Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Sudut Kecantikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sudut Kecantikan. Papar semua catatan

Selasa, 10 Mei 2016

Program Testimoni Cosmoderm

Hai korang.

Lama sangat dah tak menaip. Banyak benda berlaku dalam hidup aku untuk beberapa bulan ni dan teringin sangat nak diabadikan dalam blog, tapi itulah... bz yang amat. Bukan buat-buat bz.

Naik balik aku dari cuti yang panjang, pagi tadi aku ditegur kakak di kaunter beritahu ada barang untuk aku. Besar katanya. Sebelum cuti-cuti Malaysia hari tu tak ada pula aku shopping online. Sekali terpandang kotak Cosmoderm.



Ok, baru teringat hari tu pihak Cosmoderm ada email offer untuk guna produk baru mereka tapi tu email lama dulu bulan Disember 2015. Ingat tak jadi. Tapi orang bagi free kita ambil la kan.



Cosmoderm bagi satu set,
- Luminious Pearl Brightening Mousse Cleanser
- Luminious Pearl Brightening Toner
- Luminious Pearl Dark Spot
- Luminious Pearl Day Active Protector SPF 50 PA+++
- Luminious Pearl Brightening Night Serum

Suka aku nak try. Cuma aku curious, biasanya muka yang naik jeragat ni lepas beranak, macam aku cuma nak cerahkan kulit muka je, boleh ke pakai?


 Cara penggunaan pun ada diterangkan sekali. Ehh.. tak zabar nak try.


Lagi-lagi night serum tu. Helps brighten skin safely, improve skin tone for lighter and radiant skin. Tapi lain orang lain kulit dia kan. Tak apa, kita test dulu.

Itu je aku nak share kegembiraan hari ni. Kbai.

Rabu, 21 Januari 2015

Fesyen Terkini Wanita Bekerjaya

Mentang-mentang dah masuk kerja kat Putrajaya, mula berangan nak pakai itu, pakai ini. Bergaya sikit, tak nak lah asyik berbaju kurung saja. Cemuih… Zaman 10 tahun dulu boleh lah cerita. Ecececeh… semangat sikit.

Seiring dengan permodenan, kebanyakkan wanita pada masa kini adalah wanita bekerjaya. Justeru itu, majoriti wanita semakin bijak bergaya dan tidak terlepas daripada mengikuti perkembangan fesyen terkini. Tampil bergaya dan fashionable bukanlah semata-mata untuk kepuasan diri si pemakai, tetapi penting untuk meningkatkan tahap keyakinan dan membentuk imej yang positif. (skema tak ayat?) Untuk kelihatan cantik menawan ramai antara kita wanita yang sanggup berbelanja besar untuk mengikuti trend fesyen terkini. Betul kan? Cuba tanya partner in crime aku, Isdin.

Menyentuh mengenai fesyen terkini wanita bekerjaya, tahu tak korang sebenarnya trend fesyen sentiasa berulang-ulang dan pada masa yang sama tetap berkembang? Entri kali ini aku nak berkongsi sedikit info mengenai fesyen terkini wanita.


Bagi korang yang ingin kelihatan feminine, pemilihan pakaian Muslimah (bagi wanita bertudung) dan pemakaian dress (maxi dress, midi dress dan lain-lain) merupakan pilihan yang ideal. Koleksi pakaian Muslimah tu macam baju kurung moden, jubah cotton, kaftan dan lain-lain.


Pemakaian kemeja dan outerwear seperti blazer dan jacket juga merupakan pilihan ideal yang ‘evergreen’ dan korang akan kelihatan elegan dan sophisticated.



You can never go wrong with blouse sebab korang boleh pakai blouse untuk apa-apa acara bagi tampil santai atau smart casual.

Korang wajib pergi tengok koleksi fesyen kat link atas. Aku jamin affordable, cantik, dan berkualiti. Jangan risau tentang saiz, plussize macam aku pun ada stok tau.

Selasa, 2 Jun 2009

......

Korang ada nampak tak?

Gam bulu mata palsu aku hilang...

Tak kan nak kena beli lagi? Mahal tu walaupun RM10 je.




Syimalicious: Sekadar untuk up entry baru. Hahahaha

Khamis, 12 Februari 2009

Jom main makeup-makeup

P/S: Jumie, akak amek link yang hang taruk dalam YM masuk dalam blog ni tao??

Untuk siapa-siapa yang berminat untuk dapatkan khidmat tukang makeup separa profesional (bakat semulajadi) di sebelah utara Malaysia bolehlah melayari blog beliau. Aku mengagumi bakat dia. Malangnya aku masih belum diperkenankan yang dipertua ayahanda untuk bernikah jadi tak boleh nak hire beliau.

Untuk membuang masa dan menilai bakat seni korang dalam dunia solekan silalah klik di sini.

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...