogos 2011

Apa nak buat??

mendung
jalan basah. sejuk!
Tak kan nak tidur lagi??

Baca buku/majalah? Karang mesti terlena juga.

Cuaca sebegini hanya memungkinkan aku untuk sambung tidur. Letih lah tidur berjam-jam. Tiap kali aku balik sini, cuaca mesti sejuk dingin macam ni, kuyu je mata ambo.

Sedangkan status dan tweet kawan-kawan lain asyik kata panas membahang, di sini lain pula ceritanya. Semalam lagi dahsyat. Berapa kali trip karen sebab kilat sabung menyabung dan guruh yang maha kuat.



*menguap buat kali ke 88*


Owwh! What a cloudy and gloomy day. Bila masa nak pergi sopping pun tak tau.



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Ahad, 14 Ogos 2011

Nak raya kena semua baru ke?

Kesian kat mak. Dapat anak kerja pun gaji tak besar. Aku maksudkan diri aku la tu. Tiap kali raya, pakai je barang yang sama, ulang-ulang.

Tapi selagi boleh pakai, tak rosak, tak buruk buat apa nak tukar-tukar kan? Itu pendapat aku la. Jadinya... Tahun ni kalau ada rezeki mahu cari curtain baru kot. Hehehe... dan bukan aku yang sponsor.

Warna apa yang cantik untuk hall yang guna perabot kayu berukir? Blank sekejap. Perabot di hall pun memainkan peranan untuk pemilihan warna langsir. Ataupun tukar perabot tu dengan couch yang lebih up to date? Lagi byk pakai duit kan...?

*tengah pening pilih warna dan costing





Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Khamis, 18 November 2010

Resepi Pecal Lele

Hari ni, aku mencuba resepi baru yang selalu aku singgah makan kat kedai je. Pecal lele. Aku google dalam internet resepi ni dan rata-rata menyajikan masakan ikan keli berkuah santan putih. Aku tak mau yang ini, aku mengidam rasa masakan Jawa/Indon. So, cari punya cari aku try n error dengan hasil bantuan mak, Ati dan Mimi.


Bahan-bahan untuk menggoreng ikan keli
Serbuk Lada hitam
Tepung Jagung
Sedikit garam dan kunyit
*perap selama 30 minit

Cara-cara:
Goreng secara deep fry la.

Tips: Ikan keli lain kali jangan beli besar-besar, beli comel-comel senang ratah dan sedap. Besar pun best juga tapi kena deep fry lama-lama bagi garing. Mak suka masak dengan minyak yang sikit maka goreng ikan keli selalunya akan meletup jadi masukkan asam keping untuk kurangkan letupan minyak dalam kuali.

Bahan-bahan untuk sambal pedas meletup
2 genggam ikan bilis
4 biji bawang besar
5 biji bawang putih
30 biji cili padi
5cm belacan
3 senduk kecil cili boh yang memang dah pedas
garam dan gula kabung (gula melaka)

Cara-cara:

  1. Goreng ikan bilis sampai garing
  2. Potong kasar bawang putih, bawang besar dan cili padi
  3. Goreng belacan dan masukkan bahan yang dipotong tadi dan tunggu sehingga layu. 
  4. Masak cili boh sampai agak-agak kering
  5. Tunggu semua bahan agak sejuk dan kisar kasar.
  6. Kemudian masak balik bahan yang dikisar dengan cili boh tadi dan masukkan garam serta gula kabung secukup rasa.
Tips: Masukkan daun limau purut untuk menaikkan aroma sambal pedas meletup ini.


Sambal cili dia yang memainkan peranan untuk menyedapkan makanan.

Setakat ini dahulu,

 

Ahad, 12 September 2010

Aidilfitri yang tiada tajuk

Macamana raya tahun ni?

*gigit kuku* 

Aku macam biasalah, masih tak ada feel. Tak rasa happening, tak rasa apa-apa pun. Just another ordinary day. Makin meningkat usia aku merasakan Raya adalah hari-hari biasa ataupun perasaan itu wujud dek kerana aku masih solo? Tapi ramai lagi yang masih men-solo-kan diri dan bergembira di hari lebaran. Kan? Kan? Kan? No harm pun...

Tahun ni aku terlepas menyaksikan takbir dari rumah ke rumah macam tahun lepas. Gara-gara balik malam raya sangat. Dan gara-gara itu berpunca daripada En. Jacob. Apa khabar lah dia di sana??


Jacob hilang. Dari pagi sampai ke petang tunggu tapi dia tak balik-balik. Aku terpaksa meninggalkan dia. Berpesan aku pada jiran sebelah untuk tengok-tengokkan kelibat dia. Kalau jumpa, sms. Sampai ke hari ini raya yang ketiga tiada sms pun tentang Jacob. Mungkin dia dah jumpa tuan baru. Lepas ni aku akan merindui ekor bushy dan perangai miang dia. Sob...sob...sob :((

***

Ingatan masih terkenangkan dia. Well, life must go on omputih kata. Dah ketentuan aku di uji sebegini kot. Dan sebenarnya aku dah menjangkakan ini yang berlaku. Ex-chenta mesti happy-happy dengan famili dia dan future fiancee to be or wife or gf. Tak kisahlah. Aku dah maafkan semua sekali. Aku tak sedih tentang perkara itu. Pasti.


He knows whats best for us.

Be u are married or single..relationship with your boyfriend/ girlfriend/ husband/ wife has it's own ups n downs too ~Hajar Ayob


Setakat ini dahulu,

 

Isnin, 9 November 2009

Aku geram dan aku berdendam. Beruk betul!!

Dulu ~ pagi-pagi aku dah bergaduh mereka.

Pernah sekali aku buka pintu belakang dapur dan pintu depan rumah waktu pagi untuk mendapatkan udara segar masuk. Dan rezeki masuk. Alih-alih yang masuk bapak beruk yang cuba mencuri sebuku roti yang ada di dapur. Aku siap berkejar menghambat bapak beruk ni tapi dia berjaya meloloskan diri mengikut lubang-lubang besi kat dapur tu.

Pernah juga berlaku, aku membuang roti yang dah berkulat di dalam ruang membuang sampah yang berselak, tapi beruk tu bijak buka selak tu dan selerakkan sampah yang aku buang untuk mengambil sebuku roti dan sisa-sisa yang sampah yang boleh dimakan.

Aku geram, kejar balik beruk tu dan rebut roti tu. Tapi biasalah, beruk jantan tak takut perempuan kan? Dia sergah aku balik. Aku terkejut, aku hempuk roti tu atas kepala binatang tu dan lari. Hahahaha. Aku rasa bangga dapat pukul binatang tu dan menyelamatkan diri.

Tapi jiran sebelah rumah aku kata tak baik buat macam tu, dia binatang yang ada sakti. Binatang itu kan dewa yang mereka sembah. Dia kata binatang itu boleh sumpah aku, kalau aku aniaya diorang. Aku respeklah agama diorang.

Yang aku pantang, mereka bagi makan betul-betul belakang rumah aku. Dah tentu beruk-beruk ni berak merata-rata di sekitar rumah aku. Aku patut nak marah siapa? Beruk ke jiran aku?

Hish... Ada hari ko, siaplah ko beruk. Eh! Ini beruk ke kera? Aku tak reti bezakan.







Syimalicious: Dendam yang tak berbalas.

Khamis, 15 Oktober 2009

Tidak ter-update kisah open house ku

Wah! Marveles ok? Apa yang marveles?

Aku ingat rumah orang bujang tak boleh meletop buat open house. Tak sangka sambutan sangat menggalakkan (maklumlah makan malam free). Tahun depan kalau ada duit lebih boleh buat lagi.

Punya la penat bercampur eksaited aku terus lupa nak snap gambar. Bila penat mengemas, memasak dan tetamu makan apa yang kita masak, kita terus lupa rasa kepenatan itu. Terapi yang baguskan?

Tapi tanpa bantuan tukang masak sebenar aku tak mampu nak settle open house ni seorang. Memang meletihkan tapi pengalaman yang best. Rugilah korang tak datang merasa kuah kacang resipi turun temurun. Aku masak sendiri ok?

Nanti aku update gambar pula, walaupun gambar ada 4 keping saja. Sekarang tak boleh nak upload sebab owner kamera (tukang masak) pergi bercuti ke Sarawak.



Selasa, 29 September 2009

Dude hilang tempat bermanja

Aku tak pernah cerita pasal Dude selama ni. Dude bukan boyfren baru aku. Dude ialah anak angkat keluarga kami.

Dude bosan. Asyik tidur saja kerja dia.

Dulu Dude ada kawan. Nama dia Hitam. Mereka selalu ke sana ke sini bersama-sama. Kami sekeluarga agak konfius sebabnya Dude dan Hitam ini sama-sama jantan. Tapi cara pergaulan mereka sangat dramatik dan romantis. Selalu melihat mereka bertepuk tampar.

Suatu hari Hitam buat perangai. Kencing merata dalam rumah tuannya. Apa lagi, tuan rumah terus zasss Hitam dari rumah mereka. Kesian tengok Dude, macam orang putus cinta. Lemah sahaja. Macam aku sekarang.

Aku buli dia pun dia buat tak reti.


Ingat tak dinochor juling ini?


Ling (Juling)... kita kawan nak?? I lonely....



Isnin, 28 September 2009

The real Malam Raya - Takbir

Di kawasan perumahan cluster ini, komuniti/rukun tetangga di sini amat aktif. Biarpun taman perumahan baru dan kependudukan yang belum padat ada saja aktiviti kemasyarakatan diadakan.


Sebelum ini aku membesar mostly di kejiranan cina dan kejiranan melayu yang suka bergosip, jadi aktiviti Takbir dari rumah ke rumah amat asing pada aku. Since aku macam jakun tak pernah join aktiviti macam ni, aku minta mak untuk stay sekejap untuk menyaksikan satu pembaharuan. Mungkin tempat lain dah biasa kot.

Motifnya di sini, supaya para penghuni cluster dapat mengeratkan lagi ukhwah, tanda perkenalan dan menghilangkan rasa hiba bagi yang tidak pulang ke kampung halaman. Tuan rumah cuma perlu mensajikan juadah ringan dan minuman kepada tetamu untuk menghilangkan haus setelah mengalunkan takbir.




Suka tengok mereka shy-shy cat

Mula-mula gambar beramai-ramai. Sekarang turn mereka pula.

Abah suka buat bibir macam tu. Korang boleh buat?


Pose manja gitu

Bila bergambar, abah jarang senyum. Macam ini lah kalau kena paksa senyum.

Gambar natural. Tapi sayangnya gambar ini kabur. :(





Gambar-gambar best raya tahun ini (2009)

Minggu ni mesti semua dah masuk kerja. Puas beraya seminggu??! Aku tak sakan sangat beraya. Paling-paling masyuk pun sampai hari raya ke-2 je. Tahun ini dalam sejarah, kami tidak pulang ke kampung. Beraya di perantauan tanpa saudara mara.

Tanpa mereka pun meriah juga!!

Kita kasi intro gambar dulu. Bagi pengguna facebook mungkin dah ada yang view gambar-gambar ini.





















Tak mahu letak caption. Rekalah cerita sendiri.






Syimalicious: Adik no.2 tiada dalam gambar sebab bertugas demi nusa bangsa.

Sabtu, 11 Julai 2009

Rumah bujanganku sebelum dilanggar Todak

Bila hari Sabtu yang panas terik sambil membuka baju dan dalam keadaan santai aku membuka balik folder-folder gambar yang dulu.

Aku terjumpa gambar lama rumah bujang yang aku duduki sekarang.

Ini adalah sebahagian himpunan gambar setahun lepas. Hangpa mai la ni, hangpa akan pengsanlah, tak ada rupa perempuan yang duduk di rumah ni. Sebab rumah la ni macam tongkang pecah, bak Singapura dilanggar todak.

Ini adalah ruang tamuku yang terhad. Aiseh, kenapa ada muka Meon dalam TV tu? Tak bombastik langsung tengok cerita sebegitu. (ayat cover line...)
Rumah ini adalah terus, maksud aku dapur, ruang makan dan ruang tamu tiada dinding divider seperti rumah design lama. Kalau buka pintu belakang, jiran belakang boleh nampak siapa jiran yang di depan rumah aku. Very straight away.

Ruang makan dan fridge cinonet aku. Fridge aku ini kecil tapi padat dengan makanan-makanan instant zaman prasejarah (dah expired la tu)
.
Ini pula ruang dapur untuk memasak, tak kan nak main dam di sini kan? Di sini tak ada wet kitchen, dry kitchen bagai. Rumah sewa tak perlu nak modified melampau. Sila ignore susunan barang kering yang begitu cincai. Oven tu perhiasan semata-mata, sebab selama 3 tahun ini aku tak pernah buat kek lagi. Hahaha

Meja studyku telah berubah menjadi meja untuk main masak-masak. Tempat membasuh automatikku letakkan disebelah kiri, manakala water filter Bio-Aura (pomot sikit) itu diletakkan dibawah sahaja. Sangat berat sehingga menyebabkan sinki aku bertukar dua kali akibat melendut.

Sesuai tak jadi rumah kelamin? Korang rasa sesuai tak??

Entry ini saja di-up-kan untuk mengisi masa lapang. Ada komen ke?









Syimalicious: Jangan mengada nak request gambar bilik tempat berkubangku dan gambar rumah sesudah dilanggar todak.

Ahad, 29 Mac 2009

Juling Air. Mata siapa juling?

TaDaa...

Mempersembahkan anak Dinochor Juling.


My mom's pet

GOOD MORNING MALAYSIA!!
~lalala~





Syimalicious : I'm getting lack of ideas...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...