Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Accident. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Accident. Papar semua catatan

Jumaat, 10 Februari 2012

Saya suka tengok accident!

Hari tu lepas balik kerja, aku terserempak dengan satu kemalangan yang melibatkan lori terbabas masuk parit.

pandangan jauh sebab kereta terlajak ke depan
kasi zoom sikit ~ Lori tanker tergolek dog

Kiut! Aku suka tengok lori accident tambah-tambah kalau kesemua tayar naik ke atas. Macam kura-kura. Haha. Tapi ini kes masuk parit. Macam leher terkehel saja. Nanti kalau aku terjumpa accident lori lain depan mata, aku share dalam blog ini hokey??




until then.... bye!

Selasa, 27 Disember 2011

Tragedi sambutan Krismas 2011

Hancur....

Remuk....

Kecewa...

STRESSSSSSS!!!!!!

3 tahun cuba menjaga NCD akhirnya termusnah di tangan orang lain. Tak sangka sepeninggalan aku, dia merajuk dan mengkemekkan dirinya...

"Sayang, I switch kereta sekejap je kan? Nanti New Year I ambil U balik..." pesan aku sebelum meninggalkan dia di JB.. Merajuk punya pasal jadilah gambar dibawah. Aku pun tak tau kondisi dia sekarang macamana.

Sedihnya.... 
Tapikan... baby saya remuk macam tak efek enjin, lihat la pada Vios kat bawah. Agak dalam kan lekuk dia? (nak sedapkan hati kata Savvy dia kuat...)

Aku tak tahu dia di bengkel mana, semua aku serahkan pada adik aku sebab dia punca semua ni jadi gini...


Sempat lagi nak tikam nombor kat Magnum atau Toto. Berminat? Sila mesej aku. Hiks!

x o x o,









Rabu, 12 November 2008

Bahana sakit gigi

Member aku cakap sakit gigi memang perkara yang menderitakan. Dan aku fikir selama ini aku menjaga gigi aku dengan baik. Tapi aku silap.

Korang tau apa terjadi pada aku baru-baru ini??

AKU EKSIDEN!!!

Kejadian berlaku pada lebih kurang tengahari di depan bangunan Majlis Daerah Kuala Selangor. Konon-konon nak ambil shortcut sebab nak ke klinik gigi, tak tahu nak jadi macam ni. Memang aku tak sedar macamana aku boleh hit kereta itu. Aku berlanggar dengan kereta Iswara Sedan. Korang kena tau Iswara ialah sebuah kereta kebal buatan Proton. Kebal ke?? Aku saja reka nama baru.

Dekat T-junction tu, masa aku nak masuk selekoh kiri, fikiran melayang entah ke mana, tetiba je kereta aku terangkat. Terus berdesup jantung aku. I'm crashing the car! Mungkin tak teruk pada pandangan korang, tapi teruk poket aku sebab spare part Savvy mahal. Padan muka, siapa suruh beli Savvy kan?

Ya, aku mengaku aku salah.






Keadaan kereta aku.







Keadaan kereta mangsa.


Masa tu aku dah pun call BFF (wajiblah aku call hero aku dulu), sudahnya dua team turun. Terima kasih semua. Kawan-kawan aku yang slow talk dengan mangsa pelanggaran, dan dipersetujui RM300 aku kena bayar. Aku beranggapan untuk bayar secara installment. Kenalah sedar diri, duit bukannya adakan?






Aku paling tak boleh blah bila callman ramai-ramai kat tempat kejadian. Kecoh je wei! Ada mamat India ni bawa Satria huru-hara, dengan tangan pegang walkie talkie, turun daripada kereta "Dik, nak repair kereta ni mahal tau?" Eii... rimas aku, macam lah aku bodohkan? Takkan kerosakkan macam ni nak claim insurans?? Bangang!!

Setelah semua setel, kitorang pun bersurai. Korang nak tau? BFF dah bayarkan RM300 itu!!! Sayang gile dengan dia!

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...