Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label berbuka puasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label berbuka puasa. Papar semua catatan

Isnin, 6 Ogos 2012

Agenda 16 Ramadhan 1433 : Saya nak setiap hari adalah hari ini, boleh?

Aku rasa gembira sangat. Jarang ada perasaan yang sangat mengembirakan macam ini.
Dari pagi tadi sampai malam, setiap pergerakan seolah dipermudahkan. Alhamdullilah.

Maaflah, entry kali ini bukan hendak menunjuk-nunjuk, cuma nak share betapa bestnya feeling dikala ini.


Kebetulan semalam masa pergi solat terawih, terbaca satu memo. Dan kebetulan cuti 3 hari (Sabtu, Ahad, Isnin) yang sepatutnya aku balik JB, aku masih berada di sini - kerja. Why not give a try? Perkara yang sangat rare dalam hidup aku. Aku tak pernah solat Dhuha, tak pernah buat solat Tasbih, dan tak pernah bertadarus di masjid. Terukkan??

So aku nekad buang rasa malu, kalau tidak sampai bila pun tak belajar.



Cerita pagi tadi.
Seawal 8.30 pagi aku dah berada di perkarangan masjid. Tengok ramai perempuan-perempuan muda dan veteran menunggu di tangga masjid. Betullah kot, program Ihya' Ramadhan yang aku tengok semalam. I just sat with them lepas salam-salam, aku tanya soalan sikit, 

"Register kat mana makcik?"
"Ni haa... tengah tunggu ustaz. Tak sampai-sampai lagi"

Okay. Adakah makcik ini menjawab soalan?? Lepas itu ustaz pun sampai. Kami disuruh masuk ke dewan macam pejabat kecil di situ. Makcik yang duduk sebelah kiri aku ni asyik nak bersembang saja. Dia cerita pasal dia dapat duit raya sumbangan dari UMNO sebab dia ibu tunggal sekarang. Aku toleh kanan, ada seorang adik dalam umur awal 20an. Aku tanya dia, kenapa kita di sini. Budak itu dengan cerdiknya cakap tak tahu. Aku cool lagi. 

Seorang demi seorang nama dipanggil, aku jadi pelik. Aku tak register lagi. Tapi kenapa kena sebut nama seorang-seorang? 

Dang! Baru aku tahu itu grup ibu-ibu tunggal dan anak-anak asnaf yang nak terima sumbangan dari pihak masjid. Aku dengan control ayunya pura-pura minta izin nak ke tandas. 
*makcik amat malu sebab salah occassion hokay!!!*



30 minit dah terlepas tazkirah. Ustazah tengah menyampaikan tazkirah tentang Al Quran. Membaca satu huruf dalam Al Quran, 10 pahala tuhan bagi. Hebat. Dalam sehelai mukasurat ada berapa huruf? Ruginya tak rajin membaca. Ustazah ingatkan kita supaya perbanyakkan zikir. Zikir dan selawat yang akan membantu kita pada hari akhirat nanti. Bila di dunia kita kerap selawat dan ingat Nabi Muhammad, bagindalah yang akan bantu memimpin kita melalui titian siratul mustaqim. Ilmu ini bukan boleh jadi memori kekal kalau tak diamalkan betul tak?

Indah juga interior masjid Kuala Selangor
Lepas buat solat Dhuha, kita solat sunat Tasbih. Pertama kali buat, aku rasa menggeletar lutut menahan lenguh. Sebab tak pernah mendapat pendedahan awal tentang solat-solat sunat ni kan? Terkejut sikitlah. Itu baru baca 300 kali Tasbih, Tahmid dan Takbir. Kalau setiap pergerakkan solat kena baca 25 kali ayat Kursi? Mak cakap kalau baca ayat Kursi solat sunat ini akan selesai selepas 2 jam. Tapi semua itu ibadah yang menjanjikan pahala dan ada keistimewaan masing-masing. -Cewah, jadi ostajah Simah pula aku.... Aku tersentuh sangat hati bila Ustazah yang mengimamkan kami pagi tadi membaca doa selepas solat. Sedih. Nangis sampai tak sedar dah keluar jelly kat hidung. Mujur bawa towel kecil.

Tibalah masa bertadarus. Aku sangat malu nak mengeluarkan suara untuk membaca Quran depan orang. (kalau karaoke boleh pula hilang malu walaupun suara tak sampai note) Sebab bacaan aku masih boleh dikira "merangkak". Bacaan aku tak lancar, dengan tajwid yang tunggang langgang, tak ada lenggong taranum macam penyemak-penyemak lain. Tapi alhamdullilah sangat, aku belum buta Al Quran. Syukur, tuhan belum tarik nikmat mengenal huruf-huruf dalam Al Quran. Walaupun lambat, tapi aku berjaya habiskan 1 juz. Dah khatam untuk tahun ini. Alhamdullilah lagi...

So, I made some friends. Of course bukan baya-baya aku. Dah baya-baya mak aku. Aku nak cari kawan yang boleh mengajar aku mengaji. Tapi kelas mengaji mereka buat time waktu kerja. How lah??
Sesudah berjemaah Zohor, aku balik rumah dengan rasa satu kepuasan tidak terhingga.

Pukul 3 pengsan sampai tahu-tahu dah 6.30ptg. Makruh puasa ku.

Terawih.
Malam ke 16 Ramadhan. Kena lipat gandakan lagi perkara-perkara dan perbuatan yang baik. Dan hari ni, aku cuba buat sampai rakaat yang maksimum. Tak letih pun. Impressive! Lepas selesai solat, tengok makcik-makcik sibuk mengusung rehal dan Al Quran. Dan sekali lagi aku selamba approach makcik-makcik itu untuk join. Mengaji merangkak slow macam kura-kura belakang kira, janji nak dapatkan experience. Nak belajar tak boleh malu. Ingat!

Grup cikgu-cekgi.
Yeay, aku dapat kawan lagi. Cikgu semua. Dulu aku ban cikgu-cikgu ni, sebab... tak de sebab. Patutlah tengah-tengah baca Quran, boleh siasat aku ni anak siapa, duduk mana, kerja mana, dah kawin ke belum. Semua nak ditanya.Semua tu cikgu veteran, muda sikit dari mak aku. Dah pangkat mak-mak tapi kena panggil kakak. Tak kisahlah. Mungkin airmuka aku pun nampak dah tua juga.

Kejap lagi mereka ajak untuk join kuliah Subuh sempena ceramah perdana - Nuzul Quran dan berbuka seterusnya berjemaah Maghrib bersama. Boleh ke ni??

Kita cuba okey? Doakan kepada semangat cik Syima. Tapi sekarang pun dah nak pukul 3am. Hmmm...
Bye, mahu tidur dengan seronoknya...


Sabtu, 20 September 2008

Amukan berbuka puasa

Hari ini hari Sabtu.

Apa kena mengena dengan hari Sabtu?

Pukul 5pm Chenta telefon untuk booking meja di Aroma Ikan Bakar, Pantai Jeram. (Tempat aku buat birthday suprise untuk Chenta)

Hampir 7pm, kami sampai.

Arghh.. Tak ada parking, banyak kereta dan mostly Viva memenuhi bahu jalan.

Aku ke kaunter, "Meja atas nama A****?"

Budak kaunter tunjukkan arah. Kami duduk. Memang di situ meriah dengan orang. Mungkin geng-geng Vivaonwersclub. Yang selebihnya tak pasti.

Tunggu punya tunggu, dah azan maghrib. Waktu berbuka. Tapi hidangan kurma dan buah-buahan tak sampai lagi. Aku dah panas. Lantas ke meja kaunter untuk komplen. Masih tiada feedback.

Marah aku semakin membuak-buak. Chenta kata sabar. Mana boleh sabar, bukan kita tak booking awal-awal tadi. Aku ke kaunter. Budak kaunter cakap, sebab kami lambat booking. Lambat apa kejadahnya?

Akhirnya Chenta ke kaunter pula. Chenta cakap pada budak kaunter tu, "kalau tak siap lagi order, kitorang balik dulu".

"Nanti dulu. Kejap lagi sampai lauknya".

Malang sekali aku hari ini, dahlah lewat dapat makanan, buah kurma tak disertakan. Makanan pula dah sejuk. Maknanya makanan tu dah dimasak tapi lupa nak dihidangkan. Huh, tak kesampaian nak beromantiko dengan Chenta.

Masa kami buat bayaran, aku sedikit sound pada budak itu, tapi Chenta halang niat murniku itu. Langsung menaikkan rasa tak puas hati dalam diri.

Akhirnya masing-masing angin tak betul. Aku benci keadaan macam ini!!

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...