Cari Blog Ini

Selasa, 23 Disember 2008

Histeria

Semalam aku tengok cerita ni. Aku penakut. Cerita yang orang cakap hantu poyo pun aku seram. Jenis adrenaline cepat menangkap emosi ketakutan yang semacam gampang.

Masa decide nak tengok wayang, aku teragak-agak nak tengok cerita yang mana satu. Kami bertiga. Sorang tu nak tengok Cicakman, sorang lagi nak tengok cerita yang Keanu Reeves berlakon tu, aku nak tengok Histeria. Kami blur, sebab yang sorang ni kata cerita Histeria lawak hantu bodoh. Aku baca review cerita The Day the Earth Stood Still macam tak best je. Cicakman tengok kat Astro je nanti. Jadi kenalah tarik nombor.

Lepas main lat-ta-li-lat (nak tarik cerita apa nak tengok ni), tapi tak dapat decide pun. Last-last aku beli tiket Histeria. Brother counter tu boleh cakap, "Biasalah cerita melayu, takutnya tak, asyik terkejut je". Siap dengan memek muka yang macam menunjukkan cerita tu tak best. Keterujaanku disentap sekejapan.

Well, overall lepas aku tengok cerita ni, (ini review dari seorang penakut macam aku) ceritanya agak scary. Orang kata ini cerita lesbian cemolot dan main bunuh-bunuh. Tapi scene lesbiannya tak sampai 5 minit pun. Frust aku. Tapi aku pelik, dalam filem ni, sikit pun tak diselit baca-baca doa. Tu yang hantu suka lagi kacau. Bacalah ayat Kursi ke, Yaasin ke, 4 Qul ke. Even dalam cerita Jangan Pandang Belakang ada juga bacaan ayat Al Quran.

Allisa (Scha) lakonannya agak kekok sikit, keras kejung dan berperanan sebagai ketua The Pink Ladies. Tapi aku suka dia. Adegan cemolot si Zeta (ex-Piere Andre) pun macam real. Murni (Liyana Jasmay) si comot yang selalu kena buli, diambil kesempatan dan naif. Kesian dia. Yang lain-lain pelakon yang agak baru tapi tak mendapat tempat dihati aku.

Dalam geng ni, semua macam nak kenakan si Murni sebab dia lurus bendul, orang lain tak nak baca mentera sebab tak nak tanggung risiko. Bijak memanipulasi orangkan? Tapi bila dah selalu sangat kena buli, kita sendiri akan rasa marah. Perasaan tu akan membusut secara sendiri. Itu DENDAM namanya kawan-kawan. Bila kita diselubungi amarah, we tend to pendek akal. Jadilah seperti kesudahan cerita Histeria ini.


Kesimpulan dari filem ini:
  • Jangan kerap buli/sakat orang. Makan diri.
  • Budak naif tak semestinya baik.
  • Jangan berani tak kena tempat. Sibuk-sibuk nak tau, kadang-kadang boleh bawa bencana pada diri.
  • Sekolah, asrama memang tempat yang "berpenghuni". Kenapa ye?
  • Skandal antara guru dan pelajar masih berlarutan hingga sekarang.
  • Masyarakat melayu dengan bomoh tak boleh dipisahkan.
  • Jangan suka-suka bawa balik benda-benda aneh.
  • Busut pun tak boleh buat main-main. Memang tempat jin. Kan mak dah pesan?
Ada lagi nak tambah?

9 ulasan:

  1. citer d day the earth stood still tu memang tak best
    x yah nengok lah
    tah apa2

    zuris baru nk tgk histeria mlm mie
    moh kita histeria sama2 ;P

    BalasPadam
  2. aku pun setuju dgn review nih...
    aku dah tengok citer nih ahad aritu.
    first time tgk citer seram kt cinema..
    tapi rasanya aku tak tgk sangat kt screen sbb all the way aku asyik tgk popcorn jer...
    Dasar penakut !!!

    BalasPadam
  3. wah..ko dah tengok..aku baru plan ngan adik aku nak tengok..

    BalasPadam
  4. erm....takut le...citer cam gini pon kite dah takut...ape lg kalo tgok kat cinema...tgok susuk kat astro pon dah takut nak tune on blk...

    erm..meh hilangkan rasa takut tu..

    meh wat tag tentang diri anda kat blog kite...TQ

    BalasPadam
  5. best ke x? nk tgk.... tp takut mlm x blh tido lak... ~wu wu.

    BalasPadam
  6. At last ko tgk citer histeria nih? Kata takut.. orait je.. syiokke? AKu x nk aahh tgk citer cmni.. nanti asyik terbayang-banyang!!

    BalasPadam
  7. aku bace post ko ni teringat zaman mase kite kt dorm kenanga dlu. tgh borak2 tgh mlm tetiba ade satu bau,ingat tak?

    BalasPadam
  8. aku bace post ko ni teringat kisah mase kite kt dorm dlu,tgh sedap2 borak tgh malam tetiba je ade satu bau lalu depan kite....

    BalasPadam
  9. aku bace post ko ni teringat mase kite kt dorm dlu sedap borak tgh malam ade satu bau lalu depan kite,ingat tak?

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...