Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Aeon Bukit Tinggi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aeon Bukit Tinggi. Papar semua catatan

Khamis, 3 Mei 2012

Sebab sayang, hujan lebat sanggup ku redah

Tak hengat punya tajuk post kan? Tapi siang tadi memang hujan lebat sangat. Sampai orang Meteorlogi meramalkan akan berlaku banjir kilat di beberapa tempat di Selangor / KL. Kan?

Haaaaa... pedulilah. Tak sangka kan.... ada habuan bila kita merisikokan diri untuk ehem-ehem. Haha! Best! Perangai gila datang balik. Sanggup drive jauh-jauh jumpa buah hati. Eceh! Buah hati la sangat. Habis tu nak letak buah apa? Buah..... tut...!

Memang kerja gilalah juga dengan kondisi kereta yang aku drive, dengan hujan yang amat lebat sampai pandangan jalan langsung kabur.

Sayang kamu la pakcik!

Pakcik terpaksa cuti seminggu dari tugasan, kereta dia masuk hospital sebab merajuk kena paksa pergi KB. Bukan merajuk pasal tu sebenarnya. Sebelum ni pakcik ada ugut-ugut manja nak tukar kereta baru. Kereta kan ada jiwa kata pakcik. Puaslah kena usap-usap kereta mafia dia tu tapi degil tak nak mengalah. #tetiba aku rasa nak hasut pakcik tukar je kereta itu. *gelak jahat*


Okey, sementara pakcik nak siapkan perkara-perkara lain, dia dropkan aku di Aeon Bukit Tinggi. Tak sempat pusing jauh, sajalah hati nak pusing-pusing masuk dalam Brands Outlet. Dan tetiba nafsu berahi berombak di situ.


SYURGAAAAAA!!!



Terus terpana tengok sandal-sandal di situ. Aku memang tengah putus bekalan tiada sandal untuk pergi kerja dan berpesta. Asyik sarung selipar Mammoth tali merah kesukaan pakcik je. Nak juga jadi ladies. Mari mulakan pencarian.

Oren atau hitam leopard print?
Perhap merah sebab tema nak ke Krabi nanti?
Atau sandal khakis yang tampak sederhana elegant 
Pink atau jeans color ni?
Merah bulat-bulat?
Makcik dah konfius!! Banyaknya pilihan.
Kasut sukan dah tersadai nun di hujung sana
Akhirnya tukang bayar datang tolong buat pilihan. Ada tukang bayar tau?? Hadiah meredah hujan tadi. Sayang awak tau. Lepas bayar pakcik tak bagi jalan jauh-jauh nanti poket dia nipis. Jahat aku ni kan?? Then perut minta diisi. Yang pasti pakcik kebuluran sebenarnya. Aku tak makan pun tak apa, sebab tengok kasut, baju, aksesori pun dah boleh kenyang. Lepas tu pakcik bawa satu tempat makan masih di sekitar Botanic Klang. Ala... lupa pula tempat makan ni. Tak menyempat nak snap gambar kedai. Kami order makanan simple saja.

Kangkung belacan yummieh!
Siakap stim limau yang SUPERB!
Sup ekor yang kurang masam
Semua sedap. Sambal belacan pun A. Cuma kalau sup ekor tu masam lagi mesti marveles. Kenyang macam ular sawa dua-dua orang. Total makan RM38. Relevan lagi harga makan kalau nak banding masa pergi bercuti di Cherating hari itu.

Tada!!
Sebab pakcik adalah seorang pakcik yang konservatif dan tidak berkenan kepada yang funky-funky, aku dapat empat pasang kasut. Kalau boleh tadi nak ambil 40 pasang. Tapi kaki ada dua je. Curi cermin mata dan gelang gedik. Harga dia?


Tak adalah mahal sangat. Sebab aku ini tak kejar jenama. Tak adalah Sembonia ke, Carlo Rino ke, Coach ke, Bonia ke asal bila dah sarung ke kaki nampak berkenan di hati, beli saja. Nak nampak cantik bukan pada jenama kan? How you mix and match. Pakai yang berjenama tapi tak tahu bergaya orang tetap cakap "Ini barang Petaling Street la tew..." Kekeke.

Sangat suka hati sebab pakcik yang bayar. Muahhhh muahhh la pakcik. Pakcik ikhlaskan?

Ok itu saja. Bye! Dah mengantuk.

 

Selasa, 26 Januari 2010

Romen Jahat

Dah lama tak macam ni ramai-ramai. Gila-gila, nyam-nyam, jilat-jilat, sedap-sedap, suka hati!



Roma-roma ma ma, gaga u la la...



Bukan cerita gang-bang atau beromen ramai-ramai. Ish!!


Pergi karaoke saja. Bukan projek geli-geli.

Semalam sesi menjerit puas-puas kerana kami mendapat kunjungan terhormat dari en. suami colleague ke tempat kami selalu menyumbangkan suara. Jauh tu, dari Melaka ke Klang untuk tengok bagaimana si isteri bersosial bersama kawan-kawannya.

Macam biasa, sesi pecah anak tekak dan makan-makan memang akan sentiasa diadakan di Green Box, Aeon Bukit Tinggi.


gambar aiskrim tak sempat nak snap*

Aku... mungkin nak lepaskan tekanan perasaan. Seminggu ni, i never looked at what i took for my lunch and dinner. Pergi mam la. Diet ku berkecamok sebentar.

Awek ni memang sentiasa over-feeling, drama queen la katakan. Kebetulan suara ala-ala serak Ella. Nama baru: Sella

Dah kenyang melantak; Tido. Dalam kebisingan suara-suara yang tak berapa cemerlang ni dia tak ada rasa terganggu pun. LOL

Gambar ni tak boleh komen, sebab ada gambar aku.

Inilah pasangan mempelai~pengantin baru yang muda dari kami semua. :(




Ye la...ye la... mesti korang tanya apa ke bangang aku letak tajuk entry Romen Jahat?

SEBAB...

Aku suka nyanyi lagi Bad Romance. ~lalalala






Syimalicious: *Jilat-jilat diatas adalah merujuk kepada aiskrim walaupun hakikatnya aiskrim tersebut dimakan dengan menggunakan sudu.

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...