Seperti yang telah aku katakan, aku sekarang pengidap penyakit MALAS. Aku susah nak bangun pagi, dalam erti kata lain malas nak bangun pagi. (Huh? tak dak wife material langsungkan?? Patutlah sampai la ni tak dak sapa nak kawin)
Bila dah lambat bangun pagi, dah tentu lambat masuk pejabat, maka punch card pun kosong. Biasanya ada orang yang faham tolong punchkan untuk aku, tapi hari ini dia dah tak buat kerja itu lagi. Aku marah ni!!
Nanti dulu! Mengetip kad perakam waktu orang lain adalah salah mengikut pekeliling penjawat awam. Am i right?
Tapi kalau bos pun suruh orang lain PUNCHkan, adakah salah kalau anak buah mengikut? Bak kata pepatah yang ada ketam tu. Siapa ingat? Aku pun tak berapa nak pasti, bagai ibu ketam menyuruh anak-anak berjalan lurus. Lebih kuranglah tu. Walaupun bos acapkali berbuat demikian, isunya di sini, DIA PERNAH BUAT.
Bagaimana berkesannya kaedah mencatatkan waktu kakitangan ini sejak perlaksanaannya mengikut:
(a) bilangan orang kakitangan yang didapati datang ke kerja lewat atau pulang awal;
(b) bilangan orang kakitangan yang tertangkap mencatat waktu bagi rakan sekerja mereka.
Siapakah yang memeriksa kad-kad kedatangan pekerja; apakah kekerapan tugas ini dilakukan?
Adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa terdapatnya sebilangan kakitangan Kerajaan yang melakukan punch card mereka selepas itu mereka ini keluar dan pergi ke kantin minum beberapa lama, selepas itu barulah mereka menjalankan tugas.
Dr Tan Seng Giaw, Ahli Parlimen Kepong DAP (3hb Julai, 1987)
Sistem kad perakam waktu adalah amat berkesan. Berhubung dengan masalah mengetip kad orang lain, sejauh ini masalah ini dapat dikawal dengan adanya peraturan-peraturan yang sedia ada dalam sistem ini di mana seorang pegawai perlu dilantik untuk bertugas setiap hari bagi mempastikan semua peraturan termasuk larangan tidak boleh mengetip kad orang lain dipatuhi. Pegawai bertugas juga adalah dipertanggungjawab untuk memeriksa setiap kad setiap hari. Di samping itu pegawai bertugas perlu menyediakan laporan harian, mingguan dan bulanan yang antara lain melaporkan bilangan kakitangan yang datang lewat dan pulang awal dengan sebab-sebabnya. Tindakan disiplin hanya akan diputuskan oleh Ketua Jabatan sama ada orang yang kadnya telah menjadi merah pada hari yang berkenaan wajar dikenakan disiplin ataupun tidak kerana sistem pentadbiran adalah berjalan dengan baik dan mengambil kira beberapa aspek seperti kemalangan jalan raya dan sebagainya. Mengenai dengan ada orang pergi punch kad, kemudian pergi ke tempat lain, urusan ini adalah diawasi oleh Ketua-ketua Jabatan yang berkenaan. Jabatan-jabatan di Malaysia ini sangat banyak dan setiap orang menyimpan rekod ini dan pihak agensi pusat hanya akan meminta bila dirasakan perlu sahaja. Tetapi kalau sekiranya Yang Berhormat hendak mengetahui, maka kita akan membuat survey ke seluruh jabatan-jabatan yang bertabur di seluruh negara untuk mengetahui kes ini sekiranya ada. Mengenai dengan adakah mereka yang bertugas untuk mengawal, kemudian dia sendiri pergi minum, kes ini belum lagi sampai kepada pengetahuan pihak pentadbiran.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri; Dato' Dr Mohamed Yusof bin Haji Mohamed Nor(3hb Julai, 1987)
Tipu! Tipu! Siapa nak laporkan sampai ke peringkat atasan? Sebab di sini tak ada pun macam tu. Dan aku berani bet, banyak tempat lagi yang macam ini.Tindakan disiplin memang akan diputuskan oleh bos. Tapi kalau orang tu pandai menempek, mengedik, buat manja-manja sikit, suara-suara gatal sikit (untuk perempuan)... lepas punya.
Lim Kit Siang cakap kalau mahu kakitangan-kakitangan Kerajaan lebih berdisiplin, sangat mustahak bahawa pemimpin-pemimpin Kerajaan membuat satu contoh kepimpinan melalui teladan.
Lu pikir la sendiri.
Sebenarnya aku marahkan orang lain, tiba-tiba bos pun masuk sekali. Jiwa kacau betul!
seb baik kita swasta..
BalasPadamkalo suh org punchkan..kira x salah la kan?hahahaha
JD-Kiss ~susah mau ceritalah..duduk dalam kerajaan ni macam2 peel kita kena hadapi. untunglah keje dalam private sector, salah ke tak, belakang cerita, janji kerja kualiti....
BalasPadamKerajaan?? kerja kualiti ker?? huhuhuhuh
Kita orang kerja private kalau tak cergas tak kualiti client tak bayar aaa gamaknya (tu pun kadang2 kerja dah siap tak bayar2 pun ada).
BalasPadamOrang gomen tak apa, nak tidur pun tak apa sebab ada 20 juta rakyat tolong bayarkan gaji kalian.
dugong~ oii... bukan semua orang kerajaan goyang kaki jer kat opis ni. jgn disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga.. dari 100 orang penjawat awam itu, mesti 10 orang yang komited pada kerja nya... kalau aku tak sedih, tak de makna aku nak shout out kat dlm ni...
BalasPadamwat biometric swap ah...confirm rajin datang awal...takkan sanggup nak kerat jari bagi membe kot semata2 nak suh tlg swap...ekeke... confirm bos pun akan datang awal...hihi~~
BalasPadamas ~ akak lah orang pertama yang pertama akan membangkang... susah lah hidup bagi orang yang malas bangun pagi ni...
BalasPadam