Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Hal kawin lagi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hal kawin lagi. Papar semua catatan

Isnin, 13 Februari 2012

Seorang lagi naik pelamin


"Barang siapa yang berkahwin sebelum aku, maka setakat itu sahaja lah persahabatan kita"~Syimalicious

Haha!

Gila meroyan apa aku ni?

Ahad, 24 Januari 2010

Update cerita kawin orang

Cerita ni dah berzaman. Bulan Nov tahun lepas kalau tak silap. Ini update sekadar nak suruh orang hit blog bersawang ni. Kekekeke...

Kebetulan time tu aku balik ke kampung halaman, dan diajak secara paksa rela untuk meramaikan majlis perkahwinan yang aku sendiri tak kenal siapa.

Oleh kerana yang diraikan itu anak jiran, ku gagahi jua kaki disamping nak menyibuk untuk tengok pelamin angan ku musnah yang ditempah oleh jiran mak ayah aku ini.

Aku tak tahu anak teruna dia ni kerja apa tapi kahwin mak ayah yang tanggung. Best wooo...! Mak dia jutawan senyap Zhulian. See? Ini adalah contoh melayu kepochi hal orang. Tapi dah orang berceritakan??!

Disebabkan khemah khawin sampai 10 buah, antara rumah yang kena blok ialah rumah parent aku. Maka aku keluar-keluar rumah terus duduk makan. Kekekeke

Rumput ayah aku tanam penyek kena pijak orang. Tuan kenduri pergi letak air basuh tangan berdekatan lanskap taman ayah aku. Orang yang makan kenduri bukan pikir tu rumput orang ke tidak, kan?

Pengantin berarak dari mana entah ke pelamin untuk bersanding.

Pelamin simple lebih indah dari pelamin sarat dengan ukiran.

Budak-budak dan mak-mak budak dah ramai berebut tempat menanti upacara seterusnya. Masa ni bau kepam bercampur baur. Tapi eksaited tengok orang kawin kami stay juga. (Padahal masa tu mata meliar tengok interior design rumah tu, tengok design pelamin, tengok baju dan mekap pengantin) Hiks!

Acara baling-baling duit syiling dan gula-gula semakin membahayakan kepala dan dahi aku dan mak, jadi kami ambil keputusan untuk keluar dari situ.


Untuk lebih jelas, aku pun ke tempat mereka bersantap. Sah! Sombong... Jadi aku snap lebih kurang pastu balik rumah. (ahhhh! sesuka hati je aku cop orang sombong, padahal dia pun tak kenal aku. Cet!)

Ayah aku terpandang jejaka luar biasa ni. Dia tanya "kenapa dia pakai songkok warna tu?" Hahaha mata orang tua kan? Aku pun sebenarnya tak berapa nak berkenan kalau orang warna kulit dia terlalu kontra dengan warna rambutnya. Macam tak masuk. Last-last rambut dia dah rupa macam ekor tupai.

Minta-minta kawan-kawan aku tak buta fesyen.



Khamis, 24 Disember 2009

Aku tipu je lah...

Sebenarnya...

Aku belum bertunang lagi. Tapi terima kasih atas wish dari beberapa kengkawan dalam entry ini.


Agak terselamatlah bagi mereka yang add aku dalam facebook, sebab mengetahui cerita sebenar disebalik gambar ayu aku duduk bersimpuh itu.

Ya! Adik lelaki aku telah melangkah bendul dengan mengikat tali pertunangan dengan buah hatinya. Baru bertunang. Jangan cakap aku tak laku. Aku masih belum jodoh. Hehehehe.

Berlangsung di Bandar Sri Bandi, Kemaman (setahu aku ini kawasan Felda) satu majlis pertunangan kecil-kecilan dan mengejutkan telah diadakan. Kita layan gambar je lah!


Gambar ratu mesti ada. Yang di sebelah tu adalah yang mulia ayahanda ku.


Barang hantaran dari kedua-dua pihak.

Kata majlis simple, sebab adik aku yang ni islamik sikit. Jangan membazir kata dia. Upacara sarung cincin pada bakal menantu perempuan biasa kita tengok kan?


Tapi aku sangat janggal pada upacara sarung cincin pada jari si lelaki. Adat belah mana tu?


Bila selesai, mesti ada makan-makan. Keluarga bakal ipar aku ni tak ada buat buffet. Makan main pas-pas pinggan. Sangat sempoi. TAPI marveles ok nasi ayam penyet dia!! Owh lupa nak bagi tahu, originality orang tua bakal ipar aku ini orang Indonesia yang ada IC kita. Itu sebab sambal goreng nasi kukus (nasi ayam penyet) dia meletop!!

Adik no dua dan tunang dia.


Kami gambar ramai-ramai, dan aku antara yang terCANTIK disitu. Hahaha mati lah statement perasan!

Rabu, 23 Disember 2009

Dia dikalangan yang wanita yang termuda berkahwin dulu


Nak cerita pasal officemate aku, umur 23thn antara awek termuda antara kami. Dia dah selamat jadi isteri orang. :(

Tak best... sebab rasa tergugat, rasa tercabar... tapi inikan jodoh tuhan.

Kami berkampung dari Khamis hingga ke hari kenduri Sabtu lepas di Kg Pulau, Masjid Tanah.

And seriously, inilah pengantin yang gamble dan penuh sempoi pernah aku jumpa.

Well, aku akan continue berblog dan isi-isi gambar perkahwinan mereka sepanjang aku di sana.

Tahniah Sabreena Md Saad dan pasangan beliau Muhaimin!




Ahad, 6 Disember 2009

Kenapa la wei!!




model: dude


Really bad day!
Aku kena paksa pergi wedding orang. Which is wedding anak jiran aku. Aku dah jadi tak suka nak bermesra dengan orang-orang yang sangat hendak ambil tahu tentang "Bila-kau-nak-kahwin?"

Do you thing life after marriage is better than staying single?



Rabu, 29 April 2009

Kerisik Babi

Jeng... Jeng!

Aku berjaya kembali berblogging. Bukan sebab aku berjaya membuat penemuan baru tentang virus H1N1 dalam kerisik. Haha!

Jangan korang silap, walaupun aku gemar menyumpah dengan perkataan babi, aku bukanlah punca virus itu tersebar. Perkataan babi dalam diari aku bersifat sementara. Harap maklum.

Hari ini aku nak tumpang mengadu dengan korang...

... sebab kepala, minda dan jiwa sesak yang amat. Dengan kerja yang tak pernah habis, dengan tak cover habis chapter, dengan rasa menyesal tak sudah kerana tak study dari awal, aku rasa emosi dikala ini sangat meraban. 2 subjek dah lepas, 2 subjek menunggu di depan.

Minggu ini aku dihinggapi rasa yang menjengkelkan, sakit hati, dan irihati kerana perkara-perkara ni;

"Cik Syima, A dah nak menikah ni tak dapat jemputan ke?"

"Cik Syima, saya dah selamat dirisik."

"Makin hampir tarikh merisik dari pihak i, makin berdebar hati ini. Oh Tuhanku... tekadkanlah hatiku ini hanya untuk (nama dirahsiakan) yang telah Engkau temukan di dunia ini."

"Anak buah saya, perempuan, umur 26tahun. Kerja bagus. Baru-baru ini adik dia dah bernikah. Tiapkali dia balik rumah... mak dia tanya bila nak kahwin. Dia dah berkawan tapi kawan dia macam tak serius lagi. Akibat tekanan dia sambung Master. Cik Syima ni sambung belajar sebab kecewa tak kawin lagi ke?"

Ibaratkan otakku seperti hardisk.
Kalau ikut hardisk laptop 10GB (laptop refurbish), kapasiti laptop aku dah mencecah 9GB untuk membahagi semua masalah-masalah sepanjang bulan April dan Mei. Apabila aku menerima message-message tersebut aku jadi keliru untuk mengakses emosi samada untuk turut gembira atau sakit hati atau menganggap ia sebagai Spam.

Dah sampai seru kamu untuk bernikah, jagalah masjid itu baik-baik. Aku tahu kamu nak berkongsi kegembiraan. Aku gembira tapi aku tak boleh tipu diri sendiri yang aku dengki dengan rezeki kamu. Sebenarnya aku suka hidup bujang kerana aku masih bebas dari tanggungjawab. Bukan senang untuk menjadi isteri mithali. Bukan tak nak berkahwin, tapi aku rasa aku ramai sangat untuk dipilih. Huhuhuhu. Sekiranya aku tak berkahwin, harta aku adalah harta aku, dan tak perlu berkongsi dengan orang lain selain keluarga aku.

Mohon patik untuk derhaka, bukanlah maksud untuk mengaibkan tapi untuk berkongsi tentang perasaan patik ketika ini. Ampun.

...

Setelah aku membuat luahan ini secara terbuka, aku rasa emosi aku dah kembali normal dan boleh bertukar ke mode meditasi.



Syimalicious: Orang lain boleh bercuti-cutian sempena Hari Buruh, aku kena kuatkan semangat untuk menempuh "chaos-mind" 2 Mei ini.

* Title kerisik wujud kerana adanya perkataan merisik itu.

Isnin, 6 April 2009

Pose-pose feveret. Jangan kamu berani-berani komen


Aku suka gambar ini. Berseri. Kegembiraan. Mungkin sebab aku tengah pangku budak kecik (anak buah kawan aku) ni kot. Dia kiut.

Aku tak boleh ingat kek tiga tingkat ini. Sedap! Setiap tingkat kek tu rasa lain-lain.

Like father like son. Baby ini bila besar mesti hensem macam ayah dia.



Kakak ini mudah "masuk kepala" dengan aku. Eh! Aku yang senang "masuk kepala" dia. Dia aktif, very talkaltive, ceria, pattern macam aku (i loike!) dan yang pasti dia bakal kakak ipar kawan aku. Insyaallah.

Gambar candid yang paling best setakat ini!

Tak sangka jumpa Mis dekat sini. Dia kawan aku masa kat Unitar dulu. Ok aku tak habis dekat Unitar sebab dapat sambung tempat lain. Mis kawan baik pengantin perempuan.



Owh kalau aku bagitahu mesti ramai yang tak boleh terima hakikat. Sebab kami kalangan yang agak vogue pada hari itu ada soalan "Kamu ni pramugari ke?" Hahaha. Aku pramugari bahagian ticketing bolehlah.

Ini pun kawan masa Unitar dulu. Lia. Sekarang dia kerja dengan Kem. Pendidikan kalau tak silap aku.

Time ini panas. Aku baru lepas bersantap. Berpeluh-peluh menikmati makanan. Aku teringat-ingat ayam goreng kenduri itu. Still.



Selamat sudah kawan aku mengakhiri zaman bujangnya yang penuh onak berduri. Aku? Uih! Banyak lagi matlamat aku tak tercapai. Sabar dulu bah!


Syimalicious: Ini entri last tentang kenduri kawan aku di Ipoh. Aku janji tiada lagi entri tentang ini lagi. Sekian.

Ke Jinjang Pelamin kisah percintaan mereka 2.0

sambungan...

Aku macam malas nak cerita banyak. Mood nak update pun tak ada ni. Kita layan gambar nak?



Ini masa majlis khatam quran. Aku masih tidur-tidur ayam sebab menginaikan pengantin sampai subuh.



Majlis berarak pengantin.

Pesilat ini didatangkan khas dari Terengganu, sepupu sepapat pengantin perempuan.




Pose halal dari pasangan pengantin baru.



Bak kata seorang blogger (kak tijah kiut orang nogori), ini time makan biadap. Hahaha... haruslah ada adegan suap menyuap.


Tonggak utama majlis perkahwinan.
Tipu. Tidak berkenaan. Saja mahu expose.

Gambar kenangan dari kenalan sebelah pengantin lelaki.


Ini majlis yang tak sempat aku nak bertandang kerana aku ada kelas hari itu. Sob...sob...



Syimalicious: Inilah ciri-ciri orang dah tak ada cerita. Aku sibuk bulan April ini.

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...