Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label fesyen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label fesyen. Papar semua catatan

Khamis, 10 Disember 2015

Fesyen ke pejabat dan santai 2016

Hari ni aku nak share pasal fesyen lagi.

Dunia fesyen mempunyai antara pasaran yang paling kompetitif dan cukup mencabar. Fesyen ni mempunyai trend yang sentiasa berubah-ubah dan seringkali bertukar. Kalau korang perasan fesyen tudung contohnya bulan ni kita pakai bawal satin, bulan depan dah femes shawl chiffon Keknis. Pening nak kejar. Beg? Skirt? Blouse?

Saban tahun kita akan dapat lihat banyak trend fesyen terkini yang diketengahkan mempamerkan gaya yang sedang popular dan menjadi pilihan pencinta fesyen. Pergi shopping mall banyak jenama fesyen yang kita boleh dapatkan.Tapi tak semua keluarkan produk ataupun koleksi yang sama kerana setiap fashion brand itu sendiri mempunyai ciri-ciri ataupun sifatnya yang tersendiri. Ia juga bergantung kepada koleksi, nilai dan populariti jenama itu sendiri dalam dunia fesyen.

Mango antara jenama fesyen yang sering mendapat perhatian ramai pencinta fesyen. Ini kerana popularitinya telah menjangkau banyak negara di seluruh dunia sebagai antara jenama fesyen yang menjadi pilihan ramai fashionista. Koleksi Mango tops Malaysia memang sentiasa ditunggu-tunggu oleh "wanita urban" macam kita ni yang sukakan gaya fesyen terkini yang boleh didapati dengan kualiti premium terbaik. Urban sangat kita kan?



Banyak lagi stail mix and match yang korang boleh pakai untuk ke tempat kerja atau lepak dengan kawan-kawan pada hujung minggu. Mango Malaysia ada pelbagai koleksi fesyen yang menarik terdiri daripada rangkaian produk yang cukup meluas. Sangat banyak sampai korang rasa semua nak beli. Seriously the best brand untuk kita, ladies!! Dari office wear sampai pakaian santai, rekaannya tidak mengecewakan.

So kalau korang nakkan jenama yang mampu memberikan satu style samada elegan, hipster, cool, rugged Mango Malaysia adalah brand terbaik buat korang.


Rabu, 21 Januari 2015

Fesyen Terkini Wanita Bekerjaya

Mentang-mentang dah masuk kerja kat Putrajaya, mula berangan nak pakai itu, pakai ini. Bergaya sikit, tak nak lah asyik berbaju kurung saja. Cemuih… Zaman 10 tahun dulu boleh lah cerita. Ecececeh… semangat sikit.

Seiring dengan permodenan, kebanyakkan wanita pada masa kini adalah wanita bekerjaya. Justeru itu, majoriti wanita semakin bijak bergaya dan tidak terlepas daripada mengikuti perkembangan fesyen terkini. Tampil bergaya dan fashionable bukanlah semata-mata untuk kepuasan diri si pemakai, tetapi penting untuk meningkatkan tahap keyakinan dan membentuk imej yang positif. (skema tak ayat?) Untuk kelihatan cantik menawan ramai antara kita wanita yang sanggup berbelanja besar untuk mengikuti trend fesyen terkini. Betul kan? Cuba tanya partner in crime aku, Isdin.

Menyentuh mengenai fesyen terkini wanita bekerjaya, tahu tak korang sebenarnya trend fesyen sentiasa berulang-ulang dan pada masa yang sama tetap berkembang? Entri kali ini aku nak berkongsi sedikit info mengenai fesyen terkini wanita.


Bagi korang yang ingin kelihatan feminine, pemilihan pakaian Muslimah (bagi wanita bertudung) dan pemakaian dress (maxi dress, midi dress dan lain-lain) merupakan pilihan yang ideal. Koleksi pakaian Muslimah tu macam baju kurung moden, jubah cotton, kaftan dan lain-lain.


Pemakaian kemeja dan outerwear seperti blazer dan jacket juga merupakan pilihan ideal yang ‘evergreen’ dan korang akan kelihatan elegan dan sophisticated.



You can never go wrong with blouse sebab korang boleh pakai blouse untuk apa-apa acara bagi tampil santai atau smart casual.

Korang wajib pergi tengok koleksi fesyen kat link atas. Aku jamin affordable, cantik, dan berkualiti. Jangan risau tentang saiz, plussize macam aku pun ada stok tau.

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...