Cari Blog Ini

Rabu, 24 Disember 2008

Rentetan Histeria tempoh hari

Siri menonton wayang bersama kawan-kawan di TGV Bukit Raja hari itu.

Ada isu aku lupa nak bangkitkan.

Adakah normal bila menonton wayang, orang belakang menendang-nendang atau shacking their leg kat tempat duduk kita? Babi betul! Kita sama-sama bayar tiket. Bukannya aku masuk free.

Godness! Korang tau? Yang duduk belakang aku ni rupanya orang melayu yang berlagak lulusan sekolah LONDON. Sikit-sikit " I was like....", "I thought, i was like...." tapi ayat tak habis. Poyo siot. Nak cakap omputih cakap kasi habis. Ni penyebab aku nak ludah je kat dorang. Doranglah yang paling bising. Ko dah tau nak tengok cerita hantu melayu, ko dah tau kesudahan cerita melayu jarang memberansangkan, tak perlu la nak komen-komen dalam pawagam. Kecoh siot.

Korang agak aku bergaduh tak dengan perempuan-perempuan poyoness tu?

Ye, hampir bergaduh. Masa dorang tendang-tendang kerusi tu, aku sepantas kilat menoleh ke belakang.

Aku: Fikir sikit! (ringkas tapi padat)
Perempuan gemuk serupa pau: Amboi garang nya. Orang lain pun garang juga!
Perempuan kurus macam lidi: Hek eleh kecoh je. Aku pun selalu kena.Yang kawan aku ni pula dah bajet aku akan mencetuskan adegan tarik-tarik rambut dalam panggung wayang. Owh tidak! Biarpun mulutku serupa buntot ayam, takkan aku nak jatuhkan pride aku depan orang awam. Walaupun hati aku dah mendidih 100 darjah celsius, aku biarkan saja, lantakkan dorang nak berbunyi. Tapi kalau aku melancaukan sekali, memang boleh perang tu.
Kawan aku cakap, diam lebih bijak. Maka dia memuji aku kerana aku mengambil pendekatan yang cerdik.

Kesimpulannya lebih baik beli LCD skrin tv 42" (jangan beli hutang pakai nama kawan) dan DVD cetak rompak. Tengok kat rumah tak ada siapa nak tendang kerusi ko.




***


Dek kerana aku ini seorang penakut, maka malam itu aku minta kawan aku teman aku tidur.
Takut.
Dan terbayang-bayang.
Dah tau penakut, tapi gagah nak tengok. Padan muka aku. Lepas balik tu aku tak terus tidur, layan tengok tv dulu, kebetulan cerita Transformers. Sampai la pukul 2.30am.

Semalam.
Kawan aku dah balik bercuti. Aku tak keruan. Takut menjelma balik. Paling tak boleh blah bila aku tiba-tiba terbayang hantu berbungkus yang Zeta kena cabar masuk makmal sekolah tu. Time nak tidur pula, aku terbayang-bayang hantu beraya kat sudut toilet dalam bilik tidur aku. Ceh!

As! Balik la sini cepat!!!

Kawan pejabat aku gelakkan aku. Kata dia hantu beraya dalam filem tu kelakar sebab gigi terkeluar, jongang. Boleh macam tu?

Esok dah balik Skudai. Tak takut dah.

4 ulasan:

  1. hah.zuris pun biasa kena camtu
    tah apa2 kan.org cam tu just pentingkan diri sendiri je
    dah tau slalu kena..wat kat org asal??
    mengong..

    tp..salute lah
    blh control ur anger tu
    yeahh..kdg2 diam tu lebih baik dari gado2 ngan org yg cam gitu kan?

    BalasPadam
  2. nanti aku gegar2kan kusi ko eh.. ko toleh je nak cakap.. fikir sikit.

    aku cakap.. shimaaaaaaaaaaaaaaa!! ni aku la ami.. .. haha mesti ko tak jadi marah dah pastu.. kekeke

    tp tak tau la kan.. ko meletop ke apa time tu.. emememe.. tak kan.. aku takot..

    BalasPadam
  3. zuris ~ itu la magik nyer.. kagum dengan diri sendiri sebab boleh control amarah sendiri

    BalasPadam
  4. ami ~ kalau ko goyang kerusi aku, pastu aku toleh belakang tengok ko.. mesti aku melompat ke belakang... peluk ko... (bukan peluk lesbian..)

    BalasPadam

Do you want to comment or critic? Sure i don't mind. Thanx anyway...

Salam Kenal

Ramai yang baru menjadi rakan saya di muka buku sejak akhir-akhir ini. Jadi izinkan saya untuk perkenalkan diri. Hai, saya Syima atau senang...