Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Hal memakan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hal memakan. Papar semua catatan

Selasa, 21 Julai 2015

Resipi Spaghetti Aglio Olio Simple


Tetiba malam tadi teringin nak makan spaghetti Aglio Olio ni. Susah betul nak menyebut. Mulanya nak mengajak encik suami ke Pizza Hut. Bila fikir semula harga sepinggan tak sepadan dengan rasa kenyang, aku google resipi dia. Senang nak mampus rupanya. Semua benda ada kat rumah kecuali udang. Minta si Isdin pergi beli udang sikit.

Kredit kepada resipi aku bukan cheff

Bahan2:
1/2 paket spageti direbus- aku pakai spageti halus angel hair tu.
10-12 ekor udang
1/2 cawan air
sedikit serbuk pati ayam
2 sudu makan mentega
2 sudu minyak zaitun
5 ulas bawang putih (cincang halus)
3 - 5 biji cili api (dicincang halus)
1 biji cili merah atau hijau (dicincang)
daun sup (dihiris)
beberapa biji tomato ceri (belah 4), aku pakai tomato besar tu je lepas tu dadukan
sedikit lada hitam (ditumbuk) garam secukup rasa.
oregano, chili flakes

Cara masak:
Aku pakai dua peralatan, periuk kecil dengan kuali nonstik.
Mula-mula rebus kulit udang dengan sedikit air dan serbuk pati ayam dalam periuk, bekas kecil. Air tak perlu banyak. Dalam setengah cawan sudah. Satu lagi kuali non stick panaskan mentega dan gorengkan udang sebentar. Angkat dan ketepikan. Dengan menggunakan kuali yg sama, panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih dan cili api dan cili hijau/merah. Goreng sehingga kekuningan dan kemudian masukkan stok udang tadi. Kemudian masukkan spageti, lada hitam, nak rasa pedas bubuh lada putih juga. Jangan lupa letak garam, tomato dan terus tutup api. Masukkan oregano n chili flakes. Kacau rata.

Siap!

Isnin, 9 Jun 2014

Ulangtahun 3 bulan

Ulangtahun katanya. Tak, isdin tak kata apa-apa. 

Aku je yang poyo bagi tajuk entry macam ni. Sebenarnya keteringinan pada green tea Starbucks dah memuncak sejak 2 minggu lepas. Tapi ada je hal yang membuatkan kami terpaksa postpone.

Jumaat lepas, tanpa memikirkan bahawa keesokkannya nak pergi tolong mekap kawan, kami tetap juga meredah ke Setia Alam. Esok nya pagi-pagi subuh nak ke Serendah pula. Isdin kata tak ada masalah. Tomorrow you gonna be fine. Gitew...
Sampai je ke Starbuck Setia Alam, aku tepuk kepala tengok setiap sudut dipenuhi umat. Ramai sangat!  Jam menunjukkan 10.30pm. Tak pe kita gamble, masuk order baru cari tempat duduk.
Umat mereka saja yang memenuhi ruang
Dah order, kami tercanguk menunggu orang bangun dari tempat duduk mereka. Rata-rata minum 1 ice blended besar share 2 straw, sembang je lebih. Tak taulah dah berapa jam mereka macam tu sambil gentel-gentel straw. Tapi majoriti mengadap gadget memasing dan berdekah-dekah ketawa.
Nyum nyum...
Termanggu lagi. Dekat 15min jugalah jeling orang tapi org buat tak faham. Orang melayu aku tengok dalam 8orang je. Yang lain bangsa Cina. Isdin dah mula grumpy, perut dah lapar ni. Nasib sangat lepas tu ada kapel yang bangun. Ahhhh... lega dapat tempat duduk.

Aku macam biasa, tengah obses dengan green tea cream frappucino. Tak kira dah kalori semua tu. Bila masuk ke tekak, nikmatnya...
Green tea ni rasa macam pandan kan? Pastu mengadap tab balik.
Haah rasa macam pandan la sangat. Tapi aku punya green tea habis dulu. Sedapkan?
Lebiu.
Gendang gendut tali kecapi kenyang perut mak suka hati. Yeay! Jom balik. Nak kejar tengok Running Man pula.

Rabu, 15 Ogos 2012

Tinggal 12 jam untuk kenyang dengan RM1

Hari ini nak jadi juruhebah tak bertauliah untuk Abang Burn. Kenal Abang Burn tak? Dia bukan gitaris mana-mana kumpulan rock, bukan penyair, bukan juga finalis Imam muda.

Rugi korang kalau tak kenal.

Jangan berlengah, cepat-cepat plan ke Taman Dagang punya area malam ni sebab Abang Burn buat amal jariah offer burger bakar cuma RM1. Gerai burger mana berani offer Burger Beef Cheese RM1??


Okey, jangan nak order lain. BURGER BAKAR BEEF CHEESE saja. Tapi satu orang satu burger. Tapi kalau pandai undercover try la pakai wig, mana tahu dapat lagi sebiji burger lagi. Ingat ye, offer cuma dua jam saja, berakhir pada 12.00 tengah malam. 

Nasib rumah aku jauh, kalau rumah area Ampang ke, PJ ke, memang aku terjah pergi sana. Siapa-siapa yang pergi makan di sana, tolonglah makan untuk aku ye?? Sob....


Isnin, 1 Disember 2008

Minor operation - The trilogy (Part 2). The birthday present.

So, memandangkan aku akan ke Hospital pada 25hb Nov, BFF ajak aku keluar. Memang aku tau untuk tujuan celebrate Birthday. Apa lagi kan? Kebetulan pula mood aku tak ada. Asyik nak marah-marah. Berkeras aku cakap tak mahu keluar. Puas BFF memujuk. Dari waktu lepas kerja sampai nak masuk Maghrib. Haih! Berapalah bil telefon dia nanti. Aku memang hilang mood. Ada kes sikit yang menyebabkan aku moody. Really spoilt my mood! Dia kata nak bawa aku pergi makan, di KL. Which place? Aku tak tahu.

Lama-kelamaan aku jadi kesian, aku pun mengalah. Sebab dah lewat kami keluar, lebih kurang 9.00mlm, kami makan di Pizza Hut Kapar je. No big deal, as i not in a good mood.



Makan tetap makan. Tak ada maknanya nak mogok makan. But...the ice lemon tea masam bukan main!

After finishing those fat-meal, we heading home nearly 10.45pm. BFF complaining of stomachache. Adeh! Baru nak manja-manja. Right in front of my house, he turned his back and...
Jeng...jeng...jeng...
"Nah, untuk awak."
"Tapi belum sampai 25 haribulan lagi" (Padahal hati dah teruja nak koyak pembalut hadiah tu)
"Tak pe, nak tunggu esok banyak keje pula nanti. Tak sempat."
"Ok, tapi saya nak simpan dulu. Nak buka esok. Esok baru birthday saya."
"Buka lah sekarang. Tengok lah dulu, awak suka ke tak?"
Dah BFF suruh buka, aku kenalah buka.

Aku meroyan sekejap.






Perfume Versace. Ah! Lagi satu, aku amat naif dalam dunia perfume. BFF memang kaki kumpul minyak wangi. Dia kata dia nak aku sama-sama jadi pengumpul macam dia. Tapi dulu aku suka kumpul setem. Murah sikit dari nak jadi pengumpul perfume. Ini bukan gimik beli perfume kat Uptown untuk berlagak yer??

Tapi hari tu BFF sibuk-sibuk tanya aku pasal handphone. Ingat macam nak belikan handphone je. Tapi perfume pun boleh juga!! Office mate aku kata bau wangi dia macam bau orang kaya berlagak, ekslusif n strong. Boleh?

Anyway, eventhough no cake, no party, I really appreciate the moment. Because it just two of us. TERIMA KASIH SAYANG!

Then, BFF balik. Sebab sakit perut.

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...