Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Mistik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mistik. Papar semua catatan

Ahad, 21 September 2008

Di atas bumbung kereta (Kisah Benar)


Akibat tidur lewat semalam, aku bangun pun agak lewat. Dalam pukul 1pm lebih aku buka grill pintu nak ambilkan minyak panas dalam kereta untuk As sebab dia secara tiba-tiba demam kura-kura. Tapi niat aku terbantut, bila aku terpandang sesuatu di atas bumbung kereta. Sebungkus plastik yang terburai isi perutnya.

Cis, ini mesti kerja beruk sakai ni lagi!!
Tapi bila aku pergi close-up, aku naik seriau pula, sebab tengok plastik tu berikat dihujung dan terkoyak seperti saja dikorek. Mulalah panik, fikir bukan-bukan. Siapalah yang busuk hati ni? Bulan-bulan puasa macam ni pun nak buat onar?

Aku panggil As, dia pun cuak nak pegang, apatah lagi aku? Aku call Chenta untuk dapatkan bantuan, tapi dia tak pickup. Aku call mak pula, tapi aku kena tarbiah kejap.

Mak: Awak ada cakap apa-apalah tu sampai orang sakit hati.Aku: Mana ada, saya baik je.
(Aku berpura-pura baik sedangkan mak dah tahu aku sememangnya laser)
Mak: Awak bawa kereta laju-laju sampai orang cari awak kot?Aku: Ish... Tak kan sampai nak baling-baling benda atas bumbung kereta? Bodoh tu! Kak ngah takut mak...
Mak: Baru tahu takut. Baca ayat 3 Qul selalu.


Memang itu yang selalu mak pesan. Mak suruh aku masukkan bungkusan plastik tu ke dalam plastik yang lain untuk dibawa kepada yang lebih arif. Jangan dipegang. Tapi aku tak buatpun.

Aku call Chenta lagi. Tapi dia macam layan tak layan je. Sedih aku, time aku cuak macam ni dia tak respon pun. Aku paksa dia datang juga suruh tengok. Bila dia datang dia cakap "Buang je lah". Wah?! Senang macam tu je? Dia pegang selamba lepas tu cium bau plastik tu dan kemudiannya buang. Dia pun balik. Semudah ABC.

Kejap lagi aku nak hantar kereta pergi basuh. Tapi apakah dalam plastik itu? Nak cakap bihun basi, macam tak betul. Mengikut mata aku dan As, kami nampak batuan halus seperti pasir dan daun-daun serta dahan-dahan kering. Tapi aku tengok ada juga daun kucai dalam plastik tu. Confuse!



Pesanan dari aku untuk lalats dan seangkatannya:
Aku tak suka cara melayu purba, main hantar-hantar barang. Kalau ko betul ada masalah dengan aku, CONFRONT dengan aku. Jangan main aci nyorok macam ni. Pengecut!!
Kita bersemuka macam orang dewasa, bukan komplot-komplot dengan orang tua, atau makcik-makcik sihir untuk puaskan kehendak ko.
Tapi kalau kera-kera tu yang buat, memang diorang dah berjaya takutkan aku.
Dulu-dulu aku selalu main rebut-rebut roti dengan kera-kera yang pecah masuk rumah aku dulu. Now, payback time.

Ahad, 24 Ogos 2008

Pocong!!

Memang padan dengan muka aku...

Keluar tak minta restu Chenta, ini padahnya.

Kisahnya macam ini... Hari minggu telah aku lalui dengan cemerlangnya. Penuh dengan aktiviti yang cuma aku saja yang tahu. Aku soka!!

Memang pada mulanya aku tak planning nak keluar malam-malam macam ini. Biasanya aku lebih suka duduk dirumah saja. Aku dan Chenta berbalas-balas mesej. Aku di sini, Chenta di kampung halaman. Tiba-tiba Chenta senyap, aku call tak berjawab. Sahlah dia dah tertidur. Dalam pukul 11pm, sahabat aku dari Savoc (stand for savvy owner club) ajak jumpa. Dah lama kami tak jumpa, lepak-lepak, gosip-gosip together-gether. Aku bersiap macam biasa.

Asyik bercerita makan, minum dan menyembang, sedar-sedar dah pukul 5am. Aku bagi cadangan untuk beransur pulang. On the way back to Kuala Selangor, i drove so farking laju. Memang speed tak hengatlah. Sampai Sg Janggut, i was planning to top up my fuel, tapi lampu minyak tak blinking lagi. So it's ok for me to continue my journey. Masa nak masuk area Jeram (belum sampai pun lagi sebenarnya), ada lampu biru berkelip-kelip, hebat betul polis Kuala Selangor, buat kerja bersungguh-sungguh. Masa sampai kat tempat mereka, boleh dia suruh aku ke tepi, nak check driving license. Mujur mintak driving license je, sebab kad pengenalan aku missing in action pula. Dah tak ada apa-apa aku teruskan lagi perjalanan.

Masa menghampiri kawasan Jeram, dekat dengan jejantas, suddenly aku ternampak benda melompat-lompat berbungkus kain putih on my left handside. Otomatik darah aku berderau, naik bulu roma. SHIT!I saw that THING!! (to be truth masa aku menaip cerita ini, aku buka semua lampu yang ada dalam rumah ini and i feel seram sejuk!) Aku tekan paddle minyak sekuat-kuat hati. I called my colleague as i knew he used to hangging out in KL after clubbing. Mulut aku dah baca segala doa yang terlintas. Aku takut!! After a while, when i almost arrived to Kuala Selangor, my dear friend did called. I told everything to her. And she said "Itulah tadi awal-awal aku dah ajak tidur rumah aku". My mistake lah tu.

At first she asked me to stay at her family's house in Puchong, tidur kejap then balik dalam pukul 9am. But i refused. Padanlah muka. Kalau aku ikut dia balik tadi mungkin aku tak terserempak. Before this my colleagues ada yang dah nampak tapi aku menidakkan dan beranggapan itu ilusi. Tapi bila dah kena batang hidung sendiri. Hurm... sendiri mau ingat la.

I'm still shacking, afraid to get some sleep eventhough mata dah mengantuk tahap gaban. Make up pun tak sempat nak buang.

Moral of the story;
  1. Jangan balik lewat pagi/malam lebih-lebih lagi kalau berseorangan.
  2. Percayalah bahawa alam ghaib itu wujud, dan sememangnya ada dalam rukun iman kita.
  3. Ia juga makhluk tuhan, jadi kenapa kena takut? <-- Aku terkejut mungkin.
Aku yang masih ketakutan...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...