Ada betoi ke kaum adam semua?? Sila komen...
Lelaki melengahkan urusan perkahwinan kerana:
- Sumber Kewangan Tidak Mencukupi Ramai wanita tidak tahu betapa sukarnya seorang lelaki mengumpul wang untuk perbelanjaan sebuah majlis perkahwinan (mas kahwin dan hantaran). Meski pun mas kahwin telah ditetapkan mengikut adat dan akta negeri masing – masing, namun ada segelintir ibu bapa yang sewenang – wenangnya meletakkan nilai mas kahwin dan juga wang hantaran anak mereka sesuka hati. Malah ada yang melampau sehinggakan mencetuskan pandangan serong seseolah seperti ingin "menjual anak".
- Kereta vs Kahwin Lelaki akan bersusah payah memberikan keselesaan kepada buah hatinya. Kereta diangap sebagai sesuatu yang amat penting bagi sebarang urusan kehidupan termasuklah hubungan. Adalah amat penting bagi lelaki memiliki sebuah kereta (walaupun kecil dan murah) demi memastikan statusnya dimata buah hati sentiasa terpelihara. Bak kata mereka, "tak ada kereta, perempuan takkan pandang".
- Payah bertemu yang bekenan di hati Fakta sebenarnya, memang sukar buat lelaki menemui gadis pilihan hati, apatah lagi wanita zaman sekarang serba – serbi memandang harta dan kemewahan. Dalil lelaki, "ada duit, sayang abang, tak de duit abang melayang".
- Belum sampai jodoh Sebetulnya, jangankan teman wanita, kekasih hati pun masih belum ada.
- Terlalu banyak halangan Lelaki amat tidak menyenangi beberapa akta dan undang-undang perkahwinan yang diwajibkan ke atas mereka. Kursus kahwin dan ujian HIV antara beberapa perkara yang membantutkan hasrat lelaki untuk terus memikirkan soal berumahtangga. Apatah lagi jika wujudnya konflik tentangan antara Keluarga.
- Masih belum bersedia Kenyataannya, memikul tanggungjawab sebagai ketua dan pemimpin keluarga memang satu tanggungjawab yang besar dan berat. Wanita tidak ambil endah atau ambil pusing tentang itu semua. Diri sendiri kurang terurus, inikan pula ingin berumahtangga.
- Ilmu masih cetek Soal kemampuan zahir dan batin bukannya punca utama lelaki mengelak dari berumahtangga. Lelaki perlukan masa untuk mengenal anatomi terutama sekali soal hati dan perasaan seseorang wanita. Ini kerana lelaki enggan dipersalahkan jika rumahtangga ditakdirkan goyah atau huru-hara. Kerana akhirnya, lelaki juga yang dipandang hina.
- Membimbing vs dibimbing Berkahwin bukan sahaja menuntut tanggungjawab kepada keluarga malah lebih berat lagi kepada pasangan. Apa akan jadi jika anda dan pasangan anda serentak sahaja kerenahnya? Bukannya mudah mencari atau mendapatkan pasangan yang memahami. Yang tahu membawa diri dan tahu peranan haluan sebagai isteri.
- Pernah dikecewakan Hujah lelaki, wanita kerap kali mengecewakan hati mereka. Gara-gara segelintir wanita yang memburu kemewahan duniawi, ramai lelaki yang patah hati. Sanggup mengejar mereka yang bergelar duda atau orang tua semata-mata kerana RM dan harta. Apabila berjaya, yang tulus mengasihi akhirnya kecewa merana sendiri.
- Beratnya tanggungjawab Memang tepat! Tanggungjawab lelaki memang besar tidak seperti wanita, serba-serbi ditanggung lelaki. Semasa bujang, wanita dtanggung oleh bapa atau saudara lelaki. Selepas berpunya, wanita ditanggung sepenuhnya oleh suami. Namun ironinya hakikat kini ramai kaum isteri yang sama membanting tulang menggalas tanggungjawab keluarga walaupun sepatutnya menjadi hak mutlak lelaki bergelar suami.
Pendapat aku: Ibubapa kita dah belanja berpuluhan ribu untuk kita ke menara gading. (Aku tak sampai menara gading pun, boleh kasi kawtim) Takkan nak letak RM1k je untuk hantaran kan?? RM1k tu celah gigi je. Nak jamu orang dengan pasir ke? Bukan niat mereka nak jual anak, puncanya kalau kita letak hantaran rendah-rendah, tanggapan orang sekeliling pula. Orang melayu kan suka ghosip. Biar letak mahal-mahal, nanti si Lelaki tak sewenang-wenangnya nak buat main or buka cawangan baru kan? Biaq depa pikiaq sikit.
Pendapat aku: Ye ker?? Ada je orang hidup bahagia naik motor bagai...sebenarnya perkara ini lebih kepada persefahaman. Normal lah mula-mula nak hidup, kena merangkak dulu. Kira durian runtuhlah ko dapat laki bawa Caldina kan?(gambar sebelah adalah gambar contoh, tiada kena mengena dengan keluarga tersebut)
Pendapat aku: Lelaki sekarang MEMILIH. Memang memilih itu penting, tapi berpada-padalah. Ko dah tau muka ko tak macam Hans Isaac tapi ko nak berbinikan Erra Fazira. Logik tak? Lepas tu demand nak perempuan pandai masak, ko tu boleh ke jadi Imam?? Lagi satu, kalau ko dulu mat rempit, mat pet, kaki perempuan, kaki minum, kaki pukul pastu ko nak ustazah? Ukur baju di badan sendiri??
Pendapat aku: Jodoh bukan datang bergolek. Tuhan kata doa dan usaha perlu seiring. Dalam kes aku, aku dah berusaha tapi kurang berdoa. Padan muka sendiri.
Pendapat aku: Halangan pada hemat aku menjurus kepada Keluarga. Keluargalah kadang-kadang punca dan penyumbang utama kenapa lelaki tak mahu kahwin. Tambah-tambah lagi kalau si lelaki itu anak sulung atau anak emas. Susah wei! Famili terlalu bergantung kepada dia. Semua nak dia yang handlekan. Lepas tu nak jadi cupid match-making kan. Aduh! Sudah-sudahlah adat karut itu. Tak semua match-making itu berjaya. Setakat ujian HIV segala jadah itu tak jadi isu pun.
Pendapat aku: Di mana ada
Pendapat aku: Seperti No. 6
Pendapat aku: Seperti No. 6
Pendapat aku: Tak de maknanya! Habis kalau dulu korang jadi mat bunga, jual cinta sana sini, terima lah pembalasan. Itulah pentingnya nawaitu. Kalau niat dah tak betul, memanglah tuhan kasi ajar sikit.
Pendapat aku: NAK SERIBU DAYA TAK NAK SERIBU DALIH. Apa salahnya isteri membantu kan? Tapi janganlah sampai semua nak si isteri tanggung. Lemaklah tu. Silap hari bulan lelaki ambil kesempatan di atas keistimewaan ni dan dia pasang satu lagi. Siapa susah?
Sumber ilham dari email.
Sumber gambar dari google.
aku tak nafikan aku pun mencari lelaki yg berduit....pada aku, cinta tu bkn the main reason...klu setakat kawin, pastu hidup susah, ko kena tanggung laki ko, baik takyah...buat sakit jiwa jek...tp, ni pendapat aku la...
BalasPadammissing cat ~ aku pun tak nafikan. duit penting. maksud aku cari la sekufu.. jgn la ko doktor ko cari gardener sekolah.. kan dh lari tajuk..
BalasPadamNape tetiba je kasik N3 cmni nih?
BalasPadamTp mmg pun.. laki saja je nk lmbt2kan.. Selalunya alasan tu duet.. tp klo bab make up kereta blabla.. ada plak duet tu.. ermmm.. geram je..
tny ~ kenapa buat entri macam ni?? sebab aku pong tgh jiwa kacau ni...
BalasPadamhahaha mari kaco gak jiwa aku....aku tgh tak betol ditatkala peot
BalasPadamfuh! lelaki tetap lelaki, perempuan tetap perempuan. Tanya sama itu hati, jawapnya ada disitu
BalasPadamrieha ~ ko jiwa kacau tapi ada yang prihatin... aku jiwa kacau orang buat dek je... sakit hati...
BalasPadamshimi ~ boys will b boy, girls will b girls... tapi apa maknanya en shimi?? sy kurang faham. ke en shimi kurang bersetuju??
i have my own way of life hahaha... hidup single! :D
BalasPadampeace!
alaaa....nama pun alasann...
BalasPadamakakkk!!! tolong!!! ex2 saye tgah usaha nak saye balik...waaa~~!!!
cek takmoooo~~~!!!uwaaa~~~!!!
akak...saye dah ader blog...hehe...
tapiii...setakat ada je la...
nak mekap blog...tunggu saye abeh final...sile la melawat yek...
haha nice post..tapi ada yg aku kurang setuju...bg aku awek skang ni mmg pandang laki yg ada kete tak kira kete pe...yg naik moto urm kalau ada awek yg nak naik moto kira beruntung la...sbb tu la aku susah nak cari awek baru la ni hehehe
BalasPadamish.. payah arr nk komen artikel ni. tp aku nk komen aku tak setuju ngan pendapat cik farah. cinta is the main reason bila kita bersama ngan someone. tanpa cinta hubungan takkan berkekalan. dengan cinta juga kita sanggup merempuh susah senang ngan pasangan kita. tp klu tahap nk kene tanggung laki tu mmg la aku pun tak setuju. kalau bini kene tanggung laki, lebih baik tak payah kawen.
BalasPadamwalaupun bukan lelaki tapi agree 101%...
BalasPadamhihihi...
:)
haha.. very true la..
BalasPadammmg tak d nafikan jika sese org lelaki tu kalau byk sgt alasan tak nak kawin kalau pun dah mampu tu grenti ada something wrong..
though actually in my honest opinion la, kalau nak kawin tu just pasti kan ianya atas dasar ingin bersama teman sehidup semati..
tanggungjawab, duit, harta, ilmu tu boleh ditambah & dicari along the way..
it's just that bagi saya kita sekarang sudah terlalu rigid utk mengikut norma & persepsi masyarakat sekeliling & sekarang..
kalau kawin kena ada ini, itu & mcm2..duit hantaran beribu2.. kena ada kereta.. rumah sudah sedia.. darjat & taraf.. kadang2 SPM & degree pun leh jadi kan alasan.. pada hal sebenar nya kawin itu penyatuan 2 cinta..
tahla.. saya pun tak boleh nak komen lebih.. sy sendiri GF pun takder..
hehe..
anyways.. this is a very good topic, keep it up!
errrr.....errrr....
BalasPadamrasa mcm nak tambah lagi...tapi malas arr...heheh :P