Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Kematian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kematian. Papar semua catatan

Ahad, 5 April 2015

Salam Takziah keluarga Tan Sri JJ

Innalillahiwainnailaihirojiun.

Satu lagi berita kemalangan dan kematian.


Aku ucapkan TAKZIAH buat keluarga Allahyarham Tan Sri Dato Sri Jamaludin Jarjis serta 5 yang lain di atas pemergian mengejut akibat nahas helikopter di Semenyih petang semalam.

Senarai Mangsa Yang Terkorban Nahas :
1. Chris - Pilot
2. Eidiana - co pilot
3. Tan Sri Dato' Sri Jamaluddin Jarjis
4. Dato Seri Azlin - Ketua SUS YAB PM
5. Dato Tan 
6. Razkan - BG Tan Sri JJ (PDRM)

Helikopter itu membawa enam orang termasuk juruterbang dan pembantunya apabila  terhempas kira-kira jam 4.55 petang.

Empat lagi adalah juruterbang dikenali Cliff Fournier, pembantunya Eidiana, Datuk Robert Tan dan seorang pengawal peribadi kepada Jamaluddin.

Beliau berkata sebanyak tiga pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Kajang, Bangi dan Semenyih diarah ke lokasi kejadian.

Helikopter itu dikatakan jenis AS365 milik Solitaire Air Services dipercayai dalam penerbangan dari Senai ke Subang apabila kemalangan berlaku.

Sebelum itu, mereka dari Pekan kerana menghadiri majlis perkahwinan anak Perdana Menteri.

Cuaca ketika kejadian dilaporkan hujan serta angin kencang dan ada laporan mengatakan saksi melihat pesawat itu meletup di udara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Isteri Datin Seri Rosmah Mansor mendengar laporan siasatan daripada pihak-pihak berkenaan mengenai kemalangan helikopter yang melibatkan Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Dato Azlin Alias, serta 4 mangsa-mangsa lain.





credit to MMI

Isnin, 22 Jun 2009

Mula-mula macam okay, tapi sekarang rasa nak menangis

Ada 2 berita kurang baik hari ini.

Awal-awal pagi sebelum pergi kerja tadi aku terpandang satu nota,
Akak...
Saye kuar. Gi Ipoh. Ada hal ngn kazen. Saye amik kunci umah akak punye. Jaga Jonny leklok. Kunci umah sume kat situ. (ngan kunci moto)
-as-

Aku tak expect apa-apa sebab itu hak dia kalau nak pergi mana-mana. Dalam masa tak sampai satu jam, aku terima satu sms yang ayahanda kepada housemate aku telah ke rahmatullah. Aku tak tahu hujung pangkal, apa pun mohon kamu yang membaca blog aku untuk sedekah Al-fatihah kepada Allahyarham. Aku teramat simpati pada dia kerana belum sampai setahun pemergian arwah bondanya. Apapun As, tabahkan hati...


.
.
.
.

Apa yang aku takutkan, berlaku juga. Mungkin ini perpisahan sementara atau perpisahan selamanya.



Semoga penghijrahan kamu membuahkan hasil.








Syimalicious: Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Setiap kesedihan permulaan kebahagiaan.

Selasa, 21 Oktober 2008

Al-Fatihah

Marilah sama-sama mengingati kematian dan menginsafi diri.

As, rakan serumahku telah kehilangan bonda tercinta buat selamanya pada pagi tadi jam lebih kurang 1.15pg. Semoga roh beliau di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan dicucuri rahmat.

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...