Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Flora's Legacy. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Flora's Legacy. Papar semua catatan

Rabu, 29 Oktober 2014

Drama menangis di malam buta

Cerita asal >>> sini

(Kejadian minggu lepas) Hampir seminggu tak jumpa Flora, aku dah mula pasrah. Mula untuk menerima hakikat Flora tak ditakdirkan hidup tua bersama aku. Tak sempat nak tengok macamana kucing nyanyuk, tak merasa nak bagi anak-anak sendiri main dengan Flora.

Berita pasal Flora hilang aku kongsikan dengan famili aku. Mak whatsapp aku, ikhtiar minta aku buat flyer edarkan ke setiap rumah di taman selain buat solat hajat dan baca Yasin. Lantaklah orang nak kutuk, nak kata aku beria sangat sedih berlebih-lebih. Orang lain mungkin tak faham macamana bondingnya aku dengan Flora selama 4 tahun lebih. Dari aku bujang tak laku sampai dah berlaki. Semua dengan Flora, sedih dan gembira aku dengan Flora. Bila dia hilang, memang terasa sangat.


Selasa, 12 Jun 2012

RIP kesayangan Mommy dan Daddy

Tiga minggu lepas,
Time ini pakcik buat derma makan KFC, makan besar mereka hari itu
Tunggu turn, kasi lepas anak-anak dulu
Flora baca paper kejap : Let's get married?
Atik tak berhenti makan lagi
Dengki betul Mayo pada stiker dinding itu
Dah koyak. Memang kerja dialah tu

Dah hilang. Dah koyak. Tak boleh nak tampal semula
Kena jerkah, diam kejap. Aku rindu keletah dia
RIP Mayo. Saya rindu awak


Jumaat, 8 Jun 2012

Masa petang yang berkualiti bersama MEREKA

Hari ini balik kerja dalam keadaan kusut. Pening kepala sebab banyak kerja pending. Padan muka diri sendiri.

Jadi tak mahu melayan masalah, aku bawa Flora berjalan-jalan. Anak-anak dia dah pandai engkar arahan. Buat rentung saja bila si Flora dok ter-meow-meow panggil mereka. Geram betul mereka berlari ke sana ke mari. Takut dilanggar kereta tapi nak dikurung kesian. Aku teman mereka main panjat-panjat pokok mangga rumah orang sebelah.

Si Anon mengintai. Ada orang nak si Anon ni, nak bagi ke tak nak? Macam sedih pula...
Adorable sungguh mereka
Hidung dan bulu badan si Mayo asyik kotor sebab suka main bawah enjin kereta
Flora pantau anak-anak dia bermain
Ada budak-budak perempuan ni, lalu depan umah aku tatkala tengah rancak bersembang dengan jiran aku. Aku panggil mereka, terus capai anak kucing dalam bakul basikal salah seorang dari mereka. Ya ampun, amat comel sekali. Mata biru.
Ini Nina. Sangat fragile, lembut sana sini. Picit kuat-kuat.
Muka innocent nak minta pelempang
Abih episod cerita kucing.

****

Flora bising lapar. Dahlah tak mahu makan biskut yang aku beli hari itu. Tension! Aku dengan tak malunya tanya pada jiran aku tu nak kan nasi untuk digaul dengan makanan basah peket. Aku teringat 2 biji durian yang Nora bagi aku malam semalam. Sebagai sistem barter dan dari biar dia busuk satu rumah baik share dengan famili Ravi si jiran aku itu. Lagipun aku mana ada parang nak belah durian.

Terima kasih Cik Nora
Sesi membelah durian
Durian dah belah. Manis isinya walaupun nipis
So hari ini aku telah berjaya belajar bercakap Tamil sedikit. Tamil ke Telegu? Hantam saja.
"Sumitra, durian sapedek. Inggava!" Terjemahan : "Sumitra, ke mari makan durian." Suka anak-anak si Ravi bila aku cakap dalam bahasa mereka. Mereka kurang faham bahasa Melayu sebab memang bersekolah di pure bahasa perantaranya Tamil.

Flora pun sibuk. Selalu makan je durian. Sekarang kerek, tak layan.
Anak dara Ravi, Sumitra 15thn. Mak dia tak ada, dialah jaga adik-adik. Kesian

Owh siapa jadi fotografer aku hari ini? Anak buah si Ravi. Tentera muda yang fluent Bahasa Melayu dan cakap banyak.

Cerita pada mak, mak pesan lagi. "Hati-hati Ravi tak ada bini tu, nanti jadi apa-apa susah kang." Ish, tak mungkinlah Ravi itu bernafsu pada aku. Orangnya lurus bendul dan macam bodoh-bodoh alang. Tapi mak kata "benda itu" tidak bodoh. Baik mak.

Erm, tak kisahlah. Setuju tak kalau aku kata aku jiran yang baik?? 


Selasa, 15 Mei 2012

Tenkiu daddy sebab bawakan kami makanan

Dah tiga hari aku asyik lupa nak belikan makanan untuk mereka. Bagi biskut, sombong tak mahu makan.

Hari ini mommy dengan daddy berperang untuk kali ke 30 ribu, tapi daddy sayang korang lagi daddy belikan makanan basah untuk korang. Dahlah beli di 7eleven. Mahal. Mana mommy nak cekau duit ganti duit daddy? Daddy banyak tanggungan yang sah berbanding korang yang cuma anak angkat je.

Daddy... kami dah kenyang. Tenkiu daddy.


Kalau tak ada makanan kami tidur untuk ikat perut
Flora pun dah kenyang
Kami pun dah kenyang juga

Daddy terlupa nak tanya mommy dah makan ke belum. Sob! Tapi lepas 15minit kemudian ada delivery mee sanggol blackpepper. Mommy tak pasti ini makanan bertujuan untuk memerli mommy, mencurahkan lagi minyak ke dalam api atau ikhlas nak bagi perut mommy terisi.

Lapar. Makanlah juga. Ego sangat mati keras esok
Bila terlalu lapar, perut akan masuk angin. I don't feel like to eat.Dah sebu. But anyway thank you. We always fight, quarrel... but I don't know why we still attached.

Kesiankan aku mungkin...

Selasa, 1 Mei 2012

Sesi pembelajaran untuk si kecil


Si kecil tiga ekor ni dah pandai berak aku rasa. Ini berikutan pertemuan beberapa evidence tahi-tahi halus di sekitar dapur.

Jadi keje aku pula nak mengemop. Dah lah aku memang malas tahap jebon.

Okey, masa Flora zaman kecil-kecil dulu sangkar yang aku beli kecil sangat. Jadi bekas (litter box) tu pun kecil, memang kena buat kerja lebih menyapu pasir-pasir bertaburan lepas Flora dan Jacob buat "bisnes".

Dulu aku angkat Flora dan Jacob dalam pasir-pasir tu bagi mereka biasa dengan keadaan tu. Tapi instead nak train mereka, aku tengok mereka makan pasir-pasir tu.

Serupa dengan anak-anak Flora sekarang. Baik Mayo, Anon, dan Atik macam suka menikmati pasir tu. Iyucksss!

Cuma aku sekarang tengah keliru nak mencari pasir refill mereka, ada yang suruh rembat pasir org bancuh simen di tapak projek perumahan, ada yang suruh kurung dalam toilet, but for the time being aku beli pasir kucing di Tesco. Ye, memang mahal.


Yang jenama Catsan tu ada bau lemon. Bila kucing kencing di pasir ni, dia akan bergumpal dan senang untuk buang.


Yang jenama Tidy Cat Purina ni pada aku memang mahal la pun. Pasir-pasir dia kasar dan tidak akan clumping. Senang sangat nak tapis pasir tu nanti untuk kes tahi keras lah. Cuma aku tak rasa pasir ni absorb air kencing.

Untuk mix and match aku campurkan kedua-dua nya sekali. Tapi hasilnya aku berpendapat, sila pakai satu jenis dalam satu masa.

Itu saja nak cerita. Bye!!


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...