Cari Blog Ini

Jumaat, 7 November 2008

Amalan mandi malam boleh menyebabkan lumpuh!

Mungkin ramai yang tidak mempercayainya dan menganggap ia hanya mitos.
Namun bagi Umar Abdul Rahman, 62, amalan mandi malam dipercayai telah menyebabkan isterinya, Asnah Yaman, 60, lumpuh seluruh badan sejak empat bulan lalu.
Menurutnya, isteri beliau mula mengamalkan mandi malam iaitu antara pukul 8 dan 9 malam setiap hari sejak enam tahun lalu.
"Saya pernah menasihatkan isteri agar tidak mandi malam kerana pernah terdengar petua orang tua bahawa mandi malam tidak elok untuk kesihatan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Bukit Lintang di sini semalam.
Umar memberitahu, nasihatnya itu tidak diendahkan oleh isterinya itu dan beliau (isteri) terus mengamalkan mandi malam setiap hari.
"Kira-kira empat bulan lepas, secara tiba-tiba isteri saya mengadu badannya rasa lemah dan hanya berbaring di katil saja.
"Namun setelah dua hari, keadaan isteri saya masih tidak berubah lalu saya membawanya ke hospital dan disahkan lumpuh," kata pesara tentera itu.
Beliau memberitahu, setelah isterinya lumpuh, beliau semakin yakin bahawa petua itu memang ada kebenarannya dan amalan mandi malam memang boleh mengundang pelbagai penyakit.
Ujarnya, selain boleh menyebabkan lumpuh, beliau juga percaya amalan mandi malam boleh menyebabkan seseorang itu tidak subur.
"Kepada yang suka mandi malam, saya nasihatkan agar tinggalkan amalan itu sebelum terlambat," katanya.

Petikan dari emel lagi.

Real ke ni?? Aku kerap mandi malam. Alasannya sebab keadaan cuaca yang tak menentu dan panas di malam hari. Aku terpaksa. Bukan saja-saja. Nanti tak boleh tidur.

Tak kan sampai lumpuh? Setahu aku orang yang kerap mandi malam cepat dapat paru-paru berair. Tapi keadaan memaksa untuk aku mandi malam, walaupun aku tau consenquences-nya.

Cepat-cepat, siapa tahu kebenaran yang sebenarnya??

*Aku baru mandi malam ni...

2 ulasan:

  1. aku pun penah bgtau mirko hal ni. tp dia kata kat sini derang selalu jer mandi malam tp tak pernah pun jd lumpuh ke apa ke. yang penting pas mandi kene keringkan rambut dengan pengering rambut. Kalau rambut basah atyau lembab tu yang akan menyebabkan lumpuh pada hari tua...

    BalasPadam
  2. entahlah syima, setau saya mandi malam tak baik kerana boleh bawa kepada penyakit paru-paru berair jer.. mungkin ada banyak faktornya tu..

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...